Assalamualaikum semua,
Ok ok. Entry ini tidak mempunyai satu pun gambar seperti kebiasaan. Dahla tak bergambar malah mempunyai ratusan mungkin ribuan patah perkataan pasti membuatkan mereka yang tidak gemar membaca karangan berjela-jela merasa gelisah dan tidak tenteram. Sakit kepala, sakit perut nak muntah semua ada. Untuk mereka yang cintakan blog bergambar, saya janji saya janji dah tak buat entry takde gambar lagi. Lepas ni saya tepek gambar bebanyak ye kasi anda semua tengok sampai muntah. Yehaaaa!
Baiklah sebab saya nak rasa lebih syok, lepas ni saya guna word 'aku' je instead of 'saya'. Boleh ye. ;) Silakan......
Masa kecik kecik yakni masa sekolah dulu aku hanya tau kalau nak mencurah perasaan curah kat diari je. Ya! sebab diari boleh dipercayai 100%, tak talam dua muka, tak belakang kata lain depan kata lain, tak hipokrit pendek kata kalau cerita apepun kat diari mesti rahsia kau akan disimpan rapi. Fuhh
Bila masa aku tengah sawan KAHKAHKAH aku akan luahkan kat diari. Diary ooo diary kenapala ekhem ekhem buat aku macamni, kenapalah bebal sangat otak aku ni berhelai-helai notes book dah aku baca tapi tak boleh jawab exam, kenapalah tu, kenapalah ni. Eh semualah diari tahu.
Lepas tu masa aku pindah rumah diari aku pun ntah kemana lantaklah aku pun dah tak rajin nak tulis-tulis lagi.
Sampailah bila aku mengenali dunia blog, eh best jugak. Disebabkan aku ni seorang yang mengada-ngada so memang aku rasa seronok la jugak. Dulu masa mula-mula tulis blog tak terfikir pun orang akan baca blog aku. Saja suka-suka. Sampai sekarang pun aku terfikir ada ke orang nak baca blog aku yang ngokngek ni, tapi aku tau yang banyak.. uh uh uhhhhhh
MEMANG ADA STALKER BACA BLOG AKU NI!!! Panggg 10 kali. TROLOLOLOLOLOL!
Memanglah bila kau rasa macam ada orang baca blog kau, mesti akan rasa nak tulis yang baik-baik je supaya orang ingat kau ni adalah manusia yang sempurna luar dan dalam. Fulamak PERFECT gitu hey hey hey nobody perfect-lah. Whateva oh baby baby oh baby. Eh aku bukan berlakon filem Ombak Rindu ye. Jangan salah faham. Haisssshh ape yang merepek ni. Haipppp.
Nobody is perfect. Semua orang tahu. Kita akan rasa seseorang itu perfect only if we know him/her secara surface. Setakat luaran jumpa kat office je, memanglah kentut pun bau wangi padahal bau kentutnya adalah OMG! (Oh-Mak-Gayah!) Busuk mengalahkan bau bangkai. Tapi when you get to know that person deeper, the perfectness will shed away one by one gradually. Betul aku cakap ni korang ingat aku memain ke. Masing-masing ada otak lu pikir la sendiri.
And what I want to tell you is, I'm not perfect either.
Apepun aku rasa dalam hidup ni lets spread the love and stop hating each other. Aku takkan rasa sakit hati since I got lotttttttttttttttttttttt work to do and I forgot already how to actually feel the sakit hati. Takut-takut nanti awak pulak yang lebih rasa sakit hati sebab I takkan bagi respond kat awak dan u keep stalking my blog and facebook, block your facebook hoping that I will serang awak balik, which I assure, will never happen-lah. Hellloooooooo, I takde masa la nak layan semua tu leww janji ape yang I nak semua dah dapat balik yeayy, im not the loser hokkay, kau yang loser hahaha and the only reason I blog is to share my thoughts and experience jeww. OkBai.
See. Blog akma81 memang suka menyampaikan nilai-nilai murni untuk renungan bersama gitew. Jom clap our hands reramai. TaraaTaraaaaaaaTaraaaa. Selamat beramal. Mutiara kata untuk hari ini ialah:
"TO ERR IS HUMAN, TO FORGIVE, DIVINE"
When people do things wrong we should try hard to forgive them because all people make mistake
Sekian.
Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
No comments:
Post a Comment
Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~