Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, January 12, 2011

Tugas 2-3 Kali Sehari

Today lepas balik kerja saye berkhemah kat dapur jap. Sekarang ni dah tak berapa nak masak sangat untuk dinner saye & Enchek Husband. Kami pun jarang makan berat2 pada waktu malam. Tapi nak masak bubur untuk Nayli.  Bila dah preggy kat hujung2 trimester ni memang all out, sangat cepat rasa letih seyh. Betul. Bukan saye nak manjakan diri. Tapi memang realiti.
Saye masak bubur nasi untuk Nayli untuk 2-3 kali sehari. Lepas masak simpan dalam fridge dan akan panaskan gune warmer bila nak makan.

Dulu masak satu cawan beras cukup untuk 2-3 hari. Tapi sekarang kena tambah 1 1/2 - 2 cawan untuk 2-3 hari. Alhamdulillah Nayli ade selera nak makan bubur nasi. Oh ye saya dah tambah sedikit garam. Yelah, Nayli dah cerdik. Kalau rase tawar je memang dia takde selera langsung. Siap buat muka cebik lagi nak tunjuk betapa tak bestnye bubur yang tawar itu.

Biasenye saye letak ni. Sebab sangat mudah nak beli & masak. Kalau ikan tu kena berhati2 sikit dengan tulangnye.




 Bahagian ayam part dada yang terbaik itu.

Potong kecik2 supaya budak kecik Nayli senang nak makan dan tak tercekik.

Selain itu letak carrot & potato. Pun potong kecik2 juga.

Jadikla macam ni.





Eh lupa pulak.

Yang pasti kena letak ni jugak. Pun potong kecik2. Saye tak berapa suke sangat potong pumpkin ni sebab kulitnye sangatla keras. Aduh duh duh sakit tangan. Hehe. Tapi takpela sebab Nayli lebih berselera nak makan kalau ade pumpkin.




Memandangkan saya masak bubur nasi untuk 2-3 hari, saye jarang letak sayur hijau macam bayam. Sebab senang layu. Macam tak best pulak rupanya nanti. Tapi kalau kami makan nasi dengan sayur bagi budak kecik tu makan semua dia ngapppp je especially kalau ada ayam goreng, tersangat2 la Nayli suke. Chedapppppp.

Seronok bila tengok Nayli makan. Mesti mama tumpang makan sama.

Sekian.

Sunday, January 9, 2011

Welcome Baby Comel !

Eh bukan. Bukan. jangan salah faham ye. Saye masih belum bersalin lagi tau. Belum. Haa. Belum lagi. Betul tak tipu.

Ooh nak tau tak? Nak tau tak?

Selama ni kalau belah family Enchek Husband, Nayli adalah the one & only cucu yang ada. Cucu tunggal la kiranye. Tapi sekarang tidak lagi sebab my SIL telah selamat melahirkan baby girl yang amatlah comel lote on 4th January 2011 dengan berat 2.6kg. Yeay!

Kalau belah family saya Nayli ada tiga orang geng bas sekolah. Tapi Nayli the one & only gurl sebab yang 2 lagi tu adalah hero.

New babyborn. Eeee nyenyak je dia tidur.







Baby girl haruslah pinky-pinky. Ye, itu adalah sinonim.

Mase melawat baby girl ni. Nayli usha pelik je. Sape ni mama? Kenapa dia kecik je.

Alaa Nayli masa lahir dulu pun kecik macam ni gak tau.




Ape nak bagi baby makan goreng pisang? Jangan nak mengada ye Nayli.




Bila saye & Enchek Husband dukung baby ni Nayli takdela menunjukkan tanda2 jealous sangat. Macam tak kisah je. Oh ok tak jealous takpe senang sikit kalau little JR. dah keluar nanti. Hiks!

Sayang adik. Muax Muax.




 Cak ! Saye dah ada geng bas sekolah yang baru. Yahooo !




Tahniah kepada Farah & Syahril. Selamat berjaga malam la lepas ni ye. Hehe.

Iskk tengok my SIL dah selamat bersalin makin berdebar2 pulak jantung saye ni. Lepas ni turn saye pulak.

Glurpssssssssss.

Sekian.

Saturday, January 8, 2011

Lunch Dengan Nayli

Hidup haruslah happy, bukan?

Ye, saye pun sedang happy sambil meniti hari2 terakhir sebelum saye bersalin. Eh saye bersalin lambat lagila, bulan depan. Tapi takdela lambat sangat kan. Ok yang penting happy always. Yahooo!

Saye sedang dalam misi menghabiskan cuti tahunan untuk 2010 lagi. So bile saye tak kerja mestila nak bawa Nayli jalan2. Nayli dah besar, senang nak bawa dia keluar, menurut perintah. Kadang2 je mengada, meragam. Kalau meragam, mama malas nak layan, jom balik rumah je. Senang.

So bila duduk berdua je dengan Nayli sebab Enchek Husband kerja, memangla tak masak. Jom lunch kat MCD. Taraaa taraaaa, Im Lovin' It~ yeay!

Sampai je MCD Nayli jakun. Ramai orang. Semua orang nak cubit pipi Nayli. Apelaa. Taula Nayli comel. Hiks!




Nak beratur kat kaunter pun panjang.

PEnatnye mama, NAyli duduk dulu la ye.




Sebab pagi2 tadi Nayli dah makan satu mangkuk penuh bubur nasi yang saye masak, so saye takdela order bubur nasi MCD faveret Nayli sebab dia dah kenyang. Nayli makan fries je lah ye. Mama je yang kelaparan tak makan ape lagi ni.

Semua benda yang nak bagi Nayli makan kena bagi kecik2. Kalau bagi besar gedabak semuanya nak sumbat dalam mulut terus. Memang ade risiko besar nak tercekikla. Oh tercekik tu dah biasa bagi Nayli. Sebab bab2 makan nayli sangatla rakus. Iskkk. Ikut perangai siapa la ni.

Satu.. dua.. tiga............... laaa ada lapan je. Mana cukup.




Amboi sedapnye dia makan fries.




Sambil makan, sambil tengok orang. Sambil tengok orang, sambil makan.




Oh ada hati nak bubuh ni ye. Kepedasan nanti menangis tak berlagu la. Tu untuk mama je la. Mama memang suke hot & spicy.




Asyik piccas NAyli makan je. Mama Nayli makan ape??

Haruslah yang terbaik. Ngeheeeee.



YAng paling saye suke haruslah Big Mac. Hari2 makan pun takpe. Eh mana boleh hari2. Gemuk baru tau.

Kenapa saye suke Big Mac?

Sebab................. Yeay!



Muka budak yang dah kenyang. Tapi ada hati nak mintak Big Mac mamanye sikit.

Nak cikittttttttttttt....





Burpssssss. Jom balik sayang. Kita sambung tidur kat rumah pulak. Hehe.

Sekian.

Friday, January 7, 2011

Nayli Favourite Fruit

Dalam banyak2 buah-buahan kat Malaysia ni anda suka buah ape? Nayli suke papaya. Sebab ape tau? Sebab mama Nayli pun suke papaya so jadikla mama borek anak rintik. Hiks!

Yelah kalau dalam fridge asyik penuh dengan papaya & everyday mama Nayli asyik potong & makan papaya je, mestila Nayli tumpang sama betul tak. Ye. Betul. Betul.

Tangan kecit yang tengah rakus nak makan papaya. Yummyyy !



Oh kalau nak potong papaya kena potong depan dia. Kalau potong atas meja mestilah sibuk Nayli nak panjat2 meja sebab nak tengok apa mama buat atas meja tu.

So supaya kerja bertambah mudah saye buat jela kerja kat atas lantai, depan Nayli. Senang. Haa tengok boleh tapi dun disturb hokkay.





Sambil potong papaya, Sambil monitor dia makan papaya. Satu untuk Nayli, satu untuk mama. Dua untuk Nayli, tiga untuk mama. Hehe. Mama memang makan banyak.

Haa tengok la tu.





Penat-penat saye potong kecik2 papaya ni yang besar gedabak tu jugak yang nak di ambil. Oh sayang, that one cannot la. Itu kalau masuk mulut Nayli confirm tercekik punye. Biji papaya tu tak boleh dimakan tau.

Nayli dengan gaya posing terbaru bile saye nak snap pic. Mana la belajar ni ye. Takpe. Comel. Comel. Ikut gaya mama masa zaman muda2 dulu ye.




Ermpsss chedapppnye. Mama nak sikit boleh tak?




Dan makan, makan lagi. YEay



Yang paling saye tau Nayli paling tak suka makan fruit mangga. Entahla saye pun tatau kenapa. Kadang2 beli mangga bile bagi Nayli makan kelakar tengok aksi muka dia yang macam rase tak best sangat nak telan mangga tu. Fruits lain mcm apple, pear, kiwi, orange & banana semua ok dia ngapppp saje.
Makan banyak2 fruit ye Nayli, baik untuk kesihatan. Yeay!

Sekian.

Tuesday, January 4, 2011

Check-Up Little JR. 32w

Today pergi check up for little JR. yeay! Saye dah 8 months tau!

Awal tak awal sangat la pergi. Tapi first time dapat no. 1. Eh asal orang tak ramai ye harini. Oh nurse cakap sebab ramai sibuk nak register anak masuk skool. Staff nurse pun ramai yang cuti sebab nak hantar anak ke sekolah. Oh mcm tu ye. Baiklah. Takpe anak saye belum masuk skool lagi.




Alhamdulillah check-up blood pressure, urine, hearbeat, hemoglobin semuanya ok-ok sahaja. Takde yang tak ok.

Oh ini tips untuk sesiapa yang ada masalah anemia. Anemia ni kekurangan darah merah. Kalau hemoglobin bawah dari 11 sila amalkan tips ni ye.




Nurse tanya dah siapkan beg dalam kereta? Saya jawab belum. Oh harus prepare dari sekarang.

Mama little JR, sila prepare barang2 ini dalam kereta ye.




Ini barang2 yang perlu disedialan untuk little JR. mase masuk labor room.




Ini pulak keperluan untuk mama little JR., sayela tu. Biasenye akan stay kat hospital 2 hari satu malam, kalau baby takde problem.




Eh saye ni mcm first time pulak nak beranak. Tapi seryes memang ingat2 lupe sudeyh.

Nurse cakap little JR. dah turun. Kepala dah kat bawah. OMG! OMG! Happy. Little JR. dah tak sabar nak jumpe papa, mama & Nayli lah!!!!

Alhamdulillah semoga dipermudahkan semuanya.

Sekian.

Happy Birthday Yang ke 14 Months

Tik Tok Tik Tok. Nayli dah nak masuk 14 bulan. Dalam erti kata lain dah 1 tahun 2 bulan. Yeay!

Masih guna pampers saiz M.




Last sekali timbang masa 1 year berat 8.5 kg. Sekarang tak tau la berapa tapi rasanye dah 9kg ++++. Takpe next month masa 13 months ada appoinment for check up. Nanti tengok berat Nayli bertambah ke tak ye.

Masih makan bubur nasi yang di lenyek.




Biase saye letak ayam + ubi kentang + carrot or labu. Dah itu je yang selalu ada dalam fridge. Hiks! Nayli makan ikut mood. Kadang2 sikit. Kadang2 banyak sampai tak cukup. Biasenye lepas balik kerja saye akan suapkan Nayli makan. Dia akan makan sekurang2nye satu cawan penuh bekas dadih pada waktu malam.

Suka makan ni jugak.



KAdang2 kunyah vegetable cracker ni sampai tertido.


Alhamdulilllah selama membesarkan Nayli takde masalah besar. Kesihatan Nayli baik-baik sahaja. Semoga Nayli sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Yeay!

Wajah budak yang berumur 1 tahun 2bulan.





Hamboiii happynye. Cakkkk!


Oh Nayli dah ada kerusi makan. Atuk bagi hadiah. Thanks atuk~ yeay! Mase saye snap pic ni Nayli tengah makan banana depan TV sambil tengok cite kartun. Tengokla seronok betul dia kan. Dah ade kerusi makan ni senangla sikit. Oh bukan papa & mama tak nak beli tapi asal nak beli je mesti tertangguh-tangguh. Last2 nasib atuk bagi hadiah. Hiks!  Yahooo!

Yang paling best sangat2. Pandai ikut orang solat. Alololo comeynye. Tengah nak rukuk la tu konon.




 Dah habis sembahyang. Bagi salam.





Telekung pun dah tercabut. Hehe.

Semoga jadi anak yang solehah & mendengar kata.

Sekian.

Monday, January 3, 2011

Nasi Arab Yang Terbaik!

Hari ni jom cerita pasal makan! Nyum Nyum. Bukanla selalu sangat saye cerita pasal tempat makan altho saye memang suke makan. Hiks! Tapi tempat makan ni memang yang terbaek saye rase. Yeay! Jom ikut saya...... Wah macam JJCM pulak.

Last weekend balik kampung kat Seremban. Mak teringin sangat nak makan kat sini. Oh 1st time saye sampai sini.




Oh ye tempat ni kat Seremban ye. Memula dengar pasal nasi Arab saye rase biase-biase je. Dah la tak pernah makan. So takdela rase excited sangat.

Kami makan kat area sini. Sila duduk bersimpuh ok.




Kalau taknak duduk bersimpuh boleh jugak tak duduk bersimpuh. Hiks!




Kami makan satu keluarga. Mak, ayah, Sofea, saya, Enchek Husband & juga Nayli la.

Haaaaa itu Sofea & mak saye. Nak order apa ye?




Kami order ni. Set untuk 5 orang. Di hidangkan dalam dulang. Nak makan dalam dulang pun boleh. Nak makan dalam pinggan pun boleh. Mintakla pinggan kosong.

Isk tengok je dah teruja habisssss kan!!




Fulamak memang terbaek!!!

Ok jom kite close up sikit ayam tu.




Ayamnye sangat lembut. Aromanya memang menusuk hidung. Rasanye??? Tersangatla lazat.

Apelagik. Jom makan! Bismillah.





Ada sos special, mayonis. Makan dengan sos ni bertambah-tambah lazat.



Kami minum teh pudina. Gempak woooo minum dalam pot ni. 1st time tengok.




Cawan dia pulak rupa mcm ni.





Makan-makan-makan-makan. Burpssss.

Dah tinggal tulang je.




Oh selama tengah makan Nayli nyenyak tido. Actually dalam kereta otw nak ke sini lagi Nayli dah tido dalam kereta. Siap angkut car seat masuk dalam kedai ni lagi takut Nayli terjaga. Hiks! So dapatla papa & mama makan dengan kusyuknye.

Habis makan baru Nayli bangun. yeay!

Alololo muka mamai tengah bangun tidur.




Muka preggy mom yang kepuasan & kekenyangan.





Nak datang sini?? Jomla. Tapi jangan datang hari Selasa tau. Tutup.





Serius.

Nasi & ayamnye memang tersangat sedap.Selain ayam ade juga kambing. Rasenye tak pernah makan sesedap ni. Sampai mengigau-ngingau. Ngeheeeee. Arghh ni yang rase nak mengidam sampai ke hujung preggy ni. Macam ni every weekend la kena balik Seremban kan kan kan Enchek Husband. Hehe.

Rugi sape yang tak rase woooo. Tak tipu. Lain dari yang lain.

Sekian.