Memandangkan baby NAyli dah start makan, weekend kali nie tambah satu aktiviti yang tak pernah dilakukan sebelum nie. iaitu prepare frozen food utk baby Nayli. So nanti senangla mama nayli masak bubur pagi2 utk bagi kat nursery B4 pegi keje. Sebab sume dah tersedia. Mama tak rajin sgtlaa nak bangun awal2 pagi. hehe. So, baby akan ada variety makanan setiap hari, tanpa kita letih dan buntu memasak. Untuk anak kita kena try and error. Kalau 1 jenis jer kita pon tak selera kan kan kan kan kan.
Semua frozen food tu boleh tahan up to 3 months. Jadi saya cuma memasak di hujung minggu je. Maybe masak 2 jenis lauk dan dua jenis buah, dan freezekan. Buat byk2 utk 2 3 minggu. Next week buat lagi, yg lain pulak. So akan ada 4 5 6 variety boleh dipilih setiap hari. THE MOST IMPORTANT: NO SALT & SUGAR FOR BABY BELOW I YEAR
coz akan memberi effect kpd buah pinggang.. nak explain lebih2 pun sy pun still lg menimba ilmu ttg homemade food ni...
Now nak buat puree carrot. mudah je. Easy as A B C.
Potong carrot bentuk kiub kecik2. pastu campak je dalam periuk dan rebus sehingga lembut.
lepas dah masak sejukkan kejap pastu ready utk blender pulak. buat sampai hancur..
lepas tue pulak, masukkan dalam ice tray yang ade cover.
lepas dah habis isi kat setiap ruang, tutupkan je & masukkan dalam fridge.
tunggu sehari semalam... then taraaa.......... dah siap.
everytime mase masak bubur juz campak2 jela beberapa kiub carrot dalam periuk campur dgn beras.
mudah & sgt menjimatkan masa.
takpun simpan dalam plastik mcm nie. tapi jangan simpan dalam bekas kaca okay sebab kdg2 kaca tak tahan pada suhu sejuk yg melampau. takut pecah pulak.
kalo buat potato pun same je cara nya.
rebus sampai lembut
blender sampai lumat.
then masukkan dalam fridge bahagian atas.
biarla semalaman... taraaaaa dah siap..... simpan dalam bekas sbb ice tray saye ade satu je utk gune buat frozen stock.
isk iskk memandangkan fridge saye dah full tahap maximum dgn nayli's milk, terpaksala main selit2 je ice tray. tengok la tue. tersepit di celah - celah ice pack & nayli's milk. selagi ade ruang sumbat je.
ermpssss nampaknye kene susun balik barang2 dalam fridge nie....
LABU + JAGUNG MANIS
papa ade jugak beli nie utk baby Nayli... mama dah rase memang best. silap2 mama pulak makan habis. hahaha. nanti try bagi makan kat muchukk tue gak la.. mesti dia suke habis. yelah mama pun suke sgt rase dia.
Alhamdulillah baby Nayli tak allergic dgn makanan2 tue. So far so good. Esok mama upgrade tambah ikan bilis pulak okay. so far takde masalah bagi baby Nayli makan. sume dia telan je. good girl~! planning this month nak introduce veggie & fruit je dulu. harap2 mama rajin la nak buat sume ni. demi baby Nayli mama ok je, yeay!
Ini adalah cara untuk masak bubur nasi baby.
Sesetengah ibu selesa memberikan bayi mereka bijirin segera yang dibeli di kedai-kedai. Namun ramai juga yang rasa lebih yakin memberikan bayi mereka bubur nasi yang dimasak sendiri. Memasak bubur nasi bayi tidak rumit, cuma ianya agak leceh. Ianya boleh dipermudahkan, jika anda kreatif mencuba cara baru.
Cara 1
- Masak nasi seperti biasa.
- Ambil nasi mengikut kadar yang bayi makan.
- Kisarkan nasi dan beberapa sudu susu menggunakan alat pengisar.
- Cairkan dengan menambahkan susu lagi jika perlu.
- Tambahkan kepekatan dengan mengurangkan jumlah susu apabila anak sudah semakin selesa makan bubur yang lebih pekat.
Cara 2
- Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (atau lebih).
- Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan.
- Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering.
- Simpan dalam bekas kedap udara.
- Jika anda ingin memasaknya, ambil mengikut kuantiti bayi makan.
- Bancuhkan dengan air dan kacau sehingga rata.
- Jerangkan di atas api kecil sehingga bubur mendidih beberapa minit.
- Campurkan susu jika ingin bubur nasi bersusu.
Cara 3
- Masak nasi seperti biasa.
- Apabila nasi hampir kering, cedukkan sedikit nasi (amaun bubur yang bayi makan) dan masukkan ke dalam mangkuk yang tahan panas.
- Masukkan air mendidih ke dalam nasi dalam mangkuk tadi.
- Letakkan mangkuk tadi di atas nasi sebelum anda menutup periuk nasi dengan penutupnya.
- Biarkan sehingga nasi masak dan bubur nasi bayi lembut.
- Ini untuk bayi yang besar sedikit.
Cara 4
- Beras dicampur dengan air dengan nisbah 1 beras : 4 air.
- Masak dengan api kecil sehingga beras kembang dan pecah.
sedapnyer
ReplyDeleteselamat hari ibu..
semoga kt menjadi ibu y terbaik dunia & akhirat buat ank2 kita..
amin..
terima kasih.
ReplyDeletejasa ibu mmg tak ternilai
sblm masuk dlm ice tray tu kena tapis dlu tak?bagus ni,,maria leg tiru nnt..lagi sebulan lebih aqil nak 6 bulan..;)
ReplyDeletesaye cume blend halus2. tak tapis pun.sbb kalo tapis mcm dapat air je. tapi saye ade bace kat blog mummy yang tapis.
ReplyDelete