Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, May 23, 2012

Wordlove Wednesday - Can't Wait-lah. Yeay!!!!

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat Hari Raya...... KAHKAHKAH!

Apa?? Ingat hari raya je boleh riang?? Kita pun tengah riang ni tau. 



I'm coming, i'm coming!

SoOOOooooon. Very soon bebeh!

;p

♥ Yeay!! 

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p






 

Tuesday, May 22, 2012

Murah Rezeki Dapat Makan @Serai, Empire Subang Gallery


Kitew happy sangat tau semalam. Dah mula la ngada-ngada tu ;p Wek Wek.

Semalam ada lah supplier kita yang sememangnyeww baik hati lagi berkarisma tinggi belanja kitew makan. Sebenarnya kitew ingat dia ajak-ajak ayam jew yelah kitew ni malu nak makan lelagik kalau makan free ni. Tak biasa tew. Tapi sebab dia begitu bersungguh-sungguh lagipun dah lama dia cakap nak belanja makan so saya pun proceed jelah. Kami pergi beramai-ramai dengan budak office yang lain. Rezeki jangan di tolak musuh jangan dicari kan. Tak gitew.


Ok sudah-sudah dengan konsonan 'w' di penghujung ayat ok. Geli tau. Geliiiiiiiiiii. Uwek.

Port lepak kami sememangnya lain dari pada lain. Yelah manusia kena maju pandang ke hadapan takkan la nak stick dengan benda yang sama je takde improvement langsung, makan makanan yang dah biasa makan je tiap-tiap hari bosan tau tak arggghh feel good yeay!! Kami menjamu selera di Empire Subang Gallery. Sebenarnye ini adalah kunjungan kedua saya ke Empire sebelum ianya meletop tebabo dulu. Kalau Serai ni pulak adalah kunjungan pertama saya. Empire Subang ni memang standard habis, so memang tak sesuai lah untuk saya shopping mopping kat sini. Setakat cuci mata tu bolehlah. Saya ni kan orang biasa-biasa je ;p

Supplier ajak kami makan kat Serai, kami pun on je lah. Time lunch hour memang penuh la jugak. Dalam hati bukan terfikir nak makan ape tapi fikir eh sempat ke aku balik before 2pm ni? Ahak jauh betul imaginasi gitu. Mamposla kena bambu dengan boss lagi kalau balik lambat. KAHKAHKAH.

Fulamak menu kat sini memang class habis setanding dengan harganya yang boleh tahan jugak. Tapi takpela bukan kami kena bayar pun bagusla itu namanya murah rezeki. Alhamdulillah.

Semuanya sikit-sikit tapi best sebab boleh rasa pelbagai jenis makanan.

 Serai Testing Platter @ RM30

A 6 cucuk satay (beef, lamb or chicke, fried squid and make it yourself bruschetta)


Lepas tu kami makan yang lebih heavy.

Supplier saya tu makan nasi kerabu.

Panjang tau cerita disebalik ni. Sebenarnya saya memang lapar giller time ni tapi sebab nak cover line shy-shy cat saya cakaplah tak lapar. Tetiba bila food dia sampai, saya terfikir aduhh bestnya memang menyesal tak sudah sebab tak order benda ni. Dahla berulang kali supplier tu cakap sedap. Bau ayamnya memang menusuk sampai ke hidung.

Ok ok nak tau ni apa?

Nasi Kerabu @ RM20
Rice served with ayam percik, salted egg, ulam, solok lada and keropok ikan.
They use the real morning glory flowers to color the rice too! Fuiyooooo.


Ok seriously saya ni bukan pemakan dalam portion yang sikit tapi sebab saya teruja bila tengok menu list siap ada gambar sekali saya pun terus order benda ni. Nampak cute je. Lagipun tadi kan dah cakap shy-shy cat.

Alahaiiii secoet nya macam mana nak kenyang ni!! HAHAHAAHAHAH But seriously, this dish is really......ohsem!!!! A must try if you visit Serai. (wahai supplier, nanti kita makan kat sini lagik ye ;p)


                                                      Crispy Skinned Salmon @ RM35
    Served with potato cakes, sauteed asparagus spears and crisp bead with roasted capsicium dip.              
                                                                            Wallaweh!!!


All in all, saya rasa my first dining experience here was great - makanan kat sini memang sangat sedap dan beautifully crafted. Cantik betul!

I will definitely drop by again. Mesti!!! Ada sesiapa yang nak belanja saya makan? HarHarHar.
Lastly pencuci mulut. Nak macaron kaler pink takde la pulak.

Sebelum makan jom nyanyi reramai dulu. Berdua dengan mu, pasti lebih baikkkkkkkk, aku yakin itu. Ahak ahak nak nyanyi la pulak kamoooo ni. Nak makan la, nak nyanyilah PANGGG sekali baru tau. Grrrrr.



Kuning pun hijau jadikla. Kali kedua makan macaron. Baru makan sikit pun tak habis manis ya rabbi. Tak baik membazir tau coz syaitans are not so cool. Sila habiskan cepat. OkBai!


Yeay!!!


Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p







 

Monday, May 21, 2012

Posting Terbaik Di FAcebook Pada Hari Ini. I loike....

Thumbs up for posting by Dr Prof Muhaya kat Facebook hari ni. Ohsem! Really adore her.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26). Manusia berjaya mengambil tanggung jawab atas apa yang berlaku. Mereka akan sibuk memperbetulkan diri sebelum memperbetulkan orang lain. Kisah nabi yg ada isteri yg engkar dan Firaun dgn isteri solehah adalah pengajaran. Kita memilih sistem kepercayaan dan cara kita melihat sesuatu mempengaruhi tindakan kita dan hasil kehidupan kita. Orang bijak sentiasa mengambil pelajaran orang kurang bijak sentiasa mencari kesalahan


Yes, totally agree perbaiki diri dulu, untuk mendapat yang terbaik. Solehkan diri dulu, 


untuk mendapat yang solehah.  Mungkin ada juga perempuan yang baik, mendapat 


pasangan yang jahat. Tapi kita kena ingat tujuan sebenar  perkahwinan itu, hanya untk


 melengkapi kehidupan agar lebih bermkna sebagai hamba Allah. Jgn lari dr cinta pada Dia,


 asas utama. Sememangnya mendapat lelaki yg baik adalah 'bonus' drpd Allah. Siapa yang


 tak mendamba mendapat ketua keluarga yang beriman, patuh kepada perintah Allah SWT 


dan bertaqwa kan?  Dalam perkahwinan pun, tak kira pasangan kita bagaimana, pasti akan


 ada ujian dari-Nya. Ada yg mendapat pasangan sama baik tapi akhirnya dua-dua 


terkandas, menjadi jahat dgn ujian Tuhan. Ada yag baik tapi dapat mengubah pasangannya


 yang jahat menjadi baik. Bermakna dia berjaya mengatasi ujian  Tuhan bukannya 


mengikut jejak jahat pasangan pada awalnya last-last dua-dua jadik jahat.  Ntahla zaman


 sekarang memang macam-macam. Laki bini orang pun selalu buat hubungan gelap 


dengan laki bini orang lain. Tak takut dosa kot memang dunia dah


 akhir zamanlah. Wallahualam.



Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p







 

Kunjungan Kali Kedua Ke Republic Food, One Utama

Assalamualaikum,

Weekend memang soOooooooooooooooo GREAT! Sampai takde masa nak update belog tew. Kat office ni pun tersengguk-sengguk mata kuyu *sighhhh. Eleh macamlah kau update setiap hari kan. Alaa nak cerita pasal weekend pergi mana, dengan siapa, anak makan ape pun nak kena bagitau ke? Tak mahulah. Hee Hee Heeeee......

Ok jangan biarkan mood Monday Blues mempengaruhi kita semua. So untuk membuatkan semuorang tampak gembira dah ceria, nak cer cer la sikit pasal makan. Last Friday yang indah kami ke One Utama Shopping Mall untuk lunch. Nama pun Jumaat yang indah memanglah kena chill to the max. Giller betul budak office aku ni  nak shopping and mopping je kerja tak habis-habis. Me? Temankan je manalah ada pitis hujung-hujung bulan ni ;p

Memanglah kami tidak akan ke singgah ke KFC or MCD sebab itu adalah makanan yang tak menyihatkan.  Itu Ahmad yang kata bukan aku yang kata. Sebab haritu dah singgah makan kat sini dengan mak, so saja recommend geng-geng makan lunch kat sini. Diorang semua ok je.

Macam-macam ada di sini. A full lists of tenants there include:

Farm House Chicken Rice
Serimuka (East Coast Malay Food)
Little Wok
Rama 9
Fragrant Rice
Pepper Lunch Express
Hong Kong Roast
Shokuji
Tarbush Express
Hot Plate(Fusion and local food on sizzling hot plate)
Western Cuisine
Express Teppanyanko
Laksa Shack

One of my friend tu kan peminat setia Japanese Food.

Teriyaki Salmon Bento Set @ RM16.90


This bento served by Shokuji, along Chawan Mushi and Miso Soup. Rasanya sedap similar to the major Japanese foor franchises macam kat Susi Zan Mai, One Utama or Ichiban, Sunway Giza. A huge piece of salmon fillet dengan rasa yang sangat exotic memang sangat puas hati.
Yang ni memang paling sedap tapi sesiapa yang nak makan mesti kena ada kesabaran yang tinggi.

Spaghetti Skillet Salmon @ RM18.90

Western food from Western Cruisine Express memang penuh dengan orang kena beratur panjang sangat lelagi on weekend and its best selling is a slice of salmon fillet served with a moderate portion of spaghetti. Anda seorang yang sabar? Haa boleh lah cuba makanan ni ;p

BBQ Chicken Drumstick Rice @ RM7.90

It is halal and authentic, allowing everyone to enjoy the taste of Chinese style roast meats. Yummeh!!

Curry Chicken Drumstick With Rice @ RM12.90

Siapa yang mempunyai selera makan yang besar sesuai cuba yang ini. Boleh juga dikongsi between two small eaters. Kalau saya, sorang makan pun settle. Ahak! Ahak! Terdapat salad, udang dan mayonis supaya rasa lebih creamy. Ohsem!
Saya sebenarnya sangat rambang mata bila tengok deretan makanan kat sini.



Sebab malas nak fikir bebanyak dan malas nak beratur so pilihan perut saya untuk hari ni ;) 

Chicken Chop @ RM10.90



Sedap siut dah la portion punyalah besar. Mulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah.....



Apepun la kan. Saya sangat suka makan kat sini coz I can see how my food is prepared and all international cuisine comes in a fairly huge portion. Burpssss Alhamdulillah.

*********************************************

Tu lah dia.

Kadang-kadang tak faham lunch hour sejam je. Tapi nak pergi One Utama dekat tak dekat la, dengan trafic jam, pusing cari parking je dah setengah jam. Nak terkedek-kedek jalan lagi, window shopping lagi, makan lagi. Phewwww.

Ohoiiiiii ingat office ni bapak kau yang punya ke hari-hari masuk office after lunch pukul 3pm? Nah PANGGG sekali.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

Thursday, May 17, 2012

Absolutely. Yes! Ini Baru Jenis Contoh Suami Yang Baik.



Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p








 

Nobody Perfect-Lah. OkBai!

Assalamualaikum semua,

Ok ok. Entry ini tidak mempunyai satu pun gambar seperti kebiasaan. Dahla tak bergambar malah mempunyai ratusan mungkin ribuan patah perkataan pasti membuatkan mereka yang tidak gemar membaca karangan berjela-jela merasa gelisah dan tidak tenteram. Sakit kepala, sakit perut nak muntah semua ada. Untuk mereka yang cintakan blog bergambar, saya janji saya janji dah tak buat entry takde gambar lagi. Lepas ni saya tepek gambar bebanyak ye kasi anda semua tengok sampai muntah. Yehaaaa!

Baiklah sebab saya nak rasa lebih syok, lepas ni saya guna word 'aku' je instead of 'saya'. Boleh ye. ;) Silakan......

Masa kecik kecik yakni masa sekolah dulu aku hanya tau  kalau nak mencurah perasaan curah kat diari je. Ya! sebab diari boleh dipercayai 100%, tak talam dua muka, tak belakang kata lain depan kata lain, tak hipokrit pendek kata kalau cerita apepun kat diari mesti rahsia kau akan disimpan rapi. Fuhh

Bila masa aku tengah sawan KAHKAHKAH aku akan luahkan kat diari. Diary ooo diary kenapala ekhem ekhem buat aku macamni, kenapalah bebal sangat otak aku ni berhelai-helai notes book dah aku baca tapi tak boleh jawab exam, kenapalah tu, kenapalah ni. Eh semualah diari tahu. 

Lepas tu masa aku pindah rumah diari aku pun ntah kemana lantaklah aku pun dah tak rajin nak tulis-tulis  lagi.

Sampailah bila aku mengenali dunia blog, eh best jugak. Disebabkan aku ni seorang yang mengada-ngada so memang aku rasa seronok la jugak. Dulu masa mula-mula tulis blog tak terfikir pun orang akan baca blog aku. Saja suka-suka. Sampai sekarang pun aku terfikir ada ke orang nak baca blog aku yang ngokngek ni, tapi aku tau yang banyak.. uh uh uhhhhhh 

MEMANG ADA STALKER BACA BLOG AKU NI!!! Panggg 10 kali. TROLOLOLOLOLOL!

Memanglah bila kau rasa macam ada orang baca blog kau, mesti akan rasa nak tulis yang baik-baik je supaya orang ingat kau ni adalah manusia yang sempurna luar dan dalam. Fulamak PERFECT gitu hey hey hey nobody perfect-lah. Whateva oh baby baby oh baby. Eh aku bukan berlakon filem Ombak Rindu ye. Jangan salah faham. Haisssshh ape yang merepek ni. Haipppp.

Nobody is perfect. Semua orang tahu. Kita akan rasa seseorang itu perfect only if we know him/her secara surface. Setakat luaran jumpa kat office je, memanglah kentut pun bau wangi padahal bau kentutnya adalah OMG! (Oh-Mak-Gayah!) Busuk mengalahkan bau bangkai. Tapi when you get to know that person deeper, the perfectness will shed away one by one gradually. Betul aku cakap ni korang ingat aku memain ke. Masing-masing ada otak lu pikir la sendiri. 

And what I want to tell you is, I'm not perfect either.

Apepun aku rasa dalam hidup ni lets spread  the love and stop hating each other. Aku takkan rasa sakit hati since I got lotttttttttttttttttttttt work to do and I forgot already how to actually feel the sakit hati. Takut-takut nanti awak pulak yang lebih rasa sakit hati sebab I takkan bagi respond kat awak dan u keep stalking my blog and facebook, block your facebook hoping that I will serang awak balik, which I assure, will never happen-lah. Hellloooooooo, I takde masa la nak layan semua tu leww janji ape yang I nak semua dah dapat balik yeayy, im not the loser hokkay, kau yang loser hahaha and the only reason I blog is to share my thoughts and experience jeww. OkBai.

See. Blog akma81 memang suka menyampaikan nilai-nilai murni untuk renungan bersama gitew. Jom clap our hands reramai. TaraaTaraaaaaaaTaraaaa. Selamat beramal. Mutiara kata untuk hari ini ialah:

"TO ERR IS HUMAN, TO FORGIVE, DIVINE"
When people do things wrong we should try hard to forgive them because all people make mistake


Hey, hey, hey nobody perfect-lah.


Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

Wednesday, May 16, 2012

Makan Kat Subway Gerenti Kenyang Sampai Esok

Assalamualaikum,

Pepagi buta lagi dekat office saya ni dah discuss lunch nak makan apa. Giller makanholic betul orang-orang kat sini. Silalah jadi workholic sikit macam saya. KuiKuiKui.

Saya sebenarnya buntu. Asyik cerita pasal makan je. Iskk apehal pulak ni. Nak kata saya suka sangat makan tu takdelah jugak. Kenkadang tu sehari tu makan sekali je. Actually Japanese food was my choice chewahhh sejak dua menjak ni la katakan, next proceed to Subway which ekhem ekhem craved for.Yieslah! It has always been my favourite place to go for sandwiches. I always order subway melt, half foot long, Parmesan oregano, wholemeal bread and extra olives, please..........



Tada..... ada 5 jenis roti kat sini. Boleh pilih nak yang mana satu. Setiap jenis ada nilai kalori yang tertentu. Kalau tanya aiiii of course la Parmesan oregano u olss..... Yummy!



Bawang besar ungu, pickle jeruk timun, tomato, timun, salad, peria, green pappers, black olive. Memang healthy habis. Boleh pilih nak letak apa dalam sandwish. Kalau tanya ai, semua letak! Oh ai memang pemakan sayur dan segala jenis rumput rampai, cume ulam-ulaam je ai tak makan, pedih tekak u olss. Alah tak biasalah.

Sos pun boleh pilih gak. Cili, tomato, thailand sos, mustard, BBQ sos, tousand island, mayonis. Fuiyooo nak letak semua pun boleh je. Semuanya sedap nyum nyum.

LAgik kalo order set boleh pilih jugak sama ada nak cookies yang soOoo boOoolat dan gemuk or kerepek kentang potato Jack n Jill. Cookies tak nak makan dulu simpan bawa balik office. Eh giller kan ko ni kat office pun sambung makan lagi.



Makan kat Subway gerenti kenyang sebab sandwish nya memang besar. Kalau tak kenyang gerenti tak baca Bismillah ;p






Cak cak cak. Kenkawan makan yang suka makan macam saya jugak. YEay! Lega sunggu tekak ini tatkala dibasahi dengan Coke.




Tersesat. Kesian. Over tau ;p


Tu lah dia aktiviti kat ofiice. Makan, makan dan makan. Hidup untuk makan ke, makan untuk hidup. PANGG sekali baru tahu. Okbai.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

Tuesday, May 15, 2012

Sembang Pasal Perangai Teruk Malas NAk Layan

Oh ok.

Entry ke Pedas Linggi bersambung lagi. Erkss memanglah pergi 2 hari 1 malam je tapi nak juga buat lebih dari satu entry. Jangan haraplah buat 1 entry je. Memang tak aa kan. Memang tak ah. Memang tak. Tak.  Takkan. Ermpssssss..

Sepanjang perjalanan kami ke Pedas tempohari saya jadi boss duduk rileks kat belakang dengan siapa lagi, my BFF, Miss Sue in da' house. Yeay!

Girls just wanna have fun!!



BFF saya ni santeks tapi still single and available. PERGHHHHHH. Dia baik, cantik, pemurah, down to earth, sangat bijak bila diajak berbual pendek kata tak kenal maka tak cinta. Yelah zaman sekarang ni bila tengok perempuan tak bertudung, berambut blonde, sexy mexy mesti orang senang-senang nak cop perempuan jahat. HAIPPPP.

Kami berdiskusi dalam perjalanan ke Pedas. Pasal lelaki, perkahwinan dan PANGGG! Siapa yang bertuah boleh lah kena penampar ;p 

Kalau dah bercinta mestilah nak kahwin. Ada juga yang bercinta sesaja. Nak je aku TAMPO sesapa yang jawab macamtu. Walau bagaimanapun baik aku dan BFF rasa kahwin muda bukanlah jalan penyelesaian. Bayangkan usia 20 tahun dah kawin. Ada anak pulak tu. Haiyaa sangatla muda pergilah menuntut ilmu sambung belajar ape ke dulu. Dunia sekarang harus ada ilmu sebagai bekalan, tak banyak pun sikit. Kahwin umur 20 tahun sudah tentu ia berbeza dengan orang yang berusia 25 tahun dari segi pemikiran, gaya hidup dan kematangan.  Takut-takut kahwin muda lepas dah beranak sibuk pulak menggatal kacau lelaki orang. Isk isk isk Nauzubillah minta dijauhkanlah orang macamni ;)

Ingat lagi saya ketika usia 20 tahun sedang sibuk menelaah pelajaran di 'U', berjimba-jimba dengan kenkawan yeyeye, enjoyla selagi muda bayangkan siapa yang kahwin muda tentunya tidak bersedia untuk bangun tengah malam untuk membuat susu dan tukar lampin tatkala rakan seusia sedang enak dibuai mimpi indah dan hidup bergembira. Erkssss bosannya zaman muda dihabiskan macamtu je! Awww totally not agree.

Apapun bagi yang dah berumahtangga mencegah lebih baik dari mengubat. Falsafah klise ni seakan sangat sinonim dengan rakyat Malaysia amnya. Malah ada ungkapan yang serupa dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, walaupun kita kurang pasti hak milik siapa sebenarnya perumpamaan tersebut, namun nilainya tetap wajar untuk diambil sebagai iktibar.

Yelah biasanya perkahwinan yang pada mulanya atas dasar Romeo & Juliet berakhir dengan penceraian (Nauzubillah) kerana kebanyakkannya campurtangan orang ketiga. Apepun. SEBAGAI SUAMI HARUS MEMAHAMI DAN MENDALAMI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KETUA KELUARGA BERPRINSIPKAN TUNJANG KEAGAMAAN. Barulah keluarga boleh success gitu. Amin.

Dan bahagia atau tidak adalah pilihan kita sendiri. Kita berhak membuat pilihan sama ada ingin berbahagia dan gembira atau sebaliknya. Allah SWT sendiri sudah menyatakan bahawa Beliau tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri. Ini bermaksud walaupun qada dan qadar kita telah ditetapkan, namun kerana ianya bersifat tidak diketahui kesudahannya maka menjadi kewajipan kita untuk sentiasa berusaha mengikut lunas-lunas agama Islam yang benar, bukan nak seronok je hidup tanpa pegangan agama dengan mengikut nafsu syaitans semata-mata. Kadang-kadang orang sekeliling tengok kita cuma diam saja tapi bukan tanda setuju cuma malas nak cari gaduh. Tapi dalam hati punyelah menyampah dengan kebodohan dan kecetekan kepala otak orang-orang macamni. Tak ingat anak/bini/suami langsung. Hakk Ptuihh! Syaitans are not so cool. Jangan sampai aku tetak ko 20 baru kau tahu erti penyesalan. Itu Ahmad yang kata bukan aku. Okbai.

Haish zaman sekarang memang macam-macam, bapa rogol anak, suami orang berkasih dengan bini orang, bini orang tipu laki hidup-hidup sebab nak berkasih dengan laki orang. Erksss cukuplah aku pun dah konpius dan menyampah dengan apa yang aku cuba sampaikan ni. Memang panjang gila discussion kitorang berdua. DANGG. Ok dah la tu. Pening kepala. Sukati koranglah nak buat ape.

Sekian saja perkongsian ilmu pasal rumah tangga untuk kali ni dari kami. Mutiara kata dari akma81 untuk korang pada hari ini ialah:

"Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah".


*************************************************


Kami berbincang rancak serancak kenderaan yang kami naik. First time kalau kerja seumur hidup pun memang confirm tak mampu nak beli.

Class gitew. Meletopssss. Kau hado???



Gaya, mutu keunggulan. CHEWAHHH. Aku dah tentulah nan hado. Kerja sampai pencen pun tak mampu nak beli. Gile speed sampai 180km/h pun tak rasa ape. Patutlah cepat je sampai. Tak sempat lelapkan mata.  Bila lagikla agaknya boleh sampai sini lagi. Jenjalan pegi pekan Linggi pun naik Porshe. Terbeliak jugakla mata orang kampung tengok. Memang sangat jantan.

Nak makan ikan pi tangkap sendiri, siang bersih-bersih pastu masak. Wauuweeee.



Bila tekak terasa dahaga boleh mintak tolong pakcik apentah nama dia ambilkan buah kelapa muda.

Itu dia. Belah kelapa dan terus minum airnya. Pure takde campuran gula. Ohoiiii bestnya. Kitew tau angkat gambar je kalau suruh kitew panjat pokok kelapa ni memang GEDEBOOMM jatuh macam nangka busuk punya. TOINKKK!



Nantilah ada rezeki jumpa lagi korang semua. Kita dah nak pergi jauh teww ;( Sobsss. Apakan daya terpaksa dalam rela. Eh kalau taknak pergi boleh tak? Tak best pong. Nah PANGGGGGG sekali.





Ahhh feels good! ;) Yeay!!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

Monday, May 14, 2012

Bercuti Di Hutan Rimba Pedas/Linggi

Assalamualaikum,

Hi rakan-rakan yang cantik lagi kacak, last weekend kamu semua berjalan ke mana. Saya? We have fun. Yeay!!!!

Arghh very the boringlah asyik-asyik The Curve, asyik-asyik One Utama takpun Sunway Pyramid. Bingit dengan kesibukan kota saya rindu dengan suasana kampung yang nyaman lagi tenang. Chewahh poyo lah kau ni. Hihi.

Awal-awal lagi dah mintak tolong Enchek Husband jagakan anak-anak. Mama nak outstation kejap ala sekali sekala je. Kalau tak hari-hari kamo semua berkepit kat ketiak mama kan. Tapi memang sedih sangat tew nak tinggalkan anak-anak ni. Sobssss sobsss. *kan dah keluar hingus hijau.

Kami geng-geng office melancong ke Pedas Linggi. Tempat ni bersempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan. Walaupun hometown saya kat Seremban, tapi eden tak ponah sampai kek sini yoo. Betul yo tak tipu. KAHKAHKAH. Perosak bahasa sungguh.





Sepanjang perjalanan dah masuk exit Pedas Linggi bila pandang kanan kelapa sawit, pandang kiri pulak ladang getah. Oh my Oh my very the nyaman. Kami bertolak awal pagi. Cuaca kat sini sangat sejuk macam Cameron Highlands pulak. *Grrrrrr ketap-ketap gigi sebab lupa nak bawa baju tebal.

Perjalanan mengambil masa dalam sejam je. Yelah bertolak dengan kenderaan kuasa kuda memanglah boleh speed nasib baik takde speed trap. Yeay!! Dah sampai. Kami menginap di rest house boss kami. Haa yelah jangan tak percaya dalam hutan rimba macam ni pun ada rumah yang cantik. Boss kami sangat old timer suka sangat dengan hutan rimba ni. Walaupun rumah dia nun kat Kota Damansara tu besar ya rabbi tapi beliau memang sangat berjiwa green green grass.




First and foremost kawasan rest house ni memang da' kampung habis. Cool atmosphere.Tengokla sangat luas kawasan rumah ni. Cakap je apa yang takde. Ayam, itik, ikan, lembu, angsa segala jenis binatang la semua ada dipelihara di sini. Semuanya siap dengan kandang or sangkar dan ada penjaga yang menjaga binatang-binatang ini. Semuanya dalam keadaan bersih. Masa ni jugaklah berpeluang mengenali jenis-jenis pokok.




Saya memang mempunyai kebebalan sikit part mengenali jenis-jenis pokok ni. Baru tahu. Ni pokok nenas. Laa comelnya lepastu senang je nak petik buah kalau dah masak. Ingat pokok nenas macam manalah. *Hihi kesian ko akma pokok nenas pun tatau.




C-O-M-E-L-S-S-S !!




Mukeww bebudak excited bila datang kampungww, Ada tu macam "wah bestnya macam nak tinggal sini terus je." Eleww baru line telephone dah tinggal berapa bar jeww dah bising, baru nampak cacing dah menjerit. Konon lah kau. Haha. 

Ni leww muka-muka yang paling awal sampai. Semuanya tetiba diserang symptom yang pelik-pelik. Muka ngadeeeee jewww tewwww. Ramai lageww yang joinww sebenarnyeww tapi tak sampai lagewww. (Perlu ke masalahnya nak tambah huruf 'w' pada huruf konsonan haa? Yeah yeah yeah!)




Rumah penginapan dengan bilik aircond memang dah sedia ada tapi mengada nak duduk dalam khemah. Terkinja-kinja nak merasa tidur dalam khemah eleh sekali datang harimau sesat ngap kau baru tau. FFFUHHHHHH.



Tengah sibuk-sibuk menghayati keindahan alam sekitar yang sangat lain dari yang lain tetiba dah malam. Apelagi BBQ time. Yeay!

Saya ni kan adventurous jadi saya telah cuba melakukan semua aktiviti kat sini. Macam good-good je kau berlakon tengah tolong masak kan. DANGGGGG!



Macam-macam aktiviti malam kat sini. YAng wajib mestilah makan. Rancak giller semuanya berborak during the BBQ time.



Macam-macam benda masuk dalam perut. Memang best. Tapi yang paling best adalah ini. Eh baru belajar makan benda ni. Selalu tak payah bakar, makan je. Tapi bila dah tau macam mana rasa marsmellow bila dimakan lepas dibakar, fuh tak terus tak boleh tidur malam. Makan masa keadaannya yang panas dan cair memang sangat best.




Hey hey awas nanti kena percikan bunga api. Bunga api tebaboo pun ada. Memang happening habis.



Adat menumpang rumah orang haruslah ada nilai berbudi bahasa yang tinggi Lepas habis ber'BQ' ramai tetamu yang balik tapi kami geng-geng si poyo(sss) HAHAHA bermalam di sini sambil membantu mengemas apa yang patut.Wah wah blog akma81 ni mengajar nilai-nilai murni gitu. Awwww.

Bestnye. Eh ada lagi. Tunggu entry yang seterusnya ye ;)

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p