Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Sunday, November 20, 2011

Biscuit Baby Kegemaran Mama

Kalau cerita part makan masa baby memanglah baby Zara tak boleh challenge kak Nayli yang suka makan. Sebab tak sehebat dan sekuat makan macam kak Naylilah mama tak berapa excited yoyo on. Nak masuk 9 bulan baru mama start perkenalkan baby biscuit sebagai makanan sampingan baby Zara. Yelah memang tak boleh compare baby ni dengan baby yang lain sebab semua babies dalam dunia ni adalah unik & berbeza.

Alhamdulillah nowadays selera makan baby Zara makin bertambah. Bukak mulut bila mama suap & marah bila mama lambat suap. Yeay! Betullah tak semua baby bersedia untuk makan pada umur 6 bulan lagipun baby food ni memang bukan semua akan memenuhi citarasa baby kita. Setengahnya baby suka, ada juga yang dia tak suka langsung. So kena rajin cubalah. Sebagai panduan boleh tengok Jadual Panduan Pemakanan Bayi Mengikut Umur.

Tukar seleralah hari ni.

First time. First time mama beli. Milna Rusk baby biscuit. Banana flavour. Eh orange flavour pun ada jugak. Boleh bagi macam tu je or rendam dalam air suam or susu.




Dulu time Nayli biasanya beli Baby Bites biscuit.


Tapi sebab mama rasa biscuit Baby Bites macam panjang je. Sebab bila baby makan mesti patah jatuh kat lantai separuh lepas tu buang. Buang separuh separuh dah satu. Empat kali separuh dah dua. Haishh membazir.

Kali ni try Milna Rusk biscuit pulak. Sedap baby Zara makan. Nasib baik kak Nayli takde kalau tak sure kene pow. Oh biscuitnye bentuk bulat. Best Best.




Nak sikit boleh? Yummy!




Tapikan mama rasa biskut ni fragile sangatla. Bila baby Zara ngap ngap ngap habis bersepah-sepah biskut jatuh atas lantai. Sangat fragile kalau rendam dalam susu sesuai la kot. 




Siapa nak kemas ni? Demam kejap mama. Papa tolong!!!!!!!! Warhh warghh warghhhh.

Takbestlah Milna Rusk biscuit ni. Nak tukar baliklah ke Baby Bites. Pernah jugak bagi Pureen biscuit kat Nayli dulu pun tak best jugak sebab mudah sangat melt bila kena air liur baby jadik comot sangat bila makan.

*aik ni siapa yang nak makan biscuit ni mama ke baby? Cerewet ngada-ngada betul. Hihihihi~

Selamat meneruskan eksperimen biskut!!! Yeay!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, November 19, 2011

Kekerapan Memberi Susu Badan Dalam PAntang Adalah Sangat Penting


Teori inilah yang saya tercari-cari selama ini dan akhirnya saya jumpa di blog kak Hayati, sifuku dulu kini dan selamanya. yeay!! Cuba baca dan fahamkan apa yang  ingin sampaikan kepada ibu-ibu baru dan juga tidak berapa baru. Saya sering mendengar dan saya sendiri mengalaminya mengapakah hasil susu untuk ke-2 payudara tidak sama? Nah cuba baca ini ye....

Menurut prolactin receptor theory ini, kekerapan menyusu pada awal-awal peringkat laktasi akan menambahkan pengeluaran susu kerana bertambahnya ruang-ruang reseptor kepada prolaktin didalam kelenjar mamari. Menurut kaedah ini, kadar reseptor setiap sel meningkat pada awal-awal peringkat laktasi dan akan tidak berubah selepas itu, sepanjang proses laktasi berlaku. [Hynds & Tyndale-Biscoe, 1982; Sernia & Tyndale-Biscoe, 1979].

Pakar-pakar laktasi selalu menekan kekerapan menyusu pada minggu-minggu pertama kelahiran baby kerana rangsangan hisapan dari bayi akan meningkatkan ruang-ruang reseptor. Lebih kerap menyusu dimana ruang reseptor yang terhasil, lebih banyak prolaktin boleh dialirkan ke lactocytes seterusnya akan meningkatkan kadar pengeluaran susu pada payudara itu.

Jika kita perasan, kerap dikalangan kita yang tidak seimbang pengeluaran susu untuk kedua-dua belah breast. Kebanyakkannya mesti salah satu lebih banyak dari yang sebelahnya. Pada pendapat saya, ini berlaku kerana pada minggu-minggu pertama penyusuan (waktu dalam pantang) kita lebih selesa menyusu pada belah yang kita selesa. Walaupun kita kata kita sering menukar belah semasa menyusuan, namun secara kita tidak sedari kita sentiasa memulakan pada belah yang kita lebih selesa, apabila selasai sebelah, apabila menawarkan sebelah lagi, sering belah itu tidak disusui dalam tempoh yang lebih lama, mungkin bayi telah kenyang dan sebagainya. Menyebabkan bahagian itu kurang mendapat rangsangan. Jadi lebih kurang ruang reseptor yang terhasil pada belah itu berbanding pada belah yang kita lebih selesa. Menjadi lumrah bayi yang menyusu pada waktu yang singkat tapi kerap pada awal-awal kelahiran, ini akan meningkatkan prolaktin receptors dengan semula jadinya. Kerana itu pentingnya pam susu.

Jadi ibu-ibu harus harus menyusukan bayi mereka secara on-demand terutamanya sewaktu dalam pantang. Tolak tepi dahulu kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami yeay. Mengikut teori reseptor prolaktin lagi, bila kita tidak kerap menyusu bayi pada mingu-minggu pertama (yang lebih efisyen adalah ketika waktu dalam pantang) akan menyebabkan kurangnya receptor sites (ruang-ruang reseptor) didalam breast dan akan mengurangkan keupayaan pengeluaran susu. Mungkin pada yang tidak kerap menyusukan bayi ketika dalam pantang atau bayi yang telah diberikan dengan formula kerana beranggapan susu badan tak cukup, apabila ingin memulakan penyusuan semula setelah 1-2 bulan usia bayi, kadar pengeluaran susu itu agak tidak banyak dan agak lambat untuk melihat kenaikan pengeluaran susu (ketika dalam usaha pemerahan), mungkin ianya berbalik semula kepada teori reseptor prolaktin. Sebab itulah biasanya mommies beranggapan mereka kurang or tiada susu.

Kerana reseptor prolaktin yang terhasil pada awal-awal penyusuan akan tidak berubah/bertambah selepas jangka masa tertentu. Begitu juga pada ibu-ibu yang menggunakan breastpump untuk mencetuskan pengeluaran susu, terutama bagi ibu-ibu yang mengalami kelahiran pramatang, atau bayi yang mengalami situasi-situasi khas seperti sumbing, tongue-tie dan sebagainya. Konsep yang sama cuma berlainan mekanisma iaitu pemerahan secara kerap sekurang-kurangnya 10 hingga ke 12x sehari pada awal-awal peringkat laktasi dapat membantu maintainkan production susu.


*******************************


Biasanya kalau bersalin di hospital kerajaan memang jangan haraplah nak bagi susu formula kerana kebanyakan hospital kerajaan adalah hospital rakan bayi. Nurse akan menunjukkan dan menyuruh ibu menyusukan anak sebaik sahaja kelahiran kalau baby tidur lama sangat pun nurse akan suruh kejutkan. Pada masa itu apa yang keluar hanyalah susu yang tak berupa susu langsung cuma cecair kuning yang dipanggil kolustrum tapi itulah cecair emas yang hanya keluar 1-2 hari selepas kelahiran tapi penuh dengan khasiat special for newborn. Jangan panik, ianya cukup untuk baby yang baru lahir yang hanya memerlukan 30ml (sebesar sudu kecil) untuk mengenyangkan dan memenuhkan perut baby.

Kesimpulannya bagi maintainkan production susu macam biasalah kerapkan penyusuan anda terutamanya ketika di dalam pantang sakit, fenat jaga baby meragam tolak ke tepi kerana jangan menyesal *sesal dulu pendapatan sesal kemudia tidak berguna ianya akan mempengaruhi production susu selepas-selepas itu.


********************************************


Mommies perlu rasa bertuah & bangga bila dapat menyusukan anak sendiri. Kena rajin cari info baru mudah untuk faham kenapa, kenapa, kenapa & mengapa, mengapa, mengapa kerana pengeluaran susu ibu bukanlah perkara mudah yang mesti &wajib berlaku selepas bersalin. Mommies kena tabah, sabar asyik tak cukup tidur dan perlu ada sedikit ilmu.


Cuba tengok piccas ni sedihkan. 



Sobsssss!!


Info lanjut baca kat SINI.

****************************


MILK BOOSTER!!!
Ramai bertanya macam mana nak dapat susu yg banyak..

Berdasarkan pengalaman menyusukan 2 orang anak, 
Saya tiada pemakanan khusus.
Saya tidak mengambil supplement, saya juga tidak mengambil makanan menggalak susu secara berlebihan
Saya makan semua makanan macam biasa. 

Paling penting keyakinan diri, doa, timba ilmu penyusuan dengan mereka yg arif pasal penyusuan.

Menyusu itu satu ibadat, kena sentiasa belajar dan sentiasa perbaiki mana kesilapan..tak boleh ambik jalan singkat.

Tiada jalan mudah untuk berjaya.


Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, November 18, 2011

Sessi Mengepam Susu Di Office

Salam,

Saya nak berkongsi pasal masa mengepam kat office. Saya akui, ramai sangat yang masih tak faham kepentingan mengepam susu dan juga pentingnya  bagi susu ibu pada anak. Ya, mommies kena kerap kosongkan breast every 2-3 hours barulah production boleh menten tak kisah makan berapa banyak supplement menambah susu sekalipun. Kalau BF anak pun kena pam jugak untuk pastikan breast betul-betul kosong kerana kerap kosongkan breast adalah tips yang paling ideal. Setuju jika pihak kementerian kesihatan adakan kursus wajib untuk semua staf tak kira swasta mahupun kerajan tentang penyusuan susu ibu sebab agak susah bila hanya ada sorang dua saja yang faham tentang pengepaman kat office. Pernah officemates tanya saya, kenapa kena pam kat office doktor suruh ke? Memang betul, sometimes orang lelaki lebih faham dari perempuan. 

Ingat lagi memula saya masuk office after habis pantang time NAyli dulu memang menyorok pergi pumping, cuma inform officemate sebelah jer. First time tak pernah dibuat dek orang kat office tu lagi. Pastu ntah camner ada satu hari saya bawak cooler bag, beg pam tau je berapa banyak beg nak bawa sekali terserempak dengan boss aiseh dlm hati matiler kantoi pastu bos tanya, baby menyusu lagi ke? (aik, camno dia tau saya pam nih?) Saya pun jawab yes pastu cerita kebaikan BF untuk  saya and baby  (mmg tak perasan mana datang idea laju je mulut cita) boss pun angguk tapi muka serius. Whuteva-lah yang penting Alhamdulilah dia memahami altho dia sendiri tak menyusu anak dia, paling penting tak pernah halang saya pumping. Syukur sangat.

Every morning kena prepare gadgets untuk pam susu.  Memang macam-macam. Standardlah saya akan angkut beg galas MLO SPECRA 3 yang Extravaganza tu dengan coolerbag officemates memang dah tau. Dulu je orang selalu tegur banyak beg? Perli pun ada sobssss. Kalau macamtu saya akan jawab beg pam susu coz saya fully BF baby. They all akan kata ye ke?? saya jawab Alhamdulillah setakat ni masih ada rezeki baby tak kira depan staff lelaki ke coz saya bangga BF baby saya. Yeay!!

Yang saya maksudkan. MLO SPECRA 3 yang Extravaganza. Simpan pam, bottles & gadgets untuk perah.



Cooler beg. Untuk simpan susu after perah sebab saya tak simpan kat fridge office.




Kalau orang cakap pumping ni buang masa kerja takdela, saya  rasa masa yg diambil untuk pumping doesn't not affect our productivity pun sbb i bet kita ni if kerja tak siap, mesti akan stay back to ensure our work is finished kalau betul-betul urgentlah. Tapi saya tak pernah stayback pun hihi sebab semua kerja siap on time ok . Say no to stayback. Yeay!!

Apepun saya rasa as a rule, everytime pump make sure your boss knows where u are. Bukan aper, kalau bos ni dia tak suka biler org lain lebih tau aper yg staff dia buat. Dia akan rasa cam kita menyorok (mengelat) dari dia. As long as u let him/her know where we are and explain also kerja still boleh siap usually ok. Tapi kalau dapat boss yg controlling susah skit lah.

Kalau dia jenis formal, buatlah surat untukspecify the times kita pump. Then cakap yg kita akan ganti that time u used to pump by working extra (something like that). Explain jugak yg breastfeed baby terbaik banding dgn formula ones. So in a way less cuti yg kena ambik utk jaga baby kalau sakit.  Tapi berpada/ discrete dgn example tuh. Tapi jangan bermegah sangat jugak takut anak kita sakit jugak nanti.  Padan muka.

Mcm saye  jenis tak beraper  nak kerja lewat than 6pm memang tak pernah pun time office hour 8 hours tu memang pulun buat kerja habis-habisan. Remember never make excuses kalau kerja tak siap. Nanti lagi member alasan utk kenakan kita. JAdi solution dia kenalah work smarter. Yabedabedu!

Last time kat office lama memang considered lucky  dapat flexible environment nih. Sebab tu mmg sayang nak cari kerja baru. In a way,actually good for bossess to give this flexibility to staff. At least sebagai cara utk retain us. Sebab tu malas nak pindah office dulu. Hihi. Tapi kat office baru ni lagi tak kisah nak pam ke nak buat hape janji kerja siap. Best best.

Bila pam kat office gadgets mengepam yg telah digunakan tu simpan dlm fridge, maksudnye simpan dlm bekas yg bertutup & letak dlm fridge, kalo nak guna  takyah basuh dulu. Sama jugak halnye kalau simpan dlm chillers/cooler beg. Mungkin ini dpt membantu jimatkan masa & tak perlu setiap kali nk cuci lepas guna. Gadgets Spectra 3 yang saya  simpan dalam cooler beg after pam ialah:

1.breast sheild

2.valve head

3.membrane

4.wide cap

Anyway:

# mmg susah kalau nak hilangkan diri tanpa buatkan org lain bising.

# memanglah pam 20 minit mcm tak cukup. Lebih2 kalau pakai manual pump/single pump but at least, dapat juga la pam. Kalau mampu beli la elektric/double pump dapat jimat masa.

# kalau tak mengganggu, pam kat cubicle sendiri je la sambil wat kerja tu pun kalau suasana mengizinkan. Saya tak pernah lagila pam kat cubicle semua pam kat surau je. Rasa macam tak sesuwai la.

# bagi tau kat superior yang kita menyusu anak, so need time to pump tapi jangan salah guna masa tu berlebih-lebihan sampai buat orang menyampah kalau tgk kita selalu hilang aje daripada buat kerja. Nanti kene tarik balik pula kebenaran tu.

Penat memang penat rushing sangat lah tapi kena ingat setiap titik yg kita dapat ni adalah pahala. Balik rumah pun boleh tahan jugak. Banyak botol sedang menanti untuk dibasuh. Hiks!

 ***************************************
Nak kongsi gak...

Dalam toilet pun saya pernah perah susu sebab masa ada training kat hotel takde tempat yang sesuai untuk perah.  Pernah jugak sebab kena pergi site. So ape boleh buat dalam toilet pun jadiklah. Guna teknik Marmet sebab Spectra 3 kena ada plug point.

Kat office saya adjust masa pumping saya supaya tak ganggu masa kerja. Biasanya:

1st session: 10am
2nd session: 1pmpm
3rd session: 4.30pm

Kini dah ada yang mengikut, happy pumping jugak ok. Seronok sangat.

Hak siapakah nak halang kita susukan anak. Tak ada siapa boleh halang ibu susukan anak sendiri sebab penyusuan susu ibu adalah lumrah kehidupan di mana ia merupakan tanggungjawab para ibu untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka demi kebaikan dan kesihatan mereka. Susu ibu juga merupakan hak anak itu sendiri yang patut kita berikan. Hooyeah!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, November 17, 2011

Paling Sensasi Untuk Kanak-Kanak Di Kidzania, The Curve

Yahoo! Ada jalan-jalan pergi The Curve tak? Ada nak nampak tak signboard Kidzania dimana-mana. Yes, everywhere!!!

Kidzania, The Curve is opening soon! Woot Woot!! Very soon. Alaa kat tapak lama MC Donalds sebelah Courts Mammoth tu.


Piccas exclusive tak boleh tengok kat mana-mana. TApi saya dah banyak kali tengoklah. Meh share sikit. Sikit je janganlah saman saya ye boss. Hiks!










Fantastic. Semua ada di Kidzania. Bank, fashion boutique theater, acting academy, magic studio, characters school & house, cafetaria, university, gym.

Notebook FActory pun ada. Kelassssss.



OmmEmmJAyyy dicso lounge pun ada. Terlebih advance ni.



Eh ada macam-macam lagilah. Takkan nak upload semua piccas kot, takkan nak cerita semua kot naya je nanti kena bambu. Cukuplah tu. Kanak-kanak di ajar cara hidup yang sebenar. REal life. Educational Theme Park For Kiddos. Nak keluar duit mintak kat mama kena pergi bank, study di university, everything!! Semua kena buat sendiri. Nak drive car kena ambil license dulu. Tu pun ada  di Kidzania. Hooyeah!! No. 1 in Malaysia for kiddos. Memang heaven. Selain di Malaysia memang dah ada di Jakarta, Mexico & Tokyo.

Kidzania, Tokyo. Source: en. google.

Nak naik kereta isi minyak sendiri 
Kidzania, Jakarta. Source: en. google.

Junior Masterchef
Kidzania, Jakarta. Source: en. google.

*jangan nak berangan semua untuk kanak-kanak je tewww. Age 3-14 years old only. Hanya seorang adult je boleh temankan anak bermain. Isk mak budak pulak yang terlebih excited. Hiks!

Untungnya kanak-kanak sekarang. Yeay!

Sekian.

 join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, November 16, 2011

Kisah Mama On Weekdays Dengan Anak-Anak

Hey Hey Hey. Bila saya sorang macam ni lah. Eh sorang tu makna Enchek Husband takdela sebab balik lambat dari office. Eh tapikan mana ada sorangla kan ke bertiga dengan NAyli & adik Zara sekali. Sorry sorry silap. Hiks!

Memang once in a blue moon je masak nasi kalau saya sorang.

Tapi masak ni selalu lah.

Awww. Cepat, mudah dan pantas. YAng penting sekali chedaapppp I loike.

Menu makan malam. Biasanya tambah ayam kisar, cendawan butang, hotdog & fishball. Yummy!


Paling best sos carbonara keju & herbs kot.
Sebab saya suka yang white cream carbonara memang jarang sangatlah beli yang tomato sauce punya. Tak berapa sukalah tomato sauce, masammm.

Nayli pun suka makan ape yang mama suke makan so kerja menjadi bertambah-tambah senang. Entahlah saya rasa NAyli pun macam mama dia jugak suka makan adik beradik mee ni kalau makan nasi kureng sikit. Kalau makan mee macamni memang laju je.

Oh lupa anak borek mama rintik. Oooo patutlah.

Bila nak suap-suapkan anak-anak macamni  la jadinya.

Yang belah kiri untuk adik Zara yang belah kanan untuk mama kakak NAyli.


Masih diblend halus. Bubur nasi +carrot + potato. Yelah takkan nak bagi adik Zara 8 bulan makan pasta carbonara pulak. Tapi kenapa adik Zara macam lebih suka yang belah kanan tu? Isk Isk rasa sikit-sikit bolehla banyak-banyak kang sakit perut pulak sayang.

***********************************************************

Ni waktu malam punya cerita lagi. Satu yang saya noticed NAyli suka tengok animals especially macam National Geographics every weekdays TV1 at 7.30pm dah hafal tu. Biasanya saya suapkan Nayli makan time tu lagi dia suka makan cepat je licin satu pinggan. Mulut kejap kejap dog, dog, dog kejap kejap pishhhhhhhhhhhh kejap lagi cattttttt habis tersembur pasta dalam mulut. Wauuuweee. Kalau cartoon tu kureng sikitlah.

Sebab NAyli suka animals selalu jugak bukak youtube animal songs for kids. Memang macam-macam bunyila ada. Seronok NAyli. Mama pun seronok jugak boleh layan Facebook dengan update belog. Aduh.

Meow Meow. Oink Oink. Quack Quack. Woof Woof. Goyang badan goyang kepala yeyeyeyeye.



Syiok jugak sekarang ni NAyli dah pandai tolong mama. Bila mama balik je kerja mesti NAyli tolong mama kemas cooler beg. Lepas ni tolong mama basuh bottles pulak ye untungnya ada big baby girl ni. Hihi.



Rajinnya!! Cooler beg ni untuk simpan susu baby Zara kat nursery. Cooler beg MLO ni memang terbaek dah 2 tahun pakai since zaman NAyli lagi. Elok je lagi walaupun everyday usung pergi balik nursery.



Walaupun Nayli dah tak kongsi EBM milk dengan adik dan tak minum susu mama lagik tapi NAyli rajin tolong mama kemas botol. Sob Sob sedih pulak rasanya. Yelah NAyli dah 2 tahun sekarang 100% minum susu LActogen dah takde campur dengan susu mama lagik. Mission susukan adik Zara pulak ade lagi 1 tahun 4 bulan untuk ke 2 tahun. Lama lagi tu. Hopefully dipermudahkan sebab memang banyak cabaran. Tahun depan Nayli dah 3 tahun

Ee kejap je. Lepastu dah sekolah. Macammana la rupa NAyli bila pakai uniform sekolahkan. Hiks!

Sekian.



Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, November 15, 2011

Makanan Fear Factor Kaki Lembu Yang Mooooooo

Malaysia ni memang terkenal dengan makanan-makanan lazat. Haishhh kalau cerita pasal makanan memanglah boleh buat saya meleleh air liur. Hiks!

Semalam dah cerita Fear FActor makan belut, hari ni nak cerita pasal makanan Fear Factor lagi. Nak tau ape dia? Jeng Jeng Jeng. Sound effect mesti ada baru best.

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Korban yang baru kita sambut baru-baru ni ada rezeki lebih bawa bahagian lembu yang dikorbankan balik. Nyum Nyum.

Kaki lembu in da house. OmmmEmmmmJayyy!!!




Siapa yang first time tengok kaki lembu angkat tangan!! Sayaaaaaaaaa. Ya, saya first time tengok kaki lembu yang dah dipotong macamni. Bila tengok depan mata perasaan sangatlah bercampur-campur. Speechless.

Chef nenek di import from Padang, Indonesia. Yelah kan hari tu dah cerita belut Fear FActor tu pun adalah hasil buah tangan dari nenek from Padang with love jugak.

Lepas dibersihkan kaki lembu dibakar. Proses memasak kaki lembu agak lama dan melecehkan.



Lepas dibakar, direbus pula.




Proses merebus mengambil masa yang agak lama. kacau punya kacau punya kacau. Kalau orang tak sabar macam saya ni masak mesti half way je lah. Hihi. Agaknya part kaki lembu ni sangat liat kot. Kalau tak sabar memang dah lama tutup api gas la. Tapi nenek from Padang with love sangat awesome. Sangat tekun dan penyabar.




Lepas dah selesai part merebus jadi la macamni. Nampak cantik je kan sebab nenek from PAdang with love dah kikiskan kulit lembu tu.




Proses kikis kulit lembu. Kulit lembu harus dibuang kesemuanya.





Selepas selesai kesemua di atas kaki lembu tersebut dimasak gulai. Agak-agak rasa kaki lembu tu macam mana??

Sodapppppppp! Sorry piccas gulai kaki lembu yang dah siap dimasak lupa nak snap untuk tontonan semua. Tapi memang best teww. Menjilat jari. Awww.




Menjilat pinggan tu. Yeay!

Eh tak tak tak. Piccas di atas bukanlah pic Nayli tengah makan gulai kaki lembu. Dia tengah makan kuew tiau sup yang mama beli kat pasar malam. Hiks!


Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, November 14, 2011

Makanan Fear FActor Belut Goreng yang Sodap

Semalam kan hari Ahad. Cuti. Best. Very fenat weh nowadays. Tak tau la apsal. Dah makin tua kot stamina pun dah kureng.

Semalam tak pergi mana. Duduk rumah the whole day, kemas rumah, main dengan anak-anak. Lunch pun makan kat rumah. Yeay!!

Semalam makan lauk special. Lain dari yang lain. Semalam, semalam, semalam. Semua cerita pasal semalam. Yelah semalam tak sempat nak update belog. Hari ni lainlah memang sempat sangat sebab kat office. Kat office kan ade banyak masa. Hiks!

Nak tau apa makanan yang special semalam. Jeng. jeng. Jeng. Belut you. Awwwww.




Pemberian nenek from Padang, Indonesia with love. Muahs Muahs!

Goreng macam tu je letak bawang. Bila nak goreng kerat belut tu kecik-kecik jadi 3 bahagian. Eh takde la macam Fear Factor sangat lepas dah masak. Bau pun harum semerbak.



Bila makan bersulamkan nasi panas memang mabeles. Sedap bertambah-tambah habis naik 5kg. Yang paling suka makan budak ni lah. Dah habis nak tambah lagi.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Layan belut goreng sambil tengok cartoon. Alaa makan macam kopok je. Fuiyooo.



Sodaaaaaaaaapp!! Hiks!

Ada berani?????

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, November 13, 2011

Mengenal Lembu Di Hari Raya Qorban 1432 H

Dah seminggu kita menyambut Hari Raya Aidiladha bermakna dah seminggula cerita ni kena peram. Hiks!

Alhamdulillah, kami sekeluarga telah menyambut HAri Raya HAji di Seremban dan telah selamat melakukan ibadat korban di kampung Kuala Pilah. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh NAbi Ibrahim a.s dilanjutkan pula oleh umat Islam yang mampu untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan selama empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehinggan sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

Ini lembu. Bunyi lembu moooo moo bukan quek quek. Sila jangan konpius ye anak-anak. Kalau lidah Nayli panggil lembu jadik aboooo. Ya, hari untuk mengenal lembu untuk kanak-kanak ribena. Yeay!!



Excited dapat balik kampung. Kampung ada pokok pisang, pokok kelapa dan segala jenis pokoklah. Binatang pun banyak ada ayam, kamben, lembu. Wauweeee. Kat kampung boleh lari sana lari sini. Ramai orang nak dukung, ramai orang nak layan. Syioklah.

Hey, hey, hey lari-lari pergi mana tu.





Acheem pun ada. Wah hensemnya Acheem siap berbaju melayu lagi.




Semua orang focus. Once a year je boleh tengok macam ni.




Lembu ditumbangkan. Selepas bersembahyang, upacara korban dimulakan. Lembu yang hendak dikorbankan disembelih secara beramai-ranai di kawasan masjid sebelum dibagi-bagikan kepada orang ramai terutamanya golongan fakir miskin.




Disembelih dan dilapah dagingnya. Dalam 2 jam semuanya dah settle.





Dulu tak geng. Tengok Mak Teh dari jauh pun NAyli dah ca alif bott tapi sekarang ekhem ekhem. Wah dah jadik geng ye. Teman tapi mesra. Bolehlah babysit NAyli kalau mamanya nak shopping lalalalala~ Erksss. Yeay!!




*erksss apsal pic Nayli dengan mak teh macam nampak kemek je. Hiks!

Happy!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!