Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, May 31, 2012

Syoknye Minum Petang @ J Co Donut

Assalamualaikum,

Malam ni nampaknye tak payah makan la kot.

Petang tadi menikmati minum petang yang ohsem! Dah lama sangat tak lepak-lepak kat sini. Wauwee seronoknye!




Semuanya adalah terbahek di sini ;p Peace yoo!





Bila orang tanye nak order ape, jawab je tatau ikutlahhhhhh hahahaa ;p Jadik wanita memang bertuah makan tak payah bayar. Just duduk and tunggu je. Jap lagi sampailah food and beverages. Aww.

Tunggu. Penantian suatu penyiksaan. Memang la siksa lapar tau! Eleh mengada tadi cakap tak lapar ;p Uwek!




Kan dah cakap. Tunggu kejap je. Taraaaa dah sampai. Donut tu free dengan setiap pembelian cappochino. Beli dua cawan, dapat dua donut. KAlau beli 3 cawan dapat tiga donut and so on. Tapi donut ni jenis yang bergula je takde topping.

Its just soooooooo soft to bite into...... and really easy to finish!!!



Bismillah.


Ermmm hambik ko!

Uwek pahitnye. Padan muke ;p Tu lah bila orang tanye nak minum ape jawab ikutlah. Eh apsal cappuccino ni pahit sangat. Patutlah pun,  kitew kalau lepak selalu minum yang ice je. YAng sejuk-sejuk je. 

Pahit wa cakap same lu cappuchino ni nasib baik boleh tambah air gula.Iskkkkk.



PAdan muka siapa suruh mengada ;p


************************************************************

Eh kite jumpe artis tau. Memula nampak macam perasan muka dia tapi tak ingat nama. Bila fikir lelama baru ingat. ;) Cube teka siapa???

Sakan nak snap pic dengan retis gak.



Alaa tu pun tak kenal. Kak Shiela MAmbo la. Ajak nak bergambar dia set je. Alaaa kami duduk sebelah menyebelah je pun. Tak kisah la retis glem or tak janji retis kan ;p Tapi kalau jumpe Pak Aron Ajis sure aii fensan kat situ gak. Hahahahaha!

Last but not least. Tapau time! 3 donuts is enough. No more no less. Hamboii bila nak makan pun tatau. Kenyang to the max dah ni. Takpela rezeki jangan ditolak. Kot kalau tak boleh makan bagi anak jiran sebelah pun ok jugak mesti diorang suka.

Just can't resist the "smoothness" in very bite of J Co!



Anyway in your opinion, which is better? Big Apple or J.Co?

Hmmmmmmmmmmmmmmmm



Tiada yang lebih manis daripada apa yang kita kongsikan bersama.


Awwwwwwwwwwwwww.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
 



   

 

Jom Tengok Movie Men In Black. Memang Terbahek!

Assalamualaikum dan selamat hari Khamis,

Esok dah Jumaat yeay yeay! 

Ok jom sambung cerita. Lepas kami berombak rindu di Seoul Garden haritu ahak ahak, kami ke GSC pulak. NAk tengok wayang yelah kali terakhir pergi cinema pun ntah bila tak ingat. Sibuk jaga anak-anak kecil so keinginan itu ini biasanya terpaksalah diketepikan dulu. Berkorban apa saja. Ni anak-anak dah besar sikit barulah boleh berjalan. Alaa lagipun tengok wayang suami isteri takpela. Gelap-gelap berpegangan tangan pun tak dosa. Lainla kalau tengok wayang laki orang dengan bini orang dah sah-sah la dosa besar. Isk iskkkk. Adeke orang yang tak sedar diri macam tu dalam dunia ni ye?? Nauzubillah minta simpang semoga Allah bukakan hati-hati mereka ini untuk bertaubat. Amin.

So far pilihan kami selalunya cite omputeh la. Bukan tak menyokong filem melayu tapi paham-pahamlah kualiti malay movie biasa macam mana. TAkkan nak layan cerita Aku Bukan Tomboy pulak.  KAHKAHKAHKAH. Kesiannyeeeeee ;p

Mr. Manchester United jadi Mr. Portugal hari ni. Janji merah  kira lebih kurang samalah kan ;p




Pilihan hati kami. Highly recommended. Filem action yang sangat menghiburkan.



Si Lelaki Hitam or Men In Black.

Mengisahkan makhluk asing yang ingin menakluki bumi tetapi dengan kebijakan ejen-ejen perisikan khas akhirnya keinginan makhluk asing itu dapat di halang. Cerita selanjutnya pergi tengok sendiri. *5 bintang fuyoooo. Memang best.

*****************************************************

Men In Black memang best, 2 jam tak terasa ape pun tetiba macam aikkk dah habis ke??? Pastu pergi amik angin malam. Dari Damansara ke KL pulak. Eh lame betul tak tengok lampu lip-lap. Bolehla sekali sekala berjalan macam ni kalau orang muda lainlah cerita. Ini dah beranak pinak nak jalan malam pun tak berapa nak lalu. Baru pukul 10pm tapi dah rasa "huwarggggg ngantuknye" lepas tu mesti paksa anak-anak tidur jugak. HikHikHik. Zaman sudah berlalu. Hehehehe.



Motif utama ke KL sebenarnye sebab berjumpa dengan rakan lama. 10 tahun tak jumpa u olls.

10 tahun tak jumpe tau tak!!! Tau tak 10 tahun tu lama giller. Apelagi berjam-jam la borak sampai kering anak tekak. Bayangkanlah 10 years ago umur saya baru berapa. Muda belia lagi u olls. Awwww. Masa tu masih belajar lagi takkan muda-muda dah kahwin dan beranak pinak kot agak-agakla ingat aii takde future  masa depan yang gilang gemilang ke hahahahahaha!

Member lama masa study kat Port Dickson dulu. Saya belajar memang merata dari nun utara sampailah  ke selatan. Best jugak sebab boleh kenal macam-macam pe'el manusia dan belajar pelbagai jenis bahasa noooo ;p Ceq pon suka makan nasi kandaq teewwwww.



Terima kasih bebanyak kat Enchek Husband kerana layankan saja keinginan bini mu ini. NAk makan itu lah, nak tengok wayanglah tetiba nak jumpe kawanlah pulak. Grrrrrrrrrrrrrrrr. Ala setahun sekali je kot. Bukannye selalu. Erksss kalau nak selalu boleh tak? HArHArHar.

Really really really appreciate it ;) Thanks!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
 





 

Wednesday, May 30, 2012

WordLove Wednesday #07 - Chill & Chillax

Day 1 @ 9.40am :

Not working so can chillax to the max-lah Jangan jeles u olls. ahak ahak ;p





Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p


 

Tuesday, May 29, 2012

Berombak Rindu Di Seoul Garden One Utama. Awww

Assalamualaikum semua,

Selamat bekerja kepada yang semua pekerja. Kepada yang sedang menghabiskan cuti tahunan macam saye memang syiok habis. Tercapai jugak cita-cita nak bangun tengahari. Hahaha ayat bakar line saje nak buat semuaorang geram ;p Grrrrrrrrrr.

Actually saya telah menyambut birthday saya yang ke ekhem pada Sabtu yang lalu. Eleh it's just a number percaya tak yang sebenarnya wanita yang berumur macam saya akan kelihatan lebih cantik dan sempurna.

Bukan saya yang kata tapi Ahmad yang kata ;p KAHKAHKAHKAH!



Cepat!!!! Siapa yang belum wish saya HAppy Birhday cepat wish saya sikalangggggggg! Ahak.

Happy Birthday to You, cha, cha, cha.

Happy Birthday to You, cha, cha, cha.

Happy Birthday Akma.

Happy Birthday to You, cha, cha, cha.


Bersempena dengan harijadi yang cuma disambut setahun sekali, ekhem ekhem telah berbesar hati  belanja saya makan kat tempat yang teringin saya nak pergi. Eh bukan KFC or Mc Donalds ye. Boleh muntah darah hari-hari makan benda yang same. Bunga and bear pun tak mainlah. Bukannya sedap boleh di makan pun. Itu semua old fashion la makcikkkkk. Apepun yang penting besar or kecil dapat birthday present dari husband sendiri bukan husband orang lain KAHKAHKAH. Barulah namanye dihargai dan menghargai  sesama pasangan awwwww.  Argggghh feel good yeay!!!

Yelah setahun sekali bila birthday isteri nak pergi makan-makan ape salahnye. Isteri kan adalah pelengkap kepada kehidupan sebuah keluarga dan pendorong kepada kejayaan suami. Lagi-lagi yang pernah melahirkan zuriat dan jika ada kehadiran kanak-kanak, isterilah yang banyak memainkan peranan. Banyaknye jasa isterikan sekali sekala mestila tunjukkan sesuatu supaya mereka rasa diri mereka dihargai. Yabedabedu!

Kami dating berdua je. NAyli & Zara tak boleh ikut kasi lah can. Kacau daun je nanti. Ahak ahak.


Sampai je One Utama takde makna nak window shopping, perut dah lapar siap tak breakfast semata-mata nak bagi banyak space kosong dalam perut ni.

Walaupun namanya Seoul Garden tapi sebenarnya the restaurant looked nothing like a garden. Actually Seoul GArden is an all-you-can-eat BBQ and steamboat restaurant, where you get to choose the raw ingredients that you want, cook in on your table and eat it after. Unlike the other steamboat places I've been to, the restaurant provides more choice - marinated meats, raw seafood, vegetables, salads, noodles, rice, fruits, drinks, icec creams, ice kacang ,,,,, I can go on and on-lah. Phewwww.

There are a few choices of broth and we choose tom yam. Teringin jugak nak order kimchi soup tapi karang sampai-sampai rasenya macam ehek ehek macam mana? Grrr.


There a lot of meat for you to choose daripada daging sampailah ke ayam dan juga ikan. BEsides that, there have prawn and clams as well.

Seoul GArden memang ada class yang tersendiri sebab it is a Buffet-All-You-Can-Eat-Restaurant. Ada banyak sangat pilihan sampai tak tau nak start kat mana dulu.

Selain itu it is a Cook-It-Yourself-BBQ-Restaurant. Boleh pilih mana raw food yang anda suke dan masak sendiri. Memang unik because we rarely see this style of restaurant around. Ada lagi ke restaurant yang berkonsepkan macam ni ye??

Aduh sakit anak tekak. Instead of elaborating, I'll let the photos do the talking.







Pelbagai jenis sauce disediakan pastinya menambahkan lagi keinginan nak makan banyak.




Oh Laa~ Laa~

Thanks for the lovely lunch oh baby baby baby........................



Makan kena concentrate. Diet start tomorrow ok ;p Makan kat sini janganlah fikir pasal nak diet. Rugi wooo.




Adalah dekat dua jam kami menghabiskan masa makan kat situ. Bila Enchek Husband surrender barulah saya pulak surrender. Itu bermakna saya makan lebih banyak dari Enchek Husband hihihi. Kekenyangan  to the max sampai mata pun dah tak boleh nak bukak. Zzzzzzzzzzzz.

Alhamdulillah. Syukur dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Semoga dapat makan kat sini lagi. Amin.



Lepas makan kan kan kannnnnnn, kami ke ekhem ekhem pulak. Bertahun weyhhhhh tak pergi cinema. Ni kira datang sekali dengan birthday package la. Oh Laa~ Laa~

 ♥♥♥♥ ♥♥♥♥ ♥♥♥♥ ♥♥♥♥ ♥♥♥♥ ♥♥♥♥ ♥♥♥♥ ♥♥♥♥ ♥♥♥♥ ♥♥♥♥ ♥♥♥♥ ♥


Eh tunggu kat next entry laa. ;p OkBai!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p








 

Sunday, May 27, 2012

Teringat Nostalgia Di Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam. Ahak!

Assalamualaikum,

Kita pun kompius gak, macammana ntah tetiba boleh tersesat, untuk julung-julung kalinya saya tersampai kat sini. 




Shah Alam Bandar Anggerik. Aww.

Banyaklah kau punya tersesat kan, ingat Shah Alam tu dengan rumah kau dekat ke? ahak ahak. Jauh woiiii lepas lalu NKVE highway nak kena lalu Federal Highway pulak. Takpe takpe ada project baik punye kat sini. ;p

Kalau sampai Shah Alam, paling wajib mesti singgah kat tempat penuh nostalgia lama lah, mana lagi kat medan seleranya. Dulu masa student, asal tengahari je mesti pakat ramai-ramai pergi lunch ala-ala rombongan cik kiah ke sukan komanwel. Mana lagi tempat di tuju untuk lunch, Medan Selera Seksyen 2 lah. Dulu nak jumpa ekhem ekhem pun kat situ gak. Hehehehehehehe....

Masa dulu medan seleranya tak berapa nak teratur, masa makan mesti berpeluh hidung dan telinga *panassssss. Tapi sekarang dah cantik, siap ade KFC lagik tu. Isk tak aci.

Kalau makan kat sini, dari dulu sampai sekarang mesti ada ikan keli bakar.  Trademark sighhhhhh.

Nasi  + ikan + sayur + telur  Rm5.00




Eh sama! Pun ada telur goreng jugaklah! ;p




Biasalah zaman student kena pilih tempat yang murah dan sedap, almaklumlah MBF (Mak-Bapak-Finance) ;p Walaupun MBF tu tak berapa masyuk sangat, kalau tak score masa exam silap-silap kena potong elaun ;( tapi syukur sangatlah. Nasib baik MBF andaikata kalau buat loan kat PTPTN berjanggut la pulak kena bayar bulan-bulan.

Bismillah....




Ayaq dia pun gelas besar noo. Puas anak tekak. Fuh. Ice dulu kini dan selamanya. Tau ice sangat tak menyihatkan, tapi nak buat cemane,  sangat addicted dengan minuman sejuk!!! Phewww.




Mesti ada jugak. Kalau datang sini tak sah kalau tak order ABC special. Terbahek!




Fuh semuanya sedap dan menenangkan jiwa. Eeee rindula bandar Shah Alam nanti.


Rinduku pada dirimu..yeah

Rindu dirimu...yeah

Rinduku pada dirimu..yeah

Dirimu, diriku

Rinduku pada dirimu..yeah

Rindu dirimu yeah
Na na na na na na...na na


Ohoilaaaaa tak habis-habis dengan lagu. Feminin la pulak. Uwek. Tak K-Pop langsung ;p

*************************************************************

Ok habis cerita pasal makan. Jom cerita pasal ekhem ekhem pulak. Jeng jeng jeng.

Satu yang pasti cerita paling panas masa student dulu. Siapa yang belajar kat Uitm Shah Alam mesti tau punya. Rumah yang boleh disewa RM50/month tapi masalahnya takde orang langsung yang nak sewa. So dibiarkan kosong je lah.



Siapa tau kenapa takde orang nak sewa? Kenapa ye? Hehehehehehehehehe.... Syhhhhhhh.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p








 

Friday, May 25, 2012

Jom Berpinky All Day Long On Wednesday @ Baskin Robbins

Assalamualaikum,

Ini cerita hari Rabu lepas lupe pulak nak update ;p

Walaupun saya ni sukalah jugak dengan kaler pink tapi saya baru tahu pasal ni. Itu pun kawan saya yang bagitahu. Haishh nampak sangat selama ni duduk dalam gua je kan. Ni laa baru keluar dari gua jenguk dunia luar. Kesian tak kat saya? Sobsss. Sedih akak.

Hey, hey, hey rupanya siapa yang pakai baju kaler pink pada hari Rabu berpeluang mendapat tawaran yang hebat dari Baskin Robbins. Eh tak semestinya baju je, you just need to show them any pink colour stuff.



Pink Wednesday deal: RM7.50 + for TWO Junior Size scoops of Baskin Robbins ice cream! Fuiyooo.

Memanglah patut saya tak tau sebab saya bukan pemakan ice cream yang tegar. Lagi-lagi ice cream mahal macamni. Biasanya kalau teringin nak makan, just beli ice cream cone kat Mc Donalds jeww. Baru sehengget lebih ;p Ohhhh jimat.

Nasib baiklah ada hamba Allah yang nak belanja makan ice cream. Apelagi hep hep hooreylah. Eh apesallah minggu ni murah sangat rezeki ye???? Ade je orang nak belanja. Yelah tak lama lagi saya dah nak pergi jauh. Terlalu jauh sampai tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Oh sedihnya oh oh oh.

Ice cream Baskin Robbins memang mengasyikkan sebab tu lah there's always a time for ice cream, no matter how full you are, no matter what time of the day it is, and no matter how much you try to be on diet. Eh macam lagu pulak......

I don't care who you are...
Where you're from....
What you did....
As long as you love me.....

Alamak itu bukan lirik lagu Backstreet Boys ke. KAHKAHKAH mengarut je ko ni jahhhhh ;p

Selain dari berpinky all day long pada hari Rabu ada lagi promotion dari Baskin Robbins. Get a handpacked ice cream for Baskin Robbins at 31% off only on the 31st of the month. Ingat 31 haribulan je meaning hanya boleh digunakan pada bulan January, March, May, Julai, August, October dan December only.

Dah tak lama lagi is 31st May la so apelagi buat reminder awal-awal, kalau terlepas kang rugi je.




Saya makan 350gm of BAskin Robbins ice cream consisting of Chocolate Mousse Royale and Jamoca Almond Fudge flavors.




Memang sedap sepadan dengan harga. Nama je bukan pemakan ice cream yang tegar tapi saya mampu habiskan semangkuk ni tak sampai 10 minit. Sedap sangat!! ;p

Don't forget every Wednesday show them pink stuff and get the exclusive offer. Nak tunggu 31 haribulan May ni la pulak makan ice cream BR lagi. Anyone?? ;p ahak ahak

Pakai hairband pink macamni on wednesday pun boleh dapat free ice cream tau. Haha. Eleh baget comel la tu. Uweekk! ;p


Taraaaaaaaaaaaaaaa

*******************************************************

Whatever pun kan Friday's mood is always good! I wish there are two Friday in  a week. Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday1, & Friday2 ;p



Another wonderful weekend. Yeay!!!!!!!!!!!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p








 

Berhenti Kerja Lagi Dan Lagi. Sobssss!

Assalamualaikum,

Hmmmm. Memula dulu jadi FTHW sebulan jap.

Lepas tu pindah ke tempat kerja baru yang sangatlah ohsem. Jangka hayat 8 bulan je kat sini. Tapi macam-macam saya belajar. Sweet memories.

Finally!!!

Woot! Woot!




Lama dah campak surat. Cuma bila masa dah semakin hampir rasa little bit scary. Betul wooo scaryyyyyyyyyyy.

Dah tak lama je lagi kat office ni. Ape orang kata habiskan hari-hari terakhir anda dengan cara melepak to the max. Berchit chat sampai kering anak tekak. Update belog sampai orang muntah nak baca. KAHKAHKAH memanglah pekerja mithali sangatttttt! Saya dah nak pergi jauh. Iskkk apesal sedih sangat ni. MAsa berhenti kerja kat tempat lama dulu takdelah sedih sangat macamni, lagi suka adalah! ;p ahak ahak.

Rindu sama kamoooo semua nanti.



You're...

My Friend,
my companion,
through good times and bad
my friend, my buddy,
through happy and sad,
beside me you stand,
beside me you walk,
you're there to listen,
you're there to talk,
with happiness, with smiles,
with pain and tears.

Oh Laa Laa~

Mestilah rindu semuanya sporting dan sangat menghiburkan. Gossip-gossip, kutuk mengutuk, maki hamun takde ye kat sini. Itu perangai orang tak bertamadun je ;p

Yang rindu kat saya bila saya dah takde nanti ada ke? Mestila ada kot.  ╋╋ム╋╋ム╋╋ム╋╋ム╋╋ム╋╋ム╋╋ム╋╋ム╋╋ム╋╋ム╋╋ム╋╋ム╋╋ム╋╋ム╋╋ム  ;p

Dahla tak nak cerita banyak-banyak. Sedih uwaaaaa!!!!

Bersambung kat entry seterusnyalah. OkBai.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p









 

Thursday, May 24, 2012

Jenis-Jenis Lelaki Yang Layak Dibuat Suami. Aww.

Assalamualaikum,

Zaman dulu kala semua orang mesti pernah bercinta kan. Ok, katakan masa korang dengan partner pergi dating. Siapa yang banyak habiskan duit? Lelaki atau perempuan?



Jom kita berdiskusi sedikit di pagi Khamis yang indah ini. Nampak sangat ko takde kerja kan? HarHarHar.

Biasanya masa keluar dating, of course la si lelaki sure poyo-poyo giller nak tunjuk kasih sayang yang teramat superkan. Sebab biasanye lepas tu dapat habuan manja geli-geli depan khalayak ramai. Tolak-tolak, gesel-gesel bahu. HAishhh geli uwek uwek. Saya bukan apa kenkadang tengok kawan-kawan amik kesempatan ke atas lelaki. Rasa kesian pulak kat lelaki tu padahal lelaki tu ingat dia yang paling hebat dalam dunia ni.

Just watch it jelah. Masa bercinta, kentut pun bau wangi.

Pergi makan tempat mahal-mahal, si lelaki yang keluarkan duit. Lepas tu pergi tengok wayang, eh si lelaki jugak keluarkan duit. Tetiba nak pergi shopping pun si lelaki tolong bayarkan jugak. Haishhhh bodohnya lelaki tu padahal lelaki tu ingat dia yang paling hebat. TROLOLOLOLOL.

Yang paling kelakar kalaulah si lelaki tu dah kahwin tapi ada hati nak bercinta lagi. Memang kesianla kat anak bini sebab dah sah-sah lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab menyara family memanjang takde duit je. Silap-silap duit isteri di pownya pulak. Apetaknye semuanya dah dihabiskan kat perempuan lain. Si perempuan lain tu pulak kalau jenis takde pelajaraan SPM pun tak pass bantailah upload semua gambar pemberian lelaki tu kat FAcebook. Kenkonon nak tunjuk hebat sangat la. Kalau dapat present handbag Coach ke, wallet LV ke, make up Channel ke lainlah. Ini dapat hadiah kasut Bata pun nak upload. ;p Lepas tu jaja cerita kat semua orag "eh aku kawan dengan lelaki tu sebab nak duit je" kesian lelaki tu sebab selama ni dia ingat dia hebat sangat dan kesian jugak kat wanita tu sebab dia ingat dapat kasut BATA tu dah kira hebat sangatlah  ;p 

KAHKAHKAH tak tahan gelak. Yelah sometimes hidup kita ni boleh observe macam-macam perangai manusia. Rasanya dalam hal ni tinggi atau rendah ilmu seseorang memang sangat mempengaruhi cara seseorang itu berfikir dan bertindak. Kunci ke arah kejayaan adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang individu. Think like A winner!! Kalau belajar pun tak kemana, kerja pun ala-ala je operator pengeluaran or jaga bangunan, dah tentulah perangai pun ala-ala aku yang paling jelita. ;p

**************************************************

Apapun sedikit renungan bersama ciri-ciri pilihan suami mengikut islam bagi sesiapa yang sedang mencari jodoh.

1-  Yang berkemampuan sebagaimana hadis NAbi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.

2- Tidak dayus, sanggup menjadi pembela isterinya. Boleh dijadikan sebagai pengganti ayah dan emak. Sanggup melindungi isteri dari segala umpatan, makian, tomahan dan segala benda-benda buruk yang melukakan hati isteri kerana apabila menikahi seseorang wanita bererti segala tanggungjawab menjaga wanita itu berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3- Pandai menjaga darjat diri dan keluarga serta menepati janji, apabila berkata di kota dan diamalkan bukan pandai berjanji kosong sahaja. Selain dari itu suami yang baik juga akan mengajak si isteri ke arah kebaikan dan mejauhi yang mungkar.

4- Berkebolehan dalam urusan rumahtangga seperti memasak, menjahit dan membasuh akan membantu isterinya membuat kerja rumah sekiranya isterinya tidak berkemampuan.

5- Yang paling penting menaruh kepercayaan kepada isteri dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya kadang-kadang suami bertugas mencari nafkah di luar daerah, maka si isteri lah yang bertungkus lumus menjaga anak-anak di rumah. Jika suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, asyik berfikiran buruk je, memang merumitkan.

6- Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sifat terpuji Rasulullah ketika menegakkan agam Islam kerani suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

7- Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang serta pergaulan yang terbatas tidak walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8- Datang dari keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa yang mulia seperti menghormati orang tua, berpegangan agama dan rajin beribadat

9- Memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal dengan baik bermaksud harta yang dikeluarkan oleh suami untuk isteri dan anak-anak. Nafkah seperti ini adalah kewajipan suami berdasarkan dalil Al-Quraan dan hadis.

"Cinta sebenar itu menguatkan bukan melemahkan. Cinta sejati itu membangunkan seseorang, bukan mejatuhkan. Cinta bukan toleransi tanpa ikatan perasaan kasih"


************************************************************

Apapun mutiara kata dari akma81 untuk renungan semua, ewah ewah:


"Carilah LELAKI yang menjadi IMAM untukmu. Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Lelaki yang membangunkanmu untuk BERIBADAT bersama-sama di sepertiga malam"

"Jika pencarian itu telah kau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. JAdilah PERMAISURI hatinya, peneman dikala SUKA dan DUKA, pengubat RINDU dan LARA.

Insyallah.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

Wednesday, May 23, 2012

Jadi Vietnamese @ Sao Nam Restaurant, Empire Subang

Assalamualaikum semua,

Sumpah. Saya tak pernah terfikir nak menjadikan belog saya ni sebagai blog Jalan-Jalan Cari Makan. Tapi sebab tiap-tiap hari asyik makan yang best-best je teringin pulak nak berkongsi dengan orang lain. Yeslah, bukankah makan itu mengasyikkan dan menyamankan. Pheww.

Gila tak gila la manusia kat office saya tu. Semalam saya pergi Empire Subang. Ada yang merajuk cakap tak ajak pergi sana. Nahhhhhhhhhhhhhhhhh! Jom pergi reramai. Nanti balik lambat kena marah pun boleh reramai. Boooo.

Bermakna harini saya repeat lagi ke sini. Wah memang best. Saya memang suka makan sedap-sedap dan berjalan-jalan. Kalau orang tu suka bawa saya makan-makan dan jalan-jalan lagi saya cayang. Ngeeee.

Alang-alang makan jauh-jauh ni, kami mecuba sesuatu yang baru. Vietnam food. Yeay!!

Memula memang la tak berani nak masuk ke restaurant ni sebab kepala otak asyik terfikir je "eee berbaloi ke?" "bestke?" yelah bila makan bayar pakai duit masing-masing mestilah banyak benda yang kena dititik beratkan ;p (Dasar kedekut ptuiii)

Kang kalau makan tak sedap, rugi je. Apepun pada pendapat saya, kita sebagai perempuan dah penat-penat bekerja kenalah memanjakan diri sendiri dan makan good food. Gaji aku, duit akulah. Takkanlah gaji kau, duit bagi kat bini orang lain pulakkan last-last anak kebulur booooooo. Kalau ada lelaki macam tu kat dalam dunia ni memang bebetul bodoh tahap dewa la.  Tugas-tugas menyara keluarga ni serahkan jelah kepada pihak yang sepatutnya, siapa lagi si lelaki la. Takkan la nak terbalik kod pulak. Haishhhh malu la sikit. Eh termembebel la pulak bukan apa untuk renungan dan peringatan je bagi sesiapa yang dah jauh menyimpang dari jalan yang benar. TROLOLOLOLOL.

Apepun "YOU NEVER KNOW UNTIL YOU TRY" Berpegang pada prinsip tersebut kami pun ke Sao Nam - Fine Vietnam Cuisine. Chewahh!

Bila makan kat sini bila bukak menu list memang blur habiss. Apo bonda yang eden nak order ni. Semuanya kelihatan pelik dan tak pernah makan. Haa kan dah terkeluar bahasa negeri dah.

Kalau tak try tak tau. Nahh ini dia. The roasted duck dengan nasi and a spicy dried chilly dipping sauce. Combination sweet and sour taste. Awww.

Eeee sedapnye. Serius daging itik dimasak dengan cara yang sangat ohsem.


Tapi sebab saya dah melantak nasi lemak plus sambal kerang yang sangat banyak pagi tadi, takdelah keinginan makan saya membuak sangat. Saya order ni je. Pengalas perut kata orang ;)

Dalam spring roll ni terdapat udang dan ayam. Kalau makan spring roll ni tak complete tanpa vietnamese dipping sauce yang rasanya ala-ala sweet, sour, salty and spicy. Ok tau walaupun spring roll ni digoreng rangup, tapi bagi saya ianya tak terlalu berminyak. Just nice ;)


Eh itu bukan jari saya tau. Jari saya panjang-panjang. Yang jari bulat pendek tu kawan saya yang punya ;p Saja je nak pow spring roll saya punya.

Yang paling saya teruja sekali. Awwwww. First time bebeh.

Khas untuk penggemar coffee. Siapa suka minum coffee angkat tangan tinggi tinggi!!!! Jeng jeng jeng. Presenting Arabica thick coffee.




Once the dripping was done, dapatlah segelas kecil coffee with the milk floating at the bottom. Lepas dikacau-kacau, it was sure strong in taste. Oh saya tak suka rasa coffee yang sebigini. Saya minum coffee yang light-light je. ;p

Ada lagi. Ada lagi.

Sebenarnye perut kitorang dah kenyang sangat tapi kami perhatikan setiap meja has this pumpkin desert so apelagi our greedy minds can't stop telling us to try it. Walaupun harganya agak mahal tapi sekali sekala makan apasalahnya. Silky smooth texture, rich, milky caramel blends well with the pumpkin taste. Memang sedap bangat.


Oklah. Good food, nice decor and service. The menu is expensive (sebab bayar pakai duit sendiri) and the noodle dishes are the cheaper mains in menu. So siapa yang nak saving datang sini order mee la ye.

Siapa yang nak datang dipersilakan. Sekali sekala tukar selera memang umphhhhh takkan la hari-hari nak makan KFC, Mc Donalds or meatballs IKEA je ;p Kesian. Opss!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p