Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Saturday, June 30, 2012

Bestnye Tawaf Shopping Mall Oh Yeah I Loike Bebeh ;)

Assalamualaikum semua,

Last weekend kami (kami tu sape lagi Enchek Husband & me-lah yahooo) menghabiskan weekend yang sangat ohsem di KL. Sebab berada di KL pun tersangatlah ohsem. Biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza. Nyanyi pun kene ikut lagu Siti gak ye. HikHikHik.

Hello, kalau dah tersesat kat KL sah-sah tak tersesat kat sini kan ;p


Mengada awww. Eh ini bukan sebab utama kami turun KL ye. Ini cume bak kata pepatah melayu alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Maknanya dah sampai KL meh la singgah Mutiara Damansara. HewHEwHEw.

Oooo baru tahu. Yelah bila datang dari jauh ke sini barang pun bawa segedabak banyak rupenya kat IKEA ada locker khas boleh tumpang simpan barang. FOC je.


NAsib la ada hamba Allah yang bagitau. Tapi mestilah kalau kita ada paid item from IKEA je. Kalau takde paid item nak tumpang letak barang gak bolehla buat macamni. Beli barang kat Ikea yang paling murah lepas tu keluar, lepastu masuk balik bolehlah guna locker simpan barang. Bukan barang tu je boleh simpan, sekali dengan beg besar gedabak pun boleh masuk sama ;p Warghh Warghh Warghh. JAnji muat locker tu.



MEski pun ada menu special pada hari ini. Ta-Daaaaaaaa.



Tapi memang tak sah ke Ikea kalau tak pekena menu ini. Wauweeeee.  Peberet all time bebeh. Meatballs la apelagi.



Dari Ikea ke Ikano pastu ke The Curve, alamak rindu la moment jenjalan macamni, Arghh jangan mimpi semuanye sudah berakhir. Okbai!

Sempat gak cuci mata walaupun masa sangat mencemburui kita. Aww. Tengokla ni. Cantik tak. Ada lagi yang special.



2 In 1 gitu. Nak letak duit ke nak letak smart phone ni. Arghh tergodanya.



Fulamak memang smart. Menarik hati dan menarik poket betul. Jap nak kira coins dalam poket cukup tak. TROLOLOLOL, Eh cukuplah!  ;p

Sempat jugak pergi renew driving licence. Fuyoo sampai ke JPJ Selangor ko renew license kan, kat Perak takde JPJ ke haaa? Mengada ahak ahak.


Bagi siapa yang belum renew license sekarang ada prosedur baru. Selain darpada bayaran RM30 untuk setahun ada juga charge baru iaitu penyelarasan tarikh lahir sebanyak RM15 di mana lepas ni tarikh mati license akan jatuh pada tarikh lahir kita. JPJ buat prosedur baru macamni sebab nak memudahkan orangramai ingat bila license akan mati. Siapa yang renew licence lepas bday rugila sebab tak sampai setahun license akan tamat tempoh. MAcam saya renew bulan June valid sampai May next year je. Rugi kan tak sampai setahun pun. ;( HuHuHu.

Last but not least ke SACC Mall. Hello shopaholic sekalian ada Poney’s Sale  yoo. Pergi sini sebab simcard dah rosak. Kena buat baru ;(

Dasyat la Shah Alam sekarang dah makin maju tak macam dulu. Dulu shah alam takde cinema sekarang dah ada. Sempat jugak kami bertenggek ke Space U8, Shah Alam. Perghh punyela besar mall ni. Ala-ala konsep Sunway Giza Mall sebab banyak pakai kipas and kurang air-cond. Eh dah dekat sangat dengan opis lama ni. 



Kalau singgah opis lama sure ade perarakan red carpet dengan paluan kompang dan bunga manggar punye tak. Ahak ahak. Ntah ntah ada pulak yang tengah sibuk berpeluh peluh ketiak pasang skru dengan angkat kotak tetiba lintang pukang cabooot lari nampak saya & Enchek husband pulak nanti, HewHewHew kesian hari-hari kena kerja berat ;p Nak tukar dengan saya tak jadi FTHW. KAHKAHKAHKAH. Selamat bekerja sampai pencenlah ye. Boooooo!

Ohoii motif utama jauh-jauh turun KL ni buat apa?? Semata-mata nak tawaf shopping mall je ke????? Warghh Warghh Warghh biarlah rahsia! OkBai!

Sekian

Sekian.Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p








 

Friday, June 29, 2012

Mana Satu Pilihan Hati Didik Anak Keras Atau Lembut

Assalamualaikum semua selamat berJumaat alah sukalah tu kan dah Jumaat ;p Saya pun suka jugak. Yeay!

Marilah memulakan mukadimah dengan ayat yang poyo sikit sebab harini mood sangat TROLOLOLO HikHik.

Dunia berputar begitu pantas sehingga tanpa aku sedari masa berlalu detik demi detik. Dah bulan June  dah nak nak masuk Julai pertengahan tahun tak lama lagi puasa lepastu raya pulak. Oh. Daripada anak-anakku di alam rahim, lahir dan hidup di alam muka bumi ni dan sekarang menjaga dan melihat mereka membesar di depan mata adalah pengalaman yang sangat berharga bagiku. Sungguh. Chewahh mukadimah sangat poyo tak sila teruskan membaca tanpa jemu.


Bila dah menjadi ibu kepada dua anak dan melihat ibubapaku masih mengambil tahu kehidupan serta masalahku, membuatkan aku semakin mengerti betapa mahalnya erti kasih sayang, kesetiaan, keikhlasan dan kesabaran.

Eksperasi bahagia selalunya apabila kita mendapat apa yang kita mahu dan memiliki sesuatu yang kita harapkan.

Ekperasi duka pula saat menerima khabar yang meruntun jiwa, hajat tidak kesampaian dan tidak menjadi kenyataan.

Yelah, semua menjadi dengan takdir Allah SWT MElihat kesenangan dan kemewahan orang lain terdetik juga di hati “bahagianya insane yang memiliki semuanya” tetapi bila melihat penderitaan ingatlah bahawa Allah bersama dengan orang yang sabar. Insyallah.

Bila bercerita pasal anak pula pastinya setiap ibu bapa mahu anaknya menjadi insan yang terbaik dan Berjaya dalam hidup. Pendek kata menyediakan anak sebaik mungkin untuk menghadapi masa mendatang yang belum diketahui nasibnya.

Saya berpeluang kembali ke hobi lama saya iaitu membaca semenjak menjadi FTHW. YA, saya suka membaca tapi janganlah tanya kawan-kawan saya di sekolah or ‘u’ dulu sebab saya tak memang tak rajin belajar. Hihihi. Saya Cuma suka baca selected book je.

Saya baru baca buku bertajuk Battle Hym of The tiger Mother mengisahkan seorang ibu bernama Amy Chua adalah ibu yang sangat garang, ibu harimau dan tegas.  Dia adalah professor undang-undang berketurunan Cina dan ibubapanya mendidik ketiga-tiga anak perempuan sebagaimana Amy amalkan kepada anaknya.

Cara dia mengajar anaknya memang keras contohnya membuat anaknya yang baru berusia tiga tahun itu berdiri di luar rumah dalam kesejukan kerana anaknya todak mendengar cakap iibu. Selain itu dia memaksa anaknya yang berusia lima tahun berlatih piano 3 jam tanpa henti, pergi minum atau ke tandas hingga lewat malam. Arghh.

Anak-anaknya juga tidak dibenarkan menonton televisyen atau bermain mainan kompter, memilih kegiatan sampingan sendiri menyertai lakonan pentas mendapat gred kurang dari A, tidak menjadi pelajar yang terbaik dalam setiap mata pelajaran, bermain alat muzik selain piano dan biola.

Tetapi bila anak-anak Amy dewasa mereka menjadi pemberontak dan akhirnya Amy sendiri belajar dari kesilapannya. Dia mula mengendur dan mendengar, tidak lagi memaksa. MAlah dia menyesal kerana panas baran, garang dan terlalu banyak menengking.

Hmmmmm. Saya rasa kita sebagai ibu bapaharus mendidik anak berhati mulia kerana itulah sumbangan terbaik ibu bapa kepada anak-anak. Mereka boleh menjadi doctor, peguam terbaik tapi apa gunanya kalau tidak berbudi. Mungkin juga anak kepada ibu bapa harimau pada umunya dialui sangat Berjaya tapi selalunya mereka tidak bahagia dan sering menghadapi masalah dalam perhubungan. Ada juga mungkin memberontak bila dewasa sebagaimana terjadi pada Sufiah Yusof.

Apepun saya rasa perlu ada keseimbangan Saya mahu anak saya berjaya dan gembira. Saya tidak mahu mengorbankan salah satu. Kan?


Ho Ho Ho. Happy weeekend peeps! 

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Thursday, June 28, 2012

Girls Day Out. Ekhem Ekhem ;p

Assalamualaikum,

Yahoo! Papa work so girls day out. Ekhem ekhem.


Dari kiri: Si kakak, Si Nayli & Si Zara ;p

Mama kira sudah diploma la bab jalan kat Perak ni. Eh baru diploma belum master okeh. Kalau sudah naik pangkat ke master maknanya kamoo, kamoo dan kamoo  semua boleh jenjalan ke Perak. Saya boleh jadi tourist guide no problem ahak ahak.

Harini kami kakak dan adik nak berjalan-jalan. Eleh kakak dan adik konon perasan kan. Grrrrr.

Dekat je dari rumah 10 minit. Hello, Tesco Sri Iskandar. Tesco ni takdela besar sangar satu tingkat je. Eh rasa macam pelik pulak pergi Tesco setingkat biasanye 2 tingkat kan.

Eee rasa macam nak masak gulai lemak cili api udang la. Oh yeah!!


Saja je jenjalan mengisi masa terluang. Saje jugak nak bawa anak jenjalan. Anak sekarang dah advance nak suruh makan pun kena promise macamni “Kalau Nayli makan banyak-banyak nanti mama bawa pergi playground”. Pastu dah licin sepinggan mesti keluar ayat “Mama, jom pergi playground”. Alamak, ingat dah lupa. HewHewHew.

Bila anak-anak jenjalan dengan mama selalunye no problem anak-anak memang behave habis. Tu yang tak fikir 2-3 kali bila papa kasi green lite tu.  On jerk mama memang sentiasa mencari peluang. Ehek ehek.




Yang sangat dinantikan oleh anak-anak mestilah part ni. Part mama shopping beli barang tu macam oh yeah mama cepatlah beli barang mama kami dah bosan ni.






Bila keluar dengan mama biasanye tak pernah mama masukkan token pun. Lainla kalau keluar jenjalan dengan papa, papanye memang pemurah ngeheee.  Naik je bila tanye mama asal benda ni tak gerak mama cakap je dah rosak. So far jarang diorang tanye and tak kisah benda ni gerak ke tak janji dapat naik tu yang mama tak kisah nak monitor berjam-jam pun kat sini. HikHikHik. Asalkan kamoo happy anak-anakku.

And mama dah start tak pakaikan pampers bila NAyli keluar rumah sebab dah makin confident. Selepas 2 minggu free diapers di siang hari keadaan lebih menyenangkan sebab dah tak perlu tanye NAyli nak ke toilet or tak sebab dia akan bagitau sendiri.

Sometimes malam pun tak pakai kan pampers tapi dengan syarat sebelum tidur kena ke toilet dulu. Tapi ada juga sekali dua malam tilam basah angkara Nayli so belum 100% free diapers di malam hari lah. TAkde kekuatan lagi nak bangun tengah malam bawa NAyli pergi toilet.;)

Sebelum balik nasib sempat cari sebab NAyli kata nak syhh syhh. Fuh lega mama saspen jugak.



Dah jom balik mama nak masak. Tolong mama masak ye anak-anak. Yeay!

OkBai!

Sekian.

Sekian.Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p








 

Monday, June 25, 2012

Eh Ada Menu Barulah Rangupnya KFC Flaming Crunchy

Assalamualakimum semua,

Semalam kami lepaking kat area sini. Oh this area very happening  sebab UITM terletak kat sini. Pempaham jelah macam mana maju nye sesuatu kawasan tu kalau student area. Tesco pun ada. Fuh nasib baik.



Kami menjamu selera di KFC. Lame sangat dah tak singgah KFC last singgah pun tak ingat bila. Korang tau tak u olls. Sekarang ni kalau pergi Kentucky Fried Chicken dah takde spicy fried chicken. For temporary je lah. Taktau la pulak sampai bila.

Terbaru dari KFC Idamanku selalu. KFC Flaming Crunchy. YEhaaaaa!


Ala-ala ayam goring disaluti cornflakes bergoreng rangup. Eh macammana pulak makan ayam goreng dengan cornflakes ni? Tapi ok jugak not bad huh.

Sangat crunchy. Bila geget gerenti dengar bunyi KRUPSSS! Wowww ohsem.


Apepun bagi sayela of coz la tak boleh lawan kesedapan spicy fried chicken. Tu memang sedap menjilat jari. Rasa macam hari-hari mau cume bila fikir tahap kolestrol je yang tak mahu tu. ;p Aii kan on diet. Baju raya dah hantar tempah 3 pasang AHAK AHAK tetiba tak muat cemane?

Ohoii fikir raye je puasa dah ganti ke belum? Uweeek!

Sedapnye! Betul, tak percaya??? Tengok minah ni makan tak pandai kiri kanan.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



HikHikHik. Big baby ni makan original recipe la. Cornflakes crunchy ni rasanya pedas la jugak. Nayli mana tahan pedas. Baru makan pedas sikit nak menggelabah cari air. Apelaa tu belum pekena masak lemak gulai cili api wan Somban lagi. MEmang terbahek dan berasap u olls. Tak dapek kek tompat lain. Alamak rindu pulak rasenye macam dah lamenye tak balik Seremban. Nak nangis kejap boleh tak? Huhuhu.

Ini budak pulak bukan nak makan tapi nak memain je. Campak cebisan ayam bawah meja pastu gelak KAHKAHKAH helllooo ingat  makan kat gerai ke kalau yang tu takpela atleast ok jugak rezeki untuk cat meow meow.


Sebab tu kenkadang rase syok jugak makan kat luar ni. HAbis makan lantakla meja ghupe cemane sekalipun jom balik. OkBai Yahoo. Eeee malasnye NAyli nak kemas meja ye. Apesal malas ni sayang??

Untuk sesiapa yang tak merasa menu baru di KFC ni cepatlah cube try test. Gerenti menjilat jari jugak. Atleast bagi saya rasenye lebih umphh dari pada promotion yang pernah KFC buat sebelum ni ape tu tak silap yang Tom Yan flavor kot.

Sampai ke dalam kereta tapau cheesy wedges tak nak lepas. Tengah risau lak tu tengok muka berkerut je.


Lepas tu nangis sebab kene pow dengan kak Nayli pulak. Kesian dan bermulalah drama Foo Fighter antara dua beradik. Arghh malas nak layan mama dah kekenyangan nak Zzzzzzzzzzzzzz. OkBai Yehaaa!

Sekian.

Sekian.Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p









 

Saturday, June 23, 2012

Nayli Sudah Free Diapers Di Siang Hari. Yeay!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Intro pun dah macam pengacara WHI wah ini lah padahnya hari-hari menonton WHI kat rumah apepun wauwee very good info-lah rancangan ni. Panas sungguh cuaca sekarang ni kan takde selera kome nak keluar rumah. HewHewHew.

Sebenarnye bila dah planning bakal jadi FTHW memula dulu memacam bermain dalam kepala otak. Nak buat itula nak buat inila tapi oh yeah biasalah manusia kalau (v)erangan memang senang jew tapi nak buat mak datok eee tunggula mood sampai dulu oh yeah!

Apepun salah satunye saya dah berjaya buat walaupun tak sepenuhnya. Nayli dah tak pakai pampers di siang hari. Oh yeah jimat oo jimat duit papanye. Sebab apa saya kate jimat kalau dulu kat nursery at least satu hari Nayli akan pakai pampers 3-4 keping. Kalau baget pakai Drypers Wee Wee:

1 keping pampers = RM.0.50
4 keping pampers = RM2.00
Penggunaan pampers dalam sebulan = RM2.00 x 30 hari = RM60.00

2 bulan? 3 bulan? 4 bulan? Kalau pakai Mammy Poko? Huggies Ultra? Tu baru kira sorang anak. Kalau campur adik Zara? Phewwww.

Plus itu untuk penggunaan siang je kalau campur malam, campur cirit birit, campur itu campur ini arghhh sudah ;p MElepas baget nak pow papa beli baju COTTON ON. Bebeh oh bebeh yeah ;p

Kalau orang tanye macam mana saya ajar NAyli untuk free diapers di siang hari rasenye tak susah sangat. Mungkin sebab Nayli dah besar kot. Sudah 2 tahun 7 bulan ye makcik dan pakcik sekalian. Mungkin agak lambat tapi  saya rasa ok kot ajar anak di usia ini atleast dia dah tau bila nak syhh syhh or yak yak so takdela terbabas je nanti mamanye jugak yang lemau asyik kena mop lantai and jemur carpet  jerkkkkkk. TROLOLOLOLOLOLOL.

Sudah 2 tahun 7 bulan wah pantasnya masa berlalu ;p



2 hari terawal saya bawa NAyli ke toilet selang 20minit. TAk kisahla dia nak syhh syhh or tak. Start hari ketiga sebab tengok starting agak baik takde terbabas saya just tanye je selang setengah jam nak syhh syhh or tak tanpa bawa dia ke toilet. Takpun dia akan bagitau bila dia nak syhh syhh. Kenkadang gi toilet tak syhh syhh pun takpe mama layannnnn kan aje ye anak walaupun masa tu mama baru je nak krohh krohh krohh ZZzzzzzzzzz ;p Lepas seminggu benda menjadi lebih mudah, dah tak payah tanye-tanye NAyli dah tau bagitau mama kalau nak ke toilet. Yahoo boleh ber'facebook'ing 24/7! ;p

MEmula tu kelakar gak asal mama tanye NAyli nak kencing or tak mesti dengan muka terkejut Nayli tetibe jerit NAKKKK!!!! Mama selalu baget dah emergency sesangat la ni apelagi sepantas roket mama dan NAyli ke toilet tapi sebenarnye takdela emergency sangat pun. Selalu gak macamtu memula dulu tu mungkin dia tak alert apelagi mama memang sentiasa dalam mood saspen berjaga jaga habislah. Grrrrr.

Tetapikan. Ehek Ehek.

Saya rasa memang memerlukan kesabaran dan kerajinan yang tinggi nak aja anak potty train ni. Nayli taknak pergi toilet sensorang katanya ada atooooo (hantu) lelagik kalau tak buka lampu. OMG! (Oh-MAk-Gayah!) Siapa yang telah mencemarkan minda si kecil ini dalam toilet ada hantu hah? HewHewHew. Dan si mamanye adalah insan terpilih lagi terbahek yang akan menemankannya pergi toilet yang kadang2 menjangkau setiap 5 minit. Tapi tak selalu la kadang-kadang sampai terlintas di fikiran mamanye “Hey anak kencing sekali banyak boleh tak ini keluar sikit-sikit je kerap plak tu adus kejang jap lutut mama nak oi”. Warghh Warghh Warghh.


MAsuk toilet mama  tak payah teman nasib baik kalau tak memang parah jerit je dari luar toilet dah syhh syhh ke belum? KAlau dah NAyli akan panggil mama suruh mama cebok. Ok good girl. Apepun NAyli masih berdiapers di malam hari dah keluar rumah. Agak konpius macam mana nak ajar di waktu malam, adakah bermakna mamanye kene kejutkan NAyli di tengah malam dan bawa NAyli ke toilet setiap 2 jam? Ataupun mama nye tidur di tepi toilet je? KAHKAHKAH.


Part keluar rumah tu memang saje pakai sebab tak boleh nak imagine bila NAyli kate nak syhh syhh sedangkan mamanye cari toilet satu mall tak jumpe. Cemane??? Yelah mamanye bukan biasa sangat dengan shopping mall di sini. Tersesat tak jumpe jalan keluar kang cemane. Awwwww ;p


Hmmm mommies yang awesome sekalian  siapa ada tips macam mana nak ajar anak tak pakai diapers di malam hari tanpa membuatkan mamanye kene bangun tengah malam buta. HewHewHew D-A-S-A-R -P-E-M-A-L-A-s.  Cemane ye???

Habaq mai la sikit ;p

Selain tu mengajar NAyli menulis, membaca pun saya verangan gak. Syok jugak tengok bebudak kecik-kecik dah pandai membaca.




Tapi part ni mamanye masih dalam mood malas. Eh bukan malas tapi fenat. Sangat tak konsisten langsung hari ini ajar page 1, 10 hari lagi baru continue page 2 HewHewHew . Poyo je kan mamanye haritu pow papa suruh beli book bebanyak konon nak buat homeschooling la apelaaa.  Peerah mabuk. Takpe tunggu mood Profesor Emiritiues datang ye anak-anak. TROLOLOLOLOLOL.

Eleh ape? Ingat senang sangat ke duk uma jadi FTHW ni? Cube try test seminggu tengok. Tapi part yang best  sebab tak stress dengan environment and workload kerja yang kadang-kadang terbawa-bawa sampai balik rumah bila dah penat sangat kerenah anak-anak pun malas nak layan. Betul kadang-kadang tidur pun termimpi-mimpi kerja u olls. HAHAHAHA.

Selain tu best lah dapat tengok anak membesar depan mata, Tahu ape yang diorang lakukan setiap hari, tahu apa yang anak makan dan minum, takdelah hingus  hijau asyik meleleh kat hidung jew.

Yang tak bestnye of cozla duit duit dimana ko duit oh yeah! Eh duit bukan segalanyelah! OkBAi!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p








 

Tuesday, June 19, 2012

Eh Rupanya Bandar Ipoh Not Bad Laaaaa Jom Pergi AEON Mall ;p

Assalamualaikum semua,

Wah suasana syok masih menyelubungi diri. Mestila syok ape tak syoknye bangun pagi sukahati la pukul berapa takde punch in punch out, walaupun orang kata jadi FTHW lagi penat dari bekerja bagi saya ntahla tak jugak. Bekerja pun penat weh dahla kena bangun awal pagi siap keperluan anak ke nursery balik lewat petang kalau jalan jammed Masyallah memang stress ambil anak pulak lagi fuh sama je. Rasanya word yang paling tepat yelah boring. Ya, BORING. Bagi saya la bagi orang lain no comment yawww. Hihihihi.

Saya tengah cuba men'transform' diri saya menjadi puteri lilin awww awww. Percaya tak last week direct 6 hari duk uma tak keluar langsung kecuali nak jemur baju ada la keluar sikit lepas pintu rumah, bayangkanlah sehari equal to 24 hours kalau 6 hari terperuk kat rumah dah 144 hours fulamak alamat tak lama lagi putih melepak la kulit aii u olls tak payah pakai Loreal Perfect White lagi KAHKAHKAH *BooTakLAwakLAngsung. Sekarang masanye untuk rileks buat mandi lulur manicure pedicure *arghhh mengada la. Oh tenang. Cuma bila tengok wallet banyak sangat coins baru rasa tak berapa tenang ;p

Hari yang ke tujuh terpaksa keluar rumah *Arghh banyakla terpaksa padahal paksa Enchek Husband bawa keluar jalan-jalan. Yeyeyeye nak jalan-jalan itu Nayli yang kata bukan mama! ;p

Masa nak keluar blur la jugak yelah biasanya dah ada idea nak pergi mana "jom pergi IKEA nak makan meatballs la" takpun "pergi One Utama best jugak ada sale sekarang ni" Sekarang ni eh nak pergi mana ye arghh lantakla tak kisah pegi mana pun janji dapat keluar tengok dunia luar. Hihihi.

Nak bagi anak dara duduk diam kene bagi yang best-best baru diorang boleh rasa lagha. Lagha lama-lama ye sayang sampai ke destinasi tau mama nak rehatkan minda jap. Phewwww.



Cik adik manis nak pergi mana ni?? Hamboi dengan accesories penuh satu badan *PitamMakHang. KAHKAHKAH.




Kan best kalau duduk diam bersama berdua macamni sampai balik ;)



Kami pergi ke shopping complex AEON yang terletak kat Ipoh. Oh Jusco dah tukar jadik AEON ye. Kesian tak tau pun. Shopping complex ni rasanya baru lagi kot. Masa kami sampai ke sini perasmiannya pun belum di lakukan lagi. Bakal dilakukan 2 hari lagi. Daulat Tuanku.




Tak sangka. Oh bebeh oh bebeh kat sini ada COTTON ON. Bukan mamanye je yang teruja anak mama lagi teruja lari lagi laju dari mama.

Nayli, tunggu mama mengah ni haaa.



Fulamak kagum lagi jugak lagi besar dari kat The Curve or One Utama.





Siapa yang nak shopping sebenarnye ni sayang????? Glurpssss. Oh suka kat kasut ye nak jadi Emelda II ke sayang.




Guess, Mango, Esprit macam-macam kedai ada disini. Kedai all time peberet saya pun ada. TAk sangke. Maybe sebab shopping mall ni baru kot. Dulu masa pergi Ipoh Parade takde ape sangat pun.

FOS. Oh Laa~ Laa~



Daiso semuanya 5 hengget. Oh Daa~ Daa~




Senduk pink. Aku hado ko hado? Ini kalau ada kat dapur ni gerenti kuasa memasak saya bertambah sehingga 100 horse power. TROLOLOLOLOL.



Mata sepet.


Padini. Oh Yaa~ Yaa~




Lepas tu stop kat food court. Tak banyak sangat pilihan tapi oklah perut dah lapar seyhhh.




Last sekali kami ke Pusat Hiburan Keluarga. Kena tukar nama kot jadi Pusat Hiburan Kanak-Kanak kot sebab mama and papa tak terhibur langsung. Hamboi semua nak naik ye sekali naik pakai 2 token, satu token dahla mahal giller sehengget. Grrrrrr.


video


Nampak sangat tak challenging bagi mereka berduakan. Tunggu nanti kita ajak papa naik Roller Coaster Corkscrew pulak ye anakanda-anakanda mama.. Awwww.

Till then. OkBai!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p









Friday, June 15, 2012

Muhasabah Di Jumaat Yang Berkat

Assalamualaikum semua,


Peringatan untuk diri sendiri juga.

YAng penting Jeng Jeng Jeng.....

Happy Weekend peeps!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p