http://www.wholesomebabyfood.com
Stage 1 - Veggies
Meh saye translate sikit. Bagus gak info nie utk diri saye. Meh kite share-share okay.
Bayam
Sesuai utk baby yang berumur 10-12 months sebab bayam ada nitrate. Kalau tak simpan betul2 kandungan nitrate dalam bayam ini akan bertambah dan boleh memudaratkan bayi. (Keburukan nitrate im not sure, baru tengah belajar pasal homemade food ni!)
Ubi keledek
(experts have ranked them the "number one healthiest vegetable!!!!! yeay!!! the best i think!)
Rasenye memang tak dapat dinafikan. Tinggi dengan kandungan vitamin A, beta carotine & potassium. Juga vitamin E, calcium & folat. Sesuai sebagai makanan pertama utk baby sebab tinggi dengan nutrien & ada fiber, membantu proses penghadaman. Kurang kalori berbanding ubi kentang, lebih manis dan penuh dengan vitamin C, beta keroten dan fiber. Mampu meningkatkan tahap imun, mengurangkan risiko kanser kolon dan mengurangkan kolesterol. Banyak kajian menunjukkan keledek adalah sayur yang paling berkhasiat. Lebih berkhasiat daripada brokoli, bayam dan lobak merah.
.Kacang Peas
Secawan kecil cawan peas mengandungi banyak nutrien. Satu cawan kacang pea mengandungi lebih protein daripada satu sudu peanut butter dan mengandungi Vitamin A, Vitamin C, kalsium & iron. Sayuran berwarna hijau yang baik untuk diperkenalkan sebagai makanan awal baby kerana mengandungi banyak nutrien.Sesuai diberi untuk baby yang berumur 6 -8 months.
Tomato
Tak digalakkan utk makanan awal baby. Hanya sesuai utk baby yang berumur 10-12 months. Sebab kandungan asid yang tinggi yang boleh menimbulkan masalah kat perut bayi yang tak berapa matang lagik.
Bunga Kobis
Sejambak bunga kobis mengandungi Vitamin A, Vitamin C dan juga kalsium. Bagus untuk diet yang sihat. Seperti brokoli, bunga kobis juga tidak dicadangkan diberi sebagai makanan awal bayi kerana mengandungi gas dan agak sukar untuk dihadamkan. Sesuai untuk diberikan kepada bayi yang berusia 8-10 months.
Lobak Putih
Mengandungi kalsium & vitamin C. Juga mengandungi fiber dan juga protein. Untuk baby, rasenye baik & manis. Sebagai makanan tambahan untuk baby yang berumur 6 months & 8 months, tapi dicadangan utk baby yang berumur 8 months.
Timun
Bagus sebab ada Vitamin C, A, kalsium & potassium. Tapi ada banyak sgt kandungan air. Sesuai utk baby yang berumur 8-10 months.
Brokoli
Bukanlah makanan awal yang baik utk baby kerana mengandungi gas & sedikit keras. Sesuai diberi kepada bayi kepada bayi yang berusia 8-10 months. Kalau bayi anda ada masalah penghadaman, eloklah perkenalkan lewat sedikit.
Carrot
Ada kandungan beta carotine yang tinggi. Biasenye diberi sebagai makanan awal baby kerana ianya mudah untuk hadam & penuh dgn nutrien seperti Vitamin A, Vitamin C & kalsium. Disebabkan issue nitrate, dicadangkan diberi kepada bayi pada peringkat umur 7-8 month.
Jagung Mengandungi kandungan protein & karbohidrat tetapi kurang nutrien jika hendak dibandingkan dengan sayur-sayuran yang lain. Sesuai utk diberi kepada baby selepas 12 months sebab potential high allergen food.
Terung
Mengandungi vitamin E & folate. Sesuai diberikan kepada bayi yang berumur 8-10 months. Kalau bayi mempunyai masalah untuk hadam, kulitnya harus dikupas terlebih dahulu.
Sayur-sayuran yang exotic
-bawang putih, cendawan, cili benggala - sesuai untuk baby yang berusia 8-10 months. Tak dicadangkan diberi sebagai bentuk puree tetapi sebagai tambahan dengan makanan yang lain. Mesti fully cooked. Cili benggala amat tinggi dalam kandungan vitamin C dan merupakan sumber vitamin dan mineral lain. Kandungan vitamin C nya adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari.Cili benggala merah juga amat tinggi kandungan vitamin A.
Kesimpulannya sesuai atau tak dengan bayi kite terpulangla pada masing-masing okay coz semua bayi adalah berbeza, with their own unique likes and dislikes. Just like you and me!
Kalau nak info lebih lanjut baca sendiri sebab saye juz amik part2 yang best je.
Info nie as a guidelines je - kalau baby taknak makanan-makanan ini jangan risau, lepas 1 or 2 minggu cube try bagi lagi ye. Ape-ape pun rujuk la dulu dengan pediatrician baby anda okay!
Nanti saye tambah lagi type of veggie okay.
good info!
ReplyDeletenayli yg comell..semangat betul dia.
likha tkleh mkn brocoli, pas mkn ut ut mcm cirit ;(
ReplyDeletehuhu..
mcne bt puree fruit? ajar la ;) tq..
hahaaha! saye pun tgh belajar2 lagik. masuk kat sini banyak good info:
ReplyDeletehttp://www.wholesomebabyfood.com/FruitRecipes.htm