Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, June 30, 2011

Kenapa Kena Beli Breastpump Kalau Nak Breastfeed Anak

Biasanya untuk para-para ibu yang baru mula nak menyusukan baby perkara pasal pam susu juga adalah antara faktor utama yang agak memeningkan kepala. Macam mana nak cakap tak pening yelah nowadays macam-macam pam kat pasaran. Semua pun wOooooow!!! Hebat!!

Masih menjadi pujaan hatiku dulu, kini dan selamanya. Medela Freestyle. Tapi mahal sangat lah. Takde baget.



Takpelah tak mampu nak beli. Ini yang saya pakai dulu dan kini. Spectra 3. Banyak jasanya. Thank u so much darling.

Ibu-ibu yang takde experience breastfeed selalu fikir takut nak beli pam yang mahal sebab takut susu tak keluar bila bersalin nanti. Sebenarnya semua ibu perlu rephrase semula soalan masing-masing. Instead of bertanya soalan "Nak beli pam susu atau tidak?", why not kita rephrase semula kepada soalan "Mengapa saya perlu membeli pam susu?". Yeay!!

Saya berasa sedikit terkilan apabila baru-baru ini saya mendengar ayat daripada seorang colleague, "Nasib baik tak beli pam yang mahal tu. Rugi je, tak berbaloi. Sebab susu sikit." Sedih tau tak baik cakap macam tu. Kalau melihat dari pengalaman sebegitu ramai ibu-ibu baru di luar sana, susu sikit adalah alasan yang sangat biasa mengapa ibu-ibu tak menyusukan anaknya . Kan?

Kita semua perlu tahu:

1) Susu tak keluar pada beberapa hari pertama, jadi direct feeding dihentikan dan digantikan dengan susu formula. Bayi dilahirkan sedia kenyang. Pada beberapa hari pertama kebiasaannya apa yang dihasilkan ialah colostrum. Manusia berebut-rebut beli Alpha Lipid yang mahal giller tu sebab nakkan kolostrum lembu kerana kebaikan yang begitu banyak. Kenapa perlu kita rugikan kolostrum yang kita sendiri hasilkan untuk diberikan pada bayi yang baru lahir? Kebaikan kolostrum manusia sudah pasti berkali-kali ganda lebih baik dari kolostrum lembu.

Direct feeding amat perlu untuk menghasilkan stimulasi untuk pengeluaran susu. Apabila kita beralih kepada susu formula, maka kita telah rugi satu sesi hisapan langsung daripada mulut bayi yang amat berguna untuk merangsang pengeluaran susu.


2) Bayi kerap menangis hendakkan susu. Ibu beranggapan susu yang dihasilkan tak cukup lalu ditambah dengan susu formula.
Breastfeed bayi anda mengikut demand. Biarlah dia menangis nak menyusu setiap 15 minit pun. Perlu diingat, semasa bayi masih di dalam perut, nak makan memang mudah, bila-bila masa saja nak, semuanya disalur direct melalui tali pusat. Tapi bila dah keluar ke dunia, apa lagi cara bayi tu nak menunjukkan rasa lapar. Merengek/nangis saja la caranya. Mungkin bayi tu small eater. Minum setiap 15 minit. Jadi ikut sajalah, tak perlu merasakan susu tak cukup kerana membandingkan bayi yang minum formula tidur kekenyangan sehingga berjam.

Jadi berbalik kepada persoalan tadi, mengapa perlu membeli pam susu?

1) Masalah inverted nipples
Kalau ibu tu mengalami masalah inverted nipples, breastpump boleh membantu mengatasinya. Masalah inverted nipples bukan masalah remeh yang boleh dibiarkan, kerana ia antara penyebab yang boleh membuatkan seorang ibu itu mengalah untuk meneruskan penyusuan.
2) Bayi lahirkan tak cukup bulan
Bayi yang lahir tak cukup bulan biasanya mempunyai masalah weak suckling. Apa lagi jika si ibu mempunyai inverted nipples, memang menyukarkan keadaan. Bayi yang lahir tak cukup bulan juga biasanya perlu ditempatkan di dalam incubator. Ibu perlu menggunakan masa ini untuk mengepam susu bagi memastikan bayi tersebut memperoleh khasiat kolostrum dan seterusnya susu ibu, serta membantu merangsang pengeluaran susu.
3) Bayi mengidap jaundice
Bayi yang mengidap jaundice yang tinggi perlu melalui phototherapy treatment. Ibu perlu mengepam susu untuk dibekalkan kepada bayi tersebut. Macam kes baby Zara, dia kene admitted pada hari ketiga sebab kuning dah sampai 251. So saya dah start pam pada hari ketiga untuk bekalkan yang terbaik untuk baby saya di hospital.
4) Untuk membantu mengurangkan engorgement dan mengelakkan mastitis
Ramai ibu yang mengalami engorgement semasa pantang disebabkan semakin banyak susu yang dihasilkan. Jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan mastitis. Jadi memang penting untuk si ibu mengepam untuk mengelakkan perkara ini. Susu masa pantang memang mewah giller tak hengat ok.
5) Untuk menyediakan stok beku untuk simpanan dan stok segar untuk dibekalkan kepada anak setelah ibu masuk bekerja. Masa berpantang dulu saya berjaya membuat 100 frozen EBM. Yeay!!!!
6) Untuk mengajar anak menyusu botol sebelum ibu masuk bekerja.
7) Untuk menyediakan stok susu kepada anak apabila anak mengalami nursing strike disebabkan sakit, teething dan sebagainya.
8) Untuk maintain pengeluaran susu yang berterusan.

Bagi ibu bekerja, apabila anak tidak menyusu semasa ibu bekerja, penting untuk ibu menggantikan sesi penyusuan tersebut dengan mengepam, bukan sahaja untuk menyediakan stok susu kepada anak, tetapi juga untuk memastikan pengeluaran susu yang berterusan. Jika si ibu tidak mengepam, badan akan menerima signal bahawa ia tidak perlu menghasilkan susu kerana si anak tidak memerlukan susu tersebut. Lama-kelamaan pengeluaran susu akan menyusut, dan ini akan membawa kepada masalah "susu sikit".

Nak beli pam pulak, kena cari pam yang berkualiti, bukan beli yg murah tapi tak berkesan. Janganlah kedekut sangat sbb kualiti pam pun memainkan peranan jugak dalam meneruskan kelangsungan proses menyusu. Pam yg tak elok akan menyakitkan B dan menyebabkan mommies give up untuk pam lagi dah. Banyakkan direct feed dan sesi pam akan menambahkan susu.. SUPPLY VS DEMAND.. lagi byk demand, lagi byk hasil. Biasanya pada permulaan mmg kita akan rasa macam perah susu tak keluar sebenarnya itu perkara biasa. Payudara kita belum selesa dengan pam tersebut dan kita belum cekap menggunakannya memang akan mengambil masa sedikit namun kita perlu teruskan bagi meningkatkan kecekapan kita dan membiasakan badan kita dgn pam tersebut lepas tu sebelum memerah mulakan dengan mengurut lembut payudara terlebih dahulu.

In my humble opinion, both are OK..samada manual atau electric.

Manual - economical, but time consumption and penat sikit la, tapi kalau semangat kuat, tak salah kalau nk guna manual. Pilihan manual pon kena betul, so far yang ok feedback guna manual, Avent ISIS, medela Harmony and MAM breastpump.

Electric - mudah, cepat, less energy and kalau double pump bermakna time also cut off to half. But in term of economical, in long run, kita fullybfeed baby mmg balik modal plus a good bpump maybe boleh guna hingga 2-3 org anak.

Suction: as manual pump, suction kita control kan.. so its we use our own judgement and feelings samada dh empty breast atau tidak, suction selesa atau tidak dan sambil mengepam boleh adjust kedudukan tuh...

Electric pump however proves to be a Helper in expressing your milk out. So as a helper, ingat lah dia sebagai pembantu. So its our responsibilities utk pastikan kita mengepam dgn efisien, dan drawing out as much milk as possible. Kalau ada penyakit malas tu suruh dia syhh syhh pergi jauh-jauh. Biasa kalau guna breastpump electric kita based on time consumption, biasa time kerja kita terhad utk mengepam dlm tempoh tertentu. So utk itu mmg kena bantu pump utk emptykan breast sepenuhnyer
 
Apepun, dipendekkan cerita.

Kalau susu sikit:
-negative thinking : minda dah set susu sikit
-kurang direct BF (when with baby)
-kurang pumping (when away from baby)
-latching/lekapan tak betul
-penggunaan pam yg tidak menyamai baby suction
-makan jamu yg entah hape hape
-makan pil perancang yg tak sesuai utk bf mom

Kalau susu byk:
-positive thinking ; minda dah set, susu cukup utk anak
-kerap direct BF
-kerap pam
-latching betul
-penggunaan pam yg bagus, menyamai baby suction
-double pumping



Personally,kalau saya sebelum pam saya kena urut breast dulu. Urut dr bawah menghala ke nipple.

Secondly bila mengepam tu jangan pandang pam sebab bila  pandang pam mesti nak fikir duk fikir "maner susu tak kuar ni??" " Cepatlah la susu kuar" "erk sikit nyer kuar".. pemikiran yg negative membantutkan pengeluaran susu seelokknye tengok baby ke, Kalau pam kat office letaklah piccas baby kat beg pam. Otak yg ceria membantu susu keluar. Yahoo! 
Wah wah Spectra sekarang dah keluarkan pam barulah. Kecil dan yang paling best.... pink kaler lagik!!!! Cute nya!!!


*Erksss. Commercial break kejap.


Thirdly - maksimum waktu pam 20 min ke 30 minit. Kalau utk 2 3 kali pam, dlm tempoh tu  cuma dpt 1oz... 2 oz... bawaklah  bersyukur ada jugak dari takde langsung. Sejuk breast kita bila dgr kita bersyukur. Esok lusa dia kuarkan byk lagi.

Nombor empat pulak - kalau awal-awal pam cuma kuar 2oz takpe dun worry kerapkan mengepam. Kalau baca belog orang lain ckp dapat 10 oz dan pam 3 jam skali kita pam la 2 jam skali ke 1jam skali nanti dapatlah total susu yang sama jugak macam diorang.
 

Last choice, buat double pumping. Oh kalau takde baget cuma beli single pump??? itu bukan masalah besar bebeh.  1 breast pakai pum, lg 1 breast pakai original pum iaitu suruh le anak menyusu kan da jadi double pum. Sebelah anak menyusu sebelah pum so breast yg pum akan keluar susu samer lebat dengan yang anak menyusu.

Panjang dah ni nak pergi lunch pulak dah. Ok kita masuk conclussion lah pulak ye. Semput dah baca.

Beli pump yang baik sebagai pelaburan untuk masa depan at least kuar duit sekali & maintain 1 pump yg baik. Atleast kita tau dengan adanya pump kita mampu untuk fully breastfeed anak kita nanti!! Yeayy!!!!!

Lastly hanya ibu sahaja yg faham, bila time baby sendawa kekenyangan mcm dia ucap........

"TQ Mama, bg saya minum susu mama!!!"..

Masa tu perasaan memang puas giller macam nak nanges kegembiraan pun ada *sighhh.


*saja guna font kecik dari biasa sebab entry panjang berjela mengalahkan buku teks darjah 4 pulak. Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, June 29, 2011

Cara Saya Mengembalikan Susu

Untuk para-para ibu yang fully breastfeed, biasanya bila susu mula merudum si ibu mulalah fikir itu ini untuk menambahkan susu semula. Lagik-lagik kalau asyik kena curik frozen EBM je setiap hari. Hati gundah gulana risau sana-sini jangan cakaplah. Sebenarnya macam-macam cara & usaha yang boleh dilakukan untuk meng'up'kan susu balik.. Semuanya kalau ada usaha dan semangat untuk menyusukan baby.  Kalau saya bila susu mula merudum saya selalu mengamalkan teknik power pumping. Nak tau tau apa benda tu tak?



Power pumping bertindak bukan macam lactogenic food/galactagogue, bukan macam makanan tambahan ok tapi power pumping bertindak secara memberi isyarat kepada badan untuk produce lebih susu dari biasa. So tindakan ini perlulah berterusan supaya badan faham yang bayi perlukan lebih banyak susu. Faham tak? Ok kalau rajin bacalah lagi. Hiks!

Sebab kalau rangsangan/stimulasi dihentikan, maka badan akan 'berfikir' bahawa ia telah over-produce the milk, so badan akan set semula ke tahap optimal, yang mana mungkin kita mengalami pengurangan susu.

Setelah membuat power pumping, teruskan mengepam dengan kerap setiap hari, dan paling penting penuhi demand bayi untuk menyusu. Kena pastikan breast dikosongkan dengan sempurna setiap kali sesi menyusu dan kalau baby tak mengosongkan breast dgn sempurna, gunakan pump untuk kosongkan breast.

Macam saya ni Spectra 3 user, masa first start buat double pumping, memang tak akan nampak difference, yelah body need to adjust sekurang-kurangnya 2 minggu untuk nampak perbezaannya. Bertenang. Tapi double pumping memang proven to increase milk production. Sebab kadar proklatin dalam darah adalah lebih tinggi bila kedua breast distimulate serentak. Sama juga bila kita breastfeed sebelah & pam sebelah. Milk production ni very subjective and mengikut cara yang kita lakukan. Kalau kita makan all the things yang banyakkan susu tapi kalau kita tak kerap breastfeed/pam pun no difference juga. Begitu juga kalau kita kerap pam/breastfeed kalau kita tak jaga makan minum, pun tak akan nampak hasilnya. So benda ni saling kait mengait ok. Itu yang saya fahamlah dan nak share. Sharing is caring. Hooyeah!

Kepada mommies semua, keep on pumping & happy pumping! Sila pumping dalam mood yang happy, jangan sedih-sedih.  Boleh buat power pumping ni bila-bila masa, jika konsisten lagi bagus. Point yang penting sebenarnya adalah untuk memberi lebih kekerapan stimulasi. Sebelum tu, pasti kan pemerahan di ofis juga kerap dan konsisten. Seelok-eloknya breast tidak dibiar tanpa dikosong untuk jangka masa yang lama. Seelok-eloknya 2-3 jam sekali. Makanan untuk boleh menambahkan susu pulak ialah air longan kering, kurma, lobak putih dan macam-macam lagilah.

Anyway, the most important:

1) Banyak atau sikit susu bergantung kepada keperluan baby
2) jangan stress be happy
3) kerapkan sesi mengepam
4) makan makanan berkhasiat

Yeay!!!!

Oh teknik power pumping yang saya amalkan adalah seperti ini: Bukak TV sambil layan cerita best-best. Lepas tu lakukan aktiviti mengepam depan TV, pam 20 minit - rest 10 minit - pam 20 minit --> buat selama 1 jam, sekali sehari, selama seminggu. Ni saya buat masa zaman Nayli dululah. Sekarang ni saya belum start buat power pumping ni lagi.

Since almost 4 months exclusive breastfeed baby Zara, tak pernah berlaku lagilah milk supply merudum, walau kadang tu hasil kurang dari biasa, tapi cukup buat baby Zara.

Alhamdulillah.

 Sekian.

Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.







 Yeay!

Wordless Wednesday #2



Yeay!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, June 28, 2011

Pengalaman Pertama Kali MEnyusukan Anak

KAdang-kadang bila tengah ada banyak masa termenung sendirian teringat pulak masa beranak yang 1st dulu. Beranak no. 2 dah lain ceritalah. Sebab masa tu dah ada experience. Takdelah gabra & takut sangat.

Dulu baby sekarang dah jadik big baby. It's Nayli Dayana.Hooyeah!



Jom  berkongsi pengalaman menyusukan baby buat kali pertama.  Sebenarnya, sejak dulu  saya selalu mendengar bahawa susu ibu sangat baik bagi pemakanan bayi yang baru lahir. Bahkan dalam Al-Quran ada menyebut tentang kebaikan susu ibu malah betapa banyak ganjaran pahala bagi mana-mana ibu yang menyusukan anaknya. Pahala dikira bagi setiap titik air susunya. Dalam hati memang WOW!!!... banyaknya pahala. Air susu ada banyak titik, banyaklah pahala yang saya dapat nanti. Itulah fikiran saya pada mulanya. Ingatkan senang je nak menyusukan baby ni. Berita gembira saya disahkan mengandung anak pertama. Hari demi hari rasa seronok dan bahagia makin dirasa. Perut pulak semakin membesar dan badan semakin cepat letih namun dalam hati selalu tertanya-tanya jugak. Biasalah pada saat mengandung, payudara si ibu akan turut membesar dan menegang namun apa yang terjadi pada saya ianya hanya berada dalam saiz yang sama dan tiada tanda2 mengandungi susu. Hati mula runsing dah mula fikir mampukah saya menyusukan bayi yang dikandung ini. Rasa rendah diri hendak bertanya pada mommies lain, terasa malu. Phewwwwww.

Hari yang ditunggu tiba, akhirnya lahirlah seorang bayi perempuan yang comel. Ala-ala mata cepet macam mama jugak. Nurse yang bertugas pada hari itu terus menghulurkan zuriat kami sebaik sahaja dia dilahirkan, suruh susukan baby. Oh hospital tempat saya bersalin adalah rakan bayi so formula milk jangan haraplah. Terima kasih banyak-banyak kerana memahami. Perasaan masa tu sangat bercampur-campur, hendak berkata air susu tak ada, terasa malu. Lalu dalam keadaan rasa berpura-pura saya menyuakan jua bayi itu ke payudara yang tiada tanda-tanda akan mengeluarkan susunya.. Dengan laparnya baby NAyli ini menyusu. Enchek Husband tersenyum dan bertanya ada susu ke? Taktau nak jawab apa walaupun memang tahu sangat setiap ibu kena yakin yang susu memang ada. Tapi baby Nayli terus menyusu seolah susu terlalu banyak keluar. Terkumat kamit mulutnya. Waktu itu, terasa bagaikan mimpi menyusukan anak sendiri. Yahooo saya berjaya membekalkan cecair emas pertama itu. Bahagia sekali. Baby Nayli terus memejamkan matanya sambil mulutnya terus menghisap susu yang bagi saya entahkan ada, entahkan tidak sampai tertido. Speechless.

Lepas tu barulah tahu baby yang baru lahir hanya memerlukan 30ml susu. 30ml tu tau banyak mana? Hanya sebanyak sudu kecil je. Kecil je perut newborn baby. Janganlah risau sangat. Susu ibu pasti cukup. Yeay!!!!!

Masa Nayli baru belajar merangkak.


Tapi kini baby itu sudah jadi big baby! Dia dah tak nak menyusu dengan mamanya lagi sejak kelahiran adiknya, baby Zara. Sedih bila tengok dia tengah baring sebelah mama dia  sambil minum susu botol cap Lactogen. Kalau ada banyak susu perahan mama yang lebih je barulah dapat Nayli merasa susu ibu yang mama letak dalam botol. Dah taknak direct breastfeed, dah tak sayang kat mama ye sayang? Sob Sob.

Moment terindah Nayli dengan mama.



Anyway pengalaman manis fully breastfeed Nayli selama 11 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga Nayli berumur 1 yahun 3 bulan adalah kenangan terindah yang dapat dilupakan. Masa tu kalau dah ngantuk nak tidur mesti kena menyusu dengan mama dulu. Kalau terjaga tengah-tengah malam pun mesti cari mama jugak. Oh itu cerita dulu. sekarang Nayli dah tak macam tu lagi =(

*takpelah.

Cabaran utama saya sekarang ini pulak adalah untuk menyusukan baby Zara selama 2 tahun. Apepun sememangnya saat pertama kali menyusukan anak amat-amat manis bagi setiap ibu yang berjaya menyusukan anaknya sendiri......

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, June 26, 2011

Single Mum For 3 Days

First time ok.

Jadik single mum for 3 days sebab papa pergi company trip. Agak-agak 3 days rasa lama tak? Mak datOOOOOOk lama weh! Hahahaha! Anyway thumbs up kat my best friend, Puan Widy Wahida. Sebab dia adalah superwoman yang sangat best! Long distance relationship. Superwoman yang boleh jaga 2 orang anak yang kecil sorang diri je sebab she & her husband duduk berjauhan. Sorang kat Jay Bee, sorang kat Kluang kan? Weekend je jumpa. Fuhhhh tiap-tiap malam sempat tidur berapa jam ye?

Enchek Husband saya bukan jenis kerja yang kena keluar outstation. Tak pernah pun. So ini adalah pengalaman pertama saya menjaga anak sendirian. Plan nak balik kampung tapi parents pulak ada hal. Biasalah coti coti over da' sea. Oh no problem.

Eh takla kalut sangat pun sebenarnya anak-anak behave la jugak, meragam sekali-sekala tu biasalah. Day 1 hantar anak kat nursery sebab Enchek Husband pergi hari Jumaat. Takla terasa sangat.

Yang rasa lebih tu masa weekend lah. Weekend with mama. Hooyeah!!!

Saturday.




Sunday.



Mama cakap lepas shower dah pakai cantik-cantik kena senyum sebab mama nak snap piccas dulu. YEay!


Papa cepat balik! We miss u a lots!!!!!!  sebenarnya mama yang miss terlebih. Hahahaha!


Haaaa tengok punyela rindu baby Zara kat papa sampai meleleh air mata tewww.



Kak Nayli cuba pujuk adik Zara tapi tak jalan jugak. Nak shushu ye sayang?

Yahoo!

Hadiah lucky draw dah tau. Masinnya mulut saya. Tak sia-sia jaga anak sorang diri kat rumah. Hahahaha! Nanti la saya review kat next entry. Ada entry dan piccas barulah best nak baca kan. Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, June 25, 2011

Hopefully Ada Luck For Lucky Draw

Walaupun saya tak pergi company trip ke Pulau Kapas, Terengganu tapi saya still berpeluang dapat hadiah untuk lucky draw tau. YEay!

Sebab? Laa tak tau ke. Enchek Husband pergi. Enchek Husband kan satu office dengan saya. Hiks!

Jom skodeng antara hadiah-hadiahnya.

Banyak barang-barangan elektrik la. Semuanya ada 42 hadiah sebab ada 42 orang yang pergi. Semua akan dapat hadiah. Standard la apelagi hadiahnya kalau bukan rice cooker, blender, periuk belanga, oven, microwave, multi cooker, electric kettle erksss macam-macamla. Okla siapa yang free-free nak bagi barang ni semua kan.

Ada yang supplier bagi, ada yang boss sponsor. Banyak jugak hadiah yang diorang beli from Ikea like table lamp, teapot & dll.



Kalau hadiah top 10 tu kira wooowww jugakla.

From Ikea. Fulamak Kalau dapat ni best jugak. Rasanya ni hadiah untuk pemenang no. 5 kot.




Antara hadiah top 10 yang lain ialah i-pad, handphone, home theatre dan pelbagai lagi hadiah yang boleh tahanlah. Semua best-best.

Grand prize. 40 inch beb. Yeay! Syiokkknyeee.



Last year saya join company trip ke Pulau Pangkor. Nak tau saya & Enchek Husband dapat apa? Dua-dua hadiah masih kemas dalam kotak bawah katil orang 'rajin' masak memang patut macamni. Hiks! Kami dapat hadiah lucky draw ini. Hooyeah!

Malam last nanti  iaitu malam esok adalah malam lucky draw. Ptui sana, ptui sini mintak2 la Enchek husband dapat hadiah yang wow!! Kalau dapat i-pad Enchek Husband dah janji nak bagi kat saya sebagai upah jaga anak-anak kat rumah iyeke muka tak malu betul. Hahaha!


Eh. Day 2 as a single mother. Ok je. Anak-anak semua pun ok jugak.


Chill je. Yeay!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, June 24, 2011

Bila Rajin Sorting Baju Anak

Harini rajin sikit selalunya tak rajin langsung,. Hiks!

Sorting baju baby Zara. Banyak yang dah kena bungkus sebab dah tak muat, dah sempit, dah senteng. PEndek kata macam-macam jenis dah lagilah. Yelah dulu masa lahir 3.47kg now at 3 months dah 6kg bebeh! Panjang masa lahir pulak 52cm and now dah 63cm.

Semua ni nak bungkus elok-elok simpan untuk adik Zara pulak. Yeay!


Ada baju turun temurun dari kak Nayli, banyak jugak yang beli baru. Ntahla bila tengok kedai jual baju baby mesti nak borong.

LEpas dah sorting adalah tinggal banyak ni tu belum campur dalam baldi stok seminggu yang tak basuh lagi.




Erkss tu kalau adik baby Zara perempuan bolehla pakai balik. Kalau lelaki macam mana??? KEna beli baru from A to Z la. Takkan nak pakai baju & skirt pink kot? Mittens pink kot?

Baju kakak Nayli pulak.





Banyak dari tingkat bawah sekali sampaila atas sekali. Takpelah kalau dah tak muat boleh turunkan kat adik pulak.

Kadang-kadang terfikir jugak baju anak-anak lagi banyak dari baju maknya. Tu belum kira baju raya tahun ni lagi. Bulan lepas dah beli sebab planning nak beli awal-awal, senang. Masalahnya bulan ni beli lagi bulan depan dah sah-sah beli lagi. Haishhh.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Jom Dancing! Yeay!

Sila baca entry ni dengan mode yang.... Sob Sob Sob. Sedihnya sambil keluar hingus ijau.

Ok masa saye tengah buat entry ni officemates saye semuanya tengah berhoorey hoorey OTW to Pulau KApas. Company trip kan. Awwww. Oh Enchek Husband pun pergi. Saya kan tak pergi. Takpela bagi can. I'm a single mother for 3 days. Anak-anak sila behave ok.

Ni piccas semalam. Semua group tengah buat last minute preparation. Ada 6 group semuanya. Sebab nanti masa BBQ dinner masing-masing kena perform something. Siapa menang dapat big present ok!!! Don't play-play ha.

Yahoo! Antara yang sempat saya skodeng. Practise makes perfect.





Ewah ewah.

Ni group lagi satu. Walaupun diorang practise dalam bilik rahsia dapat juga saya seludup masuk. Hiks!




Yahoo jugak!



Ni group satu lagi. Slumber je practise kat open area. Rilex je. Lets parteeeeyyy music kuat giller macam nak pecah gegendang telinga. Hahahahaha!




Ni group satu lagi. Tak dancing. TApi sibuk buat benda lain.










Rasanya group ni buat magic show. Tu yang preparation sangat  woooowww tu. Dancing-dancing tak main.

Review ade 4 group je tapi total ade 6 group. Lagik 2 group tu undercover habis. Nak tengok sikit pun tak bagi. Kedekut betul. Haishhh.

Sakan masing-masing tengah practise dancing yawwwww!!!

******************************************************************

Just wondering...

Diorang bertolak pukul 4am then call Enchek husband at 10am still dalam bas baru sampai Kerteh. OMG!!!! Jauhnya mau sakit pinggang. Lamanye nak pergi Pulau Kapas, Terengganu, saya tak pernah sampai Terengganu lagi kesiannya sebab tu tak boleh baget berapa jauh perjalanan nak pergi sana. 

Sebab apa saya tak pergi? Mula-mula memang nak pergi siapa yang taknak semuanya FOC ditanggung beres je tapi kesian pulak kat anak altho MIL ada cakap nak tolong jaga. Lagik-lagik baby Zara tu kecit-kecit dah kena tinggal. Kesian argggghh. Takpela, tak kisah pun tak pergi. Ada rezeki lebih, anak-anak dah besar sikit boleh pergi jalan-jalan lagi. Yeay!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, June 23, 2011

G for gemuk, C for Chubby, B for Big. It's GCB!!!!

Minggu ni memang macam minggu makan sedunia kot. Kelmarin dah makan besar meatballs kat IKEA. Today pun makan besar lagik. Haishhhh. Asyik nak makan je kerjanya. Makan untuk hidup ke hidup untuk makan ni?? Ngok ngek betul..

Lagikla sekarang. Apa yang paling IN sekarang haaa? Apelagik kalo bukan.......




Woot! Woot! Harga di atas excluded tax. Kalau included tax total RM12.65 for medium set. Nak large set? Add RM1.20. Laaa macam customer servive MCD pulak aku ni.

Bukak newspaper ade iklan GCB, bukak TV pun ada iklan orang tengah makan GCB, pot pet pot pet kat office pun cerita pasal GCB. HAissshhhh tak boleh jadi ni.

So lunch for today.

 Taraaa taa taa taaaa I'm Lovin It.




Nak cakap ape lagi. MEmang terbaekla. Daging ayam yang lembut nyum nyum, diselaputi dengan sos mayonis. Masa makan kena tutup mata bagi lagi umphhhh lebih menghayati kesedapannya. Awwwww.

Erkssss tengokla sendiri.




Kenapa kena rasa jugak GCB walaupun sekali. Kalau piccas tu tak dapat menarik perhatian anda untuk makan, baca yang ni pulak.



Erkss dah meleleh air liur.

Siapa yang tak rasa lagi pergilah rasa cepat. Sebab untuk tempoh yang terhad je tau.

Eh jap jap jap. NAfsu makan saya yang membuak-buak ni takde kena mengena dengan orang ketiga or ade isi ke tau. Jangan salah faham pulak. Kalau senang hati memang kuat makan. Hiks!

Yeay!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Adab Nak Keluar Rumah

Nak tau tak bila nampak kunci budak kicit Nayli mulalah kelam kabut macam nak keluar. Agaknya bagi dia kunci tu adalah signal untuk keluar rumah kot.




Kelam kabut tu dalam erti kata lain mulalah sibuk nak cari barang-barang untuk dibawa bersama masa dia keluar. Nama pun anak dara kan? Of course la barang-barang semua mestilah pinky all day long. Yeay!!!!




Botol air, beg dan erkssssss jam !! Barang wajib ni.




Oh Nayli ada jam baru beli hari tu. Sebenarnya saya pun baru tau ada jam khas untuk kanak-kanak. Jalan-jalan kat Metrojaya ternampak pulak so saja belikan untuk Nayli. Cute sangat. Sebab sebelum ni kalau nak keluar dia mesti sibuk nak pakai jam jugak, tapi jam papa. Kejap-kejap terjatuh sebab besar sangat abis dah lingkup. Nasib papa tak bising. Haishhh.

Comel nye! Sweet je dengan tangan yang kecik tu.




LEpas barang-barang semua dah ada, salam dengan papa & mama dulu. Cium tangan. Bye sana bye sini jangan ceritalah. Adalah dalam 10 kali.



Lepas tu sampai kat pintu, godek-godek kunci kat pintu tak boleh bukak pulak.

Terus datang balik tengok TV. Muka slumber je macam takde pape. Alahai drama queen betul lah.

Tengok tu adik Zara pun gelakkan kakak Nayli. Hiks!



Macam mana la pulak pe'el adik Zara bila besar nanti ye? Drama queen dan kuat melalak macam sister dia jugak ke. Haiyaaaaa.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Naik Kereta Dengan Anak-Anak

Kalau mak bapak bekerja of course la anak-anak akan dihantar ke babysitter or nursery. YElah siapa pulak nak tengok-tengokkan anak time kerja, kalau ada maid lainlah.

So bila balik kerja kadang-kadang papa akan ambil kat nursery, kadang-kadang mama yang ambil. TEngokla siapa yang balik awal.  PEtang-petang jalan sangat jammed ok kadang-kadang balik awal pun akan sampai rumah lambat sebab jalan yang sangat la sesak.

Kalau mama yang balik awal dan ambil anak-anak, inilah caranya. 

Baby Zara akan duduk sebelah mama jadik co-pilot. Duduk dalam baby carrier. Bagus anak mama. Jarang sangat meragam. Kalau nampak gaya macam nak  menangis bibir dah cebik mama akan cepat-cepat pok pok so senyapla balik. Drive sambil pok pok anak. Saya boleh buat, anda boleh buat tak? Hiks!




Kakak NAyli pulak akan duduk kat belakang. Duduk dalam babyseat.

KEna ada ball baru boleh duduk diam. Ball ni memang simpan dalam kereta je. KAdang-kadang mama bagi makan biskut so kusyuk la dia makan sambil menikmati pemandangan sekeliling. Biskut pun memang ada simpan dalam kereta jugak bukan setakat biskut je macam2 ada dalam kereta ni. Lepas tu bila nampak playground je mesti terjerit-jerit nak main. Kesian.




Mama pulak mestila jadi seperti ini.




Superwoman in the making! YEay! Semuanya kena cepat & pantas.

Kalau anak 3 orang macam mana pulak ye?? Erkssss.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!