Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, September 13, 2011

Penangan Scott Emulsion Ke???

Betul tak semua parents kat dunia ni nak yang terbaik untuk anak-anak mereka,

Jawapannya mestilah BETUL SANGAT-SANGAT.

Pernah juga saya baca dari info yang mengatakan:
Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. Pada masa ini terdapat susu formula yang mengandungi DHA. Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil anda susu formula ini. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA. Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan (seperti Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak digalakkan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam air.
Produk fish oil bg ibu-ibu mengandung yang biasanya disyorkan oleh doktor-NEUROGAIN.

So papa belikan ni untuk Nayli. Ya! Di umur 1 tahun 10 bulan Nayli makan benda ni. Comel je botol.


Actually ini pun atas desakan orang terdekat suruh bagi Nayli makan Scott Emulsion. Kami ok je. Actually Nayli tak berapa ada masalah kesihatan lagipun selera makan pun ok tu yang tak terfikir nak bagi apa-apa supplement ingat nak tunggu 2 tahun dulu.

Nevermind-lah benda baik no hal punya lagipun dulu masa saye kecik-kecik pun kena paksa dengan ayah makan benda ni. TEringat masa saya kecik-kecik dulu kami adik beradik kena beratur untuk makan minyak ikan ni tiap-tiap malam after dinner. Masa tu takde perisa oren yang ada perisa original yang kaler putih tu je so paham-paham jelah tekak berpinar masa makan tu macam mana. Nak cakap taknak makan tak boleh, ayah saya dulu garang wooo so sedap tak sedap bedal je lah. Hiks!

Senang je nak bagi big baby NAyli makan. Dia kan suka makan ubat.


Untuk kanak-kanak 1-3 tahun  cuma bagi 2 sudu teh (10ml) sekali sehari je, jangan lebih-lebih ok kerana vitamin A dan D yang berlebihan boleh memudaratkan.

Banyak kebaikan minyak ikan Scott Emulsion ni rupanya.




a. membantu membina daya tahan diri dari jangkitan. minyak ikan kod dan vitamin A membantu sel2 darah epithelial di ruang penafasan supaya sentiasa sihat dan mengurangkan risiko jangkitan organisma dalam badan.


b. mengandungi vitamin dan zat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak2 yang sempurna. Vitamin A adalah perlu untuk pertumbuhan otot dan memainkan peranan penting dalam pemeliharaan kesihatan dan kecergasan kanak2 (dan dewasa). Vitamin D adalah perlu untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang dan gigi yang kuat. Juga mengandungi khasiat untuk pencegahan penyakit tulang lemah.


c. mengandungi kalsium dan fosforus yang memastikan pertumbuhan tulang dan gigi yang sempurna.


d. mujarab untuk membantu tubuh mendapat keperluan harian Vitamin A, D, Kalsium dan Fosforus.


e. ia juga membantu memelihara dan mencegah kekurangan Vitamin A dan D akibat pemakanan yang kurang seimbang ataupun apabila keperluannya meningkat.


f. membantu menyempurnakan kesihatan dan melindungi diri anda dari kekurangan khasiat yang diperlukan.

Masalahnya,

malam lepas kami bagi Nayli makan Scott Emulsion tu Nayli mengalami masalah nak buang air besar yang sangat serius!! Sangat ok! Adalah dekat 2 jam adegan menangis hentak-hentak kaki di tengah malam dan juga adegan masuk keluar toilet sebab NAyli tak pass-pass nak berak. Meraung tak berlagulah.

Uwaaaaaaaaaaaaaaaa. Mama pun uwaaa la jugak sebab esok nya dah sah sah kena pergi kerja dengan mata panda. Sebab Scott Emulsion ke? Adakah Nayli tak sesuai dengan Scott Emulsion? Takkan kot? Habis tu kenapa tiba-tiba ada problem sembelit yang sangat serius? Untuk info NAyli memang takde problem sembelit pun sebelum ni. Ini adalah kes kedua, kes pertama adalah pada setahun yang lepas. Itu je.

*tak kisah la apepun. Sobssss sedih tau tengok anak meraung-raung sakit macamtu.

Fobia dah nak bagi Scott Emulsion. Nightmare gillosssssssss weyhhhh. Ada sesiapa yanga ada pengalaman macam saya tak? Konfius jugak.

Sekian.







Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

14 comments:

  1. mika mkn scott,
    tp jarang2 la,
    tp tetap manjang sembelit, huhuhu xtao la ape puncanya, buntu T__T

    ReplyDelete
  2. bertukarlah kepada minyak kelapa dara bio asli.

    ReplyDelete
  3. saye baru nak , makan scoot, tapi saya dah pernah majkan dah sebelum ni ... saya umur 19 tahun tapi berat 45kg. tinggi 54 cm ,,, rasa macam kurus sangat ... minta pandangan daripada pembuat blog ini,,,

    ReplyDelete
  4. Sy bg gk ank sy mkn scott tp so far ok.gpn dia bby prem.cer bg nayli minum air masal lbih skit..bykkn mkn sayur dn cer bg dia mkn buah oren sunkist.so far sy cb ok..cer try

    ReplyDelete
  5. Ekceli LIVER oil tak berapa bagus .. Maklumlah di ambil dari liver .. Hati .. Kita kan tak digalakkan makan organ dlmn seperti hati, paru2 dll .. Baik mkn fish oil ..

    ReplyDelete
  6. anak saya 3 org semua mkn scoot ni.alhamdulillah tk ada masalah.nampak perubahan gak la.klu batuk or nk dtg selesema...trus bagi...InsyaAllah hilang.susah nk sakit.anak saya mkn hari2.tapi banyak minum air masak....

    ReplyDelete
  7. kalau anak sembelit,saya selalu bagi minum vitagen. doktor yg syorkan..

    ReplyDelete
  8. Untuk mengatasi sembelit samada bayi, kanak-kanak atau dewasa.. boleh cuba amalkan Minyak Kelapa Dara Halagel. Boleh dapatkan di blog kami: http://saranghealthandbeauty.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  9. try la kasi makan betik @ pisang mesti lancar pembuangaan air besar..

    ReplyDelete
  10. KALAU NAK BAGI SCOTTS PADA BAYI UMUR 10 BULAN BOLEH TAK?

    ReplyDelete
  11. kalau nak bg bayi umur 10 bulan minum scotts emulsion ok ke?

    ReplyDelete
  12. Tak silap kat kotak Scott Emulsionada tulis sesuai utk diberikan pada kanak2 above 1 year

    ReplyDelete
  13. scott ne ad tmbh slesa mkn x?cz my dauther x nk mkn lh.

    ReplyDelete
  14. Minyak ikan memang bagus...untuk respiratory anak..bukannya selera makan
    Saya ada sedikit perkongsian tentang selera makan anak & sistem respiratory anak..
    InsyaAllah mealshake n omegaguard membantu

    www.mamasyafi.wordpress.com

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~