Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, November 30, 2010

Little JR. Dah 27w

Meh cerita perkembangan little jr.

Alhamdulillah dah 27w. 27w tu dah kira nak masuk 7 bulan la. Wah lebih kurang 2 bulan setengah je lagik. Yeay!

Seperti biase pergi montly check-up.

Macam biase everything harus diperiksa. Periksa itulah, inilah, kandungan gula dalam air kencing & tekanan darah sebab preggy mom ni tinggi risiko nak kena kencng manis & darah tinggi. Periksa ape lagik ye? Oh hemoglobin & macam2 lagikla. Okla tu. Precaution.

Kat sini para saintis yang sedang memeriksa contoh kandungan darah & air kencing yang diambil. Hiks!






Inilah hasilnye. Alhamdulillah semuanya ok-ok saja. Takde yang tak ok melainkan semuanya ok. Best-Best.





Kena juga injection untuk kancing gigi. Fuhh boleh tahan sakit gak altho dulu dah pernah kena. Lemah longlai kejap terasa tanganku ini. HukHuk.

Next check up.




Memule dulu once a month. Lepas tu every 3 weeks. Lepas tu lagik every 2 weeks. Last sekali di hujung2 kehamilan once week pulak.

Isk Isk cepatnye mase berlalu. Nervous pulak! Dah tak lama lagi little JR. nak keluar!!!!! Insyallah.

Yang penting dapat ni. Yeay!






Masuk office lambat memang best. Kan? Kan? Kan? Siapa yang cakap tak best tu tipula. Hehe.

Sekian.

Sunday, November 28, 2010

Bersiar di Petang Ahad

Marilah berjalan di petang Ahad. Oh kali ni nak berjalan pergi mana ye? Dekat2 sudahla ye. Papa & Mama cakap sekarang ni need more rest ok sebab hujung2 tahun ni sangatla sibuk di tempat kerja. Opssss...

Nayli, nak pergi mana ni? Lorhhh tengah makan rupenye. Makan ape ni????





Kami bertiga pergi One Utama. Tempat yang paling senang nak pergi sebab dekat dengan rumah. Saje jalan2. Sebab pergi pun dah tengahari, singgah lunch disini dulu. Yeay! Alaaa mama Nayli tu saje je carik alasan nak keluar tengahari sebab malas nak masak la tu. Ngeheeeeee.



Peranakan tu ape ye?? Haa inilah al-kisahnye. Baru saye tau.




Nayli nak order ape ni? Asyik pandang kiri kanan tengok orang je.






Penghilang dahaga haruslah sampai dulu. Sangatlah dahaga ok.





Saye order ni. Nyum Nyum. Tak tau nak order ape, Sebab tak tau ape yang special kat sini. Jarang makan kat sini. Tapi Enchek Husband suke makan & lepak sini. Selesa katanya.




Food dia boleh tahan la. Untuk orang macam saya yang tolak batu & kayu je memang takde hal sangat bab-bab2 food ni. Saya memang tak cerewet bab2 makanan ni. Betul. Tapi kalau diberi pilihan saye suke makan makanan yang pedas. Baru ada Umphhhhhhhh.


Budak kicit yang sibuk nak shopping-mopping gak. Eh tak berat ke angkat benda tu sayang? Dah nak sama besar dengan Nayli. Hiks!




Since dah dapat kaki ni memang asyik nak jalan je. Jalan pulak tak pandang kiri kanan. Ikut suke dia je nak pergi mana. Isk Isk berani sungguh. KEna culik kang baru tau.

Wah ada geng la pulak ye




Bila dah boleh jalan sendiri, tempat yang wajib Nayli stop adalah yang macam ni la. Hamboii mata tak berkelip2 tengok. Nasib baik kalau mama & papa tarik dia ok je. Buatnye dia menjerit hentak2 kaki suruh beli gak toys ni memang kene perintah berkurung la lepas ni.




Oh nak toys ke sayang. Isk Isk. Toys yang sebakul kat rumah tu pun dah merajuk. Nayli dah taknak main dengan diorang. Asyik nak main dengan kotak kasut je. Camno ni ???

Sale sana sini. Ade laa beli sikit2 barangan baby.



Eh gender tak tau lagik so beli baju kaler2 yang neutral je dulu. Pemalu sungguh little junior ni ye asyik main nyorok2 je. Ohh nak buat suprise ye???

Best-Best-BEst. Sunday yang best. Yang tak bestnye??????????

Tomorrow is Monday. Kerja-kerja-kerja. Ouchhhhh.


Sekian.

Wednesday, November 24, 2010

Lumut, Here We Come OK.

Eh preggy mom kene banyak berjalan kan? Baru senang nak beranak. Hehe.

Ahaa disebabkan itu jom buat entry berjalan-jalan lagik. Ngeheeeee.... HAritu kami berjalan-jalan di Lumut. Kalau balik Perak wajib singgah disana. NAk tau ape ade disana? Jom ikut saya. Wah macam Maria Tunku Sabri dalam JJCM pulak.

Nayli, are you ready nak berjalan-jalan?




Eee asyik makan je. Tapi badan tak gak gemuk2. Ikut slim melimmm macam mama dia mase zaman muda dulu la ye. Soweeeee perasan kejap. Hiks!


Sape yang tak pernah sampai Lumut, haaa inilah Lumut. Cantik. Bersih. MEnarik. Masa kami pergi ni matahari tengah terpacak atas kepala. Sebab tu takde orang. Kalau petang2 ramaila orang lepak2 kat sini. Kanak2 Ribena pun ramai yang berlari keriangan.





Sebab utama saye ke Lumut adalah ini.





Lagik & lagik.



Macam-macam ada. Itulah kisahnye.

Benda2 macam ni memang banyak di jual disini. Murah pulak tu. Sekali pergi mesti borong.

Park Nayli kat sini jap. Nak cari ikan pekasam. Ramai orang kirim ni.




Mesti budak kicit ni tengah cari mama nye yang kejap ade kejap takde macam biskut chipsmore.






KEjap ye sayang. Mama tengah tawar menawar ni untuk dapatkan harga terbaik. Beli banyak ni.

Ala-ala uptown mcm ni pun ada. Berderet kedai-kedainya.Larat tak larat nak jalan je lah.




Apee?? Nak pergi PAngkor? Isk Isk mama baru pergi bulan June haritu. Tunggu Nayli besar sikit la ye nanti kite jenjalan ke PAngkor ok.






Kat Lumut ni ade jeti. Kalau nak pergi Pangkor boleh je naik feri dalam 45 minit sampaila Pangkor.

Ramai orang. Cuti sekolah dah start la katakan.



Eh lupe pulak. HAruslah ada ini.



Pic mama Nayli yang comel  perlu ditepek juga. Lorrrrrhhh awat Nayli tak pandang camera. Pandang mama buat ape. Puaslah papa pewitt pewitttt Nayli kat depan tu suruh Nayli pandang kamera.

Lepas jalan kami makan, lepas makan kami jalan2 lepas tu makan lagik.

Dah puas jalan & makan kami pun balik. Best Best.




Bye Bye Lumut. Nanti kami datang lagik ye.

Sekian

Dah Boleh Campur Dengan Orang

Raye haji hari tu kami balik kampung kat Perak.

Bila balik kampung ramaila jumpe sanak sedara, oyang, atuk, opah & ramai lagikla. Rasenye mase HAri RAya 2 bulan lepas NAyli susah sikit nak campur dengan orang. BErkepit je dengan papa & mama. TEngok orang tak kenal je nangis. Tapi sekarang dah makin ok sikit.

TEngokla suasana kampung yang nyaman. Menghijau je. Udara pun segar. BEst Best.




Nilah faveret port NAyli kat kampung. KErusi ni sebab dia boleh main gelungsur. Yahooo!!!

Oyang tengah pantau NAyli.




YAhoo! Dah berjaya panjat.




Nayli jangan lasak2 sangat ye. KEsian oyang tu nanti.

MAk ade jugak buat kenduri kecil. KEnduri doa selamat untuk preggy mom. Saye la tu. Dengan SIL pun preggy gak. Tapi due awal sikit dari saya.





NAyli tengah join mesyuarat tingkat dengan papa.




PAstu join geng bas sekolah mewarna.






Eee jangan conteng2 tau. TEngok je ye.





Best nye balik kampung. NAyli pun seronok je ramai geng boleh nak main2.

Sekian.

Monday, November 22, 2010

Check Up For 1 Year

Haritu kami pergi check up untuk Nayli. Untuk umur setahun. Wah dah setahun tak boleh panggil baby lagik la ni. Panggil kanak-kanak Ribena boleh???




Oh dah lame dah ceritanya. Aisehhhh minggu lepas punye ceritala. Isk Isk.

Budak kicit yang heppi-heppi tak tau jap lagik nak kene jab kat peha. Adusss sakitnye. Mama pulak yang seram.






Sebelum di jab harus di timbang berat & diukur panjang terlebih dulu. Untuk timbang berat haruslah naked ok. Takpe bukan 18SX sebab NAyli belum cukup umur lagi ye. HukHuk. Baju, seluar, kasut semua kene bukak termasukla dengan pampers sekali. Dalam erti kate lain mase timbang tak boleh pakai ape2la.

Kat sini lah para ibu - ibu yang bertauliah perlu bukak pakaian baby.





Kena timbang berat baby bersih - sebersihnya laa ni. Oh berat bersih Nayli untuk setahun maintain mase 11 bulan dulu iaitu 8.5kg. Panjang pulak 73cm. Ok je still kat garisan putih & tak underweight. Yeay!
Pastu acara nak kene jab pulak. Sebab mama NAyli memang penakut so papa Nayli la yang temankan Nayli mase nak doc nak jab. Hiks! Apela mama Nayli ni kan kan kan kan. Overrrr betul !

Tengok tu. Tengok tu. Nampak tak???? Seramkan. Tengok dari luar pun dah seram. Tu belum tengok jarum depan bijik mata lagik.





Muka Nayli lepas kene jab. Iskkk bertenang je. Eh tak nangis sikit pun? Tak sakit ke sayang?? Lorhh mama je yang terlebih gabra padahal Nayli takde ape pun.






Next check up bulan 2 next year. Oh lame lagi. Ntah2 little junior pun dah keluar. Kat sini sume check up by appoinment so takdela kene tunggu lame. Dalam sejam settle la. Lepas habis check up hantar Nayli ke nursery terus kami masuk office. Lambat sikit tak mengapa office ini kami yang punye. Hehehehe.

Babai doc. Jumpe 3 bulan lagi ye! Muaxsssss.

Sekian

Aksi Berani Mati



Tengokla budak kicit tu. Bukan main lagik bersemangat kejar sesuatu. MAse ni tengah lepak2 kat tepi pantai.

Nak tau tak dia kejar ape???

Kejar meow-meow la.




Cepat Nayli, cepat. LAri laju-laju sikit baru dapat kejar meow-meow tu.





Akhirnye dapat jugak tangkap meow-meow ni. Amboi siap belai-belai mesra lagik. Memang cat lover betul la budak kicit sorang ni.





Nayli memang suke kucing altho mamanye takdela suke kucing sangat.




Alololo siap bergurau senda dengan meow-meow lagik ye. Alolololo comey-comey.





Meh mama nak snap pic Nayli ngan meow-meow.

Readyyyy.... 1.......2.......dushhhhhhhh.




Ending story ni memang kelakar habis. LAst2 Nayli tergolek dog disondol oleh meow-meow ni. Piccas tak dapat di snap bukan sebab mamanye sibuk nak tolong angkat NAyli yang menangis tak berlagu jatuh bedebuk atas pasir tapi sebab mama tengah gelak terguling2  tak tahan betul tengok aksi yang sangat lawak tu.

Nayli, sila cepat besar dan makan lebih banyak. Baru boleh membesar macam johan. Kucing pun boleh sondol jatuhkan Nayli daaa.Hiks!

Sekian.

Sunday, November 21, 2010

Bila Nayli Dah Dapat Kaki

Dalam usia setahun Nayli dah boleh jalan. Sebenarnye saye takdela tunggu sangat detik tu altho ade baby yang dah boleh jalan mase umur tak sampai setahun. Yelah bukankah perkembangan setiap baby tu berbeza2. Lagikpun bile Nayli dah boleh jalan bermakna...... ermpssss more exercises for papa & mama ok. Yeay!

Yang penting saye sangat harap Nayli boleh jalan sebelum adiknye keluar. Hiks! Nanti boleh mintak tolong Nayli amikkan pampers, bantal & macam2 lagik. Boleh tak gitu? Hehe. Ntah boleh di harap ke tak kakak sorang ni.

Gelagat Nayli kat rumah FIL mase raye haji haritu. Yahooo~!!

Jom kita tengok gelagat budak kicit tu ye.




Macam-macam ragam.

Sekian.

Exercise Kaki Kat Pantai Teluk Batik

Cuti yang panjang haritu, cehh macam la panjang sangat kami sekeluarga pergi jalan2 ke Pantai Teluk Batik.




Yieslah. I lap u toooooo.

Cantik pantai Teluk Batik ni. Saye rase lagik cantik dari pantai Port Dickson. Saye rasela ye sebagai orang yang duk kat N9 nun.




Kerusi tu boleh disewa. Tak pasti pulak saye berapa. Pelampung pun boleh disewa jugak untuk sape2 yang tak tau berenang macam saye. Hehe.

Cantik kan pantainye? Cantik tak? Melambai-lambai daun pokok kelapakkk.





Mase kami datang ni matahari bebetul terpacak atas kepala. Isk Isk kenapa lah kami datang tengahari buta ni kan. Bersemangat sungguh. Panas memang panas. Meh kita duduk bawah pokok kelapa sambil minum air kelapa.

Nayli memangla teruja. Jalan sini sane. Dah dapat kaki la katekan. Jangan masuk dalam laut sudahla ye sayang. Mama tak tau swimming tau. HukHuk.




Di tepi pantai yang indah. Eh? Asal Nayli pandang mama semacam je? Mama posing over sangat ke?? Hiks!






Haa senyum macam ni barula comeyyy. Eh muka kami seiras tak?? Senyuman Nayli macam senyuman saye kan. Hahaha perasan.





 Ouchhhh.

Silala jangan cakap ape2. Ye Ye saye tau below pic nampak saye sangat gomox tapi saye sangat suke amik piccas banyak2 time preggy. Untuk kenangan terindah selama 9 bulan. Sebab lepas preggy saye takkan gomox mcm ni lagik. Yeke???? Hiks! Amin.





Skang turn piccas papa & Nayli pulak. Yelah asyik piccas mama Nayli je. Budak kicit yang dah tak larat nak jalan lagi & terbaring kepenatan. Common Nayli, kite baru berada kat sini selama 1 jam je. Mama baru nak warming up ni. Banyak lagi tempat nak ronda ni. Nak kutip shell lagik.





Cak !!!! Nayli nak mandi laut ke???





Macam2 kemudahan ade kat sini tau. Sangat la best. Pantainye pun cantik. Bersih je.

Kalau lapar singgah saje di sini,





Macam2 ada. Yang ni batu karang.






T-Shirt pun banyak dijual. Murah je. Sehelai tu tak silap dalam RM8-RM10 je.Bolehla beli sebagai kenangan.





Macam tu lah ceritanya.





Kan saye dah kata macam2 ade dijual kat sini.

YAng ni pun ada juga. Tapi Nayli kecik lagik. Kalau dah besar sikit boleh la naik.




Budak kicit yang tetibe teruja kat satu benda. Tak berkelip2 dia tengok. Wohoooo.




Ohhh ini rupenye.



Yelah kat rumah ball kecik je. Yang ni ball besar betul. Nayli mesti tak larat nak angkat sambil jalan punye.

Setelah beberapa jam lepak tepi pantai kami pun pulang.

Dalam kereta budak kicit terus tertido kat pangkuan lepas breastfeed.



Kepenatan yang amat sangat. Samela macam mama & papa. Penat tapi enjoy sesangat. Yeay!

Sekian.