Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, July 20, 2012

Hello, Kota Kinabalu Sabah - Day 2

Assalamualaikum,

Good morning Kota Kinabalu!!


See!

View dari bilik hotel. Nun jauh saujana mata memandang itu dia laut terbentang luas dan di situ jugaklah letaknya Waterfront. Seriyes kalau jalan kaki tak jauh pun sebab di pertengahan jalan anda akan berjumpa bermacam-macam tempat menarik yang boleh anda singgah. Eh kata nak buang lemak, mmg syok habis la bakar kalori dengan cara sebegini ;p Yabedabedu!!

Ya, betul seperti yang dijanjikan ini adalah entry day – 2 di Kota Kinabalu, sabah.

Yang ini pulak entry haritu – DAY1

Disebabkan saya  menggunakan internet kuasa kura-kura agak-agakla kan nak update entry tiap-tiap hari ke aku je yang berangan ada orang nak baca entry yang aku tulis penat lelah ni TROLOLOLOLOLOL.

Arghh whatever ;p

Seperti yang dijanjikan dan di war war kan chewahhhh seawal subuh kami dah bangun dah bersiap-siap. Memandangkan hotel ni tak menyediakan free breakfast takde masalah sebab ianya terletak kat tempat yang begitu strategic. Yeah begitu mampan sekali.

Ada bangunan apentah kenama kat sebelah hotel ni ada macam-macam kemudahan eg: Guardian, hair saloon, kedai makan., kedai runcit dan macam-macam lagi.

Breakfast time. Oh yeah!

Mulakan dengan bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah.



Lepas je makan kami mengambil langkah kanan dengan berjalan di sekitar tempat menarik yang terdapat di KK. Berjalan dengan menggunakan kedua belah kaki okay no taxi-taxi.

Hello, Centre Point,


Lepas tu pulak ke Plaza Wawasan. Sebelah Centre Point je. Sesuai siapa yang nak beli souvenir. Memang rambang mata. Wauweeee.



Lepas tu kami ke apentah nama bangunan kedai yang terdapat banyak deretan kedai di dalamnya which is jangan lah berangan ianya ala-ala standard Suria KLCC ataupun Pavillion. Ianya Cuma mall yang lama ala-ala standard Sungai Wang Plaza kat KL je. BArang-barang kat sini pun semua sama dan biase je. KEcuali la barang-barang perhiasan mutiara yang memang femes kat KK ni memang takde kat KL. KAlau dari segi harga ada yang murah, ada yang mahal oklah cuci-cuci mata tengok gelagat orang dan culture kat sini.

Kat centre Point tadi kan takde TGV ke, GSC  haaaaaa ;p


Bila dah nak tengahari barulah driver kami datang ekhem ekhem. MAmfus kalau dia tau aku panggil dia driver KEHKEHKEH. Kami meneruskan penjelajahan ke semua shopping Mall di sini. Itu adalah modus operandi untuk hari ini. Kelakar jugak sebab mallnya semua sekangkang kera dekat-dekat. Baru masuk kereta nak betulkan urat kaki dah sampai di mall yang seterusnya.

Hello, City Mall,


Hello 1Borneo Hypermall,


Ok nak cerita sikit 1Borneo Hypermall ni terletak jauh sikit dari town dan perjalanan untuk ke sini memang rasa macam jauh jugak jugak sampai sakit pinggan u olls. Ini disebabkan kat area ni kesesakan lalulintas memang teruk sikit. Oh  yeah ingat kat KL je stress dengan problem begini kat KK pun ada jugak ye. Rasanye punca kesesakan adalah disebabkan oleh traffic lite and roundabout. MEmang lama la jugak menghabiskan masa di atas jalannraya.

Hmmmmm. Ko hado??


Tapi yang paling best untuk pergi ke 1 Borneo akan melalui Likas Bay. PErghh cantik gila tempat ni. Hilang kejap segala kedukaan di hati oh yeah.


Terjumpa jugak dengan masjid ni otw nak pergi 1Borneo. Masjid ni dibina terapung di atas air. Wauu ingat kan kat Terengganu je ada masjid begini.


Penjelajahan tak tamat di situ je. Ada lagi.Yes, memang lah korang akan fikir alaa setakat nak pergi tempat macamni kat KL pun berlambak lagik advance kot tapi percayalah jauh perjalanan luas pengetahuan. Cuma Suria Mall ni  je lain dari yang lain sebab ianya baru je dibuka. Kedai pun banyak yang kosong lagi.

Hello Suria,



Suria Mall ni terletak bebetul kat tepi laut. Cantik betul pemandangannya.

Kami menikmati lunch di Sushi Tei. Ok penangan Japanese food dulu kini dan selamanya tak kisahlah anda berada di mana sekalipun ok. I’m lovin it.


Burpss Alhamdulillah. Ini baru starter hihi. Alas perut dulu lapar sangat dah ni ;p


Ini baru da' real one. Hiks!




Seharian menjelajah segala tok nenek shopping mall memanglah sangat mengujakan kata pun shopping is the best therphy. Ohoiiiii nak shopping apa pitisnya pun takde. KAHKKAHKAHKAH.

Dan bila malam semakin larut itulah yang di tunggu-unggu. JEng Jeng JEng. Pabila larut malam. Yahooo!

Seafood time! YEay!!!

Kami meminta driver ahak ahak membawa kami ke tempat makan seafood yang terbahek di Kota Kinabalu dan akhirnya kami dibawa makan malam di GAyang Seafood.

Oh ok fine rupenya tempatnya adalah berdekatan dengan 1 Borneo yang saya kata tadi, dimana mempunyai masalah kesesakan yang agak Grrrrrrr so sementara nak menunggu sampai ke tepat tu memang macam nak nangis jugaklah. Lapar weh perut ku sudah memainkan lagu RAmlah Ram. Sesaat kau datang, sesaat kau hilang. Ok dah.


Oh yeah!! Memang berbaloi-baloi menempuh traffic jam tadi.





Untuk pengetahuan kat sini ikan, kerang, udang, lobster dan segala jenis makanan laut anda boleh tangkap segar dalam akuarium dan terus masak. Anda juga boleh meminta dimasak makanan yang frozen whch is takla segar sangat dimana harganya murah sikit. Apepun tepuk dada tanya poket. Oik oik.

Dua perkara yang baru saya tahu ketam kat Sabah ni size dia kecik je tak berapa besar macam ketam kat semenanjung tapi dia punya kerang mak datokkkkk sizenya besar gedebak memang tak dapatlah kat semenanjung.






Semua sedap menjilat jari. Butter prawan tu sangat banyak order sampai 1 kg bayangkan makan sampai lebam udang yang  bersaiz besar, perghhh. Kerang besar tu pulak dimasak rasa pedas-pedas memang nikmat.

Total makanan kami semuanya fresh from aquarium for 5 adults termasuk minuman = TAK SILAP RM250. Wajib guna perkataan tak silap sebab bukannya saya bayar Cuma tengok bil sepintas lalu je hahahahahahaha.

Lepas makan perut kenyang Alhamdulillah, ya rabbi memang kenyang dan sangat memuaskan hati kami lepak-lepak kejap di Likas Bay. Pergghhh nikmat. Sejuk tak tahan angin sepoi-sepoinya sangat lain macam ketar gigi menahan kesejukan.

Oklah hari pun dah malam, mari kita tido. Nampaknya berakhir sudah kisah Day 2. Tunggu entry seterusnya pulak. Banyak betul piccas makanan kat entry ni burpss Alhamdulillah kusss semangat HikHikHik ;p Semakin lama, semakin hangat. Ahak ahak. Menyampah tau tak. OkBAi!

Sekian.

 Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p





                       


 

6 comments:

  1. nikmatnya entry ini.. entry mu ini buatku rindu nak balik kampung..huwaaaaaa.. tgk entry orang buat kita berangan nak g melancong ctu jugak..padahal macam la xpenah pergi..windu nak balik sabah..huuu

    ReplyDelete
  2. sedapnye lahai ketam tuh, masak sweet sour ker..??

    ReplyDelete
  3. Aah masak sweet sour. Memang sedap coz everything fresh from oven. Yummy!

    ReplyDelete
  4. ehe suria sabah skrg dh crowded gila2

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~