Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, February 22, 2012

Busy Macam Tebuan

Assalamualaikum semua,

Ya rabbi mak datokkkkkk busy betul sekarang ni. Erti busy bagi saya dalam erti kata lain nak update satu entry kat belog pun nan hadooo. Takpelah nak buat macam mana nama pun dah kerja. Kerjalah dengan seikhlas hati. 

Kalau tengah tension kat office tu senang je. Cara untuk mengatasi tekanan. Yeay!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*








Tengok piccas anak la ape lagi. Gerenti cool kejap. Eh baru perasaan pic ni. Kenapa la kak NAyli tu usha orang semacam je. Hamboiiiiii garangnye. HikHik.




Apa tengok-tengok haaaa? NAk cari gaduh? Nayli memang macamtu. Main tak suka kongsi. Kalau boleh semua dia je nak conquer. Ikut perangai siapa la ni?? Lalalalalalalala~

Piccas anak-anak memang save kat computer office. Bila tengah stress tu ada la jugak pengubat hati. Dah jom kerja balik jangan nak mengulat je ye. Okbai!!!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

WordLove Wednesday#5

Nowaday asyik nak memanjat je lah pulak! Sofa, katil, meja, kerusi semua pun bolehlaa boleh. Yabedabeduu!!!


HikHik. Gagal. Cuba lagi ye sayang. Nampak tak si kakak kat sebelah tu pun, sibuklaa nak ikut ape adik buat gak. GRRRRRRRRRRRRRRR. OkBai!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, February 19, 2012

Sekali Sekala Tukar Selera Lunch Domino’s Pizza

Assalamualaikum peeps!!

Sesekali tukar selera nak makan apelah harini suddenly kat atas kepala bunyi toinkkk haa dapat idea teringin nak makan pizza la pulak. Eh janganlah bila cakap "eee teringin nak makan pizzalah" kalian fikir yang bukan-bukan, mengidam lah apelah. Haiyaaaaa. HiHiHi.

Menu di Dominos memang terbaik. Yang terbaik sekali mestilah Thin Crust Chill Chicken Pizza. Fuh memang takde tandingan masa makan mesti terpejam-pejam mata tak toleh kiri dan kanan.  Saya memang suka yang ini.



Cekidaud Cekidaud jugak yang ini pun sedap jugak. Prawn Sensation Pizza. Each slice sekurang-kurangnya ada 2-3 udang di atasnya. Yummy!!!




Dan baru hari ni jugak tau selain pizza yang semuanya sedap di Dominos (yee saya lagi suka Dominos dari Pizza Hut), Dominos pun ada jual benda ni. Oooooooooooo rugi rugi kenapa selama ni tak tau ye.




Chocolate cake yang di bakar di dalam ketuhar dengan coklat panas di bahagian dalam. Yelah sebab tu nama dia lava kot, ala-ala gunung berapi gitu. Awwwwwww.



Terbaik! Terhebat!!!

Tapikan! Tak boleh makan selalu ye cik kak cik kak sekalian. Saja nak buat suspen. The Chocolate Lava Crunch cake mengandungi 357 kalori & 17 grams lemak. BErikut adalah maklumat makanan untuk tatapan semua dan juga tuan empunya belog supaya gerun sikit dan stick dengan plan asal nak berdiet jangan tahu asyik nak makan manis-manis jewwww. 




Dah tak larat nak makan semua di restaurant, so cake tu kami tapau bawa balik. Syoklah sekali sekala dapat makan cake ye big baby Nayli tu. Kesian, mangsa buli lagi oleh si kakak. Sobssss.



Adik Zara memanglah tak boleh makan, kecik lagi belum cukup umur nak makan manis-manis ni.

Apelagi jejoms ke Dominos sekarang? Kalau malas call for delivery je. 30 minit jaminan penghantaran di Dominos Pizza start anda membuat pesanan. Chewahhhh promote la pulak. Yeay!!!

Alhamdulillah, murah rezeki.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, February 18, 2012

10 Fakta Menarik Mengenai Kelahiran



Rasa-rasa beranak tu sakit tak? Siapa yang pernah beranak tu tau lah. HiHi. Alhamdulillah pengalaman beranak saya takdelah macam mimpi ngeri yang teruk sangat sampai tobat dah taknak beranak lagi. Walaupun pengalaman beranak anak pertama lebih senang sebab pecah air kutuban dulu manakala anak kedua pulak overdue kena induced tapi pengalaman di labor room lebih kurang sama, lepak di labor room lebih kurang 3 jam menahan contraction dengan wayar keliling pinggang sebab doctor  nak monitor jantung baby. Kedua-dua kelahiran secara normal dan saya tak pernah ambil suntikan epidural dan suntikan yang sewaktu dengannya juga vacuum or forsep. Fuh banyak betul terms nak beranak ni kan.

Kenangan seminit lepas beranak memang sampai bila-bila tak boleh lupa. Masa tu rasa macam baru keluarkan sebijik watermelon yang sangat besar dalam perut. Memang lega sangat-sangat-sangat.


Ini baby Zara Amani.





Suka sangat cium masa ni sebab ada bau-bauan baby. Tapi sekarang cium bau biskutla, bau papayala (Zara memang suka sangat makan papaya macam kak Nayli jugak!) erkss, macam-macam bau lagilah. Bau mucuk + maceem + wangi. 


Ini pun baby Zara Amani.




Sedikit info yang saya baca mengenai kelahiran:


1- Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan. Oh anak-anak saya lahir pada minggu ke 38 dan 40. Sangat betul penyataaan ini.



2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.



3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.



4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin  disebabkan oleh perubahan hormon badan.



5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.



6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. Woww just imagine. Patutlah pun. Speechless. Hanya orang yang dah pernah beranak je tau.



7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.



8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.



9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.


10- Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahlan pahala menunaikan haji.


Sekian.





Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, February 17, 2012

99,999 Kali Orang Tengok Belog Saya. yeay!!

Hello Hello HAppy Friday peeps,

Wauwweeeeee nama pun  Friday kan chill  je tengah tengah tengok belog ni perasan satu benda.

Wowwwwww!!


Tengok dekat pageviews tu.

9-9-9-9-9. Cantiknye nombor. Cepat-cepat ambil handphone snap pic nanti terlepas pulak. HiHi ohoiii takde kerja ke haaa. Oh terima kasih semua belog saya orang telah view sebanyak 99,999.

Thank you. Thank you.

Bila check Nuffnang's account pulak ada satu lagi berita best. Muncul satu lagi BE dari Nuffnang. Dutch Lady with love yeyeyeye! Eh selain Lactogen sometimes NAyli minum jugak susu Dutch Lady tewww. Yelah kadang-kadang kedai dah habis stok susu Lactogen tu yang beli Ducth Lady. Oh Nayli susu apapun ok je, dia minum dan takde alahan. Alhamdulillah.



Yeay!!

Hopefully dapatlah BE banyak-banyak. Kawan-kawan yang lain banyak tak dapat BE? Mesti lagi banyak dari saya kan kan kan. YElah belog saya nan hadoooooo je. Merepek ntah apa ntah je HiHiHi.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, February 16, 2012

Yeke Banyak Orang Baca Belog Kita Baru Boleh Dapat BE Dari Nuffnang?

Assalamualaikum semua,

Sometimes ada juga berangan best jugak kalau dapat traffic tinggi. Ramai orang baca belog. Nanti Nuffnang pun mesti bagi BE banyak-banyak. Hiks!

Orang kata kalau nak dapat traffic tinggi kena rajin update belog. Patutlah pun. Patutlah saya tengok blogger sekarang rajin update belog. Banyak masa banyak idea bolehla. Saya pun ada banyak jugak kat office tapi selalu takde idea. Takkan bila stress kat office nak tulis kat belog kot. Kalau macam tu hari-hari lah kena update belog pasal stress kat office. HikHik.

Mari kita berdiskusi. Rasa-rasanya lah blogger sekarang LEBIH PENTINGKAN KUANTITI ENTRI DARI KUALITI? 

Belog saya ni memang lah nan hadooooo tapi sometimes tu senyum gak bila tengok blogger lain update macam-macam entry selang sejam *kite suka minum kopi* sejam pastu publish entri *minum kopi dengan Aminah* pastu update pulak entri *Eee sedapnya kopi itu* HiHiHi.

Saya suka baca belog lama-lama macam belog si teettt teettt dan teetttt isi  lebih umphhhh walaupun tak kerap update. Kalau diorang selalu update pun aii boleh baca dengan senyuman yg comel cewah sebab entri diorang peh ada kelas wa cakap lu. Hihihi.

Anyway whutevalah! Masing-masing ada matlamatkan dalam dunia blogging ni thats why kite kena respect each other. Kalau tak suka baca senang je sila click butang 'X' atas tu. Jangan gado-gado ok.

Apepun Alhamdulillah baru muncul kelmarin BE pertama dari Huggies untuk 2012. Ingat Nuffnang dah merajuk dah ;p



Cuma satu je yang saya nak tau dari dulu.

Kalau tengok kat Nuffnang's account berapa banyak visitor kita dalam sehari, apa itu unik? Apa itu paparan? Kenapa kuantiti tak sama ye?



Siapa tau boleh tolong jawab. Mekacih daun keladi ;p

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, February 15, 2012

Bila Rotavirus Mengganas Menyerang Bayi Di Perak. Ouch!!

 Pheww negara dikejutkan dengan penyakit yang pelik-pelik. Tengok tak Buletin TV3 hari Sabtu lepas.

WABAK ROTAVIRUS MENYERANG BAYI DIPERAK

 Merebak akibat sistem saliran air kat negeri Perak yang tercemar. Oh my. Oh my. Kalau ada anak-anak kecik memang risau sangat. Budak kecik tak macam orang besar, mereka mudah di serang penyakit.

Sedikit rujukan. Sumber dari BERNAMA.
TAPAH: Punca kematian mengejut dua bayi awal minggu lalu, dipercayai akibat sejenis wabak dikenali sebagai Acute Gastroenteritis (AGE) yang dibawa virus rotavirus yang kini sudah menyerang 2,236 bayi di Perak. Difahamkan wabak dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan hanya menjangkiti bayi di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang, Tapah, di sini. Berdasarkan aduan diterima, rotavirus lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal.
Exco Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata penemuan punca wabak AGE itu diperolehi hasil ujian makmal sejurus dua bayi mati mengejut awal minggu lalu. Katanya, virus berbahaya itu menyebabkan bayi menghidapnya hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya dan pelbagai tanda lain. Dalam kejadian 30 Januari lalu, dua bayi, Tamil Selvan, sembilan bulan dan Varagaran Murugan, dua bulan, mati mendadak selepas diserang demam dan cirit-birit berulang. Kedua-dua mangsa yang berasal dari Taman Julaiha dan Kampung Teluk Buluh, Hutan Melintang, di sini, mempunyai simptom sama iaitu cirit-birit, demam panas, mata bengkak dan badan bertukar kehijauan.
Menurut Dr Mah, sejak 27 Januari lalu sehingga semalam, 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah iaitu 1,397 kes di Hilir Perak dan 839 kes di Batang Padang. “Bagaimanapun jumlah kes menunjukkan penurunan sejak seminggu lalu di hospital daerah itu. Kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit dan muntah dan sebahagian besar bayi dijangkiti mendapat rawatan pesakit luar,” katanya pada sidang akhbar di Klinik Kesihatan Tapah, semalam.Menurutnya, kajian sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak itu.
“Antara langkah berkesan bagi mengelak wabak itu merebak ialah memasak air sebelum diminum, membasuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan serta ke tandas. “Mengurangkan memakan makanan mentah seperti ulam atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus terlebih dahulu sebelum digunakan,” katanya.Mah berkata, orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan perlu segera mendapatkan rawatan.
Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi di seluruh dunia disebabkan rotavirus

Apa yang saya faham rotavirus adalah sejenis virus yang sangat mudah menjangkit. Ohoiii bunyinya sangat menakutkan sebab ianya boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit dan mampu bertahan beberapa hari pada permukaan keras. Ia juga boleh hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Banyak simptomnya seperti cirit birit yang teruk dan dehidrasi akibat kehilangan banyak air.

Jangan anggap sesuatu yang normal kalau anak dijangkiti cirit birit selama tiga hingga sembilan hari dan boleh berlanjutan sampai tiga minggu kerana ia sebenarnya boleh membawa maut. Ouchhhhh!!!!

Apa yang saya faham lagi penyebab utama berlakunya rotavirus adalah tahap kebersihan yang kurang baik. Rotavius tersebar dengan mudah terutama melalui najis yang mengandungi rotavirus ke mulut, air tercemar atau alatan permainan yang disentuh pesakit.


Jarang sangat kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengalami hanya satu daripada simptom jelas iaitu demam, muntah dan cirit-birit. Selalunya mereka akan mengalami ketiga-tiga simptom berkenaan atau paling kurang mesti dua kesan sebagai petunjuk dijangkiti rotavirus. Walaupun ia tersebar akibat persekitaran yang tercemar, membasuh tangan mampu mencegah tapi ianya tidak boleh dihapuskan sepenuhnya kerana rotavirus sangat kebal dan mudah mengjangkit. So ibu bapa perlu ada kesedaran sebelum rotavirus menyerang kesian tubuh bayi nanti akan menderita.

Kalau ada yang tahu, dulu ada research mengatakan vaksin ini haram sebab ada DNA babi tapi petikan daripada Utusan Online oleh Perunding Kesihatan Kanak-Kanak dari Hospital Pakar An-Nur, Dr. Khairul Azman Mohd Khalid berkata, vaksin ini secara umumnya halal. "Ada fatwa sudah dikeluarkan dan mengatakan bahawa beberapa jenis vaksin yang dulu diragui halal kini telah disahkan halal seperti rotavirus. Memang vaksin tiada mengandungi unsur babi dan fatwa mengatakan kita boleh mendapatkan vaksin tanpa was-was."

Ok usah ragu-ragu lagi ye.

Untuk info kedua-dua anak dara saya Nayli & Zara tidak mengambil vaksin rotavirus kerana mereka hanya check up di klinik kesihatan saja. Kalau nak ambil vaksin ni kena pergi private hospital sebab hospital kerajaan tak menawarkan vaksin ini. Bukan nak kedekut duit ke apa sebab tak ambil suntikan ini tapi saya sangat berfikiran positif yang imune ketahanan badan anak-anak saya adalah kuat. Alhamdulillah, so far mereka tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang teruk dan saya sangat bersyukur kepada Allah SWT atas anugerah yang tak terhingga ini.

Apapun advice from my friend Dr@ Hospital Ampang menambahkan keyakinan saya bila saya bertanyakan patutke saya mengambil vaksin ini bila saya rasa situasi sekarang agak merbahaya. Jawapannya:

"Tak perlu. Continue breastfeeding to ensure system healthy & strong. Rotavirus ni boleh lawan kalau immune kuat. Breastfeeding boleh promote probiotics, which boost gut flora & prevent viral diarrhea/vomitting"

Wowwww! Awesome. Susu ibu, tiada yang lebih baik darinya !!!


**********************************************************

Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan kami dan anak-anak dari penyakit yang merbahaya. Amin.


Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Zara & Nayli ;)  















Tuesday, February 14, 2012

People call it Valentines day, I call it Our 3rd Anniversary Day

Assalamualaikum semua,

Today 14th February alaa apa la susah-susah nak sambut Hari Kekasih la konon, hari-hari pun boleh sambut kasih sayang dengan suami isteri kan kan kan. 

Alhamdulillah dikurniakan 2 orang anak dara yang comel lote Nayli Dayana & Zara Amani, seorang dah 2 tahun 3 bulan, seorang lagi dah 11 bulan setengah yeyeyeyeye hari ni genaplah ulang tahun perkahwinan saya yang ke-3. Yeay!!!! Cepat wish saya semoga sentiasa bahagia kekal sehingga ke anak cucu cicit. Amin.

Walaupun dah ada anak 2 orang tapi baru ulangtahun ketiga ok janganlah ingat saya dah kahwin selama 5 tahun pulakkkkk!! Hiks!



Alolololo takmo la bunga, beli coklat lagi bagus boleh makan KahKahKah makan je tau kan. Rugi beli bunga time-time macam ni sebab harga bunga haiiiii mak datokkkkkkk, 3 kali ganda mahalnya!!!! Glurpsssss.

Hari Pink 3 Tahun YAng Lalu.

Sorry masa tu baru berkecimpung dalam dunia blogging, entry tunggang langgang nak arrange piccas elok-elok pun tak reti. Gambar pulak punyela kecik macam semut nak tengok kena julingkan bijik mata dulu. Hiks!

Allah selamatkan kami, Allah selamatkan kami, Allah selamatkan kami sekeluarga, Allah selamatkan kami.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, February 13, 2012

GiveAway Riang Ria Anakku

Assalamualaikum W.B.T,

Ini dia first time dalam sejarah GiveAway yang pertama dari mama Nayli & Zara bersempena dengan birthday baby Zara yang pertama next month. Yeay!!!



Apa yang perlu dibuat?


Hantarlah gambar anak atau anak sedara yang sedang bergambar riang ria hep hep hooreyyyy!!



Senang saja. Macam peanut.



Setiap contest ada syaratkan?



Dun worry syaratnya mudah saja.



1) Kenalah follow blog ini. 



2) Jangan lupa letak Banner Contest kat entri & side bar serta backlink ke entry GiveAway ni dan tag 2 orang kawan.



3) Bagitahulah nama anak dan nama ibu/ayah yer dan umur anak juga. Kanak-kanak mestilah berumur 0 - 4 tahun.



Dah settle???



Hantarlah komen kat entry contest ini. Jangan lupa letak email anda sekali.



GiveAway akan berlangsung dari 13/02/02 sehingga 13/03/02




Hadiahnya adalah jeng jeng jeng. From IKEA with  ♥. Muahss!



Tiga pemenang akan dipilih. Pemenang pertama akan dapat kaler merah, pemenang kedua kaler biru dan pemenang ketiga kaler hijau.

10 peserta akan di shortlisted oleh mama manakala pemenang pertama, kedua & ketiga akan dipilih sendiri oleh  Nayli & Zara.

GiveAway ni akan terbatal dengan sendirinya jika peserta kurang dari 30 orang. HikHikHik.

Apa tunggu lagi? Selama mencuba nasib. YEay!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, February 12, 2012

Campuran Makanan YAng Tidak BErapa Baik

Salam satu Malaysia di hari Ahad, chill!!!

Saya terbaca satu info berkaitan makanan. Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan makan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis,lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit dewasa ni. So meh share dengan semua. Semoga sama-sama dapat manfaat.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau kita ikut diet Rasullullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.



Jangan makan SUSU bersama DAGING .


Jangan makan DAGING bersama IKAN .


Jangan makan IKAN bersama SUSU.


Jangan makan AYAM bersama SUSU .


Jangan makan IKAN bersama TELUR .


Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD .


Jangan makan SUSU bersama CUKA .


Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- COCTAIL




Oh begitu ye.



*********************************************



Awalnya bangun di pagi Ahad. Gambar selingan mesti ada. Hiks!






Dua-dua bau mashemmm sebab tak mandi lagi.


Kakak Nayli memang suka sangat peluk-peluk, dukung-dukung & gomol-gomol adik. Tapi adik Zara tak suka, rimassssssnya. Tengokla tu masam mencuka je muka adik, kejap lagi gerenti nangis la tu. Hiks!


Muhasabah diri di hari Ahad ❤  ❤ 

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!