Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Saturday, October 8, 2011

Gelagat Baby Zara Masa Makan @ 7 Bulan

Oh Oh Oh.

Baby Zara dah 7 bulan. Dah sebulan lah dia start makan solid food.

Tapi selera untuk dia makan sangat berbeza kalau nak compare dengan kak Nayli. Baby Zara sangat susah nak makan. Susah tu dalam erti kata lain susah nak bukak mulut. Kak Nayli dulu masa first time makan pun   dah nganga besar-besar. Senang je nak bagi kak Nayli makan. Sangat suka makan. Baby Zara ni kalau saya try sumbat-sumbat jugak dalam mulut gerenti dia berpaling muka or tepis sudu pakai tangan.

Dugaan fenattttttttt mama masak tau yelah yang terbaik semestinya homemade food coz mothers make the best food yeah. Yang selalu saya bagi bubur nasi dengan carrot, sweet potato & ubi kentang. Tapi baru ni baca satu info baby ni dia punye taste buds lebih kepada taste bud manis so sebab tu budak-budak suka manis so bagus kalau mulakan dengan fruit puree eg. pear, fragrant pear, papaya. Oooooo but jangan bubuh garam or gula dalam baby food biar rasa manis natural dari buah or sayur. Lagik satu yang saya tau kurangkan bagi sayur pada baby yang baru belajar nak makan sebab serat dalam sayur lebih susah untuk dihadam compare serat dalam buah. Right me if im wrong ok.

Muka baby yang tengah on diet tak mau makan.



Pernah baca jugak makanan segera for baby actually not good sebab ada preservative altho manufacturer always claim yang makanan diorang tu terbaik, no sugar no salt tapi sebenarnya diorang gunakan bahan kimia buat makanan tu sedap menjilat jari. Yelah maksud sugar free tu memangla takde gula tapi diorang guna pemanis tiruan untuk sedapkan makanan. Kalau tengok ingredient mesti ade words yang ending dengan "kosa" eg. glukosa, sukrosa etc.

Ok ok setiap problem mesti ada penyelesaiannya. Sebagai mama yang cool or berlagak cool hahahahaahaha saya takdela risau sangat kalau dia taknak solid food, maybe baby Zara nak menyesuaikan diri dengan solid food tu. Kalau dia dah kenyang minum susu that's fine kan. Dari info yang saya baca some babies memang jenis lambat nak makan.

Apepun yang penting sihat lagipun she still fully breastfeed. LAgi satu yang menyedapkan sikit lagi hati even dalam Al Quran pun ada cakap sempurnakan penyusuan ibu selama 2 tahun penuh tanpa apa-apa makanan tambahan that means kalau memang ada baby yang tak nak makan memang lumrah la kot. Yelah kalau dah tak nak makan takkan nak paksa pulak kan.

Pernah jugak nurse masa pergi check up kata sebenarnya kalau kita beri susu ibu sepenuhnya, tak bagi makan pun takpe selama 2 tahun tapi sebab bimbang baby taknak makan lepas 2 tahun so kenalah perkenalkan tekstur dan rasa makanan pada baby. Tapi kalau beri susu formula kena bagi makan @6 months sebab tak cukup hanya minum susu je.

Bila bagi baby Zara makan bubur nasi memang macam nak pergi berperang. Pakai bib pun tak jalan baju tetap kotor. Tapi saya dah jumpa cara yang bagus tak kotorkan baju. Tak payah tukar sampai 10 baju sehari. Yeay!!!!

BAju for makan time from Ikea. I loike. Yeay!!


Yelah janganlah fikir satu benda ni je "baby 6 bulan mesti makan". Dia tepis tu sebab dia tak mahu. Dia taknak telan makanan tu sebab dia tak mahu. Mungkin baby Zara belum bersedia untuk makan.  Anyway sabar lah ok biasalah 7 bulan still dalam phase mengadaptasi makanan, lepas ni dah besar dia pulak yang mintak nak makan banyak-banyak sampai mama pun dah tak terlayan. Hiks! 

Nota kaki: Kenapa kena bagi baby makan after 6 months?
Selain sebab perut baby tak matang lagi coz anak yang being intro solid food terlalu awal akan cenderung to be an obese bila dah besar or anak tu senang sangat nak gain weight or susah nak loose weight bila dah dewasa....

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Harapan Menggunung Untuk Baby Zara @7Months

Baby Zara @ 7 months saya masih mengepam di office, direct breastfeed dengan baby Zara everytime bila berada dengan dia. No bottle bila dengan mama and no formula milk sampai bila-bila.  ان شاء الله

Target untuk exclusive breastfeed for 6 months dah tercapai. Now target nak fully breastfeed till 1 year pulak.
  ان شاء الله


tiada yang lebih baik darinya.....


Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku. Amin.

Sayang yang tak terucap.



My little manja yang asyik kena buli dengan kakak tapi buli-buli manjalah awww. Seronok tengok mereka membesar, dari baby-baby, belajar mengiring till expert menyiarap, mengesot, rolling, jadik superman (aksi macam terbang or swimming), merangkak now dah nak memanjat. Nanti dah nak jalan pulak.

Hold on baby Zara jangan cepat sangat!!! Nanti mama rindu sangat moment-moment masa baby. Bila baby Zara menangis mesti cari mama, bila kena tinggal mesti cari mama. Nanti bila baby Zara dah besar macam kak NAyli, baby Zara mesti lagi suka tengok TV cerita Upin & Ipin dari layan mama. Sobsssss.

Ahamdulillah syukur dikurniakan harta yang tak ternilai.  الحمد لله 

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Umur persaraan wajib dilanjut kepada 60 tahun

Dah lama isi borang online SPA. Kalau dapat kerja as govermant servant ok jugak. Banyak faedah for long term walaupun orang selalu cakap gaji pekerja kerajaan rendah. Takpelah sekarang kita cerita pasal long term ok. Tapi tak pernah dapat pun. Pergi ujian bertulis lepas tu senyap. Pergi temuduga lepas tu senyap. Sobss Sobsssss.

Nampak gayanya kalau macamni lagila susah orang-orang muda nak apply as govermant servant.

Umur persaraan wajib dilanjut dari 58 kepada 60 tahun!!!

OmmmmEmmmmJayyyyyyy!!!

Bagila peluang kat generasi muda pulak. Kesian anak-anak muda macam saya. Eh saya pun muda whatttt. Hiks!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, October 7, 2011

Teks Penuh Ucapan Belanjawan 2012

TAk dapat tengok secara live??? No prob.

Boleh baca kat SINI.

Belanjawan 2012 by Dato' Najib Tun Razak. Yeay!!!

Amacam?? Anyway tak kisah la apepun but happy yang penting my parents are taken care of by their employer coz they are very hardworking civil servants, very loyal to nation & they deserve it. yeay!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, October 6, 2011

Dari Niat Nak Jadi Fulltime Housewife Terus Cancel ! hiks!

Last week alkisahnye ada lah pergi satu open house member lama, berkumpul sembang sambil layan ketupat rendang buatlah jugak ketupat kitorang. Hiks! 



Mulanya kawan aku sorang tu berbunyi,

“Boring la kerja. Bestnya kalau dapat suami kaya raya. Tak payah nak membanting tulang kerja penat-penat,” walau dia hanya pekerja pejabat biasa, itu lah luahnya.

Kawan aku yang sorang pulak lagi kata:

“Korang perempuan ni…baik lah, bekerja kalau ada peluang. Sebab…”

Dia toleh kiri kanan. Pusing belakang. Usha line. Agak-agak clear, dia sambung,

“Sebab kebanyakkan lelaki ni, selepas 5-6 tahun berkahwin, dia jemu tengok isteri dia,”

Aku yang dari tadi leka makan ketupat lemang, terbehenti sekejap. Aku pandang muka kawan aku, minta dia sambung lagi.

Sambil mencebik dia cakap, “Bukan bosan bermakna tak sayang..tapi..cuma bila dah 5-6 tahun berkahwin tu, kitorang akan start pandang perempuan lain kat luar..”

Tiba-tiba kawanaku lagi sorang senyum sinis. Dan kata “Betul, betul..”

Kawan aku tu, biasalah perempuan, meluahkan ketidakpuashatiannya,

“Lelaki selalu macam tu! Kita ni kalau perempuan, once kawen, setia ngan satu je lah. Korang ni..sikit sikit nak pasang pempuan. Sikit sikit nak layan pempuan. Sikit sikit nak kawen lain!”

Aku diam, mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak. Biasa la aku kan yang paling cool antara semua kawan-kawan aku.

“Eh..tak boleh cakap lelaki je..cuba kalau Agama tu benarkan perempuan kahwin lebih dari satu, korang nak?”

Dengan laju dan lantang aku dan kawan-kawan-kawan mak aii banyaknye kawan cakap serentak “NaaaaAAAAAAkkkkk”

Tapi, nasib baik ade sorang lagi kawan aku cakap tapi lelakilah. Dia sorang je laki yang lain semua perempuan“Cuma iman sahajalah yang membataskan segala…”



-------------------------------------

Selepas makan aku masuk bilik,tengok Enchek husband sedang sibuk main iPad. Aku tanya perlahan, sama ada pernah tak dia terlintas nak kahwin lebih dari satu?

Enchek Husband cakap cakap, buat masa sekarang ni, ikut kemampuan sekarang, tidak lah pernah dalam kepala dia nak bagi aku madu. Tapi, mana la kot kot terpijak duit 10juta ke, itu cerita lain lah.

Tidak ada janji manis. Sejajar dengan logik akal, aku terima jawapan dia dengan hati terbuka.

Yang aku perlukan sekarang ini ialah menjadi Isteri yang baik, dan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan yang mendatang.
Tak, maksud aku bersedia nak baling pinggan mangkuk kalau tiba-tiba ada tino laing dalam hidup mung.


Manusia sebenarnya memang tidak pernah puas dengan apa yang dia ada...Siapa yang mahu bermadu? Tak adaaaa. Kalau lelaki pun jika Allah takdirkan boleh bermadu, lelaki pun tak nak.

KahKahKah ni namanya entry bila tengah bosan giller takde kerja kat office. Mengarut je kan Hahahahaha!

Sekian.



Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!


Wednesday, October 5, 2011

Fulamak, Dapat RM30,000 Tulis BElog Je

Belog saya biasa-biasa je. Saje tulis belog untuk isi masa lapang kat office. Bila dapat duit sengget dua hengget happylah. MEstilah happy siapa yang tak nak duit terpijak kan.

Tapi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mana boleh challenge belog Red Mummy. Ommmmmm Emmmm Jayyyyy!!

Dapat RM30,000 tulis belog je !!! Makcik kayoooo yahooo!



Dasyat. Kagum. Jeles la jugak. Awww

Berbaloi la. Ingat senang ke nak maintain buat belog. HAri-hari kena ada cerita baru. Yang sensasi & malatops. Fuhh. Salute-lah. Tabik spring yawwwww.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, October 4, 2011

LAgik 10, 20 Tahun Lepas KAhwin MAcam manalah

Walaupun aku kahwin masa umur aku belum 30 tahun, tapi masa dah rasa macam dah tua. Kahwin umur 27, masa tu kawan-kawan ada yang hidup sendiri. Baru bertunang ada, baru kahwin ada, tengah mengandung ada, dalam pantang ada, anak dah masuk darjah satu ada dan ada yang dah nak masuk anak kelima dah. Haha tipula anak lima tu. Rasa dah senja nak masuk maghrib je umur aku ni.

Masa tu kalau orang tanya bila nak kahwin, aku sampai dah tahap malas nak bazir air liur dah. Paling busuk pun tayang gigi atas bawah je. Tak pun aku buat-buat tengok jam macam nak kahwin 2 jam lagi. Tapi takdelah ramai sangat tanye pun. 27 tahun, muda lagi whatttttt. Bila ramai kawan yang dah jadi bini dan mak orang, aku selalu dengar cerita rumahtangga diorang. Pasal suami, anak, mertua dan ipar duai. 20 tahun lagi agaknya, masing-masing dah bercerita pasal menantu dengan besan pulak. Haha kesian.

Manusia ni biasalah tak habis-habis dengan soalan.
Belum kahwin, tanya 'bulan berapa?'
Dah kahwin, tanya 'berapa bulan?'

*Haishhhhh!

Bila dengar cerita realiti orang berkahwin, sebenarnya aku takut nak kahwin jugak. Lagipun belum puas enjoy. Zaman sekarang, kahwin cerai tu dah macam biasa. Macam takda formula macam mana nak betulkan salah faham laki bini. Mungkin aku dah terlalu banyak dengar dan baca cerita masalah rumahtangga, jadi aku macam fobia nak kahwin awal sangat.


Bila terbaca benda ni terus dada macam berdebar je. Cerai-berai ni macam takda penghujung. Telinga pun dah biasa dengar. Rasa menggerutu je hati dengar pulak orang naik mahkamah sana sini. Zaman sekarang ni, ramai laki yang kena cerai dengan bini.

Tak tau kat mana silap. Yelah kadang-kadang lelaki pun over jugak. Ye tak???

Ada yang tak sefahaman sebab kahwin terlalu muda. Tak puas enjoy katanya. Keputusan SPM panas lagi dah jadi bini orang & mak budak. Suami pulak suruh duduk rumah. Bila bosan je tengok tv. Dan dan kat tv ada On Cinta, On Sepi, On Rindu. Dok main benda tu sampai terskandal dengan suami orang pulak tu. Stupid-lah.

Social networking pun sama je. Facebookla. apela. Taip je 'bekas kekasih', berderet-deret keluar. Click, add (mula-mula ignore, pastu approve kan kan kan?), say hi kat wall, pastu PM dan last-last chatbox. Lepas tu ajak jumpa. Tak lama lepas tu mintak cerai sebab tak sefahaman. Padahal dah jumpa gewe lama. Taknak ngaku. Sanggup tu unfriend/block laki sendiri. Hahaha! Dekat tempat kerja, selalu je aku dengar suami orang bercinta dengan isteri orang. Isteri orang curang dengan suami orang. Na'uzubillah. Satu pejabat kot, orang sibuk gossip sana sini tapi diorang ni pekak hyppo. Kemaluan dah hilang. Bila tanya, jawapan mesti 'kawan je'. Kalau dah kongsi straw, bergambar duduk rapat-rapat asyik muka yang sama je & kongsi kerusi nak makan tu kawan ke? Sembanglah lu. Sepak kang baru tau jangan main-main dengan aku ok hakhakhak.

Pasal duit pun boleh bercerai sekarang ni. Tersentak jugak aku bila baca pasal orang bercerai sebab duit topup RM10. Senang je mulut buat kerjakan? Gaduh-gaduh mulut, last-last mulut tolong lafazkan cerai. Yarabbi senangnya! Benda ni senang je. Suami mesti tahu tanggungjawab dia dan isteri tahu kat mana had dia. Tapi ada jugak kes yang suami pemalas nak mam & isteri demand tak tentu pasal. Agak-agaklah tekak kau pun.

Paling benci kalau keluarga suka masuk campur. Semua nak menang, dia sorang jelah yang betul. Anak aku belajar Mesir, anak aku amik Sains Rumah Tangga, anak aku Pendidikan Islam A+. Hek eleh. Tu sebab tak elok kahwin sedara kan? Nanti tak pepasal putus sedara sebab banyak kepochi dalam keluarga. Tiap-tiap hari bergossip kalah Melodi. Bagi aku, masalah kita tu baik selesaikan sendiri. Tak payah nak heboh-heboh kat orang lain.

Pesan aku serta ingatan untuk diri sendiri jugak, nak buat apa pun fikirlah banyak kali. Fikirkan jugak orang lain punya hati jangan ingat ko je yang betul. Tak payah nak ikut napsu napsi ni. Rugi. Kalau dah kata bercerai tu pilihan terbaik, terpaksalah angkat kaki. Asalkan takda nak dendam sampai nak simbah asid, dengki sana sini atau santau kanan kiri.

Sayang sampai mati.



Pokok pangkal diri sendiri.
Dunia ni dah nak ajal.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, October 3, 2011

Get Well soon Eirdeena sayang…

Ya Allah, terkejut tengok pic ni. TErbayang macam manalah penderitaan yang ditanggung si kecil ni. Baru je 3 months melihat dunia......




*tearsssssssssssssss. Serius terus mengalir air mata bila tengok je pic ni. Uwaaaaaaaaaa.

Info lanjut baca kat SINI.

Get well soon, sayang!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Happy Graduation Mr. Engineer!!

Congrats!! YEay!! ‎3 second precious moment . WE are proud of u bebeh!!!!

My youngest bro, Ir. Ikhram in da house!!!
 


Memang benar, segala usaha kita walaupun sedikit pasti akan memberi hasil yang besar. Segala keperitan yang dilalui akan memberi pulangan lumayan yang sukar dijual beli. Oleh itu, kenalah belajar rajin-rajin untuk menghadapi cabaran pada hari ini, kerana hasilnya pasti akan begitu manis suatu hari nanti. Semakin besar cabaran dan kesusahan yang dilalui, akan semakin mematangkan diri kita, dan bermakna kita bakal dianugerahkan Allah satu skill baru yang berharga. Kesemuanya pengalaman dan skill ini amat perlu untuk kita menjadi  seorang yang lebih berjaya dan mampu berbakti kepada masyarakat dan yang paling penting ibubapa. YElah bila dah kerja baru ada duit belanja mak bapak makan mahal-mahal kan.

Akhir kata, selamat menyambut hari konvokesyen kepada semua pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.  Di hari ini kongsilah kegembiraan anda bersama mereka yang banyak mendoakan dan tidak pernah putus asa untuk melihat kejayaan anda.  Yahooo!

*dah duduk jauh di perantauan nun di Kerteh sana jaga pelantar minyak. Sob Sobbssss.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!!

Saturday, October 1, 2011

Weekend YAng Sangat Syok Di Kampung

Kalau kampung dekat syok la jugak. Boleh balik kampung selalu. Eh atuk & wan kat kampung pun selalu tanya bila nak balik, bila nak balik altho baru je balik kampung minggu lepas. HAhaha! Yelah mesti rindu giller kat cucu yang comel lote. So hujung minggu ni kami sekeluarga menghabiskan masa di Seremban. YEay!!!

Addicted habis dengan yang satu ni. MAna lagi nasi arab yang terbaek pernah saya rasalah. Serius walaupun kedai makan nasi arab tumbuh macam cendawan lepas hujan kat KL tapi still tak boleh challenge kesedapan nasi arab kat sini. Asal balik mesti singgah. Nyum Nyum. ♪♫♪...♪♫♪...♪♫♪...♪♫♪...♪♫♪...♪♫♪...




HArga tetap sama cuma rasanya kuantiti nasi dan lauk pauk dah kurang sikit kot dari dulu. Biasalah barang-barang dah naik harga. Tapi rasa memang menten macam dulu gak.

*saja nak kasi semua orang meleleh air liur. Hiks!




Oh first time pergi sini. Dulu Seremban takde Econsave sekarang dah ada. Giant pun ada. TEsco Extra pun ada. TEsco pulak tengah nak buat. Dasyat Seremban sekarang.

YAng ikut budak berdua ni je. Adik-adik kepada budak-budak ini duduk di rumah dengan papa-papa mereka sebab mama-mama diorang je yang suke giller berjalan tak hengat dunia. Hiks!

Nak masak ape hari ni ye????


*tengok leher NAyli tu, mak aii berlipat-lipat da boom!


Bye dah nak balik! Masam nye rupa!!! BErpeluh sebab tak reti duduk diam. Lari sana, lari sini.



LEpas dah makan kenalah exercise dan beriadah pulak. Nak main masak-masak or barbie dolls memang sorrylah ye NAyli muchuk. Dah cousin semua boys so jom main tendang-tendang bola ok. HEre we goes.




Happy!!! Hooyeah!!




Seronok diorang. Ada geng nak main. MAma pun seronok takdelah nak berkepit bawa ketiak mama je.

Eh bantal busuk siapa tu???? Hehehe.



*adik Zara tiada dalam gambar sebab tak terlibat dalam satu pun aktiviti di atas. Biasalah kecik lagi. Tunggu besar sikit ye nanti boleh join group bas sekolah hokkay. YEay!!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!