Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, May 24, 2012

Jenis-Jenis Lelaki Yang Layak Dibuat Suami. Aww.

Assalamualaikum,

Zaman dulu kala semua orang mesti pernah bercinta kan. Ok, katakan masa korang dengan partner pergi dating. Siapa yang banyak habiskan duit? Lelaki atau perempuan?



Jom kita berdiskusi sedikit di pagi Khamis yang indah ini. Nampak sangat ko takde kerja kan? HarHarHar.

Biasanya masa keluar dating, of course la si lelaki sure poyo-poyo giller nak tunjuk kasih sayang yang teramat superkan. Sebab biasanye lepas tu dapat habuan manja geli-geli depan khalayak ramai. Tolak-tolak, gesel-gesel bahu. HAishhh geli uwek uwek. Saya bukan apa kenkadang tengok kawan-kawan amik kesempatan ke atas lelaki. Rasa kesian pulak kat lelaki tu padahal lelaki tu ingat dia yang paling hebat dalam dunia ni.

Just watch it jelah. Masa bercinta, kentut pun bau wangi.

Pergi makan tempat mahal-mahal, si lelaki yang keluarkan duit. Lepas tu pergi tengok wayang, eh si lelaki jugak keluarkan duit. Tetiba nak pergi shopping pun si lelaki tolong bayarkan jugak. Haishhhh bodohnya lelaki tu padahal lelaki tu ingat dia yang paling hebat. TROLOLOLOLOL.

Yang paling kelakar kalaulah si lelaki tu dah kahwin tapi ada hati nak bercinta lagi. Memang kesianla kat anak bini sebab dah sah-sah lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab menyara family memanjang takde duit je. Silap-silap duit isteri di pownya pulak. Apetaknye semuanya dah dihabiskan kat perempuan lain. Si perempuan lain tu pulak kalau jenis takde pelajaraan SPM pun tak pass bantailah upload semua gambar pemberian lelaki tu kat FAcebook. Kenkonon nak tunjuk hebat sangat la. Kalau dapat present handbag Coach ke, wallet LV ke, make up Channel ke lainlah. Ini dapat hadiah kasut Bata pun nak upload. ;p Lepas tu jaja cerita kat semua orag "eh aku kawan dengan lelaki tu sebab nak duit je" kesian lelaki tu sebab selama ni dia ingat dia hebat sangat dan kesian jugak kat wanita tu sebab dia ingat dapat kasut BATA tu dah kira hebat sangatlah  ;p 

KAHKAHKAH tak tahan gelak. Yelah sometimes hidup kita ni boleh observe macam-macam perangai manusia. Rasanya dalam hal ni tinggi atau rendah ilmu seseorang memang sangat mempengaruhi cara seseorang itu berfikir dan bertindak. Kunci ke arah kejayaan adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang individu. Think like A winner!! Kalau belajar pun tak kemana, kerja pun ala-ala je operator pengeluaran or jaga bangunan, dah tentulah perangai pun ala-ala aku yang paling jelita. ;p

**************************************************

Apapun sedikit renungan bersama ciri-ciri pilihan suami mengikut islam bagi sesiapa yang sedang mencari jodoh.

1-  Yang berkemampuan sebagaimana hadis NAbi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.

2- Tidak dayus, sanggup menjadi pembela isterinya. Boleh dijadikan sebagai pengganti ayah dan emak. Sanggup melindungi isteri dari segala umpatan, makian, tomahan dan segala benda-benda buruk yang melukakan hati isteri kerana apabila menikahi seseorang wanita bererti segala tanggungjawab menjaga wanita itu berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3- Pandai menjaga darjat diri dan keluarga serta menepati janji, apabila berkata di kota dan diamalkan bukan pandai berjanji kosong sahaja. Selain dari itu suami yang baik juga akan mengajak si isteri ke arah kebaikan dan mejauhi yang mungkar.

4- Berkebolehan dalam urusan rumahtangga seperti memasak, menjahit dan membasuh akan membantu isterinya membuat kerja rumah sekiranya isterinya tidak berkemampuan.

5- Yang paling penting menaruh kepercayaan kepada isteri dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya kadang-kadang suami bertugas mencari nafkah di luar daerah, maka si isteri lah yang bertungkus lumus menjaga anak-anak di rumah. Jika suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, asyik berfikiran buruk je, memang merumitkan.

6- Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sifat terpuji Rasulullah ketika menegakkan agam Islam kerani suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

7- Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang serta pergaulan yang terbatas tidak walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8- Datang dari keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa yang mulia seperti menghormati orang tua, berpegangan agama dan rajin beribadat

9- Memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal dengan baik bermaksud harta yang dikeluarkan oleh suami untuk isteri dan anak-anak. Nafkah seperti ini adalah kewajipan suami berdasarkan dalil Al-Quraan dan hadis.

"Cinta sebenar itu menguatkan bukan melemahkan. Cinta sejati itu membangunkan seseorang, bukan mejatuhkan. Cinta bukan toleransi tanpa ikatan perasaan kasih"


************************************************************

Apapun mutiara kata dari akma81 untuk renungan semua, ewah ewah:


"Carilah LELAKI yang menjadi IMAM untukmu. Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Lelaki yang membangunkanmu untuk BERIBADAT bersama-sama di sepertiga malam"

"Jika pencarian itu telah kau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. JAdilah PERMAISURI hatinya, peneman dikala SUKA dan DUKA, pengubat RINDU dan LARA.

Insyallah.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~