Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, August 25, 2011

Shopping On Weekday

Aiii pergi shopping on weekday u olls!! Erkssss. gedix tak!! Haha. Tu belum start cakap bahasa 'W' lagi. Awwww. FTHW biasalah. Yeay!!

Sekali sekala bila merasa pergi shopping mall on weekday macam heaven la jugak. Eh orang tak ramai la, nak cari parking pun senang tak payah nak berlaga montot. Semuanya tenang je.

Buat calang-calang kalinya first time pergi dengan NAyli je without Enchek Husband. Enchek Husband kerjalah. Bini dia je yang tak kerja. Konfident boleh handle NAyli sorang-sorang. Oh NAyli kan good girl.

Baru bukak kan. NAk la jugak tengok apa yang best. Jusco One Utama. Lama dah tak pergi OU. Last sekali pergi bulan May hari tu.




MEmang la cantik tapi sale takde sangat. Baju longgok-longgok yang biasa ada time mega sale pun takde. Baju kurung kanak-kanak for raya pun macam tak nampak je. Pendek kata bab-bab barang untuk raya kureng sikitlah.

Asal ada belon semuanya bertambah mudah. YEay!!!!

NAsib la kat TOYRUS diorang bagi free belon kat kid. NAyli memang suke belon. Dah dapat belon lagi senang la mama nak handle. Sebenarnya malas nak bawa stroller yang sangatla heavy duty gedabak tu. Tak laratla nak angkat sorang-sorang. Kalau Enchek Husband ada lainlah. So inilah caranya mama nak usung NAyli ke hulur hilir. YAhooo!!!


MAbeles-lah. TAkde ape nak shopping pun. Saja nak jalan-jalan. Saja nak cuci mata. Dah lama pulak rasanya tak tengok dunia luar. Hiks! Lama dah tak pergi One Utama sejak Jusco ditutup sebab major renovation tu. Wah cantikla sekarang.

Heaven untuk kanak-kanak macam NAyli. Playland terbaik !!




Dah tak kisah mama ada ke takde.




Nayli main sorang-sorang mama nak shopping baju jap. Erks boleh ke macam tu. Hiks!



Last but not least. Alololo ciannye muchuk tu. PEnat dah ye. Mama pun dah penat jalan ni.

Mama, nak shushu !!!!!!


Mana-mana pun boleh landing ye sayang.




Dah MOOD RAYA sangat-sangat ni. Yeay!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, August 24, 2011

Penyusuan Eksklusif 2 Tahun Penuh



Dalam usia baby Zara yang semakin menghampiri 6 bulan pada minggu depan kejap je kan, saya sebenarnya sangat tertarik dengan maksud "penyusuan 2 tahun sempurna" yang disebut dalam Al-Quran. Ulamak mensyarahkan sebagai memberi susu ibu selama 2 tahun tanpa sebarang makanan tambahan lain kepada anak.

Juga apabila adanya hukum najis mukhoffafah, iaitu air kencing bayi lelaki yang berumur 2 tahun ke bawah yg cuma minum air susu ibu sahaja; maknanya mesti ada orang yg memang dah berjaya menyusukan anaknya 2 tahun secara eksklusif tu kan kan kan kan.

Tetapi pakar perubatan telahpun memberi garis panduan supaya anak-anak yang berusia 6 bulan ke atas mula diberi solid food. ini bukan bermakna mereka tidak dapat menyusu lagi. Menyusu jugak cuma tambahan diberi solid food-lah.


Ini adalah kerana bayi yang sedang membesar amat memerlukan kepelbagaian makanan dan dalam hal begini susu ibu tidak mencukupi untuk memberikan semua nutrien yang diperlukan. Seorang bayi yang tidak mendapat cukup zat tidak akan membesar dengan baik. Dikhuatiri juga mereka akan develop pica (memakan benda2 yang bukan makanan seperti tanah - feature of iron deficiency anemia in children). Awwwwww.

Apapun mengikut pembacaan saya lagi happy reading u olls, perintah/galakan ,meyusukan selama 2 tahun genap tanpa apa2 makanan dan minuman adalah tertakluk kepada ibu2 yg sihat, tidak mempunyai masalah ketika mengandung, melahirkan dan membesarkan anak itu. Sekiranya ibu ada masalah ketika mengandung (alahan), melahirkan dan membesarkan galakan menyusu lengkap selama 2 tahun itu diringankan dengan ayat dari surah al-ahqaf ayat 15 dan surah luqman ayat 14 iaitu boleh bagi makan/minum benda lain sebagai topup kepada susu ibu

Lagipun stail pemakanan manusia moden kini sudah byk berubah, lebih byk makan makanan yg diproses yang mengandungi sekalian  bhn penambah perisa dan bhn pengawet. Fast food jangan cakaplah. KFC, Mc Donalds, Pizza Hut memang dah sebati dalam perut. Malah makan makanan fresh pun belum tentu freshnya kerana penggunaan baja kimia dan bahan sintetik lain utk tumbesaran tumbuh2an dan haiwan. 


Taraa Taa Taraaa Im Love It. Dulu GCB je now dah double GCB pulak. Saja je nak suruh orang demox makan banyak but I  loike....
Haishh macam mana pic beger ni boleh tersesat kat entry ni pulak. hiks!


* ok ok sambung balik.


So sudah tentu nutrien ibu tidak dapat menampung keperluan nutrien bayi. Mungkin maka rasionallah saranan utk memberi bayi makan seawal usianya 6 bln itu kan. Betul tak?

Saya ada baca satu rencana kat mana ntah yang menceritakan RAsulullah saw dihantar ke kawasan pedalaman untuk disusukan oleh HAlimah Saadiah supaya ibu susuan Baginda itu akan mendapat bekalan air dan makanan yang bersih serta segar tanpa pencemaran sebagai minuman dan makanan. Dengan ini susu yang akan diberi kepada BAginda Nabi saw akan mengandungi sumber yang sangat terjamin kualitinya. Di sini kita dapat lihat bahawa cara pemakanan para ibu yang menyusu anak perlu dijaga. Pastikan yang segar, bersih dan tidak tercemar barulah TERBAEK . Semua ini telah diperlihatkan Allah menerusi sirah junjungan kita semua. Boleh amik iktibar sewajarnya.

Apapun banyak benda yang saya ingin tahu dan tahu. Untuk sesiapa yang baru belajar janganlah kita berasa sedih dan malu kalau taktau  sbb itu adalah PEMBUNUH kepada semangat kita untuk menjayakan penyusuan susuibu. Kalau malu kenalah bertanya supaya kita tidak sesat jalan. Kalau dilimpahkan susu yang banyak jgnlah kita lupa untuk mengepam dan malas2. Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. 

Apapun yang paling penting setiap anak ada rezekinya dan jangan bandingkan diri kita dengan orang lain ok. Cuba selagi terdaya dan Malaysia yakin boleh!!  YEay!!!

Sekian


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, August 23, 2011

Malam Lailatul Qadar

Entry kali ni tak nak cerita pasal makan ke, pasal shopping ke, pasal anak-anak ke. Sekadar renungan kita bersama.

Sedar tak sedar kita dah berpuasa pada hari yang ke-23. Bersemangatlah di sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadan. Sepertiga terakhir bulan Ramadan adalah saat-saat yang penuh dengan kebaikan, keutamaan serta pahala yang melimpah. Seperti biasa setiap tahun di bulan Ramadan, umat Islam akan menunggu kedatangan LAilatul Qadar atau Malam Yang Berkuasa kerana percaya orang yang menemui Lailatul Qadar itu, dosa-dosanya yang lepas akan diampunkan oleh Allah SWT. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Amin.
.



1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.(iaitu suatu malam yg penuh kemuliaan dan kebesaran,kerana pada malam itu permulaan turun Al-Quran)
2.Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.\
uinya pada 
Antara amalam-amalan yang wajar di lakukan pada malam Lailatul Qadar

1-Bertaubat kepada Allah SWT
2- Sentiasa berdoa
3- Beristighfar kepada Allah SWT
4- Solat berjemaah
5- Berjaga malam atau Qiamul Lail.
6- Sentiasa mengingati atau bersedia menyambut kehadiran malam Lailatul Qadar.
7- Mengandakan amalan kebajikan
8- BEriktikaf di masjid sekadar yang mampu.
9- Bersedih dengan pemergian Lailatul Qadar.
10-Berdoa agar sempat menemuinya pada tahun depan.

Wallahualam.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Syoknye Jadi FTHW

Awwww.

MEnjadi FTHW sekarang  ni betul-betul mengubah perception saya. Laaa takde la susah sangat pun jadi FTHW walaupun kena jaga dua orang anak kecil. Cuma part boring tu tak boleh cakap apalah. JAga anak pun boleh masak. Boleh basuh baju, boleh layan Facebook, boleh update belog, boleh browse online shop. Penat lagi pergi kerja. Penat lagi kalau kena berhadapan dengan orang yang tak reti bahasa kaki bodek hukhukhuk. Part yang paling penat mestilah masa nak pergi balik office tu. Sikit-sikit jammed. Lagik-lagik kalau ada accident or hujan. Kalau kereta rosak pun boleh jadik jammed jugak. Rakyat Malaysia kan prihatin.

Kerja mama bertambah-tambah la senang. Lalalalalalala~
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Asal nampak mama masukkan adik dalam buai je automatically Nayli akan sambung kerja mama. Smart girl. YEay!!!

Kerja kak Nayli lah ni. Kalau adik nak tidur mesti kena ada doll.


Tapi yang kelakarnya lepas adik dah bangun big baby pulak nak mama buaikan. Tak tahan godaan betul walaupun sebelum adik lahir buai ni dah lama bungkus. Hiks!


Absolutely amazed at how smart babies are nowadays. Shweeeetnye-LAh. Jangan roboh sudahlah.


Oh biru mata hitamku. Aww. Panjang akal sungguh.


*Erksss dah tak lama je lagi jadi FTHW ni. Sobsss.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, August 21, 2011

My Favourite Nursing Position

Ada banyak cara untuk breastfeed baby. Menyusu sambil baring is my favourite nursing position. LIKE.LIKE.LIKE.LIKE.LIKE.


Senang je nak buat sebenarnya tak susah pun. Memula baringkan baby dulu lepas tu kita pulak baring sebelah baby. Mengiring sedikit (bukan mengiring sangat sampai macam nak sua breast masuk mulut baby yer) Lepas tu sendal bantal kat belakang badan kita dan bersandar sikit pada bantal tu. Pas tu mengiringkan baby supaya mengadap kita, ampu belakang badan baby supaya dia pun tak lenguhlah. BArulah baby & mama selesa dapat rest. Susu pun lebih banyak keluar. Yess!! Posisi paling best.

Selesa!!! 

NAk tau saya guna cara ini masa 1st day saya lahirkan baby Zara. BEberapa jam lepas bersalin. Altho baby Zara tak berapa pandai nak sucking masa dalam labor room, tapi bila saya dah pindah masuk wad baby Zara dah boleh nenen sambil baring. Baby yang bijak. Nurse tengok saya pun senyum je. Ya nurse, kan kena breastfeed baby every 2 hours kan.

MAsa first time bepantang masa Nayli dulu takde ilmu. Kalau nak menyusu je kena duduk atas kerusi meja makan kat kampung. Tuhan sahajalah tau betapa lenguhnya kaki dan pinggang. Dahla everytime nak breastfeed tu lama lepastu every 2 hours kadang-kadang kurang dari tu baby nangis nak susu. Masa tak ilmu penyusuan tak cukup lagi so STRESS jugaklah dengan keadaan tu. BAyangkanlah berapa lamalah boleh tahan duduk berjam-jam nak breastfeed baby.  Sakit pinggan weyh.

LAst-last tak boleh jadi. Search kat youtube macammana nak menyusu baby sambil baring. LAaa senang je rupanya. Sebenarnya kalau nak menysu sambil duduk pun boleh je tapi kenalah dalam keadaan selesa. Belakang badan alaskan dengan bantal dan untuk kaki letakkan stool or bangku kecil supaya kaki tak lenguh. Lepas tu baby tu kita letakkan atas bantal dan bantal tu pulak letakkan atas peha kita supaya kita tidak membongkok untuk menyusuakan baby. Masa tu barulah rasa selesa dan boleh rest jugak.

Kalau menyusu sambil baring bukan sahaja selesa tapi bagus untuk baby jugak sebab dia akan terus tertidur compare kalau sambil duduk kita kena angkat baby dan letak balik kat tempat tidur dia. Bila anak dah makin besar macam NAyli dulu bila tengah menyusu sambil baring dia akan usap-usap pipi mama, rambut mama, mata telinga hidung mama. Mama pulak boleh peluk baby dan usap baby so both of us sangat comfortable. Sweet je.

Kalau guna teknik yang betul semasa menyusu sambil baring adalah tidak merbahaya. Lagipun mother's natural instict supaya tak timpa baby yang tengah tidur kat sebelah. Dalam buku Dr. Jack Newman pun ada tulis macamni. Lainlah kalau si ibu tu under alcohol influence memang sangat tidak digalakkan tidur dengan baby. Kalau baby tersedak biasanya masa awal-awal penyusuan sebab aliran susu tengah laju. Angkat dan tepuk-tepuklah sikit belakang baby then continue. Selalunya bila baby dah makin sedar akan kurang tersedak sebab dah jadi efficient nurser compared to newborn yang baru nak belajar control milk flow.

So far selama saye menyusukan kedua-dua anak saya belum pernah terjadi kes terhimpit baby walaupun adakalanya saya tertidur sambil menyusu. Alhamdulillah. Mungkin sebab mindset - dah ada baby kat sebelah kot. Kalau terjaga, terus alihkan badan jangan pulak sambung tidur kat situ jugak.

Baby Zara yang mAkin advance. MEnyusu sambil meniarap pun dah terer. Lagik besar lagik macam gaya macam kak Nayli dulu. Berdiri, duduk, tonggeng semua ada.



Aya tengah rehat. Haa tau pun penat. Kak Nayli panggil adik Aya. Sampai mama pun dah terikut-ikut. Aya. Aya. Aya. Aya.



Yang masalahnya sekarang baby Zara dah sangat terbiasa menyusu sambil baring sampaikan bila saya menyusu sambil duduk dia macam dah tak nak pulak. Kalau duduk mulalah dia buat gaya badan keras.  Lagipun sekarang ni dia dah pandai mengiring sendiri bila menyusu sambil baring. KAlau kat rumah sendiri takpelah kalau kat rumah orang, kat shopping mall, kat dalam kereta macam mana. Adooyaiii!!!

LAst but not least. Wajib ada. Buah hati pengarang jantung mama. YEay!!!


Muahs-lah.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Reunion Sekolah Lama

Di sini kami disatukan.



SMTPD sekolah kami ilmu dipelajari...
Pendidikan berkualiti matlamat ditujui...

Saya ke Sunway Pyramid lagi. Laaa hari tu baru pergi. Rasa macam every week pulak pergi sini. yeay!!


Dah takde misi-misi nak shopping raya poket dah kempis. KAli ni dengan mission yang lagi best dan terbaik. Selepas 12 tahun kami berjumpa kembali. Majlis berbuka puasa beramai-ramai dengan member-member sekolah lama di Hartz, Sunway Pyramid.  Excited lah. Lama tak jumpa diorang. REunion kali ni lagi riuh rendah suara anak-anak dari suara mak bapak. Agaknya kalau every year buat reunion macamni langsung dah tak dengar suara mak bapak. Sebab anak-anak dah bertambah makin ramai dan ramai kan.Erkssss.

Eat All You Can atau dalam bahasa melayunya makan sampai lebam.




Yang datang semua bawa family masing-masing. Ada yang anak sorang, ada dua orang, ada tiga orang yang paling banyak rasanya empat orang kot.

Hamboii hamboii Nayli seronok ye bila dapat minum air manis. Mirinda strawberry lagi u olls. Habis mulut merah mengalahkan lipstick mama yang tak berapa nak merah.




Ramai jugak yang datang. Yang jauh, yang dekat pun ada. Altho tak sama class masa belajar dulu tapi kami semua dari batch yang sama. 97/98 yeay!!!

Ini yang paling saya kamceng. Classmates saya dulu. Ehem. Ehem. Banyak betul gossip terhebat yang saya baru tau. Ooooooooooooo. Eh bulan puasa mana boleh gossip la Seth-Tan kena ikat. Hiks!



Yeay 10000x !!!

LEpas dah habis gossip kat dalam HArtz, sambung gossip kat luar Hartz pulak. Yelah lama dah tak jumpa. Dulu lain, sekarang lain.



Memang style-lah !! Hooyeahh!!!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, August 20, 2011

Berlaga Montot Di Uptown Kota DAmansara

Dah lama dah nak pergi sebenarnya. Finally Uptown Kota DAmansara here we come bebeh!!! Biasalah dulu agak-agak nak ke sini boleh terus terbang je. Now? Dah ada anak-anak tersayang. Cannot-lah.

Datang takdela awal sangat, tunggu Enchek Husband balik tarawikh baru pergi. Yaaa ampun kereta panjang berjela. Semua nak shopping raya ke.



Siapa kata ada anak-anak kecil tak boleh berjalan malam. Boleh je. Hiks!

This the way I like it. Ahaaa. Ahaaa. TAngan papa & mama dah bengkok dukung anak-anak. DAh keluar muscle macam Malek Noor.  So macam biasalah, 2 IN 1. Duduk baik-baik ye sayang. NAsib baik tak meragam.





Meriah giller macam-macam ada.





Sebab this year no more JALAN TAR & SOGO so uptown pun jadilah. Sob. Sob. 

Baju kanak-kanak, tudung, barangan rumah, kuih raya, baju kurung, blouse erkss pendek kata macam-macam ada. Saya sangat-sangat la tertarik kat blouse yang dijual cantek-cantek seyhh tapi problemnya takde fitting room. Kena main sarung je. Alamakk. MAcam tak syiok pulak.

Lepas dah habis shopping ingat nak makan char kuew tiau terbaik kat sini tapi elok-elok je dah habis shopping nak pergi makan hujan lebat pulak. Takde rezeki la tu. Jom balik!! Sudah mengantuklah. Huwarghhh.

Tengokla big baby. Tidur lambat hari ni. 1am baru zzzzzzzz. Fuiyooo. Adik Zara dah selamat zzzzzzzzzzz dah.



Seronok betul budak tu dapat berjalan malamkan. Yeay!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, August 19, 2011

5 oz Frozen EBM Buang Macam Tu je. Sobsss.

Boleh di katakan tiap-tiap hari saya kena buat macam ni lah. Turunkan frozen EBM dari fridge tingkas atas ke bawah. Lepas tu rendam dalam cawan yang berisi air untuk mempercepatkan proses pencairan.




Saya kena cairkan frozen EBM yang dah nak expire (yang dah hampir nak 3 bulan). Semua ni bagi kak Nayli minum sebab adik Zara sekarang direct breastfeed je.Untunglah adik Zara dapat direct breastfeed selama mama jadi FTHW ni sebab breast adalah tempat yang paling steril. JAdi komponen dalam susu ibu adalah sangat aktif jika keluar dari breast di mana komponen ini akan memberi pertahanan yang maximum kepada sistem tubuh baby. Susu ibu mempunyai antibodi yang bertindak sebagai 'pertahanan pertama' di dalam badan.


"Saat menyusukan baby Zara adalah masa paling santai di dalam dunia. Yeay!!!"

Berbeza dengan susu yang diperah dan disimpan, komponen dalam susu ibu adalah tidak terlalu aktif akibat perubahan suhu & suhu yang rendah so kelebihannya dah kuranglah sikit. TApi jangan risau ianya adalah 100% lebih baik dari susu formula. Seperti yang diketahui susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. TErlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Antara hasil yang saya nampak, baby Zara tak demam langsung lepas cucuk 5 bulan meskipun doktor awal-awal dah mengingatkan baby akan demam lepas kena jab dan siap bagi ubat demam lagi. Alhamdulillah.

Seingat saya selama saya kendalikan frozen EBM ni tak pernah sekali pun saya buang sebab dah expired. Bab ni saya memang extra monitor lah. Rotate in & out. Sayang weh nak buang frozen EBM ni semua. Dahla semua simpan bekas penuh. Koman-koman kalau buang pun dah 5-6 oz. Ingat 5-6 oz tu sikit ke? Ingat nak perah untuk dapatkan 5-6 oz tu senang ke? No.no.no.no.no.no.no.no.

Tapi semalam dalam banyak-banyak frozen EBM yang saya cairkan, rupa-rupanya satu bekas dadih tu dah pecah sikit.  Biasalah setengah susu perahan saya simpan dalam bottle, setengah simpan dalam bekas dadih.




So bila frozen EBM dah cair, bercampurlah dengan air dalam cawan tu.

Haiyooooooo!



Sayang nya!!! Buang dalam pasu bunga. Biar jadi baja boleh tak macam tu. Sobsssss.

Jap jap jap. Sedih sangat bila terbaca kisah seorang superwoman ibu menyusu ni. Sobsssss. Share dari belog babyintan.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...


Meleleh dah air mata. Uwaaaaaaaaaaaaaaaa.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, August 18, 2011

Gempak Betul Air Tangan Enchek Husband

Best giller. 

Nombor satu best sebab semalam orang yang kerja kat Selangor cuti. Altho saya tak kerja tapi sukelah jugak sebab Enchek Husband cuti. Kalau Enchek Husband cuti maknanya bolehla keluar jalan-jalan- YEay!!!

Entry ni bukan nak cerita kisah berjalan ke ape ke. TApi cerita pasal masak-memasak. BEst nombor dua!!

Semalam Enchek Husband i masak u olls. Dalam erti kata lain menu berbuka puasa semalam adalah hasil tangan Enchek Husband. YAhooo semalam i off-lah. Yelah jadi FTHW pun kena cuti jugak. Ingat orang yang kerja office je ke ada annual leave? Kan?

Kagum memang kagum sebab apa yang Enchek Husband masak saya pun tak pernah masak. Hiks! NAsi kuning dengan sup ikan merah. Taaa taa taraaaaaa Im love it.

Progress of work. Task saya cuma snap piccas je. Hehehehehe jangan ketawa lebih-lebih haa.

Masak nasi bubuh la kunyit, daun pandan, bunga cengkih & rempah ratus yang sepatutnya dan garam. Harum sungguh baunya.




Antara bahan-bahan untuk sup pulak.





Yang penting mestilah ikan merah.





Bila dah masak nasi jadila macamni. Kuning keemasan. Wangi.



Piccas sup lepas masak pulak tak sempat nak snap sebab kejap je dah licin mangkuk. MEmang sedap giller rasanya hari ini yang paling banyak saya makan selama berbuka puasa ni habislah naik 2kg balik.

YElah, kalau nak jaga bini, kenalah jaga dari perutnya dulu kan. Hehehehehe jangan marah arrr.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, August 16, 2011

Kisah Dua Beradik Yang Comel

Kelakar-lah.

Sekarang ni kalau saya tinggalkan NAyli berdua dengan adiknya memang no problem. Tapi before tu kena cakap macam ni.

"Nayli, tengok adik jap ye"

"Nayli, jangan pukul adik"

NAyli, jangan cucuk mata adik"

dan macam-macam NAyli itu, Nayli ini lagilah.

Nayli pun haa haa haaa angguk. FAhamla tu konon. Ok-lah macam tu.

Kadang-kadang saya skodeng jugak dari jauh nak check ape Nayli buat kat adik dia. Boleh caya ke?




Alahai.




Ermm memang boleh percayalah macam ni. Sayang betul kat adik dia. TApi kadang-kadang tu nak bergurau tak kena gaya.

Tengokla tu. HAbis dah adik terbelit. NAsib adik Zara cool je.




Haishhhh. Adik Zara minum susu je lah sayang.

Bila saya tengok adik Zara jadi macam ni memang lah tak tau nak gelak ke or nak marah. KElakar tau. MAcam-macam benda lagi benda kelakar or tak kelakar yang Nayli buat kat adik dia macam:

- pakaikan hairband tapi senget benget
- pakaikan socks adik tapi sebelah lain, sebelah lain.
- sapu bedak habis kepala adik semua putih.
- pantang adik nangis kalau mama datang lambat cepat je dia sumbat dengan puting or botol susu dia yang ni betul-betul tak kelakar.


dan macam-macam lagilah yang kita sendiri tak terfikir.

KAkak mithali lah konon. Ok-lah tu.

Tak kisahla apepun yang nyatanya dua-dua jantung hati mama & papa.


Muahsssss-lah. 1000x.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!