Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, November 9, 2010

Makan Bakar-Bakar Kat Alai

Aktiviti jalan - jalan makan angin ke MElaka, memanglah tidak sah kalau tak makan yang bakar-bakar. KAmi singgah kat Alai, memule nak pergi Umbai tapi ayah nak pergi Alai. Arghhh mane2 pun same ye tak? Sebab Umbai tu jauh sikit.

Anyway abang saye kate Alai lagik best dari Umbai. Sebab lagik banyak kedai & harga lebih berpatutan. Oh yeke? Sebab saye sendiri pun tak pernah sampai kat Umbai tu.

Sangatla ramai orang. Tersangat ramai. Cuaca pun hujan. So tempat duduk agak lebih terhad.




 Sebelum nak start upacara makan harus pilih dulu. Macam2 ade. Segala jenis ikan, ketam, udang, segala jenis siput, udang, kerang, sotong & macam2 lagi.

Eh yang tu ikan pari tau. Cute kan? Hiks!





 Lepas dah pilih nak makan ape masukkan je dalam bakul. Lepas tu bagitau je nak masak ape. Bakar ke, 3 rasa ke or ape2 je lah. Semua boleh.





Haruslah ade ini untuk menambahkan lagi kelazatan.




Tunggu kejap makanan2 tersebut sedang dimasak ok.

Ayah yang tengah tunggu. Wah seriusnye.




 Mak pun tengah tunggu gak. Pun serius gak. Mesti tengah lapar ni ye.




Budak kicit Nayli pun tengah tunggu gak sambil disabarkan oleh papa. Sabar sabar.




Hanya makanan yang memule sampai ni je sempat snap dengan sempurna sebelum diratah dengan cepatnye. Sebab bile yang lain2 tu sampai dah tak ingat kamera lagik. LApar~!!! Ngaummmmmmmm.




Kerang BAkar pun ada.




Mari mulakan upacara makan-makan dengan Bismillah. Nyum Nyum. Yahoo~!!




 Kak Ana... Cheese~!!!!




Nayli makan dengan mama. NAyli makan nasi lemak je ok.Yang lain tu pedas. Alololo kesian budak kicit tu kene suap sendiri sebab mama sibuk nak makan.




Selain tu NAyli makan ni jugak.




Hehe. Kesian. Nayli geget tisu je ye.

Makan. Makan. Makan.




Eh Cik Pia takkan dah kenyang kot? Makan-makan lagi. .




Separuh masa pertama.



Separuh masa kedua tak sempat nak snap piccas. Makan lagi penting. Hehe.

Kami makan 7 adults semuanye. Nak tau, total tak sampai RM200 pun. Ada siakap, pari, sotong, udang, ketam, kerang, siput termasukla dengan 3 jugs watermelon & berbungkus-bungkus nasi lemak buah bidara. Tersangat murah. 

Kalau makan kat Tanjung HArapan memang tak dapat la price macamni kan. KAn. Kan. Ee bestnye jadik orang Melaka boleh selalu makan seafood murah-murah macam ni kan. Hiks!

Burpsssss. Kenyang sangat-sangat. Tersangat. Alhamdulillah.

Sekian.

1 comment:

  1. salam..

    Jom join baby contest 'ANAKKU'

    http://sinarraudah.blogspot.com/2010/11/si-manja-bersama-anakku-di-sinar-raudah.html

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~