Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, July 21, 2011

Kalau Dah Kerja KEnalah HAntar Anak KE Nursery Kan Kan Kan...



Nowadays biasalah kalau papa and mama kerja. Macam kami jugak so anak-anak dua-dua pun lepas habis pantang 2 bulan memang hantar bagi orang jagalah. We had no choice terpaksa hantar ke nursery coz kat area rumah kitorang takde orang perseorangan yang nak jaga baby. Just imagine almost every morning during getting dressed to work i will have a debate session with my own self whether or not want to take leave or MC. Hahahaha! Anything, just for the sake of spending an extra day at home (besides weekend) every morning okay! Phewww.

So far dah lama hantar kat nursery Si Pintar Comel alhamdulillah ok la. Kena la dengan yurannya yang  agak murah compared to other nursery kat sini. Boleh juga anak-anak saya berkawan. Dulu masa NAyli makan bubur nasi hari-hari saya masakkan bubur bekalkan kat nursery. Sekarang NAyli dah makan nasi tak payah bekal dah sebab setakat nasi memang disediakan. Kalau kita tegur atau bagitahu macamana nak buat itu ini, so far diorang angguk je. Buat ke tak saya tak tahu la. But so far ok lah nak cerewet sangat jagalah anak sendiri takdelah major problem yang pernah terjadi kat anak-anak saya. Setakat luka jatuh tu adalah. Biasalah budak-budak tengah lasak.

Kalau anak saya tak berapa sihat atau kena makan ubat, saya tuliskan memo/nota kecik jadual ubat dia. Pukul berapa, kena makan ubat mana. Details semua ada. Kat nursery tempat saya hantar tu tak disediakan baby cot. Just tido beralas comforter je atas lantai atau dalam buai. Kalau kita nak rasa puas hati, boleh provide tilam atau baby cot sendiri.

Tiap-tiap pagi sebelum nak tinggalkan baby papa & mama akan cakap "tinggal dulu...nanti petang jumpa" so masa amik petang tu sama ada dia tengah tidur. Kalau angkat je mesti jaga terus fresh, kalau tengah menyusu nampak jer papa and mama mesti terus tolak botol susu ke tepi.

Saya ada terbaca in magazine Jelita kot tak silap.....

Kalau hantar anak ke nursery jangan nangis. Nanti anak tu pun sedih. So try to tahan until dia masuk ke dalam. Masa nak buat pilihan nak hantar ke nursery tu senang je, time survey nursery/babysitter tu. Trust your first instinct kalau instinct elok je, insyaAllah, eloklah tu.

Walaupun kita hantar ni baby kecik je tapi time ni lah nak pastikan anak kita kena stimulate developmentnya, name it brain, motor development, etc yelah  orang yang jaga baby not simply kena mandikan, tukar pampers, bagi susu je. Anyway tak kisahlah kena bayar banyak sikit pun yang penting kita tau pengasuh anak kita tu sayang kat anak kita. Kalau menangis, baby kita kena pujuk jangan biar menangis je. Kalau instinct kita kata ok, tawakal insyallah anak kita dilindungi Tuhan. Kalau ada orang buat tak baik, serahkan pada Allah mesti orang tu kena balasan, Tak dunia kena kat akhirat. Apapun kite kena jage hubungan rapat ngan orang yang jaga anak kita. WHAT U GIVE, U GET BACK Itulah yg selalu saya fikir. Memang kite kasi upah kat diorang, tapi dont treat them like a worker serba serbi nak perfect. Diorang jage anak kite pun dah cukup bagus, kena la berbudi bahasa, tanye baik2, kasi buah tangan ape patut. Kan?

Kanak-kanak riang ria yang kena pergi skool 5 days a week, 8am to 7pm.



Mama kena keje papa pun keje gak,  kakak NAyli ngan adik Zara kena duduk nursery. Mintak2 Allah pelihara dan sejahterakan anak-anak saya kat nursery. Kadang-kadang terfikir nak jadi FullTimeHouseWife. Erkssssssss. Tapi takut dah jadik full time house wife boring giller  poket pulak asyik kering je nak kerja balik pulak. Hehe.

Macam-macam betul.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, July 20, 2011

Suatu MAsa Dahulu....

Saya memang suka snap piccas. Suka sangat. Bukan suka snap pic sendiri tapi suka snap pic anak-anak. Semua moment terindah akan jadi kenangan bila anak-anak dah besar. Piccas saja yang boleh ceritakan segalanya.

Ini semua piccas dulu kala. Bila ada masa lapang suka tengok-tengok balik. Masa ni kami bertiga je. Baby Zara takde lagi.

Nayli kecit. Papa macam biasa je. Mama kurus lagi boleh pakai Levis size 27..

*Masa ni lah.




Nayli. Masa ni dengan hobi geget ibu jari kaki sebab tu lah cepat je dapat adik. Hiks!




Nayli. First time naik kereta dari Seremban ke KL sebab mama dah habis berpantang.




Nayli. Disapu bedak sejuk. Baru je selesai dicukur botak.




Nayli. Baru belajar angkat montot. BElum boleh merangkak lagi.





Nayli. BElajar makan sendiri. Yummy!




Nayli. Belajar berkawan.




Nayli. Her first baju kurung.




Semuanya  Nayli. Tapi masa ni diia masih direct breastfeed dengan mama.



Tapi sekarang Nayli dah taknak direct breastfeed dah.

*Sedih tau. Sampai bila-bila pun saya masih tak puas hati kenapa dia reject direct breastfeed.

Takpelah.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Breastfeed Pun Asyik Sakit Ke


Untuk mommies yang fully breastfeed pernah tak kena perli masa baby jatuh sakit? Saya ada experience tu!!! Hiks! Senang cerita la kan, baby yang exclusive bf ni pun manusia juga. Mana ada manusia yang tak kena demam atau selsema/batuk sesekali sekala. Biasa la baby kena demam tu dia nak bina antibody dia sendiri. Secara umumnya, penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko terhadap pelbagai penyakit kanak-kanak. Itu adalah kenyataan dari WHO yang telah membuat kajian ke atas berpuluh ribu kanak-kanak di seluruh dunia. Fakta ok bukan auta.

Fakta yang anda perlu tahu
- Demam sebenarnya menandakan badan kanak-kanak melawan jangkitan atau keradangan
yang disebabkan bakteria atau virus.
- Apabila demam, sel darah putih pesakit akan cuba melawan bakteria atau virus dengan
mengeluarkan bahan kimia yang menaikkan suhu badan. Peningkatan suhu badan
sebenarnya cara membunuh kuman.
- Suhu badan tinggi masih tidak dianggap demam hinggalah ia mencecah 37.5 darjah 
Celsius atau lebih tinggi. Suhu badan yang normal ialah 37 darjah.
- Demam tinggi tidak semestinya menandakan keseriusan penyakit.
- Demam dialami kanak-kanak sihat yang sembuh dalam tiga atau empat hari tidak harus
menimbulkan kebimbangan.

Macam-macam sebab lagi yang mempengaruhi kesihatan contohnya faktor persekitaran (kawasan berhabuk, dikelilingi perokok, pencemaran alam sekitar dll) , faktor keturunan (penyakit lelah, eczema dll), keadaan bayi itu sendiri (umur bayi ketika lahir -seperti bayi pra matang) akan memberi pengaruh yang berbeza-beza terhadap tahap kesihatan bayi tersebut.

Keadaan yang ideal untuk mendapat khasiat sepenuhnya dalam penyusuan susu ibu mungkin boleh dijadikan iktibar dari sirah Rasulullah di mana Baginda telah disusukan dengan susu ibu (oleh Halimatun Saadiah) di dalam persekitaran luar bandar yang penduduknya menghirup udara segar di sana. Itu yang ideal. Jika kita bayangkan, bayi yang membesar dalam keadaan begini tentu mendapat perlindungan yang sempurna. ZAman sekarang ni dengan jerebu la, cuaca panas yang tak menentu la memang susah nak cakaplah.

Walau bagaimanapun, realitinya, keadaan kehidupan kita pada hari ini, kebanyakan ibu keluar bekerja dan anak-anak dijaga oleh pusat asuhan atau baby sitter. Baby yg duduk nursery, memang orang kata 'wajib' la kena demam dan selsema. Persekitaran begini memang memberi cabaran yang lebih terhadap anak tersebut. Tak perlu pertikai kenapa breasfeed baby tetap jatuh sakit sebab itu dah fitrah manusia. Yang penting, anak-anak kita dapat zat + nutrien dari air susu kita. Sehebat mana formula milk tu dipromote, ianya masih tak dapat menyamai segala zat yg ada dalam susu ibu. Anak yg menyusu bukanlah imun giller sampai tak sakit ingat robot ke tak sakit. Biasala kalau duduk nursery ni, jangkitan macam-macam.  Lagipun baby biasala demam, selesema tu supaya imunnya lebih terbina.

Pernah ada orang kata "minum susu ibu pun demam?' ada jugak orang kata "susu awak tak berkualiti kot'...Terusik juga hati ini tapi ada aku kisah pekakkan jelah telinga . Walaupun fully bf baby tetap demam,batuk & selsema. Itu dugaan buat mommies, Takkan nak salahkan susu pula kot. Tak sesuwai tau.

So jangan mommies yang fully BF kecewa jika masih terpaksa masuk keluar hospital walaupun telah memberi susu ibu kepada anak tersebut. Ini kerana andainya anak itu tidak mendapat perlindungan susu ibu, mungkin keadaannya boleh jadi lebih teruk dari yang dialaminya. Selain dari itu, dari hari ke hari sistem pertahanan bayi telah semakin matang (biasanya sekitar umur bayi 2 tahun), tubuhnya akan menjadi lebih kuat melawan pelbagai serangan penyakit. Sebab itu, penyusuan susu ibu disarankan diteruskan sehingga bayi mencecah 2 tahun atau lebih.

Dan yang nyatanya penyakit itu sendiri datangnya dari Allah SWT. Kita hanya mampu berusaha, yang menentukannya adalah Allah. Setelah habis usaha, berdoalah agar kita sekeluarga beroleh kesihatan dan dijauhkan dari segala penyakit yang merbahaya.

It's Nayli Dayana masa kecik cinonet.



Alhamdulillah Nayli tak pernah kena tahan di hospital sebab sakit sejak lahir sampailah sekarang. Sekarang ni Nayli dah nak masuk 21 months. Nayli hanya fully BF sampai 11 months je sebab mama preggy 3 months dah stop pam lepas tu start campur dengan formula milk. Sekarang Nayli kongsi minum frozen EBM dengan adik Zara sebab NAyli reject direct breastfeed. Seronok tengok Nayli minum frozen EBM kongsi dengan adiknya. YEay!!

Ini pulak  Zara Amani


Alhamdulillah dah 4 bulan setengah  still exclusive breastfeed. Kesihatan pun ok-ok je.

Conclussion kalau baby breastfeed tak sakit maka tak payah la bina hospital. Anak saya bukannya superman, incredible atau ultraman ok. Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!
Mummy pun baru sahaja menghadapi satu keadaan yang memenatkan iaitu menjaga anak yang demam selama seminggu. Kejap panas, kejap sejuk badannya! Jadi untuk post kali ini, Mummy akan berkongsi sedikit fakta mengenai demam serta tips menjaga anak yang demam.

Fakta
·         Demam sebenarnya menandakan badan kanak-kanak melawan jangkitan atau keradangan yang disebabkan bakteria atau virus.
·         Apabila demam, sel darah putih pesakit akan cuba melawan bakteria atau virus dengan mengeluarkan bahan kimia yang menaikkan suhu badan. Peningkatan suhu badan ini sebenarnya cara membunuh kuman.
·         Suhu badan tinggi masih tidak dianggap demam hinggalah ia mencecah 37.5 darjah Celsius atau lebih tinggi. Suhu badan yang normal ialah 37 darjah.
·         Demam tinggi tidak semestinya menandakan keseriusan penyakit.
·         Demam dialami kanak-kanak sihat yang sembuh dalam tiga atau empat hari tidak harus menimbulkan kebimbangan.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, July 19, 2011

Pam Spectra 3 Saya YAng Sangat Mabeles-Lah

Saya rasa benda ni memang banyak sangat menabur jasa kat saya. Dalam usaha untuk menyusukan baby Nayli dan juga baby Zara.

Spectra 3. Dulu, kini dan selamanya. Muahsslah.


Part menyusu saya dari A to Z semua saya beli online je kat SINI.

Beli completed set dengan pam, 2 breastshield, beg, cooler beg, bootles & icepack. Beli masa year 2009 dalam RM500+++.  Jimat. Completed semua ada.



Dulu masa mula-mula guna  saya suka cuci rendam dalam air panas semua peralatan tu kadang-kadang biar kan lebih 15minit. Kerap gakla basuh dalam seminggu tu. Sebenarnya alat2 tu semua tak boleh basuh dengan air panas altho dalam kotak spectra tu kata boleh cukup dgn air biasa alir bawah air paip pun ok atau air suam bukan panas. Alat-alat tu kan dari plastik so kalau kerap basuh ngn air suam/panas dia akan kembang dan menyebabkan suction slow.. dan tak perlu laa kerap basuh especially tiub.

Sebagai Spectra user cara yang saya guna utk dptkan 'let down reflex' ialah mula-mula saya setkan suction pada yang rendah (nak bg signal kt breast yg kita ready nak mengepam), kemudian saya akan rasa susu mula masuk), bila dah nampak 2/3 titik baru saya increasekan suction yg selesa. Agak-agak saya kita kena pandai main dgn suction level, sebab kadang-kadang saya perlukan high level, kadang-kadang medium. Bergantung pada keadaan.

Komen saya pakai Spectra 3 lebih kurang macam ni lah.

1. Body - Memang ok, machine operate dengan baik walaupun ada a few times terjatuh dari sofa ke lantai. Biasalah hardcore user. Hiks! Paling best semua parts senang je nak assemble.

2. Tube - tube dia ni kena extra care sikit sbb bila lama2 dia akan jadi kotor dan ada hitam-hitam.


Kalau tiub tu ada wap sikit pun tak bole guna, kena betul2-betul kering baru boleh pakai takut air masuk dalam pam (lepas service baru tau nak jaga baik). Yelah service bila susu  or air dah masuk dalam motor pump pun dah dekat RM100 buang duit je. Haishh. Satu lagi jangan pump sampai susu penuh dalam botol nanti tolak angin tu boleh menyebabkan susu masuk tiub. Nak bersihkan pun mcm leceh sikit sebab kena amik dawai and kain untuk gosok bahagian dalam. Lepas basuh kibas macam gaya comboy. Pegang hujung and pusing cam koboi on top of ur head tapi careful that no one is nearby and siling agak tinggi. sakit kalau kena libasan tiub tuh. Kalau buat camni air tinggal takdelah tompok sangat and lebih cepat kering.  But the gud news is that tube ni ada senang nak cari, so if dah hitam sgt boleh beli yang baru, RM15 je takdela mahal sangat banyak tempat ada jual.

3. Membrane - benda putih yang melekat kat valve. 

Ni membrane.


Ni pulak valve.

Membrane ni is made from getah, so bila lama2 tu dia macam mengembang sikit. So bila dah kembang tak berapa nak tekap kat membrane tu. Bila tak tekap rapat tu, suction pun jadi tak kuat. Bila dah jadi macamni memang kena beli membrane yang barulah. Satu RM9. Biasa beli sepasang so RM18 lah. Biasanya kalau strelize part mengepam membrane memang saya tidak strelize sekalilah. Ingat dulu masa first time membrane mengembang  ingatkan pump dah rosak sebab memang tak rasa suction langsung. Pastu bila kaji-kaji, baru la tau rupa-rupanya sebab membrane dah mengembang. Pheww lega nasib baik ingat pam yang rosak.

Sebelum beli pam nak  pinjam dari kawan yang dah gune Spectra 3 pun ok jugak tapi kalau setakat sekali-dua mencuba belum cukup adil utk kite kate pam tu sesuai atau tak. Seseorang tu mungkin perlukan 2-3 hari atau seminggu untk badan dia selesa and get used pada pam baru dan memang betul pon..walau ape jenis pam u gune, nipple stimulation dari baby sendiri / direct feeding dan kekerapan mengepam adalah faktor utama utk sucsess in BF.

Kadang-kadang tu fikir jugak kalau boleh memang tak nak guna MLO Backpack sebab selalu sangat kena tegur bawa beg macam budak sekolah walaupun memang saya tak nafikan beg tuh paling mudah dibawa dan very spacious.

Inilah beg sekolah yang dimaksudkan. Setiap pagi usung beg ni pergi office.


Dalam ni simpan semua benda untuk mengepam kat office eg. pam, botol and cooler beg.

Kononnya nak la tukar ke beg yang nampak corporate sikit kalau boleh nak carik shoulder bag yang boleh carry skali purse, a few pens, calculator dan sebagainya sebab skang nih bila gi ofis, dah bawa sampai 2 beg. 1 beg pam & 1 handbag. Kalau ada tempat kerja yang selesa bolehlah perah guna tangan tapi jika  berasa keadaan tempat kerja yang tidak mempunyai tempat yang sesuai dan bos yang tidak berapa suka sekiranya pekerja menghilang, boleh juga menggunakan pam batery or elektrik.Dan ianya boleh dipam di work station je.

Harga pam bergantung kepada kemampuan dan kesuaian kita. Boleh juga mencuba dulu pam berkenaan sebelum beli. Di kedai MLO, Susuibu, Fabulous Mom rasanya semua kedai yang jual breastpump boleh untuk mencubanya dulu. Jangan risau jika ramai mommies yang memilih jenama breastpump lain sebab pemilihan breastpump adalah mengikut keserasian individu dan poket masing-masing. Janganlah kerana tidak ramai yg gunakan Avent so kita rasa ia tidak bagus. Jenama breastpump tidak penting, tapi yang penting adalah kegigihan kita untuk mengepam. Kena gunakan pam yg ada semaksimum mungkin. Elektrik atau manual pon tidak menjanjikan pengeluaran susu yg melimpah ruah cuma bezanya akan lebih relax jika gunakan elektrik tapi tak kurang juga  mommies yang lebih suka manual kerana boleh tentukan sendiri teknik mengepam masing2masing .Berbalik kepada pokok cerita tengoklah pada kesesuian individu..

Di samping itu saya rasa mommies juga harus belajar juga teknik marmet iaitu teknik memerah menggunakan tangan sebab dengan mengetahui teknik perahan menggunakan tangan akan lebih mudah menguruskan pemerahan susu tanpa pam. Macam saya ni kadang-kadang nyanyuk lupa nak bawa breastshield pergi office so saya gunakan teknik marmet jelah sebagai ganti. Yeay!!

Breastpump adalah alat yang boleh membantu kita memerah susu namun ia bukan sesuatu yang wajib dimiliki tetapi kalau berminat memiliki breastpump disyorkan beli yang brand new kerana ada warranty dan selamat. Anyway seperti yang saya cakap tadi pemilihan pam ini sangat subjektif bagi setiap individu. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi pembelian breast pump ni. Contohnya, faktor kondisi dan persekitaran kerja, faktor duit, faktor kekangan masa dan akhir sekali faktor keselesaan individu itu. Kena analisis dulu faktor-faktor tersebut dengan kesesuaian diri. Sebagai contoh, Seorang ibu yang mempunyai corak kerja yang sangat padat, masa menjadi faktor utama adalah disarankan memilih pump yang boleh boleh berfungsi serentak (dual/double pumping) sebab dapat menjimatkan masa.

Sekadar pandangan just sharing dari pengalaman sendiri dan apa yg saya dah pelajari: Saya cuma mampu komen pasal breastpump Spectra 3 je lah sebab itulah satu-satunya pam yang pernah saya guna. Conclusion : what ever type of breastpump yang kite gune, as long as kite selesa dan tidak menyakitkan, pam tu bagi saya dah cukup bagus untuk kite. Tak kisahla mahal or murah.

Yeay!!

Sekian.

Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.







 Yeay!

Monday, July 18, 2011

Masih Demox Macam Anak Gajah

Just nak kongsi pengalaman. Saya  baru jer  beranak anak pertama, now baby nak masuk 3 bulan tapi yang paling gembira berat berat badan sampai ke tahap yang sayai inginkan disebabkan saya breastfeed saya rasa seronok sebab saya makin kurus. . Dulu berat saya 52-54kg mcm tu . Bila mengandung naik 72-73kg lepas bersalin, memang orang cakap akan turun balik. Okla mmg turun jadila 59 ok la turun slow-slow......

Erkss itu cakap-cakap setahun yang lepas masa first time beranak. Senang je nak kurus.

Sekarang???

Kenapa berat saya tak turun-turun ni. Huwarghh stress. Baby Zara dah 4bulan setengah berat masih above 60kg. KAlau nampak je alat penimbang memang trauma lah malas nak timbang berat takut lagi trauma. Haiyaa macam mana ni kalau diet sungguh-sungguh takut baby tak dapat kalori sepenuhnya dan takut kualiti susu merudum...

Tapi bila makan ikut 'piramid makanan' tu pulak makin tembam badan nya ni. Keh Keh Keh Keh stressnya.

Takpelah, usaha gigih pasti dapat hasil boleh kurus balik. In this matter, rasanya menyusu & pemakanan sihat sahaja tak cukup untuk kembali langsing. It's best to do exercises, however light pun jadilah. So nampak nya kena start jog balik la ni. Yelah kalau kita tanya husband kita, memang dia cakap xtakkesah.. Sebenarnya mestilah dia kisah kot. Cuma nak jaga hati kita so dia pun kata la.. ayang gemuk ke kurus ke, abang tetap sayang sebab ayang dah lahirkan anak untuk abg kan kan kan. HukHukHuk awatla asyik batuk je ni. Jgn kita nafikan fitrah manusia tu suka kepada kecantikan tapi definisi cantik tu beza sorg laki dengan laki yg lain. Takut kita pandang ringan, nanti suami pulak pandang perempuan lain. Lagipun kita yang demox ni mestilah berperasaan yang tak best. Nak beli baju pun susah. Mencikkkk argghhh!

Orang cakap kalau memang suri rumah, boleh pergi berjalan di luar masa pagi2 or petang2. Round satu taman. Just take about 30 mins per day. And tak perlu buat setiap hari, kalau 3 kali seminggu pun cukup. 

Kalau bekerja pulak setiap hari naik lif, cubalah tukar naik tangga pula. Kalau tempat kerja terlalu tinggi pun tak apa, at least stop 2 floors lower, and still cuba naik tangga for the rest. Tapi itu cakap dan cakap. Nak buat dia kena ada semangat yang tinggi dan rajin. Kalau asyik berangan macam saya ni je susahla.

Apapun memang betul anak adalah kepentingan kita. Itulah guna parents. Berkorban untuk anak. Ingatlah pengorbanan parents kita juga. As for breastfeed whether gemuk/kurus sebenarnyer pregnancy itself memang dah menyebabkan badan gemuk , kulit gelebeh dll.. Tapi breastfeeding is nature's way of using up the fats stored during pregnancy, kecilkan rahim etc. Just imagine kalau tak brestfeed, mesti akan lebih gemuk agaknya. Tak semestinya kita gemuk kerana breastfeed, tak semestinya orang breastfeed gemuk, tak semestinya kalau kita tak breastfeed kita kurus. Tak seemstinya kita kurus sebab tak breastfeed. Tapi yg pasti BREASTFEED is the best-lah!!

Apa-apapun ye la, jawapan saya selalu saya bagi kat orang-orang yang cakap saya masih demox ialah.....

I've kids. Be positive towards urself. Maybe there's a reason kenapa Allah taknak bg kurus? If kurus, mesti saya selalu nak pakai baju yang seksi-seksi kot......

Yeay!!! Lepas tu mesti orang tu tak komen apa-apa dah. Hahahaha jawapan yang paling best dan bernas untuk sedapkan hati.


Hiks! Mencik. Mencik Menciklah jadi si demox.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, July 17, 2011

First Time Pergi Istana Budaya Tau

First time dalam sejarah semalam sampai ke sini. Yahoo!

Aikk papa je yang senyum NAyli tak senyum pun.




Ada apa kat Istana Budaya? Ntahla saya pun tak tau dah la pagi-pagi buta pergi sini. Hiks! 

Sedikit info. Istana Budaya berfungsi untuk menjadi medan seni persembahan pentas yang terunggul di Maalysia dan bertaraf dunia. Rekabentuk bangunan adalah bercirikan kebudayaan Melayu. Kalau siapa yang nak pergi senang je nak cari tempat ni. Berhampiran TAsik Titiwangsa kat JAlan Tun Abdul RAzak, Kuala Lumpur. Dibina pada tahun 1998. 

Untunglah umur tak sampai 2 tahun dah pergi Istana Budaya, mama ni dah nak masuk 30 tahun ni baru first time sampai sini tau. Sob Sob.


Muka masam, takde mood, merengek je, suruh jalan pun taknak, nak dukung je, dukung pun merengek jugak. Erksss apelagik?

PEndek kata pakej yang tak ok semua ada kat Naylilah masa ni. Sebab Nayli tak sihat batuk-batuk. Muka pun masam mencuka je. Kesiannya anak mama ni.

Sekarang kat Istana Budaya. Siapa nak tengok? Pergi cepat.




Jalan-jalan kami end up dengan NAyli batuk dan muntah.




Haa tengok habis baju kena muntah. Baju mama pun kena jugak. Menangis je la apelagi. Sebenarnya ada plan lain tu yang pergi KL pagi-pagi buta tapi disebabkan NAyli tak sihat so terpaksa la mama batalkan plan tu.

TAkpelah next time ada peluang lagi kot. Insyallah.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, July 15, 2011

Kalau Baby Susah Nak Poo Poo

Untuk mommies yang exclusive breastfeed mesti perasan kadang-kadang baby kurang berak. Begitulah juga saya mula-mula dulu risau jugak.Tapi last week masa check up baby ada tanya doc then doc cakap kalau breastfeed takpe janji at least once a week kena lah berak. Kalau baby full susu badan, jika dia tak berak seminggu pon doktor cakap tak perlu risau sebab susu badan ni mudah di hadam dan digunakan untuk tenaga. Kalau baby full susu badan ni senang jer nak tengok poo poo dia kalau kuning cair maknanya dia dapat semua khasiat susu, kalau hijau maknanya dia kurang dapat susu akhir so kenalah breastfeed lama sikit supaya baby dapat khasiat susu awal & juga akhir. Dulu masa 6 bulan baru start makan solid food NAyli pernah jugak mengalami problem poo poo keras.

Kalau baby below 6 months yang belum start makan lagi so doc cakap mommies yang breastfeed kenalah tingkatkan pengambilan sayuran,buah atau bijirin dalam diet agar baby pun dapat khasiat serat melalui susu ibu. Untuk baby Zara yang exclusive breastfeed belum start makan memang saya tak  risau sangat about baby tak berak. Asalkan waktu dia berak dia tak nampak sakit or mcm payah sgt nak neran dah kira oklah.

Kalau tanya baby kembung tak bila ia tak membuang? Kalau kembung kene risau gak ler. Cuba cari kat farmasi prebiotik utk baby. Prebiotik ni selain tingkatkan sistem imunisasi ia juga menjaga usus perut kita, ia bagi baby mudah membuang. Tapi janganlah start bagi ubat artificial kat baby untnk bagi berak. Takut baby dependent on it je nanti. 

Another tip yang doc bagitau. Kalau baby susah nak berak just jolok sikit-sikit bontot baby. Jangan jolok kuat sangat pulak tau! Just main-main sapu sikit bagi dia geli. Tapi careful kadang-kadang terus memancut tahi dia nanti habis muka lak. Lagik satu boleh juga guna sabun mandi potong macam ubat demam yang masuk ikut dubur tu (ala macam chalk yang kontot2 tu)  tapi jangan potong besar bagi macam chalk tu just muat-muat dia je basahkan and sumbat kat dubur dia. Insya Allah membantu.

Ada juga mommies yang bila anak mengalami problem susah nak poo poo akan bagi vitagen & macam-macam. Doc tak sarankan bagi baby yakult, vitagen or wutever sebab situ ada bahan perisa.

Sekarang bila ada problem here & there pasal baby dah cool sikit sebab dah ada knowledge. Masa mula-mula dulu beranak bila baby ada masalah kesihatan memang kelam-kabut. Benda baru lah katakan.
 

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, July 14, 2011

Ketinggalan Zaman Betul First Time Makan MAcarons

Hari ini dalam sejarah. First time sampai sini. Empire, Subang. Tu pun pergi masa lunch time menyelit je bila dapat tau officemate nak pergi sini beli barang. Kalau tak menyibuk menyelit memang tak tau bila la nak sampai. Biasalah bila anak-anak dah ramai alaa baru 2 orang dah cakap ramai pergi shopping mall yang jauh sikit dari rumah memang malas laa. Pasal tu la asyik pergi The Curve je. Hiks!

Whoot! Whoot! Ala-ala mini Pavilion gitu. Kelassssss.




Sebab lunch time bukan 5 jam so kami tapau makan ni jelah buat alas perut sementara nak cari barang. Nak cari barang lagi nak makan lagi sah-sah la tak sempat. Semua sedap, semua enak macam mana ni? TAkkan nak borong semua kot. Hiks!




Oklah yang ni nampak macam paling sedap. Wah sekarang ni packing pun dah lain. Ingat tak dulu kalau beli roti pilih-pilih lepas tu letak kat tray sampai kat cashier akan transfer letak dalam plastik. Sekarang ni? Pilih pilih terus letak dalam kotak. Sampai kat cashier lipat lipat kotak terus masuk dalam paper bag. 




Tengokla pegang pun ada gaya. Padahal beli roti je kan.




Oh baru je tau The Loaf ni kepunyaan Tun Mahathir Mohammad ye. Ooooooooooooo memang baru tau sangat. Laaa pergi Empire bukan nak beli roti, tapi sebenarnya officemate nak beli ni !!! Yeay!



Officemate saya ni orang France. Memandangkan hari ini 14th Julai adalah Hari KEbangsaan bagi negara mereka, so dia nak belanja semua orang macaron la. Untuk info macarons adalah makanan tradisi rakyat Perancis ye. Biasanya mereka akan makan macaron petang-petang lepak-lepak minum dengan coffee tapi sekali hadap macarons makan sebijik dua je lah.

Banyak jugak kedai yang kitorang masuk keluar sebab Thomas tak berkenan dengan rasanya. Beli satu, rasa lepas tu keluar. Masuk kedai ni, rasa lepas tu keluar balik. Jangan main-main. Ini Perancis betul mari haaa.

Cuci mata jap.




Colorful & comel. Geram je tengok.






Ni bukan macaron tapi comel macam macaron buat orang geram jugak.






Oh inilah Thomas. Lelaki idaman MAlaya Perancis yang saya maksudkan tu. Hiks! Kalau dia pronounce macaron bunyinya lebih kurang macam ni ma-ghaaa-rons.



Masa memula datang MAlaysia memang sepatah haram tak tau cakap bahasa kebangsaan Malaysia. Tapi dia sangat rajin belajar sekarang dah reti sikit cakap Melayu.  Last-last kami beli macarons kat Serai. Yang terbaik adalah kat situ. RM3.90/pc. So lunch kami pada hari ini. YEay!

Selamat Hari KEbangsaan untuk warga negara PErancis.




Memang manis giller. Makan dua biji. Pink for strawberry and purple for blueberry. Sampai sekarang terasa manis kat bawah lidah. Oklah sekali sekala tukar selera.

Lepas ni kalau orang cerita pasal macarons dah boleh joinlah. First time makan ok kesiannya, Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, July 13, 2011

Susu Dan Ibu

Pembakar & penguat semangat saya apabila tengah stress or penyakit malas mengepam di office mula berleluasa  SUMBER DARI SINI. 

FAkta yang sangat-sangat mengagumkan. TERBAEK!!!!!!!!!

Yeay!!!!


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).(QS. Luqman, 31:14)
 
Susu ibu adalah suatu cecair ciptaan Allah yang tiada tandingannya  untuk memenuhi keperluan pemakananan bayi dan melindunginya daripada serangan penyakit. Keseimbangan zat-zat dalam susu ibu adalah yang terbaik dan susu ibu adalah makanan yang paling baik bagi tubuh bayi yang masih muda. Pada masa yang sama, susu ibu juga sangat kaya dengan zat-zat makanan yang mempercepatkan pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf.


1 Makanan-makanan bayi tiruan yang dirumuskan menggunakan tekhnologi terkini tidak mampu menandingi keunggulan makanan ajaib ini.
 

Senarai khasiat susu ibu bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang diberi susu ibu terselamat dari serangan penyakit sistem pernafasan dan penghadaman. Ini disebabkan ciri-ciri imunisasi dalam susu ibu memberi perlindungan khas  melawan serangan penyakit. Ciri-ciri tambahan dari susu ibu yang memberikan perlindungan terhadap penyakit adalah wujudnya persekitaran yang kondusif untuk ‘bakteria baik’ . Wujudnya bakteria ini melambatkan proses perkembangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan lagi, telah dibuktikan bahwa terdapat unsur-unsur di dalam susu ibu yang dapat membentuk sistem kekebalan melawan penyakit-penyakit berjangkit dan membantunya agar berfugsi dengan betul. 


2 Oleh kerana telah ‘dirumus’ secara istimewa, susu ibu merupakan makanan yang paling mudah dicerna bayi. Meskipun sangat kaya dengan zat , susu ibu sangat mudah dihadam oleh sistem pencernaan bayi yang masih mentah. Oleh sebab itu bayi memerlukan lebih sedikit tenaga dalam mencerna susu ibu , sehingga ia dapat menggunakan lebihan tenaga untuk kegiatan tubuh yang lain dan juga untuk pertumbuhan dan perkembahan organ.
 

Susu ibu dari bayi yang tidak cukup bulan mengandungi lebih banyak zat lemak, protein, natrium, klorida, dan besi untuk memenuhi keperluan bayi. Bahkan telah dibuktikan bahwa fungsi mata bayi berkembang lebih baik pada bayi-bayi tidak cukup bulan yang diberi susu ibu dan mereka memperlihatkan pencapaian yang lebih baik dalam ujian kecerdasan. Mereka juga mempunyai banyak lagi kelebihan lainnya.
 




Salah satu perkara yang menyebabkan susu ibu sangat diperlukan bagi perkembangan bayi yang baru lahir ialah kandungan  ’omega-3′ dan asid linoleat alfa.. Selain sebagai zat penting bagi otak dan retina manusia, zat tersebut juga sangat penting bagi bayi yang baru lahir. Omega-3, khasnya, sangat penting dalam tempoh mengandung dan pada tempoh awal usia bayi untuk perkembangan otak dan sarafnya secara nomal. Pakar-pakar menekankan pentingnya susu ibu sebagai pembekal semulajadi yang sempurna untuk omega-3. 


3 Selanjutnya, penyelidikan yang dijalankan oleh saintis dari Universiti Bristol membuktikan bahawa di antara manfaat susu ibu untuk jangka masa panjang adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mengurangkan risiko serangan jantung . Kumpulan penyelidik tersebut merumuskan bahwa perlindungan yang diberikan susu ibu adalah dari kandungan zatnya. Menurut hasil penyelidikan itu yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi susu ibu mempunyai keberangkalian lebih kecil mengidap penyakit jantung. Telah dibuktikan bahwa wujudnya asid lemak tak tepu (unsaturated)  berantai panjang (yang mencegah pengerasan pembuluh arteri), serta fakta bahwa bayi yang diberi susu ibu menelan sedikit natrium (yang berkait rapat dengan tekanan darah) yang dengannya tidak mengalami penambahan berat badan berlebihan, merupakan beberapa di antara manfaat susu ibu bagi jantung.


4 Selain dari itu, kumpulan penyelidik yang diketuai Dr. Lisa Martin, dari Pusat Kedoktoran Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika Syarikat, menemui kandungan hormon protein yang tinggi yang dikenali sebagai adiponectin di dalam susu ibu.


5 Kadar Adiponectin yang tinggi di dalam darah berkait rapat dengan rendahnya tahap risiko serangan jantung. Kadar adiponectin yang rendah dijumpai pada orang yang gemuk (obes) dan yang memiliki risiko tinggi terkena serangan jantung. Oleh kerana itu telah diketahui bahwa risiko terjadinya kelebihan berat badan (obesiti) pada bayi yang diberi susu ibu berkurang dengan adanya hormon ini. Selain dari itu, mereka juga mengesan wujudnya hormon lain yang disebut leptin di dalam susu ibu yang memainkan peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai sebagai molekul pengesan tahap kandungan lemak dalam badan. Jadi, menurut  Dr. Martin, hormon-hormon yang diperolehi bayi melalui susu ibu mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti kelebihan berat badan (obesiti) , diabetes jenis 2 dan kekebalan terhadap insulin, dan penyakit pada pembuluh nadi utama jantung.

Fakta Tentang “Makanan Paling Segar”
 

Fakta tentang kelebihan susu ibu tidak berhenti hanya di sini. Fungsi pentingnya terhadap kesihatan bayi berubah seiring dengan tahap-tahap perkembangan yang dilalui bayi dan jenis zat-zat makanan yang diperlukankan pada tahap tertentu. Kandungan susu ibu berubah bertujuan untuk memenuhi keperluan yang sangat khusus ini. Susu ibu  tersedia pada setiap saat dan berada pada suhu yang paling sesuai. Dengan kandungan gula dan lemaknya susu ibu memainkan peranan utama dalam perkembangan otak . Di samping itu, unsur-unsur seperti kalsium yang dimilikinya berperanan besar dalam perkembangan tulang-tulang bayi.
 


Meskipun disebut sebagai susu, cecair ajaib ini sebenarnya sebagian besarnya tersusun daripada air. Ini adalah ciri terpenting, oleh kerana selain makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Keadaan yang benar-benar bersih dan sehat mungkin tidak wujud pada air atau bahan makanan, selain daripada susu ibu. .. Namun susu ibu – yang 90% adalah air – , memenuhi keperluan air bayi dalam bentuk yang paling bersih dan sihat.
 

Susu Ibu Dan Kecerdasan

Penyelidikan ilmiah menunjukkan bahwa perkembangan dan kemampuan otak pada bayi yang diberi susu ibu lebih baik daripada bayi yang tidak diberi susu ibu. Perbandingan di antara bayi yang diberi susu ibu dengan bayi yang diberi susu buatan kilang oleh James W. Anderson – seorang pakar dari Universiti Kentucky – membuktikan bahwa IQ [tahap kecerdasan] bayi yang diberi susu ibu 5 peratus lebih tinggi daripada bayi yang tidak diberi susu ibu. Berdasarkan hasil penyelidikan ini juga dirumuskan bahahwa susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi kecerdasan bayi, dan anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat pada IQ. 
 

Apakah Susu Ibu Dapat Memerangi Kanser?

Berdasarkan hasil peyelidikan menyeluruh yang telah dilakukan, terbukti bahawa susu ibu , yang dibincang dalam ratusan artikel dan penerbitan,, melindungi bayi terhadap kanser. Fakta ini telah diketahui dan diakui walaupun mekanismanya belum difahami sepenuhnya. Ketika sejenis protein susu ibu membunuh sel-sel tumor yang telah dibiakkan di dalam makmal tanpa merosakkan sel sihat yang lain, para penyelidik menyatakan bahawa terbukanya sebuah tirai yang bermakna . Catharina Svanborg, Profesor imunologi klinikal  di Universiti Lund, Sweden, mengetuai kumpulan penyelidik yang menemui rahsia susu ibu yang mengkagumkan ini. Kumpulan penyelidik yang berpengkalan di Universiti Lund ini menjelaskan kemampuan susu ibu dalam memberikan perlindungan melawan bermacam jenis kanser sebagai penemuan yang ajaib.
 

Pada mulanya para penyelidik memerhatikan tindakbalas pada sel-sel selaput lendir usus yang diambil dari bayi yang baru lahir dengan susu ibu. Mereka mendapati bahawa gangguan yang disebabkan oleh bakteria Pneumococcus (yang dikenali sebagai pneumonia) dengan mudah dihentikan oleh susu ibu. Selain dari itu , bayi yang diberi susu ibu kurang mengalami gangguan pendengaran dibandingkan bayi yang diberi susu formula, dan menderita jauh lebih sedikit jangkitan saluran pernafasan. Penyelidikan lanjutan mendapati bahwa susu ibu juga memberikan perlindungan melawan kanser. Setelah membuktikan bahwa penyakit kanser ‘getah bening’ yang dihidapi oleh kanak-kanak adalah sembilan kali lebih tinggi menjangkiti kanak-kanak yang diberi susu formula, mereka mendapati bahwa hasil yang sama untuk kanser-kanser yang lain. Menurut hasil penyelidikan tersebut, susu ibu megesan dengan tepat wujudnya sel-sel kanser dan kemudian membunuhnya. Zat yang dikenali sebagai alpha-lac (alphalactalbumin) , yang terdapat dalam jumlah yang besar di dalam susu ibu,  yang bertanggungjawab mengesan wujudnya sel-sel kanser dan membunuhnya. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa di dalam susu. 
 

Keberkatan Tanpa Tandingan Ini Adalah Kurnia Allah

Fakta yang menakjubkan adalah bahawa susu ibu sangat bermanfaat bagi bayi apabila penyusuan dilakukan selama dua tahun.

Fakta penting ini, hanya baru diketahui tetapi telah diwahyukan Allah empat belas abad silam di dalam ayat-Nya: ”Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan… “ ( Al Baqarah, 2:233)
 

Para ibu bukanlah orang yang memutuskan untuk membuat susu ibu, sumber zat makanan terbaik bagi bayi yang lemah yang memerlukan makanan di dalam tubuhnya. Ibu bukan pula yang menentukan bermacam kadar kandungan zat yang terkandung dalam susu ibu. Allah Yang Mahakuasa-lah, Yang mengetahui keperluan setiap makhluk hidup dan memperlihatkan kasih sayang kepadanya, Yang menciptakan susu ibu untuk bayi di dalam tubuh sang ibu.

*Betul-betul speechless. Erksss. Kagum. Dimaksudkan penyusuan penuh selama 2 tahun. YElah zaman sekarang ni kan macam-macam pencemaran pada makanan. NAk bagi baby makan lepas 6 bulan pun takut. Just wondering boleh ke saya  buat penyusuan penuh selama 2 tahun?? Semangat kena tinggi wooooo.....

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!