Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Monday, March 28, 2011

Dah Botak Licin

Paha hari yang ke 26 Zara dilahirkan, kami telah mencukur licin rambut baby Zara.

Proses bercukur dilakukan oleh papa.





Memandangkan rambut baby Zara tak lebat sangat, so proses bercukur takdela rumit sangat. Tak macam rambut kakak Nayli dulu mase lahir, sangat lebat.

Ok kat belah depan dah settle. Tinggal belah tengah, tepi dengan belakang pulak.




Si botak licin tengah nak tidur. Yeay! Nak tengok kakak Nayli botak licin suatu mase dulu tak? Click SINI.







Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat





Comel !!!




Imej baru gitu. Baru ringan sikit nak angkat kepala kan. Hiks!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, March 27, 2011

Seronok Main Air

Untuk dua purnama ni memang takde cerita pasal jalan-jalan & makan-makan yang lazat-lazat ok. Tau tau sajelah keadaan tuan empunya badan sekarang ni ye. Berpantang 44 hari. Phewwwww.

So marilah bercerita pasal anak-anak. Hiks!

Weekend ni geng bas sekolah ade reunion. Yeay! Bestla sikit Nayli takdela boring sangat duduk kat kampung. Kali ni ade aktiviti best. Mandi-manda.

Pool in the making. Mama baru siap tiup. Kembung dah perut ni. Hehe.




Operasi mengisi air pulak. Nayli dah teruja dah tu. Tengokla. Tengokla. Dah tak keruan dah. Kesana kesini. Sabar ye sayang. Jap lagi boleh mandi. Tunggu air pool penuh dulu.





Wah belum ape2 dah sleep. Hehe. Aksi Nayli bila mama suruh sleep dia pergi sleep betul-betul pulak nasib air tak penuh lagi. Alahai.

Tak sabar betul Nayli nak mandi. Dia yang rasmikan dulu. Baru nak isi air dah nak terjun. Abang Naim tak nak mandi ke. Takkan tengok je kot.




Main sorang-sorang pun jadikla janji dapat mandi. Ye tak Nayli?




Haa tak lame lepas tu. Hooyeah!

Dah berdua pulak. Mandi dengan Naim. Nayli dah tak sorang-sorang. Dah ade geng mandi. Seronok bukan main. Tak pandang kiri kanan dah.




Jom kita ukur perut siapa lagi buncit? Jawapannye perut mama la! Hiks!



Tak lame lepas tu lagi. Tambah lagi sorang. Baru cukup korum. Acheem is coming. Yeay!

Dipantau oleh Pak Long.




Yeay! Aksi kanak-kanak riang ria. Jangan berwrestling dalam pool tu sudahla ye kanak-kanak sekalian.




Nayli memang pantang jumpa air. Nanti suruh papa ajar swimming ye. Mama tak tau swimming, Mandi pakai pelampung tau la.




Oh sorang lagik geng bas sekolah tengah tidur. Oh Zara kecil lagi. Tak boleh join la.

Ermsss new image ok. Perasan tak? Perasan tak? Dah botak!!! Papa yang cukur licin pagi tadi.





Lame la jugak Nayli mandi sampai tak nak keluar. Macam-macam aksi diorang mandi. Baringla, meniarapla, tertonggekla. Pendek kata macam-macam adala. Kena paksa baru la nak berhenti mandi.





Tengokla tangan tu. Dah kecut mecut tapi tu pun ada hati nak mandi lagi. Dah la sayang nanti sakit pulak. Nanti kita sambung lagi ye.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, March 25, 2011

Anak Dara Yang Rajin


Kata orang nak melentur buluh biarlah dari rebungnye. Ye tak? Yela kot. Kalau nak ajar anak, ajar dari kecil lagi. Bak kata orang utara takdela ketegaq (betulke spelling dia ye, Hiks!) bila dah besar nanti.

Anak dara mama.




So sebab mamanye tersangat la ade banyak mase lapang lagik free semenjak dua menjak ni so memang banyakla mase layan anak dara sorang ni.

Ok hari ni kite belajar kupas bawang ok. Lepas dah belajar kupas bawang mama ajar masak tomyam pulak sebab mama suke makan tomyam. Nanti bolehla Nayli masakkan untuk mama tiap2 hari ye. Hehe.

Bile dah tengok sekali macam mane mama kupas bawang, Nayli pun seperti biase dah tau ape yang perlu di buat. 




Lorhh bahaya ni. Pakai pisau betul pulak. Terbelah jari baru tau. Ok kita tukar ye sayang. Pakai yang ini.






Hahh ambik. Yang ni pun jadikla janji ade rupa sikit macam pisau. Ok kupas bawang tu ye sayang. Kupas sampai habis tau.

Selain tu bila mama sibuk or buat-buat sibuk, Nayli rajin dodoikan adik. Dodoi sampai adik tidur tau. Gaya seorang kakak mithali yang berusia 1 tahun 4 bulan.

Dodoila dodoi, adik jangan menangis. Lalalalalalalalala~





YEay! Adik dah tidur. Mama kate kalau adik dah tidur baru boleh tengok TV. Hooyeah! Nayli paling suke tengok cartoon Pocoyo. Rasenye cartoon tu jela yang dia layan sampai tak berkelip mata. Upin & Ipin Nayli tak sukala.





Kiss adik Zara. Muahss! Muahss! Kasih seorang kakak.




Kiss lagi dan lagi. Sayang betul Nayli pada baby Zara.





Bila petang mama ambil angin kat luar rumah Nayli rajin buat ni.




Uiii rajinnye. Rajin sangat-sangat. Asal nampak penyapu je mesti nak sapu. Suka sangat tengok penyapu.

Besar penyapu dari tuannye.




Bila mama suruh stop, barulah Nayli stop. Kalau tak menyapu je lah non-stop. Alahai.



Wah ni memang betul2 melentur buluh dari rebungnye gitu. Semoga Nayli jadi anak yang rajin membantu mamanye bila besar nanti. Yeay! Sayang kakak Nayli, sayang adik Zara jugak.

Finally.........




Kepenatan yang amat sangat. Kena buli dengan mama. Hiks! Alololo ciannye.

Bahagia sangat-sangat.

Sekian




Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tragedi Telur Pecah Berderai

Bukan nak masak kek ke kuih ke or ape2 pun ok. Takde sessi masak-memasak pun.

Tapi tragedi telur pecah ni adalah angkara.. Woot! Woot! Siapa lagi.

Muka budak yang sangat lasak & 1001 gelagat. Nayli Dayana.





Ayokkkk dah pecah. Rupanye diam-diam ubi berisi. Diam-diam Nayli duduk kat dapur senyap2 je rupanya ada project X. Oooooo.

Pelik gak telur ni letak atas almari tinggi la jugak, tapi boleh pulak dia capai. Eh Nayli dah tinggi ke. Ke Nayli buat project X ni sambil pakai high heel mama. Hiks!

Tragedi telur pecah. Baru semalam terjadi. Nak tergelak pun ada. Kelakar.






Close up sikit. Retak seribu ok. Tak dapat nak diselamatkan. Kesian.





Yang kelakarnye, jauh la jugak dari tempat kejadian ada satu lagi telur pecah. KihKihKih~




Baik punye port nak pecah atas carpet lagi. Ini mesti Nayli bawa sebijik telur yang tak pecah & dapat diselamatkan pastu baling kat sini pulak. Elok je lagi yolk dia. Bulat je lagi. Boleh masak telur mata kerbau ni.

Isk Isk. Close up sikit. Uweekk bau telur yang jap lagi mama kene bersihkan.




Kalau pecah kan telur takpe lagi, kalau pecahkan hiasan2 kaca kristal wan punye mama tatau. Mahal tau.

Mama takde duit nak ganti tau. Mintak duit kat papa. Weekend ni papa balik mama nak report kat papa. Ayokkkkk tatau.

Ni baru Nayli. Tunggu baby Zara besar pulak. Lasak macam kakak dia ke tak agaknye ye. Orang kata anak kedua biasenye baik sikit. Saye anak kedua ok Yabedabedu. Sekarang ni baby Zara baik. Tido je.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, March 23, 2011

Aktiviti Mengeluarkan Peluh Di Pagi Hari

Bila duduk kat kampung memang best yelah mamanye tak abis pantang lagik. Udara nyaman, angin sepoi-sepoi bahasa, takde la bising dengan bunyi kereta ke, hon lori ke, eksoz BROOM BROOM mat rempit ke. Hurmmm memang bestla. Kampung siapa yang tak best sila angkat tangan~!! Takdekan? Haa kan betul saye cakap duduk kampung memang best.

Kawasan kat kampung pun luas. Nak main bola pun boleh. Pokok bunga, segala macam jenis pokok pun banyak. Ehhh wan Nayli memang rajin tanam pokok bunga tau. Silala kagum ye sebab saye pun sangat kagum dengan mak saya. Kenapalah saye tak boleh jadik  macam mak saye yang sangat serba boleh itu. 

Pagi2 selalunye Nayli akan beriadah di taman. Sambil menghirup udara yang segar. Wachaaaa!

Hamboiii. Menari-nari kat pokok bunga. Macam Kuch Kuch Hota Hai pulak ye. Eh mama tak minat Hindustan la. Tukar cerita lainla.




Laaa ni dah bangun tidur ke belum ni. Hiks! Mata pun duk pejam lagi. Hehe. Takdela mama yang tak professional snap pic. Ade ke snap pic masa orang tengah tutup mata kan. Apelaa mama ni. Sila improvekan lagi skill anda ye.





Tengokla anak dara sorang ni. Kalau dapat jalan lepas bebas memang seronok. Kat sini nak jalan ke nak lompat ke nak merangkak ke boleh je sayang sebab confirm takde taik kucing ke taik anjing ke or segala macam taik la. Tapi padang rumah kat KL tu bukan mama tak bagi jalan-jalan sangat, tapi takut Nayli terpijak jerangkap samar je.

Yeayyyyy!



Amboi. Happy nye. Meh mama nyanyi sikit.

Oh manisnya, manisnya senyuman mu. Tett tettttt tettt,




Mama, mama ni pokok ape?

Orkid la. Eh bukan orkid. Mama pun tak tau tu pokok ape.




Ni pulak pokok ape mama?

Lorrr lagikla mama tak tau. Yang mama tau pokok cactus je sayang sebab cactus lain daripada yang lain. Hiks!





Eeeee mama ni semua tak tau. Belum tanye nama jenis-jenis ikan lagik. Confirm lagik tak tau. Hiks!






Oh dah 2 hari tak hujan kat sini. Nayli nak siram pokok bunga la.





 Alamak! Macam mana nak buka paip getah ni?




Paip ni pun Nayli tak tau nak bukak. Macam mane ni mama?

Macam mane ni? Macam mane ni? Macam mane ni?



Alaa susah2 je Nayli ni. Mama tak boleh kena cahaya matahari la kena berpantang 44 hari alaa alasan la tu. Jom masuk rumah jom kite Zzzzzzzzz lagik best hahahaha! Hoooyeahhhh!

Gelagat si comel yang sangat menghiburkan. Seronok sangat!


Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, March 22, 2011

Weekend Di Kampung

Nayli kat rumah memang takleh duduk diam. Ada je aktiviti lasak yang dibuat. Yeah! Aktiviti lasak ok. Setakat ajak  dia main dengan teddy bear memang la dia tak layan. Boooooo sama teddy bear itu ok.

Dah tergolek dog~! Kesiannye.




Nayli suka main basikal. Walaupun kaki tak sampai nak kayuh lagi tolak pakai kaki pun jadikla. Janji dia bergerak. Takpun suruh mama tolak dari belakang. Yeay!





Basikal kuning ni atuk yang beli. Mekacih atuk.

Selain main basikal bila tengok orang lipat kain baju dia pun nak tolong lipat gak.





Pastu main hep hep hoorey dalam bakul. Hooyeah!


Pastu bile tengok aktiviti yang lagik best, habis semua benda ditinggalkan....

"Wah aktiviti ni lagik best woooooo" kata Nayli.





"Satu.. dua.. tiga.. sepuluh.. sembilan belas...wah banyaknye susu untuk adik Zara" kata Nayli lagi.

Wah ayat bukan main skema la pulak =)




Oh last weekend Enchek Husband balik kampung so dah transfer la stok EBM dari fridge mak di kampung ke rumah di KL. Penuh pulak fridge mak dengan botol EBM nanti dah takde tempat nak letak barang basah macam ayam, ikan. Rumah kat KL tu lainla memang di khaskan letak stok EBM je sebab barang basah memang kurang. Opsssssss. Nampak sangat 'rajin' masak kan. Hiks!

Stok EBM at day 19. Alhamdulillah.





Lepas dah siap tranfer ke polisterin.

Dah kosong. Yeay!





Erkssss. Misi yang belum selesai.




Banyak lagi botol kosong satu kotak ok. Sila penuhkan. Botol-botol ni semua memang dah ada since zaman Nayli lagi. So bile saye dah tak meneruskan aktiviti pengepaman susu di office botol-botol ni semua saye simpan dalam kotak je. Sekarang nak guna balik.

Berpantang day 21 - half way to go. Yeay! Eh berpantang tak boleh keluar rumah 44 hari je kan? Dah gatal-gatal kaki dah ni. Hiks!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!