Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, September 30, 2011

OMG! Ada Lemak Babi Dan Khinzir!!!

Tuu.. tuu.. tu... Tin kuning Laici tu macam biasa tengok je. Omm Emmm Jay!!!




JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.


Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website

Macam-macam sekarang ni. Menakutkan betul.

Sekian

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!
http://www.halaljakim.gov.my/

Kisah Budak Zaman Sekarang

Biasa kalau weekdays si mama memangla bangun awal. MAcam-macam nak kena siap. Pakaian anakanda, bekalan susu kat nursery, nak perah susu itu ini itu ini macam-macamlah.

Biasanya si adik Zara memang bangun awal.

KAdang-kadang dua2 bangun sekali. Budak zaman sekarang macamnilah. Tak payah susah-susah. BAgi je diorang ni senyaplah.




Papa & mama memang jarang belikan dolls, toys atau apa-apalah sebab diorang memang tak berapa minat nak main at last buat menyemak rumah je nanti. TApi kalau dapat Ipad, fuh layan sampai tak berkelip mata. Kalau kak NAyli ada, adik Zara dapat tengok jelah, yang lain semua kak NAyli yang conquer.




Kalau kak Nayli takde syiok la sikit dapat main sorang-sorang. Yahooo!




Untunglah. Dulu mama & papa masa kecik-kecik main kotak mancis je. Hiks!

NAyli sekarang dah jarang sangat bangun tengah malam nak susu. KAdang-kadang susu yang dibuat sebelum tidur pun tak habis minum sampailah keesokan paginya. At last buang je lah dah banyak kali macam tu. Entahla tiba-tiba je dah tak berapa nak minum susu pulak.

RAsanya anak dua orang boleh handle lagi kalau tiga orang tak tau lah.

Anyway, Happy Friday peeps. YEay!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, September 29, 2011

Ramai Orang Cari Info Pasal Parenthood kat Belog Saya

Kadang-kadang tu macam best jugak bila check Nuffnang's account.

Selalunya isu-isu pasal parenthood jadik pilihan orang baca belog ni.




Orang selalu cari info pasal susu ibu, pasal preggy, pasal frozen food. Cerita pasal makan-makan, jalan sana jalan sini orang tak baca sangat. Oh begitu ye tapi saya suka buat entry pasal makan & jalan-jalan. Hiks! Eh cerita pasal ice cream & Tutti Frutti pun orang suka ye.

Tapi part yang paling best  bila check Nuffnang's acount mestilah yang ini. YEay!!!




BE form MAmil Gold & Olay masih setia di sini. Kalau campur dua-dua dah RM40. Yahoo!

BE from MAxis tu baru je beberapa hari. Hopefully bertahan lamalah kesemua BEs ni. Boleh shopping toys untuk anakanda-anakanda kesayangan mama. YEay!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Happy & 7 & 23 Months Young, Sayang!

Lagi 3 hari adik Zara akan genap 7 months, lagik 7 hari pulak kak Nayli akan genap 23 months.

Yahoooooo! Anak-anak mama terus membesar dan membesar. Sungguh cepat masa berlalu.

Adik Zara dah bersedia untuk merangkak. Habislah semua kat atas lantai nak kutip masuk mulut. HAbislah jadi DBKL lap semua benda kat atas lantai.




Kak Nayli pulak dah nak masuk 2 tahun. Potty train memang belum ajar langsung. Dulu adalah try ajar 2-3 kali tapi semuanya fail je terus malas nak ajar lagi. Hiks!

Mama, yakk. Mama. cinnnn. Haiyaaa dah berak, dah kencing baru cakap. No. No. No.

Bile tengah baik, baikkkkkkkkkkkkk sangat. Gelak hihihihihihihihi ntah ape yang diorang cakap mama pun tak faham.





Isk Isk kena telefon Teledera ni. Bila datang mood nak membuli adik macamnilah jadiknya. Haippppppp.

Hamboiii seronok ye dapat buli adik.




Adik Zara pun membuat tindakan yang bijak. Yeay!!!!

Hahahahaha! PAdan muka kakak Nayli tu.



Hahahahahahaha! Ketawa lagi.
Bahagia bila tengok anak-anak membesar dengan sihat & kuat. Terhibur walaupun sedikit penat. So far belum ada dugaan besar yang mama hadapi selama membesarkan diorang berdua. Hopefully semuanya ok-ok sahaja dan dikurniakan kesihatan yang baik sampai bila-bila.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, September 28, 2011

Empire Subang Dah TEbabooooooo

Tak payah tengok berita, tak payah baca newspaper. Kalau rajin berblog walking time office hour pun boleh tau cerita sensasi dengan cepat.

Yang hangat hari ni. Empire Subang dah tebabboooooo. Meletup. Isk Isk.


Nasib meletup 3 pagi so takdela orang sangat.

Teruk jugak. Bukan sikit-sikit ok. Bayangkanlah kalau meletup on weekend, pukul 5 petang. Mintak simpanglah.



Jangan risau bukan sebab kena bom ke ape, siasatan awal mendapati letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas. Saya baru sekali je pergi sana. Pergi ramai-ramai dengan officemates. Masa tu first time sampai Empire, first time jugak makan macarons. Yeay!!!!

Mintak-mintaklah dijauhkan dari sebarang bencana bila keluar ke mana-mana. Nauzubillah.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Kisah Kat Office Baru

Alhamdulillah dah nak sebulan dah kat tempat baru. Ok je kalau tak ok mana boleh update belog kan. Hiks!

Setelah penat lelah belajar masa kat 'U' dulu, akhirnya saya berpeluang bekerja apa yang saya belajar dulu. Yelah dulu belajar lain, kerja lain.

Everyday mengadap benda ni kalau tak juling bijik mata jugak tak taulah. Hiks!


Apepun memang challenging habis kerja sekarang. Yang penting boleh growth my skill &experience. Everyday ada je benda baru kena tahu. KEna fokus ok nak buat tender. Company ni contractor kelas A so paham-pahamlah project below 1 million tak mainlah. Kalau tak fokus karang tender harga RM10,000,000 tulis RM1,000,000 je. Siapa yang nak tanggung kerugian lagi 9 juta tu???  Kalau kerja seumur hidup pun tak mampu bayar.

Bila kerja kat contrustion company saya juga berpeluang tahu project yang tengah buat, yang orang lain tak tahu pun. Salah satunya Kidzania, The Curve. Oh sekarang tengah sibuk siapkan project kat sana. Nanti bila dah siap akan jadi salah satu tempat yang paling hebat untuk kanak-kanak. For learning, playing. Macam-macamlah. BEstnye. Mama budak pulak yang excited. Hiks!

But the most important thing, kerja apepun yang penting tak payah stayback. Itu memang paling saya taknak buat. Work is never ending story, kalau tak habis hari ni sambung je esok. Kan???

Kesian big baby Nayli & baby Zara kalau mama asyik work je. Oh No No No No No.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, September 24, 2011

Kelahiran Dengan Bantuan eg. Forceps & Vakum

Teringat cerita mak saya mase saya dilahirkan dulu terpaksa kena forceps sebab kepala saya besar sangat!!! OmmmEmmmmJAyyyy kesian mak. Forceps ni boleh juga dikatakan sebagai kelahiran dengan bantuan. Selain forceps, vakum juga adalah kaedah kelahiran dengan bantuan.

Kelahiran dibantu melibatkan penggunaan forseps atau ventouse/vakum tarik untuk membantu pelahiran bayi anda. Kedua-dua ini merupakan alat yang dilekatkan kepada kepala bayi supaya dia boleh ditarik keluar. Bayi mungkin memerlukan bantuan atas pelbagai sebab, termasuk jika dia tidak mendapat oksigen yang mencukupi atau mommies tidak lagi berdaya untuk menolak.

Forseps lazim digambarkan seakan-akan "sudu garpu salad buatan keluli tahan karat" atau "penyepit gula yang besar". Ianya terdiri dari dua bahagian yang bersilang, dan hujungnya melengkung untuk memeluk kepala bayi. Unik nya.

Vakum pulak mempunyai mangkuk yang bersambung kepada pam vakum yang kecil dan pemegang yang boleh ditarik. Mangkuk ini diletakkan di atas kepala bayi ke belakang sedikit. Ada beberapa jenis mangkuk ventouse.
* mangkuk plastik yang lembut kurang kemungkinan menyebabkan sebarang kecederaan kepada kepala bayi, tetapi lebih kemungkinan terlucut;
* mangkuk separuh tegar, yang didapati paling berkesan;
* mangkuk logam tidak akan terlucut tetapi paling besar kemungkinan menyebabkan trauma pada kepala bayi

Jenis mangkuk yang digunakan biasanya dipengaruhi oleh posisi bayi. Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang penggunaan kelahiran forseps/vakum jika:

* bayi mengalami kekurangan oksigen semasa di peringkat kedua (menolak) kelahiran
* mommies tersangat letih dan tak berupaya menolak lagi;
* bayi tidak membuat sebarang kemajuan dalam melalui pelvis anda;
* ada sebab medikal mengapa mommmies tidak harus menolak terlalu lama (contohnya, anda mempunyai masalah sakit jantung).

Kelahiran bayi songsang melalui vagina mungkin juga memerlukan forseps. Badan bayi dilahirkan dahulu, dan jika sukar melahirkan kepala bayi, forseps akan digunakan untuk membantu kelahiran.

Bukan selalu untuk mengelakkan kelahiran dibantu, tetapi faktor-faktor berikut ini dapat membantu mengurangkan risiko anda. Ini termasuk:
* mempunyai sokongan selama persalinan daripada rakan kelahiran atau doular
* menggunakan kedudukan tegak selama persalinan;
* mengelakkan epidural;
* jika mommies sudah mendapat epidural, menunggu sekurang-kurangnya satu jam selepas serviks anda berkembang sepenuhnya atau sehingga anda merasakan dorongan untuk menggalakkan, sebelum mencuba untuk menggalakkan bayi anda keluar.
Sekiranya ada masa, doktor akan menerangkan kepada mommies mengapa dia berpendapat bahawa kelahiran forseps itu perlu dijalankan. Dia akan memeriksa mommies untuk memastikan bahawa bayi  berada dalam kedudukan yang baik untuk kelahiran dibantu dan juga untuk menentukan instrumen untuk digunakan.
Si ibu perlu meletakkan kaki anda ke dalam sanggurdi atau penyandar di tepi katil (posisi litotomi), dan bahagian hujung katil itu akan ditanggalkan.

Tiub yang kurus diberi nama kateter, yang terikat kepada satu beg, akan dimasukkan ke dalam pundi kencing anda untuk mengosongkannya (prosedur ini agak sakit sedikit), dan kaki anda akan ditutup dengan cadar yang steril.Anda akan diberi ubat melegakan kesakitan, yang mungkin anestetik setempat di dalam vagina atau epidural atau anastetik spinal. Pakar paediatrik (doktor yang mengkhususkan diri dalam penjagaan bayi dan anak-anak) akan dipanggil. Hal ini mungkin biasa bagi kelahiran dibantu di hospital anda, jadi cubalah untuk tidak bimbang.

Kebanyakan doktor lebih cenderung untuk menggunakan ventouse, atau ekstraktor vakum, untuk kelahiran yang dibantu. Sebabnya ialah ibu mengalami kesakitan yang kurang semasa melahirkan dan sesudahnya, berbanding dengan forseps. Kemungkinan anda memerlukan episiotomi juga kurang dan risiko sebarang koyakan pada perineum juga kurang. Mangkuk ventouse diletakkan di bahagian atas kepala bayi anda dan bukannya di sekitar, jadi tidak memerlukan ruang yang banyak.

Doktor akan meletakkan mangkuk ventouse/vakum ke atas kepala bayi di dalam vagina anda, kemudian menyedut udara keluar dari mangkuk vakum itu dengan menggunakan pam vakum yang digerakkan oleh kaki atau pam tangan. Bunyinya agak bising, jadi bersedialah.

Apabila mangkuk itu sudah di pasang dengan kemas, doktor akan menyuruh anda menolak apabila datang kontraksi, dan dia akan menarik mangkuk itu untuk membantu bayi keluar. Ada kalanya mangkuk itu terlucut daripada kepala bayi, terutama sekali jika bayi itu agak besar atau berada dalam posisi di mana mangkuk itu tidak boleh dipasang dengan kemas, dan perlu di pasangkan semula. Jika bayi berada dalam posisi yang membuatkan kelahiran lebih sukar, maka ventouse/vakum yang diperbuat daripada mangkuk logam atau mangkuk plastik separuh tegar akan digunakan dan bukan mangkuk plastik biasa sebab jenis ini lebih susah hendak lucut.

Doktor perlu membuat satu potongan (episiotomi) melalui bahagian belakang vagina anda untuk membesarkan pembukaan supaya forseps boleh diletakkan di keliling kepala bayi. Setelah forseps dipasang, dan apabila berlakunya kontraksi, doktor akan menarik sambil anda menolak untuk membantu bayi anda bergerak turun melalui kanal lahir dan dilahirkan. Wanita melaporkan yang mereka merasa lebih tidak selesa dengan kelahiran forseps berbanding ventouse/vakum. Kadar kejayaan forseps adalah lebih tinggi berbanding ventouse, tetapi anda lebih cenderung mengalami kesakitan atau masalah selepas bersalin. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengalaman boleh mengelakkan sebarang masalah dan akan tahu instrumen mana yang perlu digunakan mengikut keadaan anda.

Jika kelahiran anak anda dibantu, ambillah langkah untuk memahami mengapa bantuan diperlukan. Bincang dengan doktor anda. Jika tidak, anda mungkin bimbang ia akan berulang dengan bayi seterusnya. Di UK, lapan dari 10 wanita yang memerlukan bantuan sebegini tidak memerlukannya bagi kelahiran seterusnya. Pernah member saya cerita masa bersalin terpaksa guna vakum so first time dia tengok baby terkejut sangat sebab kepala baby kelihatan lonjong sangat kesan kena vakum. Nasib baik doktor cakap 1-2 hari lepas tu akan back to normal. Suspen jugak member saya masa tu. Hiks!

So far belum ada experience kena forceps or vakum. Teringat masa peristiwa di labor room masa bersalinkan baby Zara. MEmang tak semudah Nayli yang 3 kali push je sebab bila waterbag di pecahkan kat labor room, nak tunggu contraction demi contraction sehingga bukaan 10cm terasa amatlah panjang walaupun sebenarnya dalam 3 jam je. Bila time nak push tu terasa sangat tough sebab keadaan diri yang dah penat sampaikan sempat saya terfikir adakah forceps or vakum sebagai jalan penyelesaian sebab rasa  dah tak larat sangat nak push untuk keluarkan baby. Sampai dah cakap kat doktor:

"saya tak boleh push lagi!! Saya dah tak larat sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!" sob sob. nasib baik tak kena sepak dengan doktor.

Mujurlah kata-kata semangat yang diberi oleh nurse, doktor dan yang paling penting Enchek Husband menguatkan semangat saya untuk melakukan yang terbaik. Fuh memang tough giller bila di ingat-ingat kan balik time bersalin 2nd baby last-last baby 3.47 kg named Zara Amani pun selamat keluar. Alhamdulillah.

Sekian

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, September 23, 2011

Tips Menangani BEngkak KAki Semasa HAmil

Masalah bengkak kaki sewaktu hamil sebenarnya adalah antara masalah biasa yang dihadapi oleh mereka yang sedang mengandung. Kaki biasanya akan lebih membengkak apabila kandungan telah memasuki trimester ketiga fasa kehamilan. He..he… teringat kata-kata kawan saya semasa kaki dia tengah bengkak dulu “rasa macam kaki gajah plak kaki aku ni!” Hiks!

Alhamdulillah masa saya preggy saya tak mengalami masalah kaki bengkak yang serius. Di hujung-hujung kehamilan baru bengkak tu pun sikit je. Sebab saya minum banyak air!! YEay!

Kaki bengkak ni sebenarnya disebabkan oleh lebihan air didalam badan sewaktu mengandung. Tapi biasanya masalah ni akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin. Tapi sementara nak beranak tu, sempat jugalah upgrade saiz kasut dulu :) YElah kasut lama dah tak muat nak pakai.

Tips berikut boleh membantu mengurangkan masalah bengkak di kaki sewaktu mengandung. Insyallah :

1. Elakkan dari berdiri terlalu lama
2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki… he..he..he…
3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.
4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki
5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.
7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar
8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food.
 
Selamat mencuba!! YEay!!!

Sekian.
 
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Air Yang Dicincang MEstilah Takkan Putus

Biasanya kalau makbapak yang dah ade sorang anak so untuk anak kedua mesti kalau boleh nak opposite sex. YElah  kalau anak pertama laki anak kedua mestilah nak perempuan. Kalau anak pertama perempuan anak kedua mestilah nak laki. Betul tak?

TApi kalau anda ada anak-anak yang sama jantina pun ok whatttttt. Jimat boleh recycle balik baju yang dah ada.  Betul tak tipu lagi-lagi kalau kedua-duanya perempuan. Sangat baik & kamceng. TAkdela asyik nak bergaduh je. Comel pulak tu. Geram je. Time nak shopping untuk baby girl pun feeling memang lain macam sikit.

Tak caya??? Cuba tengok.







Kadang-kadang tu kak NAyli adalah jeles jugak kat adik eg. kalau papa or mama dukung or layan adik Zara je. Biasalah tu. Tapi takdelah bergaduh sampai nak bertumbuk-tumbuk. MEnangis je lah apelagi. But most of the time memang ok-lah. Baik je.

Sebelum tidur pun sempat posing jugak. Hiks! Kak Nayli memang over sikit bab posing-posing ni. Tengoklah.




Baju colorful & comel-comel. Accecories cute-mute. Pinky-pinky all day long. Semuanya hanya untuk baby girl je. YEay!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, September 22, 2011

Cium Anak Dapat Pahala.

Seronok baca info kat Blog Teh Secawan.

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. Wowww saya ada dua orang anak dara yang comel. YEay!

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

*Indahnya kalau ada anak ramai.  Hiks!

Wallahualam.

Sekian

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Menyusu Anak Ketika HAmil



Ingat lagi kisah dulu masa saya preggy dan breastfeed baby NAyli. Yelah masa tu Nayli kecil lagi sebab tu panggil baby. Sebenarnye tidak salah untuk meneruskan penyusuan badan kepada anak anda. namun, beberapa perkara perlu anda ambil kira.

* Mommies perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.

* Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.

* Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.

* Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.

* Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.

* Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula selain daripada makanan pelengkap yang diambilnya.

* Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".

Walaupun agak menyedihkan sob sob sob tapi penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:

* mommies berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang

* pernah keguguran

* mengalami pendarahan semasa hamil

* positif GBS carrier

* dan lain-lain kehamilan berisiko tinggi

Saya direct breastfeed NAyli sampai kandungan berusia 8 bulan. LEpastu dah tak boleh tahanlah. Bila menyusu je mesti rasa perut mengeras. Saya berhenti mengepam pulak ketika kandungan berusia 3 bulan dan NAyli pulak berusia 10 bulan sebab bila pam je nipple rasa ngilu & sakit. KAlau direct breastfeed takdela rasa sakit sangat. So NAyli mula minum susu formula di nursery di usia 11 bulan sebab stok frozen EBM semua dah habis untuk di bekalkan. Saya hanya mampu fully BF Nayli till 11 months je. Sedih tewww. Lepastu breastfeed jugak tapi dah campur-campur minum susu formula di nursery which is tak aci-lah kan. Not fully breastfeed anymore but campor-campor breastfeedlah. Hiks!

Panduan mudah lain ialah, jika semasa hamil doktor anda menasihatkan untuk anda tidak melakukan seks, maksudnya semasa ini juga anda tidak boleh menyusu badan. KAta doktor-lah.

Dalam Islam pula, tiada halangan untuk ibu hamil menyusukan anaknya:
Info ini saya dapat daripada Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, dalam Menyusui Anak Ketika Mengandung di blognya.

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).



Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…

Walahu a’lam.

Sekian.



Rujukan :Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, September 21, 2011

Beranak Dalam Air. Awwwww.

Pernah tengok tak???


Beranak dalam air hokkay. Awwwwwww. Scary nye. Tertarik pada satu info yang saya baca yelah kat office kan ada banyak masa. Hiks!

Sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada dalam uri.

Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mengkaji kebaikan bayi yang dilahirkan dalam air dan pada penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari.
Kini,kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.

Tapi di MAlaysia rasanya kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini. Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini. Kalau rakyat tempatan tak tau la ada yang nak cara bersalin ni.

Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.

Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.

Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan. TIDAK ok.

Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.

Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam. Wauwee.

Kelahiran dalam air sebenarnya adalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi. Kelebihan kelahiran dalam air memberikan ibu perasaan relaks terutama apabila berhadapan dengan kontraksi kelahiran. Apabila seorang ibu mahu bersalin, keselesaan adalah keutamaan yang perlu diberi kepada mereka.

Berdasarkan kajian, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung.

Fuh zaman sekarang macam-macam. BEst jugak kan.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Hamil Pada Waktu Berusia

Saya kahwin umur 27. Saya beranak anak pertama umur 28. Saya beranak anak kedua umur 29. Hiks! YAbedabedu !!!!

Ada orang tak kisah beranak rapat-rapat. Ada pulak yang suka jarak-jarak. BAgi saya mana-mana pun boleh. TAk menolak dan tak juga mengharap. Ada rezeki Alhamdulillah. Apapun yang penting anak adalah kurniaan Tuhan yang tak terhingga kenalah jaga sehabis baik. Kalau boleh saya nak anak 4 orang. Ok tak 4 orang?  Lagi ok kalau 2 laki & 2 perempuan macam adik beradik saya. Hehe berangan je lebih.


Apepun dari info saya baca mengenai hamil pada waktu berusia menunjukkan paling baik adalah hamil sebelum usia 35 tahun.

Sebab usia boleh mempengaruhi kesuburan wanita. Apabila wanita sudah mencapai usia 30’an, mereka akan mengalami kekurangan tahap kesuburan. Sebahagiannya mungkin disebabkan oleh:
* Kurangnya bilangan telur dan juga telur yang berkualiti. 
* Kekurangan sperma berkualiti 
* Kekurangan kadar hubungan seks 
* Masalah perubatan dan juga peranakan seperti endometriosis, fibroid dan salur peranakan 


Walaupun perubatan yang moden boleh menolong wanita berusia lebih 35 tahun mengalami kehamilan yang selamat, komplikasi perubatan pada usia sebegini adalah lebih tinggi berbanding dengan wanita yang lebih muda. Doink!!! Scaryyyyyyyyyyyyyyyyyyy.


Sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam usia yang lewat, anda perlu memahami risiko yang berkaitan dengannya dan cuba mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko tersebut. Ini adalah untuk meninggikan peluang kearah kehamilan ‘problem–free’ dan kelahiran anak yang sihat Ada juga yang bertanya adakah saya mempunyai risiko tinggi untuk mendapat anak yang cacat sekiranya saya berusia 35 tahun keatas? Risiko untuk melahirkan anak cacat menjadi tinggi apabila usia semakin tua. Ini mungkin disebabkan ketidaknormalan pada telur disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Secara kasarnya, 1 dalam 1400 bayi dilahirkan oleh wanita pada usia 20’an mengalami sindrom down, dan kadar ini akan menjadi 1 dalam 100 apabila ibu mencecah 40’an. Adakah wanita yang berusia, lebih berisiko untuk keguguran? Penyelidikan telah menunjukkan yang risiko keguguran adalah diantara 12-15% dikalangan mereka yang berusia 20’an dan ia meningkat kepada 25% pada wanita yang berusia 40’an. Kenaikkan ini berlaku kerana meningkatnya kes-kes kromosom tidak normal dan telur yang tidak berkualiti dikalangan wanita yang lebih berusia. Adakah masalah-masalah lain yang boleh dihadapi oleh wanita yang berusia 35 tahun keatas? Ya!


WAnita mengandung yang berumur 35 tahun ke atas juga lebih terdedah kepada masalah perubatan kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Adalah penting untuk anda pastikan penyakit ini di kawal sepenuhnya sebelum berusaha untuk hamil, kerana ia meninggikan risiko terhadap kesihatan ibu dan bayi. Rawatan yang optimal sebelum hamil dan semasa hamil akan mengurangkan komplikasi penyakit ini. Darah tinggi dan kencing manis juga boleh terjadi semasa hamil terutama kepada mereka yang melebihi usia 30. Yelah baru saya ingat kalau check up ibu mengandung kat klinik kesihatan untuk wanita yang berumur 30 tahun memang wajib kena minum air gula. Ini untuk mengesan dengan lebih awal sama ada mereka ada kencing manis atau tidak. 


Sekiranya anda berusia 35 tahun, adalah sangat penting untuk anda mendapat diagnosa dan rawatan awal terhadap penyakit ini. Kejadian bayi meninggal di dalam kandungan juga tinggi dikalangan wanita berusia 35 tahun keatas. Wanita berusia juga lebih cenderung untuk melahirkan anak yang lebih kecil saiznya. Kelahiran secara cesarean juga tinggi terutamanya dikalangan mereka yang hamil anak pertama. Bagaimana saya boleh meninggikan peluang saya untuk melahirkan anak yang sihat walaupun saya sudah berusia? Tahap kesihatan yang baik sebelum dan semasa hamil akan mengurangkan risiko komplikasi.


Yang penting!!!


* Mendapat cukup asid folik di dalam diet. Dos yang disarankan ialah 0.4mg sehari. Disamping itu, anda juga digalakkan memakan makanan yang kaya dengan asid folik seperti sayuran hijau, kekacang dan buahan bercitrus. 
* Kurangkan pengambilan cafin kerana ia dikaitkan dengan keguguran dan kelahiran pramatang. 
* Amalkan gaya hidup sihat, diet seimbang dan makan makanan yang berkhasiat. Pastikan cukup vitamin dan mineral dalam diet seharian dan minumlah minuman yang kaya dengan kalsium seperti susu dan makanan yang berasal dari tenusu. 
* Bersenam secara rutin. 
* Jangan minum alkohol atau makan sebarang ubat yang tidak disarankan oleh doktor. 
* Jangan merokok Disamping itu, pastikan mendapat rawatan prenatal yang optimal sebaik sahaja anda disahkan hamil. Buatlah temujanji secara rutin sepanjang tempoh hamil untuk memastikan kandungan anda dalam keadaan yang memuaskan. 


Kerana wanita berusia lebih cenderung mendapat masalah semasa hami beberapa ujian adalah disarankan. Sesetengah dari ujian ini memerlukan kaunseling genetik termasuk perbincangan yang mendalam tentang risiko dan kebaikannya. samada anda memilih untuk menjalani ujian tersebut bergantung sepenuhnya terhadap anda.


Hurmss nampaknya kalau macamtu next year kenalah menambahkan umat Nabi Muhammad SAW lagi. YAhooo!


Hopefully kalau dah tua boleh berehat takmolah kena jaga anak-anak kecik lagi. VEry fenat tau jaga anak kecik ingat tak fenat ke haaaaa?? KAlau sekarang pun dah fenat kalau beranak lambat-lambat lagi fenat kuasa 2.


Takmo macamni.




Kalau jalan dengan anak orang ingat macam jalan dengan adik bestkan. Nak macamni. Yeay!!




Macam-macam. Anda nak anak berapa orang pulak? 2? 3? or 10? Hiks!!!! Jom mengandung & beranak!!!!!!!!! Hahahahahaha!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, September 20, 2011

Gambar 18SX !!!! Jangan TEngok KAlau Anda Dibawah 18 Tahun.

Sensored but awesome!!!! Breastfeed baby always want to be a breastfeeder. YEay!!!!!



Comel sangat-sangat.

KAlau anda tengok secara live lagi lawak macam nak ketawa sampai meleleh air mata. Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, September 19, 2011

Hari Makan Sampai LEbam

It's Sunday. Makan day. Yeay!!

Mahu pergi kemana kita hari ni sayang?????



Mula-mula ke TAman Melawati, KL. Lepas tu ke Bandar Tun Razak, KL. Lepas tu.........?? Ke Shah Alam pulak. Semua dengan satu tujuan. MAKAN.

Baby Zara dengan nenek.



Kecik-kecik boleh la belai-belai. Nanti bila dah besar macam kak NAyli dah taknak kat orang. Nak berkepit je bawah ketiak mama.

Mama, bila kita nak balik ni?? Adik Zara dah fenatttt tau.



Giller punya kenyang. Alhamdulillah.

Eh next week full with open houses juga. Yeay!!!!!!!!!

Sekian.




Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, September 18, 2011

Kelahiran Secara Induced. Awwww

Tiba-tiba teringat balik apabila kelahiran baby pertama dan kedua saya tidak sama. Ya! Nayli dilahirkan awal iaitu pada 38w apabila pecah sendiri air kutuban yang keluar tak henti-henti macam air paip tapi Zara sampai 40w 6d. Overdue & kene induced sekali. Lepas tu doc pecahkan air kutuban pakai stick ala-ala chopstick  yang sangatla awwwwww. Seram beb. Dan lebih tepat kalau saya katakan kelahiran baby pertama saya iaitu Nayli adalah lebih mudah dari Zara. TErbalikkan? Ialah selalu yang didengar kelahiran baby pertama selalunya yang lebih susah. Yang seterusnya adalah lebih mudah. Apepun Alhamdulillah sebab kedua-duanya adalah normal delivery tak payah nak berpantang makan sangat. Hiks!.

Hati tertanya-tanya juga tapi doc cakap itu perkara biasa meskipun kita mengandung 10x pun tapi setiap kelahiran adalah berbeza!! Ya sebab tu lah semua baby yang dilahirkan adalah unik.

Tertarik pada satu info yang saya baca di Facebook oleh Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung. Info pasal kelahiran secara induced.




Kebanyakkan dari wanita akan melahirkan secara semula jadi, biasanya tanda-tanda nak bersalin adalah seperti pecah air kutuban or keluar darah tetapi segelintir daripanya mungkin memerlukan sedikit pertolongan. Mungkin disebabkan oleh lebih jangka lahir atau mengalami masalah perubatan yang memerlukan mereka melahirkan awal dari yang dijangka. Walauapapun sebabnya, sekiranya anda perlu menjalani ‘induced’ soalan yang kerap ditanya ialah, adakah ia menyakitkan? Apakah yang membezakannya dari kelahiran normal? Apa yang akan digunakan untuk ‘induced labour’ ini?


Kenapa perlu Induced? Ia dilakukan sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada diluar rahim daripada didalam rahim. Sebab yang paling utama untuk induce ialah apabila kelahiran sudah melebihi dari jangkaan macam kes baby Zara lah. TAkut juga bila baby dah berak masa dalam perut lagi. Sebab lain pula termasuk darah tinggi, bayi yang terbantut tumbesaran, pendarahan faraj yang tidak diketahui punca, kencing manis dan pecah air ketuban. So far masa saya preggy takdelah saya mengalami masalah-masalah kesihatan pun. 


Bagaimana untuk memulakan kontraksi? Hormon yang menyebabkan rahim mengecut semasa kelahiran dipanggil oxytocin. Ia dihasilkan didalam kelenjar pada bahagian otak dan dikeluarkan kedalam darah melalui kelenjar pituitari. Bagaimana badan memulakan kontraksi rahim masih menjadi tanda-tanya walaupun setelah penyelidikan selama bertahun- tahun. Kita tahu yang banyak hormon yang terlibat dalam proses bersalin tetapi penyebab yang memulakan pengecutan rahim masih menjadi misteri. Ubat oxytocin sudahpun dapat dihasilkan dimakmal dan tetapi ia hanya dapat diberikan secara intravena. Kepekatan oxytocin dengan mudah dapat dikawal dengan mengunakan alat kawalan atau pam intravena. Memecah selaput ketuban Sekiranya kita cuma mengunakan oxytocin, kontraksi tidak akan berlaku dengan cepat kecuali apabila ketuban sudah pecah. Ia mungkin sedikit menyakitkan daripada memeriksaan faraj yang biasa, tetapi amat berkesan untuk menguatkan kontraksi. Kalau tidak dilakukan, proses bersalin tidak akan bermula dengan baik. Semasa pemeriksaan faraj, satu alat yang dipanggil 'amniohook' akan digunakan untuk menebuk lubang kecil pada selaput ketuban, kemudian oxytocin akan dimulakan. 

Tidak ‘Favourable’ Semasa hamil, pangkal rahim adalah tebal, panjang dan tertutup rapat. Ini menolong memastikan yang bayi lahir pada masa yang sesuai sahaja. Semasa cukup bulan, pangkal rahim akan secara perlahan-lahan menjadi lembut, pendek dan mula membuka. Itulah sebabnya anda semakin kerap mendapat kontraksi disaat-saat tempoh kelahiran. Pangkal rahim juga mengeluarkan sejenis hormon yang bernama prostaglandin yang boleh melembutkan lagi pangkal rahim. Sekiranya anda sudah bersedia untuk di'induce' tetapi didapati pangkal rahim masih tebal dan tertutup anda mungkin akan diberikan ubat yang dipanggil prostin. Ini akan bertindak melembutkan pangkal rahim dan membuatkan ia sedikit terbuka supaya prosedur memecahkan ketuban dapat dibuat. Ubat ini akan dimasukan kedalam vagina dan mengambil masa 6 jam untuk berkesan. Kadang-kadang doktor akan memasukkan dos kedua sekiranya pangkal rahim masih tertutup rapat.

Adakah lebih sakit apabila di 'Induced'? Inilah soalan yang utama yang sering ditanya apabila wanita dinasihatkan menjalani 'induce'. Anda mungkin mendengar cerita yang kurang menyenangkan dari kawan atau saudara yang pernah menjalani 'induce'. 'induce' cuma menolong untuk memulakan proses bersalin jadi apabila wanita sudahpun dalam keadaan hendak bersalin, sakitnya sama sahaja dengan mereka yang bermula dengan cara semulajadi.

Betul. Untuk siapa-siapa yang bakal di induce, tak payah la takut sangat. Sakit biasa-biasa je. Sakit macam time doc nak check opening je. Saya juga tak pernah mengambil apa-apa suntikan penahan sakit like epidural etc. Bolehla tahan lagi. Tau tak sakit nak bersalin macam mana? Rasa sakit macam nak berak besar tapi susah nak keluar. HAhahahaha!


Apepun induce or tak, normal delivery or c-zer yang penting baby selamatkan. Yeay !!!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, September 17, 2011

Rehat Di Hujung Minggu

Cuti dan tak pergi mana-mana. Lepak je kat rumahlah. Nak rehatttttttttttttt. Rest-less ok. Tapi esok ada banyak aktiviti makan. So kena simpan space perut sikit untuk esok. Hiks! Eh dah lama tak snap piccas adik beradik together. Suka tau snap piccas diorang banyak-banyak 

Muah. Muah. Muah. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



Chillax on weekend. MAin sama-sama ye. Mama mahu masak kejap. Yeay!!

Eh perasan tak NAyli tengah pakai bib. Actually tadi nak suapkan adik Zara bubur nasi lepas tu sibuk si kakak pulak yang nak pakai bib. KAkak memang macamtu. Bubur nasi yang adik Zara makan pun dia nak. Sebab tu lah mama suka panggil dia big baby Nayli.




Syiok nye lepak kat pewot kak Nayli yang gebu'sss. Awww.

Comel. Geram. Best tau ada anak-anak dara ni. Boleh pakaikan macam-macam accesories. Baju-baju pun comel je. Tu yang selalu bangkrupsi sebab asyik shopping baju anak-anak till drop je. Hiks!

Suck jari tangan boleh ye sayang, jari kaki jangan tau. Hiks!



Perut kenyang hati pun senang. Mama lagi la senang hati. Lalalalalalala~



 الحمد لله 

Semoga mereka sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!