Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Monday, July 30, 2012

Hello, Kota Kinabalu Sabah - Day 5

Assalamualaikum,

Yeah setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu jugaklah percutian ke Kota Kinabalu, Sabah ni. Ini adalah entry hari ke lima iaitu hari terakhir berada di Sabah. Sobssssssssssssssssssss!

Bangun lambat tak seperti hari-hari yang terdahulu. Enjin sudah pancit ok sebab badan dan kaki bekerja dari pagi ke malam tanpa rehat. Re-charge energy. Walaupun flte hari ni kami masih boleh berjalan sampai lebam sebab flite kami adalah pada awal pagi esok hari.

Menikmati breakfast di hotel ni saja. Tak larat nak jalan jauh.



Foodnye not bad sedap jugak. Saya punya of cousela spagethhi carbonara. All time paberet oh yeah. Tapi tak boleh terima harganya RM15. Alaa kalau masak kat rumah beli spagethhi, sos carbonara prego lepas tu boleh tambah hotdog, button mushroom baru berapa ringgit, boleh makan berpinggan-pinggan pulak tu. Memang tak boleh terima harga cekik darah mahal macamtu. KAHKAHKAH itu dia mood kedekut dah sampai.

Lepas breakfast kami membeli sedikit frozen food di Kota Kinabalu Wet Market. I planned to buy some fresh seafood to bring back. Prawns are my first priority. Yelah trademark Sabah apelagi, makanan lautnya yang murahlah.


Lepas dah habis sessi memborong untuk kali terakhir, kami lepak-lepak minum di sini. Makan pun lite-lite je. Simpan perut sebab jeng jeng jeng……… tonite ada lagi fiesta makan seafood sampai lebam. Yeyeyeyeyeeyyeye!



Yupe, saya memang hantu spagethi. This time spagethi bolognise pulekkk ;p



Malam yang ditunggu tunggu kami ke TAnjung Rhu Seafood. Tempat ni berdekatan dengan town je tak jauh sangat macam Gayang Seafood yang kami pergi tempohari.

Konsep kat sini sama jugak macam kat Gayang Seafood tu boleh pilih sama ada mahukan seafood fresh yang baru ditangkap dalam aquarium ataupun nak yang frozen punya.

Bismillahirahmanirahim ;)







Paling special mestilah siputnya. MAsa memula baru sampai macam OMG!! (Oh-MAk-Gayah!!) Menatang apeni macam siput ba alif ba yaa je. KAHKAHKAHKAH Huh teruk betul pemikiran cetek ku ini. Tapi ini adalah siput gong gong. Nak makan pun ada cara. Kena guna lidi kasi korek-korek ekornya bagi terkeluar sikit, lepas tu boleh terus tarik keluar isinya. Bahagian ekornya agak keras so perlu dibuang sebelum makan. Alaaa macam makan siput sedut.


MEmandangkan saya adalah die hard fan pemakan siput sedut masak lemak cili api pedas berapi so memang takde masalah sangat nak makan siput ni. Rasanya lebih kurang sama cuma lebih lemak berkrim disukai ramai. Percayalah walaupun saya pada mulanyaa berasa agak geli gelemen untuk memakan makanan exotic seperti ni sebab saiznya yang besar, tapi harus cuba sebab kat tempat lain tak jumpe punya so sila jangan lepaskan peluang keemasan, actually rasanya sedap weyhhh!. Nyum Nyum.

Menikmati makanan yang enak memang sangat mengujakan. Pasti akan ingat sampai bebila kenangan di sini especially part MAKAN.

Lama jugak kami menghabiskan masa di sana sebelum mengambil angin malam di sekitar town Kota Kinabalu untuk kali terakhir. Yelah nama pun flite awal pagi so memang kena menghabiskan masa selagi ada.

Conslusion:

1- Saya tak tau macam mana rate taxi, kereta sewa sebagaimana sebab sepanjang berada di Kota Kinabalu ni 100% kami menggunakan perkhidamatan driver tak berbayar. Terror jalan-jalan kat sini pulak tu. Thanks! ;)

2- Kalau anda ada kawan orang Sabah memang sangat patut membawanya teman anda shopping. Saya beli sehelai T shirt berharga RM25 tapi keesokannya beli T Shirt yang sama bersama seorang rakyat tempatan (member-punye-member-punye-member) dapat beli T shirt tu dengan harga RM18 jeww. HewHewHew kan dah rugi RM7  bayangkan kalau beli 10 pasang T shirt dah rugi bape)

3- Hotel yang saya tinggal iaitu Cititel Express Hotel memang terletak kat lokasi strategic tapi saiz biliknya ya rabbi, first time saya jumpa bilik hotel bersaiz kecil macamtu, memang kecil teramat.
Sob sob.

Babai Kota Kinabalu, Sabah.



Ada rezeki, ada masa boleh sampai di sini lagi. Sayonara bah! 

#SambilMembetulkanSeluarYangRasaDahTeramatKEtatPlusSempit


Ekhem ekhem ;p

Day 1

Day 2

Day 3

Thanks for reading.

Sekian.Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p









 

Wednesday, July 25, 2012

Demoxnya Lembu, Demoxnya Kamben Di MAHA 2012

Assalamualaikum,

Korang pernah pergi Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) tak? 


First time bagi saya. Teruja betul dapat tengok kamben dan lembunya yang ya arabbbiiiii demox betul! Makan ape diorang ni. Kenapa boleh jadi demox sedemikian rupa? TROLOLOLOLOL.





Ini kalau korban lembu dapat berapa kilo daging ntah agaknya. Perghhhh.

Sesuai bagi budak kicit macam NAyli untuk belajar mengenal binatang. Tu lah dari dulu nak bawa pergi Zoo tak berjaya jugak lagi. Adeke patut bila tengok buku gambar buaya dia cakap “mama, ni cicakkkkk” Glurpsssss. Bukan nak itu buaya. “Bukanlah mama, ini cicaklah”. HewHewHEw. Tak dapek mama nak nolong tunggu mama tunjuk kan buaya bujang senang yang sebenarnye ye sayang.


CC to papa NAyli: Jom kita pergi Zoo Taiping this weekend nak tak? TROLOLOLOLOL.

Wauweeeee terbahek!! Lap sikit air liur tu dah meleleh dah. HAHAHAHAHAHAHA.


MAcam-macam yang dipamerkan dan dijual di sini semuanya berkisarkan pada pertanian dan perladangan.

Puas dan fenattttttttt!


Big baby yang dah tak larat nak berjalan lagi. MAmanyo pun tak larat gak nak berjalan. Syokla dapat dukung. Nak dukung gak boleh tak? HewHewHew.

OkBai!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p







 

WordLove Wednesday #11 - Ragam Dr. Nayli Dayana ;p


Yok chaa = Perut Besar ;)

Sekian

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Tuesday, July 24, 2012

Menjemurkan Diri Di Pantai Teluk Batik

Asalamualaikum semua,

Ntah papentahkan. BAget haritu masa cerita pergi Jetty Marina nak sambung cerita lagi. Pastu dah lupa. Eh saya ni semakin tua ke or banyak sangat makan kepala ikan ni? ;p Wargh Wargh Wargh.

Jetty Marina memang best la jugak. Dari kawasan tepi pantai kami lepak kat complex areanya pulak. Oh macam-macam ada. Nyaman.

Hmmm ini dia anak-anak zaman sekarang. Nampak je kedai jual tiup belon tu terus suruh papa beli. Nayli said "Satu untuk aya, satu untuk yiyi'. Memang, barang taknak kongsi langsung. Grrrrrrr.

Lepas-lepak sambil teman NAyli and Zara main tiup belon. Lepak lama sikit kat sini best jugak coz tak panas sangat macam kat luar tu.


Mesti korang tak pernah tengok benda ni kan. Canggih betul basikal ni ;p Kat KL tak pernah tengok lagi yooo. TROLOLOLOLOLOL.

Mode: Jakun ahak ahak



Ohoii budak berdua tu pun tak jakun rileks je mama pulak yang teruja habis KAHKAHKAH.

Lepas dah puas berhoorey hoorey dari Kompleks Marina kami ke Pantai Teluk Batik plak. Lupa dah ini kunjungan kali ke berapa ntah. BAnyak kali jugak sampai sini.

Berjalan di Teluk Batik I.

Memandangkan NAyli sangat anti dengan pantai, pijak pasir pantai pun macam pijak tahi lembu tak tahulah lepas ni akan sampai ke sini lagi or tak.  

Hey NAyli mama baru plan nak berkelah di pantai yang indah tew. Spoil saja.

Papa bawa Zara jenjalan, tinggallah mama menemankan anak bertuah bernama NAyli yang takut pijak pasir pantai.

Tengok tu, steady je Zara.


Heaven betul sekali sekala dapat makan and minum no limit ye sayang? Hamboi syoknye dia. Sekali sekala takpe kalau selalu sangat membahayakan kesihatan.



Dah habis. Jom balik. OkBai!


Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Sunday, July 22, 2012

Hello, Kota Kinabalu Sabah - Day - 3

Assalamualaikum semua,

Sambung cerita lagi. Today is Sunday ok yeay! After breakfast we proceeded to the famous Sunday Market along the Gaya Street. 

Gaya Street ni diadakan setiap minggu cuma pada hari Ahad sahaja. Pasar Ahad ni dibuka dari 6am sampailah 1pm. Macam-macam ada dijual kat sini daripada traditional ethnic cultural sovenirs to pets and flowers, all at bargain prices.

Siapa yang datang Kota Kinabalu wajiblah tak lepaskan peluang datang ke sini ok.

Hello. Gaya Street.



Big crowds! Sesak! Padat! Oh yeah!



Corals for souvenirs?

,


Seasheels for souvenirs?




Dari Gaya Street Market kami pergi ke Filipino Market yang terletak bersebelahan dengan Waterfront pulak.


Shopping souvenir lagi dan lagi. Pearl kat sini ada 2 kategori iaitu air tawar dan air masin. Kalau air tawar tu murah sikit sebab ianya adalah pearl peliharaan manusia. Juling bijik mata tengok pearl yang dijual disini. BErmacam bentuk, jenis dan kaler. Ada yang sampai 2-3 ribu, biaqqq betoi. Selain pearl banyak barang souvenirs lain juga di jual di sini. Borong jangan tak borong. Pilih jangan tak pilih ye dik non. HAHAHAHA




Lepas dah habis borong souvenirs sampai wallet pun jadi ringan sobss sobss petang tu kami lepak di Waterfront. Memang cantik kawasan ni sambil pekena pulak air kelapa muda memanglah terbahek. Masa first day datang sini di malam hari tak berapa nak nampak keindahannya sangat cewahh. Wauuweeeee seronok habis.


Dari angin sepoi-sepoi bertukar jadi angin rebut kencang itu menandakan hujan akan turun. Pengunjung semua diarahkan  beredar dan duduk di sebelah dalam. Alah memang tak syokla sebab tak dapat menikmati suasana laut tapi apakan daya. Bila hujan ni perut terasa la plak lapar adussss. Alas perut dulu makan french fries cicah mayonis. Nyum nyum.


D sini juga terdapat massage. Siapa yang penat berjalan tu bolehlah berurut di sini harga tak pasti sebab takde sape pun yang try-test-cuba. Hiks!

Memandangkan malam semalam we have a very wonderful dinner sampai seluar tetiba terus tak boleh butang muehehehehe malam ni kami makan ala-ala je. Seperti yang 10 kali saya dah cakap hotel kami ni terletak kat kedudukan yang amat strategic so kami makan malam dekat gerai yang berdekatan dengan hotel je. Memang banyak kemudahan di sekitar hotel ni. Senang betul.

Lepak sampai larut malam tetiba nak beli something masuk ORANGE. Kalau kita kat semenanjung nak beli ape-ape tengah malam cari SEVEN ELEVEN, tapi kat sini cari Orange ye.  Ingat tu ;p Mana tauu tetiba kang ada emergency case nak cari panadol ke apeke. Kan kan kan.

Makan malam di sini. Terdapat banyak deretan gerai yang menjual pelbagai jenis makanan di sini. Mee goreng, kuew tiau goreng, mee sup, tomyam semua ada dijual. Tapi yang special di sini adalah… jeng jeng jeng.


Ada banyak stall yang menjual makanan sebegini. Rambang mata jugak nak beli kat kedai yang mana satu. Selain makan 5 ketul kepak ayam panggang, 5 cucuk satay ayam yang besau-besau saiznya pergh makan ke mentekedarah ni? Saya juga makan ini.



Tomyam seafood perghhh nikmat yang pedas berapi sememangnya terbaik. Tapi tak cukup pedas lagi sebenarnya ni walaupun saya dah suruh pakcik tu bubuh cili padi banyak-banyak dan masak  tomyam pedas berapi ala-ala gunung berapi larva tebabooo! Gagagagagagagaga.

Makan banyak merupakan signal paling senang untuk mendapat feel tidur yang menakjubkan. Sekian dulu kisah di hari yang ke tiga di Kota Kinabalu, Sabah. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Nantikan entry yang seterusnya pulak terutamanya kepada peminat setia... jeng jeng jeng...

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menitis dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu


BUTTERFLY TERBANGLAH TINGGI
SETINGGI ANGANKU UNTUK MERAIHMU

Yahooooooo. It's time for Deejavu di Kinabalu at day 4. Tunggu........HikHikHik ;p

Dah entry di hari yang ke 3. Flashback balik. Ini kisah sebelumya ^_^ Lalalalalaalalala~

Hello, Kota Kinabalu Sabah - Day 1

Hello, Kota Kinabalu Sabah - Day 2

Thanks for reading.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p









 

Friday, July 20, 2012

Hello, Kota Kinabalu Sabah - Day 2

Assalamualaikum,

Good morning Kota Kinabalu!!


See!

View dari bilik hotel. Nun jauh saujana mata memandang itu dia laut terbentang luas dan di situ jugaklah letaknya Waterfront. Seriyes kalau jalan kaki tak jauh pun sebab di pertengahan jalan anda akan berjumpa bermacam-macam tempat menarik yang boleh anda singgah. Eh kata nak buang lemak, mmg syok habis la bakar kalori dengan cara sebegini ;p Yabedabedu!!

Ya, betul seperti yang dijanjikan ini adalah entry day – 2 di Kota Kinabalu, sabah.

Yang ini pulak entry haritu – DAY1

Disebabkan saya  menggunakan internet kuasa kura-kura agak-agakla kan nak update entry tiap-tiap hari ke aku je yang berangan ada orang nak baca entry yang aku tulis penat lelah ni TROLOLOLOLOLOL.

Arghh whatever ;p

Seperti yang dijanjikan dan di war war kan chewahhhh seawal subuh kami dah bangun dah bersiap-siap. Memandangkan hotel ni tak menyediakan free breakfast takde masalah sebab ianya terletak kat tempat yang begitu strategic. Yeah begitu mampan sekali.

Ada bangunan apentah kenama kat sebelah hotel ni ada macam-macam kemudahan eg: Guardian, hair saloon, kedai makan., kedai runcit dan macam-macam lagi.

Breakfast time. Oh yeah!

Mulakan dengan bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah.



Lepas je makan kami mengambil langkah kanan dengan berjalan di sekitar tempat menarik yang terdapat di KK. Berjalan dengan menggunakan kedua belah kaki okay no taxi-taxi.

Hello, Centre Point,


Lepas tu pulak ke Plaza Wawasan. Sebelah Centre Point je. Sesuai siapa yang nak beli souvenir. Memang rambang mata. Wauweeee.



Lepas tu kami ke apentah nama bangunan kedai yang terdapat banyak deretan kedai di dalamnya which is jangan lah berangan ianya ala-ala standard Suria KLCC ataupun Pavillion. Ianya Cuma mall yang lama ala-ala standard Sungai Wang Plaza kat KL je. BArang-barang kat sini pun semua sama dan biase je. KEcuali la barang-barang perhiasan mutiara yang memang femes kat KK ni memang takde kat KL. KAlau dari segi harga ada yang murah, ada yang mahal oklah cuci-cuci mata tengok gelagat orang dan culture kat sini.

Kat centre Point tadi kan takde TGV ke, GSC  haaaaaa ;p


Bila dah nak tengahari barulah driver kami datang ekhem ekhem. MAmfus kalau dia tau aku panggil dia driver KEHKEHKEH. Kami meneruskan penjelajahan ke semua shopping Mall di sini. Itu adalah modus operandi untuk hari ini. Kelakar jugak sebab mallnya semua sekangkang kera dekat-dekat. Baru masuk kereta nak betulkan urat kaki dah sampai di mall yang seterusnya.

Hello, City Mall,


Hello 1Borneo Hypermall,


Ok nak cerita sikit 1Borneo Hypermall ni terletak jauh sikit dari town dan perjalanan untuk ke sini memang rasa macam jauh jugak jugak sampai sakit pinggan u olls. Ini disebabkan kat area ni kesesakan lalulintas memang teruk sikit. Oh  yeah ingat kat KL je stress dengan problem begini kat KK pun ada jugak ye. Rasanye punca kesesakan adalah disebabkan oleh traffic lite and roundabout. MEmang lama la jugak menghabiskan masa di atas jalannraya.

Hmmmmm. Ko hado??


Tapi yang paling best untuk pergi ke 1 Borneo akan melalui Likas Bay. PErghh cantik gila tempat ni. Hilang kejap segala kedukaan di hati oh yeah.


Terjumpa jugak dengan masjid ni otw nak pergi 1Borneo. Masjid ni dibina terapung di atas air. Wauu ingat kan kat Terengganu je ada masjid begini.


Penjelajahan tak tamat di situ je. Ada lagi.Yes, memang lah korang akan fikir alaa setakat nak pergi tempat macamni kat KL pun berlambak lagik advance kot tapi percayalah jauh perjalanan luas pengetahuan. Cuma Suria Mall ni  je lain dari yang lain sebab ianya baru je dibuka. Kedai pun banyak yang kosong lagi.

Hello Suria,



Suria Mall ni terletak bebetul kat tepi laut. Cantik betul pemandangannya.

Kami menikmati lunch di Sushi Tei. Ok penangan Japanese food dulu kini dan selamanya tak kisahlah anda berada di mana sekalipun ok. I’m lovin it.


Burpss Alhamdulillah. Ini baru starter hihi. Alas perut dulu lapar sangat dah ni ;p


Ini baru da' real one. Hiks!




Seharian menjelajah segala tok nenek shopping mall memanglah sangat mengujakan kata pun shopping is the best therphy. Ohoiiiii nak shopping apa pitisnya pun takde. KAHKKAHKAHKAH.

Dan bila malam semakin larut itulah yang di tunggu-unggu. JEng Jeng JEng. Pabila larut malam. Yahooo!

Seafood time! YEay!!!

Kami meminta driver ahak ahak membawa kami ke tempat makan seafood yang terbahek di Kota Kinabalu dan akhirnya kami dibawa makan malam di GAyang Seafood.

Oh ok fine rupenya tempatnya adalah berdekatan dengan 1 Borneo yang saya kata tadi, dimana mempunyai masalah kesesakan yang agak Grrrrrrr so sementara nak menunggu sampai ke tepat tu memang macam nak nangis jugaklah. Lapar weh perut ku sudah memainkan lagu RAmlah Ram. Sesaat kau datang, sesaat kau hilang. Ok dah.


Oh yeah!! Memang berbaloi-baloi menempuh traffic jam tadi.





Untuk pengetahuan kat sini ikan, kerang, udang, lobster dan segala jenis makanan laut anda boleh tangkap segar dalam akuarium dan terus masak. Anda juga boleh meminta dimasak makanan yang frozen whch is takla segar sangat dimana harganya murah sikit. Apepun tepuk dada tanya poket. Oik oik.

Dua perkara yang baru saya tahu ketam kat Sabah ni size dia kecik je tak berapa besar macam ketam kat semenanjung tapi dia punya kerang mak datokkkkk sizenya besar gedebak memang tak dapatlah kat semenanjung.






Semua sedap menjilat jari. Butter prawan tu sangat banyak order sampai 1 kg bayangkan makan sampai lebam udang yang  bersaiz besar, perghhh. Kerang besar tu pulak dimasak rasa pedas-pedas memang nikmat.

Total makanan kami semuanya fresh from aquarium for 5 adults termasuk minuman = TAK SILAP RM250. Wajib guna perkataan tak silap sebab bukannya saya bayar Cuma tengok bil sepintas lalu je hahahahahahaha.

Lepas makan perut kenyang Alhamdulillah, ya rabbi memang kenyang dan sangat memuaskan hati kami lepak-lepak kejap di Likas Bay. Pergghhh nikmat. Sejuk tak tahan angin sepoi-sepoinya sangat lain macam ketar gigi menahan kesejukan.

Oklah hari pun dah malam, mari kita tido. Nampaknya berakhir sudah kisah Day 2. Tunggu entry seterusnya pulak. Banyak betul piccas makanan kat entry ni burpss Alhamdulillah kusss semangat HikHikHik ;p Semakin lama, semakin hangat. Ahak ahak. Menyampah tau tak. OkBAi!

Sekian.

 Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p