Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Saturday, October 22, 2011

Dapat Happy Meal Baru Senyum Lebar

Weekend datang lagi. Yahoo! Alangkah busynya semenjak dua menjak ni. Tetiba dah Friday. Tetiba dah Saturday. Tetiba dah Monday. Haisshh. Tu yang tak suka tu.

BAwa anak jalan-jalan. Eh silap bukan jalan-jalan tapi makan-makan.

KAlau orang utara cakap. Hamboiiii senyum lebaq nooooooo.



Mestila senyum lebar mama belanja Happy Meal. Actually first time beli Happy Meal untuk NAyli kalau tak kongsi dengan mama je makan VAlue Meal Set. MAhal jugak ye. Beli Happy Meal beef burger set pun dah RM8+++ baik beli Value Meal Big Mac. Pulak tu Nayli bukannye nak makan sangat minum Milo je. Penyudahnya ape lagi mama la jadik DBKL tukang habiskan fries & beef burger. Burpsssssss.

Baby Zara pun makan jugak.

Tapi makan angin je la. TEngah gatal gusi rasanya tu. Asyik nak geget je.



Tangan mama pun nak geget.  HAdoiii. Time ni bila nak menyusu memang rasa kecur perut sikit. Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, October 21, 2011

Part Paling MEncabar Jaga Baby Zara

Sekarang ni adalah part yang agak challenging bagi mama & papa. Baby Zara sangat excited nak berdiri. Kejap-kejap berpaut pada kerusi, kejap-kejap berpaut pada almari. Kalau mama tengah duduk kat lantai pun dia boleh bergayut kat mama nak berdiri. Memang sekarang ni tak boleh tinggalkan baby Zara soranglah nanti mesti ada je aktiviti bahaya yang dia nak buat.YAng paling bahaya mestilah berpaut pada walker. Walker bergerak baby Zara pun tebaboooooo. Adus. Eh belum pernah lagi tebabooooo. NAsib baik.

Hooyeah!! Saya pun boleh berdiri macam mama jugak. Lepas ni dah jalan boleh ikut mama pergi shopping yeay!!


Kalau duduk without support pun dah boleh tapi tu pun takut jugak. Takut terlentang ke belakang jugak. Apepun setiap perkembangan bayi adalah berbeza kerana mereka dijadikan oleh Allah SWT dengan sangat unik janganlah bandingkan baby ini dengan baby ini. Saya cuma memberi pandangan melalui pengalaman supaya detik-detik yang tak boleh di undur ini dapat menjadi kenangan untuk mama dan baby Zara sendiri bila besar nanti.

Kalau perkembangan anak agak lambat dapatkanlah nasihat & pandangan dari pakar tapi janganlah sedih kerana atleast kita beruntung dapat anak yang sempurna. Cuba fikirkan orang lain yang perlu mendidik anak yang istimewa.

Sayang sangat muchuk Zara!! Engkaulah ratu hatiku.

Ready!!!



Hooyeah!!!



Suka sangat buat mulut ketap-ketap macam ni geram kat siapa tu sayang? Hiks!

Muahs! Muahs!
Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wesnesday #4



Banjir susu. Last week susu tumpah uwaa sayangnya  masa nak simpan. Baby Zara pulak meragam tak sempat mama nak bersihkan. KEesokan harinya susu pun dah keras macam batu & meneggelamkan bekas-bekas dadih & botol yang terletak di bahagian bawah. Macam mana nak cairkan susu yang tertumpah tu ye?

*otak blur ya rabbi. Help me plis uwaaaaa.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Kisah Di Office Pada HAri Rabu So Bukan Wordless Wednesday

Ok sebab today is Wednesday walaupun orang selalu buat entry Wordless Wednesday tapi saya nak jugak cakap banyak-banyak on Wednesday. Sebab apa saya nak cakap banyak tau tak? Mestila sebab saya takde kerja kat office hari ni. Hooyeah!!!!

Weekdays cerita pasal kerja. Yelah bila kerja kat construction field ni advance la sikit. Macam-macam jenis construction boleh tahu. Weekend pulak cerita pasal anak pulak. Yeay!!

Dasyat betul pembangunan kat Malaysia sekarang. Hari-hari ade je benda nak bina, nak buat. HAri-hari ada je tender. HAri-hari ada je orang nak cari Akma. Hellllllooooooooo belanja-belanja makan i tak main hokkay kalau nak Victoria Station terus ada berani hahahahaah!

Contohnya macamni.




TAk lama lagi stesyen LRT kat Kelana Jaya akan disambung sehingga lah kalau tak silap Sungai Buloh. Yeay!! Wah bestnye kalau nak pergi KL tak payah la mengharapkan komuter yang asyik semput je lagi.

Stesyen ni pun akan disambung jugak.




Stesyen Ampang akan disambung kalau tak silap sampai Subang JAya yahooo boleh la pergi Pyramid naik komuter je next time dan at last kedua-dua stesyen ini akhirnya akan bersambung antara satu sama lain.

LAgik dan lagik.

Kat Jalan PAsar Pudu pulak nak buat bangunan pejabat 11 tingkat. Erkss ada lagik ke tanah kosong kat area JAlan PAsar tu ye? Rasa macam dah penuh dengan building je.




Lepastu untuk penduduk di Tuaran, Sabah pulak tak lama lagi dapat hospital. Yahoo! Tuaran Sabah?? Hurmss sampai pun tak pernah lagi. Sampai dalam mimpi pernahlah.



Mak datukkkk tender hospital ni!!!

Frankly speaking rasanya dalam buat macam-macam jenis tender buat tender hospital paling challenging sekali. Apa taknya punyalah banyak guna dehumidifier yelah kalau udara lembab takut pulak virus & germs senang merebak. Pulak tu banyak giller guna silencer yelah nak control bunyi bising kalau tak orang yang sakit jantung duduk hospital elok-elok sihat walafiat dengar bunyi bising terus terkejut masuk gol. Tu belum kira heat pipe sebab nak supply air panas bla bla bla bla macam-macam lagi la. Pendek kata memang macam-macam la benda yang pelik yang digunakan kat hospital tapi takde kat building lain.

Eh korang faham ke apa yang saya bebelkan ni. Hiks! Sorry teremo pulak sikit pasal kerja. Just tunjuk tender je bukan tunjuk harga pun kan boss. Hehe.

*kerja.sampai.bila.pun.tak.habis.tapi. untuk.stayback.jangan.haraplah.uwekkk.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, October 17, 2011

Gaji Pertama Mestilah Open Table Kan. Yeay!!

Ingat lagi dulu-dulu masa first time kerja & dapat gaji mesti open table belanja family. yeay!!! 

So bulan ni saye dapat first gaji jugak tapi dari company yang baru saya joinlah so cadangnye nak belanja Enchek Husband. Di ulang sekali lagi belanja Enchek Husband je yang lain-lain tu tak cukup budget ok lain kali jelah ye. Hiks!

Nasib baik tak mintak Marche, bukan jugak TGIF, Secret Recipe pun bukan. Chillis pun tak.

"Alaa kita makan kat Ani Sup Utara je lah, senang sikit lagipun dekat dengan rumah". Begitulah kata-kata Enchek Husband dalam nada yang amat menyenangkan hati bini dia dasar kedekut betul bini sorang ni. Hahahahahaha!

So ke Restaurant Ani Sup Utara la kami for dinner.

Sebab big baby NAyli baru kebah demam Enchek Husband syorkan minum air kelapa muda. First time weh Nayli minum. Mama konpius gak. Eh boleh ke budak kecik budak air kelapa ye? Takpe ke? Tak tajam ke? Tak sakit perut ke? Ke? Ke? Ke? PEndek kata 1001 question marks lah. 

Muka excited first time minum air kepala muda tapi at last tak suka pun. Sikit je dia minum yang lain2 tu macam biasalah mama lah yang jadik DBKL habiskan!!! Burpsssss kembong.




Papa makan set sup ekor. Okla yummy-licious.




Mama pulak order ape kebenda ntah nama nye pun tak ingat. Yang tau ada word 'baby' tu yang menarik perhatian nak order tu. Nasib baik sedap.

MEmang sedap pun!! Yummy!!




Budak kecik Zara tengok je la aksi makan dengan muka lapar. Hehe kesian Zara. Sebab baby Zara tak makan so tiadalah pic nye kat entry ni. 

Burpss Alhamdulillah dimurahkan rezeki. Tangan kecik cinonet yang memang cepat je nak capai barang. Tengok tu.



Baby Zara dah semakin advance. Mama memang kene extra bukak mata & telinga kalau tak semua benda nak capai, semua benda nak tarik, semua benda nak masukkan dalam mulut, semua benda dia ingat toys.

Bahaya la sayang oiii.

Sekian.




Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, October 16, 2011

Cerita Budak Tak BErapa Sihat PErgi Shopping Mall Terus Sihat

Nayli tak berapa sihat. Batuk-batuk & selsema. Demam pun ada sikit tapi tak berapa panas. Suam-suam kuku kata orang. Pakej la kiranya. Bila duduk kat rumah asyik merengek je. Ekk sana. Ekk sini. Suruh cakap nak ape tak nak cakap pulak. Yang tau ekk ekk ekk ekk. Hehe sabo jelah.

Ok lah macam tu jom kita pergi jalan-jalan. Yelah macam mama kalau tak sihat theraphy untuk sihat ialah pergi shopping mall. NAyli macam mama jugak ke tak? Hiks!

Jom pergi The Curve. Mula-mula tu muka monyok je. Sampai Toy'R'us pun tak nak turun dari stroller. Pecah rekod beb. Kalau tak baru sampai kat entrance dah melompat-lompat happy.

Alolololo ciannye. Tak teringin ke nak naik swing tu sayang oiii.




TApi lama-lama mana boleh tahan. Nak mainlah. Yeay!! Senang sikit tengok muka happy kalau tak monyok aje.



Jeling siapa tu sayang??




Sampai kat Ikea pulak. Duduk kat sofa yang empuk pun tak happy lainlah mama duduk sampai dah nak tertidur.




Tapi bila sampai kat children area happylah. Yelah macam-macam ada di sana. Semua boleh main nak buat macam rumah sendiri pun boleh apa salahnya alah macam tak biasa pulak. Ada pulak uncle mana ntah bagi Nayli ballon. Syioklah. Thank you so much uncle.




Nayli dengan ballon memang tak dapat dipisahkan. Tak payah beli barbie dolls mahal-mahal sebab sangat suka ballon dulu, kini & selamanya. Yahooooooo jimat jimat!




Dari petang sampai ke malam la jugak kat The Curve layan budak yang tak berapa sihat tapi lama-lama dah sihat pulak.




Teringin jugak nak jalan-jalan kat Flea MArket tapi apakan daya kalau pergi mesti berlaga montot, ramai giller orang. Kesian pulak anakanda ku nanti. Dah la demam. Takpelah tapi hati ada sikit sob soblah.

Sebab baik je tak lari sana lari sini ye tak ye dah tak sihat memangla takde mood nak lari so dapatla hadiah jangan conteng wall lagik tau lepas ni. Hopefully suka sampai bila-bila bukan suka untuk seminggu je.



Papa mesti fenin sebab theraphy mama & anak-anak dia sama je. Hehehehehe. Yelah dah nama pun girls power kalau macam ni nak anak semua girl la.

HAcummmmm! Papa, mama pulak tak sihatla jom pergi Pavillion pulak. Ahaks!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, October 15, 2011

Pear Puree Comel Bentuk Fish For Baby Zara.

It's weekendlah. Hey Hey Hey hari yang di tunggulah. Yeay!!!

Biasanya on weekend saya akan buat seberapa banyak yang mampu frozen food untuk baby Zara. Monday to Friday mama off ok. MAna sempat nak masak & blend satu2 daaaaa pagi-pagi buta sebelum pergi kerja. Hiks! Saya cuma masak bubur nasi kosong untuk 3 hari, simpan dalam fridge & every morning saya akan panaskan guna warmer bubur nasi tersebut dan campur mana-mana food puree yang dah sedia ada. Kalau nak bagi fruit puree without bubur nasi also can. Selalunya saya buat frozen food eg. potato, sweet potato, apple, pumpkin, carrot & pear. Nak buat frozen food chicken pun boleh je. Mudahkan janji jangan ada penyakit 'M'. Yeay!!!

Nak buat pear puree lah harini. Rebus kejap je. Kasi lembik sikit.


Tunggu sejuk sikit blend je sampai hancusss.

Separuh bubuh dalam ice tray, separuh lagi mama minum. Juice pear yeay I loike.....

Pear puree letak dalam kiub bentuk fish tapi rasa tetap macam pear bukan rasa fish ok. Jangan konpius pulak. Hiks!




Flower pun ade.




Letak dalam fridge kasi beku. Duk diam-diam dengan milk's geng ye.




Beberapa jam kemudian. Dah siap!! Yeay!! Comelkan. Jangan lupa labelkan tarikh & jenis food puree sebelum simpan dalam fridge sebab bila dah buat banyak frozen food mesti dah tak tau mana satu carrot, mana satu pumpkin, mana satu apple mana satu pear.

Flower & fish together-gether. Yahoo!


Nak beli macam-macam bentuk ice tray yang comel & colorful??? Mesti rambang mata kalau tengok. Mama Zara memang macam-macam padahal bila dah cairkan kiub tu dah takde rupa fish ke flower ke. Hehehe. Saje memang suka buat kiub bentuk comel-comel ni.

Mana lagi Ikea lah. Hiks! Jom pergi Ikea!! Vrooom Vrooom.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM



1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Info selanjutnya - http://www.informasi.my/info-kemuliaan-ibu-mengandung-dalam-islam/



Selamat menjalani tempoh preggy selama 9 bulan yang sangat indah. Yeay!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, October 14, 2011

Berapa LAma Simpan Susu Dalam PEti Sejuk?

Saya tulis belog saja suka-suka. Saya tulis entry pasal susu ibu jugak pun suka-suka sebab sharing is caring.

Saya tak sangka rupa-rupanya ada kawan-kawan saya yang mengikuti belog saya as a silent reader tak pernah drop comment & tetiba msg saya nak tanya itu  ini sebab mereka berminat mengetahui pasal susu ibu dengan lebih lanjut sebab selalu baca kat belog saya pasal cerita susu ibu.

*terharu. I loike.....

Saya faham mula-mula melibatkan diri dalam dunia penyusuan memang serba tak tau. Saya tau saya tau sebab dulu saya pun macam tu. Saya tak kisah siapa-siapa nak tanya saya apepun pasal masalah susu ibu, sebab saya sedia membantu mana yang saya mampu.

*tahniah kerana puan berazam untuk menyusukan anak sepenuhnya. You know who you are. Yeay!!

Info lanjut untuk anda & semua mommies yang berminat dengan penyusuan. Tahap kualiti susu yang paling baik dan berantioxidant tinggi apabila disimpan hanya dalam tempoh 48 jam di bahagian sejuk(bukan beku). Walau bagaimanapun, tidak semua khasiat di dalam susu ibu yang dibeku akan musnah di dalam proses pembekuan susu. Ianya masih baik jika dibandingkan dengan susu formula.

Tengok piccas mesti lagi faham.

Bila nak bekalkan untuk baby kat nursery jangan bagi semua susu beku je, campur la jugak dengan susu yang tak beku untuk memastikan bayi mendapat khasiat pada tahap maksimum semasa pengambilan susu perahan setiap hari. Bolehlah menyimpan sebahagian besar dari kumpulan susu yang diperah kat office di bahagian sejuk sahaja dan simpan sedikit di bahagian beku. Dengan itu, pada keesokan harinya, pastikan anak puan mendapat sebahagian besar koleksi susu segar dan hanya bahagian kecil saja dari simpanan yang agak lama.

Contohnya begini, katakan anda telah menyimpan sebanyak 10 botol di bahagian beku. Setiap hari mommies berjaya mengumpul 4 botol susu semasa bekerja. Apabila pulang ke rumah, simpan 3 dari susu perahan baru itu di bahagian sejuk (bawah peti ais) untuk kegunaan esok hari dan satu botol lagi ke dalam bahagian beku sebagai simpanan jangka panjang. Sebagai ganti, keluarkan susu yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti ais untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. Oleh itu sebagai bekalan esok haro, anak puan akan menikmati 3 botol susu segar dan hanya satu botol dari koleksi yang agak lama, namun ianya masih cukup berkhasiat. Dengan cara ini, kita dapat mengekalkan khasiat dan kandungan antioksidant di dalam bekalan susu kepada anak kita. Yeay!!!

Untuk bekalan baby Zara:
4 bottles - susu yang diperah semalam
2 bottles - susu yang disejukbekukan.
Ibu perlu memerah susu 2 - 3 kali di tempat kerja atau dalam erti kata lain every 2-3 hours untuk di bawa balik. Perahan susu ibu boleh disimpan di dalam peti sejuk sebaik tiba di rumah untuk keperluan esok hari.

Jangan nak mengada-ngada tettttts rotan karang baru tau:

TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.

TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).

TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.

Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.

Diharap entry di hari Jumaat sebab dah malas nak bekerja ini dapat dicuba dan memberi manfaat kepada mommies dan anak-anak serta ibu-ibu bekerja yang lain.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.







Yeay!

Susu Awal dan Susu Akhir Ibu

Yahooooo kat office tak banyak kerja then baca dlm star online tadi pasal obesiti. Kat US sekarang diorang tengah atur mcm mcm program utk kurangkan obese people. Antara langkah2 yg diambil are kawal pemakanan, lebihkn exercise and yg istimewanya program penggalakan menyusu badan untuk elak babies jd obese. Yeay!!!!


Nampaknya we are heading in the rite direction of ensuring baby kita gain normal weight. Yies-lah!!!
Pic budak comel adalah ihsan dari en. google. yeay!!!


Yelah pasal baby berat or ringan, setiap babies are different. Tengok la genetik makbapaknye jugak. Kalau memang gen kurus tu ade dalam family possible gak dpt kat anak kurus tapi minum susu ibu memang boleh prevent baby jadi gemok kedempol bila besar nanti, dari ape yang saya bacalah bukan fakta sendiri ok. Time kecik ada babies kurus sbb minum breastmilkje, tp ada baby bulat bam bam altho minum breastmilk je. Anyway jgn la ragu-ragu ngan susuibu ni tak baik tau asyik cakap susu tak cukup je bila baby kurus. Bukan nye sekali menyusu sehari semalam berat baby akan bertambat berlipat ganda.  Hello weh weh weh......

Kalau susu byk tu kerap kan perah buat stok. Kadang-kadang duduk dengan baby pun kena perah jugak sebab baby tak berapa minum susu contoh terdekat baby Zara Amani-lah. Kalau rasa-rasa susu macam tak banyak je or badan asyik letih pulak cuba amik pil tambah susu or vitamin2 yg sesuai. But for info saya ni baik masa breastfeed Nayli or Zara memang satu supplement penambah susu pun tak pernah makan except Shaklee masa tengan berpantang ambil set after bersalin.  So far ok laa  masih bertenaga sehebat biskut Tiger lagipun saya percaya kunci utama untuk memperbanyakkan susu ialah harus selalu kosongkan breast dengan direct breastfeed or perah.

Ada jugak baby yang fully breastfeed berat badan tak naik. Selalunya bila berat baby tak naik kita kene tengok semula macamana kita menyusu sebab itu kita dinasihatkan menyusukan untuk setiap breast at least 20 minit supaya dia dapat susu awal dan akhir dan memang betul kadang-kala pemakanan juga buatkan susu kita jadi pekat atau cair. Antara yg pekatkan susu ialah soya, oat. Pastu kena ingat susu kita ni bila cuaca panas dia akan cair sedikit fungsinya bila panas baby dahaga kan so yg cair tu byk kandungan air. Bila malam susu jadi pekat sbb bby sejuk dan perlukan lemak utk panaskan badan. Susu ibu dah sediakala mempunyai preset memory kalau cuaca sejuk susu ibu pekat reason more fat to fulfill energy needs during clod weather kalau panas pulak susu ibu cair reason more water to fulfill baby's fluid needs which, to avoid dehydration during hot and dry season. Jgn risau pekat atau cair sbb Allah dah jadikan susu badan itu cantik mengikut keperluan manusia.


"see, ALLAH's creations are amazing"


Yang saya tau jugak...

"Digalakkan untuk menyusu dalam 12 tgh malam - 6 pagi sebab waktu ini susu kita mengandungi banyak lemak"


Susu pekat atau cair sebab kandungan air dan lemak. Kita kena ambil tahu juga sbg knowledge bukan menyusu je. Kadang2 bila baby tak naik berat badan kerana dia tak dapat hindmilk iaitu susu akhir yg mengandungi lemak. Menyusu bukan takat menyusu tapi kita kena ada ilmu supaya bila ada masalah berat badan kita boleh tahu mana kelemahan kita & takdelah asyik kena tembak je dengan orang sekeliling.

Yang penting tengok warna najis dan juga kekerapan baby buang air. As long as najis baby warna kuning, maknanya cukup susu. But kalau najis baby ada sedikit kehijauan, maknanya kurang hindmilk. Sebab tu kalau pam, make sure breast kita terasa lembut supaya kita pam sampai ke hindmilk.

Saya jugak suka tgk warna susu lepas pam sbb warna susu boleh jadi berbeza. Ada skali saya makan dragon fruit warna susu tukar jd light pink. Cam best gitu susu leh tukar2 kaler. Jangan tak caye ok.

Oleh itu untuk memastikan bayi mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya, pastikan bayi menghisap sehingga payudara kosong kesemuanya. Biasanya ini mengambil masa lebih kurang 15 -20 minit untuk setiap belah payudara. Antara kebaikan susu akhir kita juga ialah utk membantu penyembuhan luka/ sore nipple dgn lebih efisien sbb susu akhir lebih mosturized.

LAst but not least happy friday peeps selamat menyusukan anak untuk para ibu di seluruh dunia. Hooyeah!!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!