Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Monday, February 28, 2011

Hajat Terakhir Yang Tercapai

Eh apsal tajuk entry ni macam tu. Hiks! Takde apela.

Alaa bukan ape. Ingat tak dulu ade cite pasal hajat yang tak tercapai. Sekarang dah tercapai. Yeay!!! Ini kisah nak makan-makan la.

Tempat ni bukanlah jauh sangat. Bukannye kat Johor ke, kat Kedah ke. Kat Danau Kota, KL je. Tapi kalau nak pergi tu memangla mencabar sikit.

Mencabar bukan ape.

Tengokla. Tengokla sendiri.

Oh jangan tertipu. Ni cuma untuk seminit yang pertama dalam kereta je.



Kan elok duduk sopan je macamni.




Laaa buat ape tu main dengan kaki pulak. Takkan nak hisap ibu jari kaki. Nayli nak adik lagi ke. HukHuk.




Lepas tu kan kan kan.

Ini adalah gelagat sebenar Nayli Dayana yang memang tak nak duduk diam dalam kereta. Macam2 aksi akrobatik dia buat. Kadang2 sampai macam nak terberanak saye layan kerenah dia dalam kereta. Hiks!

Jage2. Jatuh karang sayang. Ayokkkkkkk.





Laaa nak jadi co-pilot papa ke. Tak payahla. Susah papa nak drive tu.






Oh ye.

Rumah abang dekat dengan tempat yang dituju. So drop dulu Nayli kat rumah abang sebab papa & mama nak enjoy sampai lebam. Yeay! Hak Hak kesian budak kicit tu. Alaa sekali sekala je bukannye selalu pun buat macam ni. Kalau tak kemana2 mesti usung budak kicit tu.

Lagikpun Nayli pun takde hal. Yelah jumpe dengan geng bas sekolah dia. Lagik syiokkkk kan dari ikut mama & papa.





Laaa mulut sape tu. Besarnye nganga.

Lalalalalalalala~ Kanak-kanak riang ria sedang bermain.





Babai Nayli buchuk. Main2 dengan bro Naim & Ajeem kejap ye. Lagik 2 jam mama datang tau.

Nak pergi sinila. Sampai jugak akhirnye. Haritu pergi mase cuti panjang CNY tutup pulak. Nak cari senang je. Opposite Uptown Danau Kota. Sederet dengan Old Town White Cofee.





Oh macam2 dengar cerita pasal kesedapan food kat sini. Tak pernah sekalipun makan kat sini tau. Kat sini ada jual  char kuew tian dan nasi lemak je. Char kuew tiau ada dijual dalam saiz kecil, besar & special. Special tu sebab banyak udangla.

Nak makan kene self service ok. Beratur. Alaa macam makan kat MCD or KFC. Haa tengok tu ramai betul  orang.





Saye duduk tunggu Enchek Husband beratur la. Dan.............

Yeay!!!!

Yang diidam2kan pun dah ade kat depan mata.

2 pinggan besar char kuew tiau ok. Slurpssssssssss.






Eh ade lagi. Ade lagi. Mane cukup 2 pinggan. Alang2 datang dari jauh ni jauhla sangat jom la makan sampai lebam. Laa ni makan ke mentekedarah ni. Sekali sekala dating makan berdua memang macam heaven la jugak. Hiks! Order jugak nasi lemak + ayam goreng berempah.  Sambal dia sedap tapi tak berapa pedas.






Penghilang dahaga haruslah ini. Oh yang ice tu Enchek Husband punye. Saye minum Horlicks.






Frankly speaking memang tak sia2la. pergi sini. Char kuew tiau dia mmg terbaek. Siapa pernah makan char kuew tiau kat Bukit Mertajam Penang? Haaa lebih kurang mcm tu la sedapnye. Woot! Woot! Sedap woooo.

Haaa kan dah cakap sedap sampai licin menjilat pinggan jari.





Balik tu memang puas hatila. Malam ni gerenti tido lena diulit mimpi. Dapat gak makan char kuew tiau Mali akhirnye. Dah lame tau mengidam nak makan.  Preggy mom memang macam-macamkan. Nak makan itu la inila. Nasibla dapat Enchek Husband yang sporting. Layan kan sajela. Lalalalalalalala~

Alaaa dah tak lame je lagi. Lepas ni dah kena berpantang pulak. Memang dah tak lame sangat je lagi.

Happy sesangat. Hoooyeahhhhhh!

 Sekian.

3 comments:

  1. tomeiiiinyaaaaaaaaaaaa.......:)

    ReplyDelete
  2. haritu blk kl dpt mkn jugak char kiewtiau ni..em yg belah utara ni sedap lg rsny..nnt ada ms mai utara leh try k..

    ReplyDelete
  3. wei, ni mali yg dulu kedai dia tepi jalan tu je ke or lain nih...

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~