Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, March 11, 2011

Penangan Jaundice Yang Jahat

Jaundice yang jahat telah menyerang baby Zara. Erksssssss.


Pada hari ke 6 telah mencatatkan bacaan jaundice yang agak tinggi iaitu 251








Baby Zara telah di arahkan supaya masuk wad untuk rawatan lanjut.


Oh owwwww. Saya telah sedaya upaya untuk kerapkan penyusuan bagi memulihkan Zara tapi
apakan daya tidak berhasil =(


Sedikit info pasal jaundice:

Gejala penyakit kuning ialah perubahan warna sklera (bahagian putih mata) dan kulit kepada warna kuning. Penyakit ini adalah sangat biasa di kalangan bayi pada minggu pertama selepas kelahi­ran. 60% bayi pra-matang didapati menghidap penyakit ini. Bayi yang menghidap penyakit ini akan menunjukkan warna kulit kuning yang jelas pada mukanya. Jika ia serius, bahagian abdomen (perut) dan kaki bayi juga akan kelihatan.


Perubahan warna ini boleh dikesan dengan menekan bahagian kulit dengan jari kita. Warna kuning akan lebih terlihat pada bahagian yang telah ditekan berbanding kulit sekelilingnya. Pemeriksaan begini perlu dibuat di bawah lampu floresen/cahaya semulajadi sahaja untuk menge-lakkan sebarang kekeliruan. Terdapat dua jenis penyakit kuning, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan penyakit kuning tak berkonjugat. Biasanya bayi menghidap penyakit kuning tak berkonjugat. 

Penyakit ini terjadi disebabkan oleh pemendapan sejenis pigmen (bilirubin) di dalam tisu bayi. Apabila kuantiti biliburin melebihi sesuatu takat, penyakit kuning akan menjadi jelas. Bilirubin merupakan hasil terakhir dalam pemecahan sel darah merah. Pada tahap ini, biliburin adalah tak berkonjugat. Bilirubin tak berkonjugat akan ditukar kepada bilirubin berkonjugat di dalam had. Seterusnya, bilirubin berkonjugat akan diproses di bahagian usus dan kemudiannya disingkirkan daripada badan melalui perkumuhan (pembuangan najis).

Tak best nye!!!!!!!! Tengok ni.





Hantar kat sini dekat sebab dekat je dengan rumah.  Tak sampai 10 minit je.






Sila angkat tangan kepada siapa2 yang tak kesian tengok piccas ini. Isk Isk.

Oh oh oh menitik air mata saye tengok Zara. Kesian dia. Kesian dia. Baru 6 hari dia melihat dunia dah kena phototheraphy naked macamni.







Zara ade kawan kene duk bawah lampu jugak.




Tidur bertemankan lampu. Panas.





Sebab rumah pun dekat dan saye tidak bermalam di hospital, so ini lah tugas saya di rumah.

Pumping session sudah bermula. Yeay!




Untuk bekalan baby Zara kat hospital.

Lepas pam saye simpan 2 oz untuk setiap botol. Ulang alik hantar stok susu ke hospital.




Bawa balik botol susu kosong.




Lepas tu pam lagi. Pam lagi. Hantar lagi stok susu kat hospital.

Selepas satu malam tido bertemankan lampu-lampu berkelipan, akhirnye jaundice Zara telah turun pada keesokan harinye dan Zara dibenarkan pulang. Yeay! Nasib baik kene tahan satu malam je. Rindunye kat dia. Satu malam tido tanpa Zara, alahaiiiiiiiii. Dah la Nayli pun takde di sisi. HukHukHuk.

Selamat tinggal kepada spek mata zoro~ Hooyeahhh! Babai kamu.





Alhamdulillah Zara dah sihat. Jaundice yang jahat pergi main jauh-jauh. Syhh Syhh. Tak suke! TAk suke!

Muka baby Zara yang dah sihat tengah nak nangis tapi tak jadi nak nangis. Hiks!




Hurmmmmm nasib Zara sebijik macam kakaknye NAyli, kisah jaundice Nayli setahun yang lepas. Di hospital yang sama jugak.

Alahai anak-anakku. Kau jauhkanla daripada penyakit yang merbahaya. Amin.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang Berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

3 comments:

  1. alhamdulillah, bb jihah tak kena jaundice masa lahir. saya amalkan supplemen spirulina dan IG6 masa preggy until now.. nak tau lanjut leh terjah blog kedua saya http://duniakuelken.blogspot.com.

    p/s: sekadar perkongsian bijak je.. :D

    ReplyDelete
  2. akma, alahai..siannya tgk zara kena duk bawah lampu tu..

    beb, banyak giler hasilnya bila pam ye..wah..syoknya...seriusly i rindu la saat2 itu..huhu....mcm nak tambah lagi, tapi, mengenangkan budak2 ni kecik lagi, nnt2 la..penat sihhh

    ReplyDelete
  3. aah mmg betul doc cakap faktor pemakanan ibu mase preggy pun ade kene mengena dgn jaundice, ape taknye mamanye asyik mengidam fast food je. huhuhu. oo mase tu baby takde, apelagik engorged tak hengattttt laaa =)

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~