Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, October 13, 2011

Piccas Janin Yang Sangat Menyentuh HAti

Kecik je. MEngkagumkan!!!




Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?
Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….
Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.

*sedihnya!!!! macam manalah nasib baby ni.....


Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?

Cuba bayangkan macam manalah orang-orang yang sanggup buang janin anak sendiri tu??? Sobssss.

Sekian.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #3 - Yeay!!!




Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, October 11, 2011

Senarai Cuti Umum di Malaysia Tahun 2012

Ade planning nak pergi mana-mana tak next year?? Nah Senarai Cuti Umum Di Malaysia bagi Tahun 2012. Yeay!!!


Tarikh
Peristiwa
Negeri
1 Januari
Ahad
Tahun Baru 2012Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Januari
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanNegeri Sembilan
15 Januari 
Ahad
Hari Keputeraan Sultan KedahKedah
23 Januari
Isnin
Tahun Baru CinaSemua Negeri
24 Januari
Selasa
Tahun Baru Cina (Hari ke-2)Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
1 Februari 
Rabu
Hari WilayahWP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
5 Februari 
Ahad
Maulidur RasulSemua Negeri
7 Februari
Selasa
ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor
4 Mac         
Ahad
Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu
6 April
Jumaat
Good FridaySabah & Sarawak
15 April
Ahad
Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya BersejarahMelaka
19 April
Khamis
Hari Keputeraan Sultan PerakPerak
1 Mei
Selasa
Hari PekerjaSemua Negeri
7 Mei          
Isnin
Hari Hol PahangPahang
5 Mei        
Sabtu
Hari WesakSemua Negeri
17 Mei    
Khamis
Hari Keputeraan Raja PerlisPerlis
30-31 Mei
Rabu & Khamis
Pesta Kaamatan SabahSabah & Labuan
1 - 2 Jun
Jumaat & Sabtu
Hari Gawai SarawakSarawak
2 Jun       
Sabtu
Hari Keputeraan YDPASemua Negeri
17 Jun      
Ahad
Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis
7 Julai    
Sabtu
Georgetown Heritage DayPenang - bukan 'cuti berbayar' bagi pekerja swasta
7 Julai     
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Pulau PinangPenang
20 Julai 
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
21 Julai  
Sabtu
Awal Ramadan*Johor, Kedah & Melaka
6 Ogos
Isnin
Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu
19 - 20 Ogos
Ahad & Isnin
Hari Raya Puasa *Semua Negeri
31 Ogos
Jumaat
Hari KemerdekaanSemua Negeri
9 September
Ahad
Hari Keputeraan Yang di-Pertua SarawakSarawak
16 September
Ahad
Hari Malaysia  Ulangtahun Yang di-Pertua  Negeri Sabah 
Semua Negeri
Sabah
14 Oktober
Ahad
Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri MelakaMelaka
24 Oktober
Rabu
Hari Keputeraan Sultan PahangPahang
26 Oktober
Jumaat
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Semua Negeri
27 Oktober
Sabtu
Hari Raya Haji (Hari Ke-2) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Terenggan
11 November
Ahad
Hari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
13 November
Selasa
Deepavali Semua Negeri, kecuali Sarawak
15 November
Khamis
Awal Muharram 
(Maal Hijrah)
Semua Negeri
22 November
Khamis
Hari Keputeraan Sultan JohorJohor
11 Disember
Selasa
Hari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
25 Disember
Selasa
KrismasSemua Negeri
* Tertakluk kepada perubahan.


Nasib baik tak banyak cuti umum yang jatuh pada hari Sabtu. Phewwwww.

Sekian.

Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

She's 2 years next month. Yeay!

Sedihla baby yang dulu kecik molek dah besar. Dah nak masuk 2 tahun early next month. Ermpss kenapa pulak sedih ye, tak taulah. Hiks! Macam baru je celebrate b-day Nayli  masa 1 year.

Macam-macam ragam sekarang ni. Tapi yang saya perasan mulut memang tak lepas-lepas panggil "Aya, Aya,Aya, Aya & Aya".Panggil adik Zaralah. Sampai mama, papa, atuk & opah pun dah terikut-ikut panggil Zara as Aya. Suke main dengan adik. Marah adik kalau buat sepah-sepah padahal si akak lagi super duper suka buat sepah. Hiks!

Kalau bercakap pelat tu ada lagilah, ade tu mama pun tak faham ape yang NAyli nak explain. Anyway memang senang la jaga budak besar macam Nayli compare jaga baby macam Zara sebab at least dia dah boleh bagitau ape yang dia nak. NAk mamam, nak sleep, nak minum, nak mandi, nak tu nak ni so mama tau lah. Still pakai pampers sebab mama pun memang tak kuasa nak ajar potty train fenattt wooo lagipun NAyli suke sangat bagitau bila dah yak yak or kencing. Bukan nak bagitau sebelum nak berak. Boleh demam woo hari-hari kena lap lantai. Hiks!

Birthday bash? Buat kecil-kecilan je kot dengan family. Beli kek kecik cukuplah sebab budak kecik Nayli strictly tak boleh makan banyak sangat benda manis. Masa hari raya lepas pun memang pantau kuih-kuih raya yang Nayli makan. Satu dua sudah lebih-lebih cannot. Budak-budak biasalah memang suka benda manis. Mama budak yang tak suka.

Bila Nayli dah 2 tahun nanti, adik Zara pun dah 8 bulan. 



MAkin besar makin senang sikit nak jaga. Masa dua-dua kecik dulu selalulah.
Jeng jeng jeng.


Tidur tak cukup,
jerawat tumbuh bagai cendawan selepas hujan,
eye-bag macam kungfu panda pergi kerja,
kadar stress meningkat,
jarang update blog,
jarang online.
makan... hurm.. ada masa tak lalu, ada masa terlebih lalu.. hihihi.
tu semua symptom biasa kalau time anak kecil

Hiks! Kenangan tu semua. Nowadays NAyli dah jarang sangat bangun malam nak susu except kalau dia tak sihat macam batuk-batuk meragam la sikit. Kalau tak memang tidur sampai pagi lah. Adik Zara pulak bangun dalam 2-3 kali tapi senang sebab mama breastfeed sambil baring so ok-lah. Dah takde nak main cak-cak pagi-pagi buta lagi.

Phewwwwww.


Alhamdulillah... Kau turunkan ujian bagi ku.
Alhamdulillah.. Kau datangkan sahabat-sahabat yang baik menemaniku.
Alhamdulillah.. Kau tingkatkan kesabaran ku.
Alhamdulillah.. Kau pelihara kesejahteraan keluarga ku.
Alhamdulillah.. Kau beri sinar keceriaan dalam hidup ku.
Alhamdulillah.. Kau murahkan rezeki ku.

Syukur... Alhamdulillah.

Sekian.


Jom join HeartBeat.Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, October 10, 2011

Untuk Para Suami Sila Baca Sambil Bukak Mata Besar-Besar




23 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU PASAL SUAMI ANDA. KIRA MACAM TAZKIRAH DI PAGI ISNIN LA NI. HEHEHEHEHE.



1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Ada faham? Bagus-lah Kesian bini anda tau. Yeay!!!

Sekian.



Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, October 9, 2011

Mama, Jom MAin Kejar-Kejar Dengan Baby Zara

Pejam celik pejam celik baby Zara dah boleh merangkak. Kejap betul masa berlalu bila dah merangkak paham-pahamla lincah macam mana lepastu dah start nak memanjat pulak.

TAk sempat mama nak update skill-skill terbaru ye sayang. Cian muchuk-muchuk Zara. Tak macam kak NAyli dulu asal ada skill terbaru je semua nak update dalam belog. HukHukHuk. Oklah jugak bila bukak entry-entry lama pasal Nayli sebagai kenangan lepastu mesti dalam hati cakap "alaaaa dulu kecik come lote je si Nayli ni"


Dulu rajin betul semua nak update. All about my first doter, Nayli Dayana!!!

Eh, NAyli ada permainan barulah. yeay!

Eh, Nayli ada hobi barulah. yeay!!!

Eh, NAyli dah boleh meniaraplah. yeay!!

Eh, Nayli dah pandai menyusurlah. yeay!!

Eh, Nayli dah ada play gym lah. yeay!

Eh, NAyli lepak dengan cousinlah. yeay!

Eh, NAyli dah terror buat aksi stuntlah. yeay!!

Eh, NAylu dah dapat kakilah. YEay!

Eh, Nayli suka sangat makan ni lah. yeay!!!

Eh, NAyli suka meow meowlah. yeay!!

Eh, Nayli demam panas la. Sobsss!

dan yang paling sedih mestila update pasal entry ni.........

First time NAyli minum formula milk.  Sobbbb!!!

Haishhhhhh. Nowadays nak kata busy sangat takdela busy sangat pun baik kat office memangla tak busy langsung. Maybe semangat nak update belog anak pertama more excited kot. Anak-anak seterusnya kurang la sikit kot. Yelah progress nak membesar semuanya sama je. Dah tau dah. Hiks!

Anyway baby Zara dah boleh merangkak @ 7 months. LAju la merangkak. Kejap dah kat bawah kerusi. kejap dah kat bawah meja. Asal terlepas pandang sikit mulalah hilang ntah ke mana.

Mama, jom main kejar-kejar. Yeay!!!!



TAkpelah, exercise yang baik untuk mama jugak. 

Penatlah, rest kejap. Ok tq mama pun nak rest jugak. Duduk lama-lama sikit ye sayang.



Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik saja. Muahs-lah!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!