Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Saturday, November 6, 2010

Cat Dan Kotak Ajaib

Nayli suke dengan meow-meow. Itu memang tak dapat dipertikaikan lagi. Kalau nampak meow-meow je mesti mata tak berkelip2 tengok lepas tu excited betul nak pegang meow-meow tu. Tapi mama Nayli yang sengal ni tak suke kat meow-meow. Hiks! Macam mane ni ye?

Haa sebagai solutionnya mama telah beli patung meow-meow ni untuk Nayli tersayang.




Cat yang comel lote ni masih tak ade name. Sape yang baik hati sila bagi name untuk cat ni ye.

Cat ni operate by battery. Kalau on cat ni boleh bergerak2 buat breakdance keliling rumah. Lepas tu ade lampu yang lip lap lip lap & lagu yang boleh membuatkan kepala Nayli terhangguk hangguk ikut rentak lagu. Dalam seminggu lepas beli cat ni Nayli amatlah teruja dengan cat ni. Hari2 nak main dengan cat. Hari2 nak ikut cat buat tarian breakdance tu sampai batterry cap Everyday yang digunakan pun perlu ditukar every 3 days. Takpe. Takpe. Mama tak kisah.

Tapi semenjak dua menjak ni......



Nayli lagik suke bermain dengan kotak dari cat tu sendiri. Cat tu pun Nayli buat tak tau je sampai dah merajuk. Battery Everyday yang saye beli 2 dozen tu pun tak habis pakai.

Bukak kotak. Tutup kotak. Masukkan barang dalam kotak. Keluarkan barang dalam kotak.




Isk Isk kalau mama tau macamni dah lame mama beli kotak je lagik senang dengan murah. Takpun kotak kasut Vincci mama pun banyak kat dalam rak kasut tu.

Ape yang saye perasan Nayli lagik suke main dengan kertas, plastik & kotak dari toys yang berlambak kat rumah tu. Nape ye? Nape ye? Kenapa Nayli suke main dengan bahan terbuang dari toys yang dibeli dengan harga yang tak kurang dari RM20 tu. Adakah ini sebagai langkah awal bagi Nayli untuk meringankan beban ibubapa dia. Hiks!!!

Betul-betul konfius.


Sekian.

2 comments:

  1. mmg cam tu la wak...budak2 baya dorang neh suke men kotak la kertas la...

    ReplyDelete
  2. hehehhehe comel....akma beli kat mana meow cat tu? menarik:)

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~