Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, June 22, 2010

Baby Nayli Dah Boleh Makan Ayam Tak?


Dah satu bulan setengah baby Nayli makan solid food. Sebenarnye saye dah boring la jugak asyik bagi baby Nayli makan sayur & buah2an je, ntah2 baby NAyli pun dah boring jugak macam mamanye. Apela mama ni asyik menu same je. Hiks! so rase macam excited sangat nak bagi baby NAyli makan benda yang lain pulak, Macam mane dengan ayam pulak ye? Nak tau tak? Saye bace info kat sini.


Kebaikan Ayam
Ayam mengandungi protein dan zat besi. Ini adalah salah satu dari sumber makanan yang paling mudah dicerna dan disyorkan sebagai daging pertama kepada bayi. Bilakah saya boleh memperkenalkan ayam kepada baby Nayli ye?


Kebanyakan doktor mecadangkan ayam,daging dan bahan makanan yang bersumberkan protein yang lain diperkenalkan ketika bayi berusia antara 8-10 bulan. Di negara-negara Eropah, doktor mengesyorkan daging  ayam sebagai salah satu makanan pertama bayi kerana tahap zat besi pada daging ayam itu. .

Isi daging ayam pada bahagian dada adalah lebih tinggi zat besi dan kurang kandungan  lemak.

Cara yang paling baik untuk memasak ayam adalah dengan memotong kepada bahagian2 kecil dan didihkan dengan sedikit air dengan ditambah sayuran dan  bawang putih. Tetapi lebih disyorkan dimasak dengan cara memanggangnya. Memanggang membantu mengekalkan nutrisi pada makanan.


Beberapa Sumber Makanan YAng sesuai Dimakan Dengan Ayam
Epal
Anggur
Mangga
Betik
Pear
Brokoli
Kobis Bunga
Terung
Kacang buncis
Ubi keledek
Ubi KEntang
Pasta
NAsi
.
Contoh Resepi
Epal & Ayam 

1 / 3 cawan ayam yang telah dipotong kecil /ayam tanpa tulang
1 / 4 cawan apple  (tanpa kulit atau biji)

Bubur nasi,  ayam dan epal dimasak bersama-sama, lepas tue blend sehingga halus.

SEDAPNYA!! mama pulak yang terliur!


Nak cubela nanti tapi kene tunggu baby NAyli 8 bulan dulu....

Baby oh Baby Nayli.. sila bukak mulut luas2 ye nanti dengan segala resepi2 baru yang mama suapkan nanti ye. Hehehehe~
.

Monday, June 21, 2010

Perlukah Milk Booster?

Ermpsss nowadays banyak betul tengok milk booster di pasaran. Sebenarnya saye kurang pasti keberkesananya sebab saye tak pernah start lagik makan ape2 jenis milk booster sampai sekarang. Perlukah makan milk booster nie untuk menambahkan susu ye? Betul ke milk booster nie mampu menambahkan production susu sebab saye pernah la jugak bace iklan2 testimonial seperti:

sejak makan xxxxx, hasil perahan susu saye telah bertambah sehingga 20 oz untuk satu sessi pam!!

OMG!!Wah macam ade kuase magic !!!!!!!!

Antara milk booster yang popular







Ade lagik....





Frankly speaking saye memang tak pernah makan & beli ape2 milk booster lagi yang terdapat di pasaran lagik, baik beli ON9, beli kat kedai atau ape2 sekalipunla. Pun tak pernah makan lobak putih, tak pernah minum air longan, sumenye tak pernah. Alhamdulillah, mungkin dengan rezeki yang Allah bagi saye masih mampu fully BF baby Nayli sampai sekarang.

Sebenarnye saye percaya pada pemakanan seimbang & berkhasiat, doa, hati yang gembira dan kekerapan mengosongkan breast setiap 2-3 jam adalah kunci utama dalam kejayaan penyusuan susu ibu.

Tapi kalau dari segi pemasaran, ianya seakan kemestian dan cukup penting.

Saye pun tak tahu sampai bile saye mampu bertahan dengan menyusukan baby Nayli tanpa makan ape2 milk booster nie. Kadangkala terdetik jugak di hati nak try tapi tak tak tau nak cube  yang mane satu sebab tersangat la banyak milk booster di pasaran di mana para jurujual2 a.k.a ibu2 berlumba-lumba mempromosikan & memberi komen yang sangatlah membuat orang teruja bile mendengarnya!!!!

Yelah mane tak teruja bile bace testimonial yang mengatakan kalau makan milk booster nie boleh dapat 20 oz untuk satu sessi pam....!! kalo 2x pam dah 40 oz.. 3x pam dah 60 oz.... HEBAT!!! kalo dalam Bahasa German ... PRIMA!!!!

ermps... rasenye mungkin saye start makan bile production susu saye betul2 mengalami masalah besar kot... yang pastinye saye akan sentiasa berfikiran positif & yakin yang saye mampu melakukan penyusuan untuk baby Nayli sehingga 2 tahun dengan mengekalkan cara  yang saye lakukan sekarang nie je.... Amin.

Tapi saye adalah seorang pemakan vitamin lagikpun adik saye adalah orang kuat kat CCM Pharmaceutical, vitamin boleh beli sangat murah je, staff price la katekan. Hiks!!!! Danke schon Cik Pia, lappp u larhhh, muax!

Menyusu di Bulan Puasa




Tengok je kat tajuk entry nie mesti orang akan cakap. wah advancenye!!!!!!! Ya, saye memang advance terlebih sebab saye sangat memikirkan in advance pada perkara2 yang bakal dan sepatutnya saye lakukan pada masa hadapan terutamanya untuk baby Nayli. Hiks Hiks Hiks! Skang dah nak masuk bulan 7, bulan 8 dah puase kan kan kan? LAgik sebulan lebih je!!!!!

Oh ye bila Ramadhan dah nak tiba, mesti setiap ibu yang menyusukan anak bimbangkan?  Ya! termasukla saye. Inilah kali pertama saye berpuase sambil menyusukan anak . Bukan sebab tidak mampu untuk menunaikan ibadah yang tercatit dalam Rukun Islam tetapi risau mengenangkan bagaimana untuk menyusukan bayi NAyli sedangkan diri terikat dengan ibadah puasa. Saye risau pengeluaran susu ibu semakin berkurang dan tak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan berpuasa. HAruskah saye berasa risau ye???

Hasil pembacaan saye, dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang ditawarkan. Tetapi perlulah ada sebab mengapa diberikan pilihan untuk berbuka kerana setiap puase yang ditinggalkan tue perlu diganti. Sebab itulah, setiap wanita yang menyusukan bayi ataupun hamil perlu memahami perkara- perkara yang bersangkutan dengan pengurusan berpuasa iaitu bila keharusan untuk berbuka dan kesannya dari segi qadha' dan fidyah.

Namun, dengan kajian- kajian yang dilakukan oleh ramai penyelidik, berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu- ibu yang menyusukan anak. Dengan itu, kaum ibu tidak perlu risau akan kekurangan penghasilan susu dan kesannya terhadap bayi selagi mana mereka istiqamah dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat semasa di bulan Ramadhan. Kebimbangan dan kekhuatiran tidak seharusnya timbul apatah lagi berpuasa sebenarnya lebih banyak memberi kemanfaatan kepada semua berbanding kemudaratan. Kemudaratan hanya berlaku dalam kes- kes terpencil yang diharuskan dalam agama untuk berbuka puasa. 

Pelbagai persoalan yang timbul di fikiran ibu- ibu yang menyusukan bayi berkenaan dengan puasa. Namun, ia mungkin akan terjawab jika kita sendiri faham akan erti pengurusan puasa dan juga tahu akan natijahnya dari sudut perspektif sains. Kadangkala bukan ibu yang menyusukan bayi bimbang akan kesihatan tetapi masyarakat sekeliling ataupun keluarga terdekat yang mempengaruhi minda dan pemikiran ibu- ibu bahawa berpuasa boleh membahayakan bayi yang disusui. Ya! itu betul sangat2, HAHAHAHAHA! Sebab itulah perlunya pemahaman yang mendalam tentang puasa dan peri pentingnya penyusuan susu ibu agar pilihan untuk berbuka puasa itu dapat diminimumkan. Ia merupakan satu langkah yang proaktif supaya tidak timbul masalah yang mendatang dan kesihatan ibu dan anak juga akan diberkati Allah natijah daripada manfaat puasa itu sendiri.
Banyak kajian menyatakan bahawa berpuasa tidak akan mengurangkan pengeluaran susu ibu tetapi berlakunya dehidrasi yang teruk kepada si ibu akan menyebabkan bekalan susu ibu akan berkurangan. Jika kita lihat, berpuasa hanya melibatkan penahanan diri daripada makan dan minum hanya memakan tempoh yang sekejap, bukannye kene berpuase sampai 24 jam kan. Jadi tak timbul masalah dehidrasi jika kita mengamalkan cara pemakanan yang seimbang dan minum air dalam kuantiti yang cukup. So malam2 lepas bukak puase tue cubalah minum air sebanyak yang mungkin OK.

Ada juga sesetengah pendapat mengatakan jika ibu- ibu berpuasa, akan meningkatkan penghasilan toksin di dalam badan dan akhirnya juga terdapat dalam susu ibu yang akan memberi kesan terhadap bayi. Namun, perlu kita ingat, bayi juga memiliki sistem imun yang dapat menahan diri mereka daripada serangan penyakit. Tanggapan sebegini perlu kita ambil iktibar dan diterjermahkan dalam ertikata puasa yang kita jalani. Allah mensyariatkan berpuasa kepada hamba- hambaNya kerana pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi daripadanya. Terpulang kepada diri kita untuk memanifestasikan puasa dalam kehidupan yang sebenar dengan situasi seperti ibu- ibu yang menyusukan bayi. Kajian yang dijalankan di Afrika Barat mendapati bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi tetapi kemungkinan komposisi susu ibu tersebut akan berubah. Hal ini adalah sejajar jika dikaitkan dengan pemakanan ibu semasa bulan Ramadhan kerana nutrien susu adalah bergantung kepada pemakanan ibu. 

Kalau kita mengamalkan pemakanan sihat dan sempurna yang diamalkan, iInsyallah tak akan mengundang masalah terhadap pengeluaran susu tetapi jika terdapat kekurangan dalam pengambilan makanan, kemungkinan komposisi tersebut akan berubah. Namun, ia tidak mendatangkan masalah terhadap kesihatan bayi. Ini kerana, ia boleh dilihat sebagai suatu kitaran, ibu- ibu boleh menggantikan makanan atau zat yang tidak cukup tersebut selepas waktu berbuka. Selagi mana pemakanan seimbang diutamakan, tiada masalah untuk ibu dan bayi yang menyusu.

Suruhan ini terkandung implikasi yang mendalam terhadap kesihatan setiap manusia khususnya yang bergelar ibu. Tetapi, bagi kita yang ingin merebut peluang berpuasa di bulan yang mulia seharusnya tidak menjadikan penyusuan susu ibu sebagai suatu halangan untuk mendapat dua ganjaran yang hebat tersebut dalam masa yang sama. Ditambah lagi, kajian- kajian sains terkini yang membuktikan tiada permasalahan yang menghalang wanita yang menyusukan bayi untuk berpuasa dari segi kesihatan ibu dan bayi itu sendiri. Malah, kita seharusnya percaya, sudah pasti ada hikmah dan keistimewaan yang tersirat di samping yang tersurat dengan apa yang Allah telah tentukan buat hambaNya yang bergelar wanita dan ibu.


Sesungguhnya Ramadhan akan menjadi lebih bermakna jika ibu2 tidak mengambil mudah akan hal melaksanakan puasa dan meneruskan penyusuan bayi. Sebaiknya, minimumkan pilihan untuk tidak berpuasa jika tiada apa- apa masalah ketika menyusukan bayi. Sebagai langkah proaktif bagi ibu- ibu, seharusnya mengambil peluang untuk mengkaji lebih mendalam hakikat disyariatkan penyusuan susu ibu dan tidak menjadikan Ramadhan sebagai satu halangan untuk memberhentikan penyusuan ibu mahupun mengambil langkah berbuka puasa sewenang- wenangnya untuk menyusukan bayi tanpa ada sebab yang munasabah. Yang paling penting ialah pendidikan pemakanan yang sihat harus disemai dalam setiap diri ibu yang menyusukan bayi agar dapat mengharungi bulan puasa dengan sihat dan cergas tanpa sebarang masalah.

So, pada ibu2 yang meyusu tak payah la risau. Insyallah kita pasti boleh lakukan.  Yang penting pemakanan seimbang & minum air banyak2. Bukankan ciptaan Allah itu hebat.

Pssttt: Oh ye, tahun lepas saye puase penuh tau sebab mase tue tengah preggy 7 bulan, Alhamdulillah takde sebarang masalah. Best sangat tau rase mase tue! Hiks

Telur Oh Telur


Saye suke makan telur goreng, telur dadar, telur masak kicap, sambal telur. Boleh dikatekan semua makanan yang berasaskan telur saye suke. Tapi tak boleh la makan selalu sebab telur kan ade kalori yang tinggi, nanti bukan baby NAyli je yang semakin BAM-BAM, mama pulak yang BAM-BAM. Kadang2 terfikir gak bolehke bagi baby Nayli makan telur sebab mama nya tersangat la suke makan.


Oh... bace info kat sini:


Usia yang dicadangkan untuk perkenalkan pada baby,  kuning telur adalah 8 bulan manakala putih telur pula adalah 12 bulan.

Kebaikan kuning telur untuk bayi mengandungi 5 gram lemak dalam kuning telur, hanya 1,5 gram (31%) adalah lemak tepu.

Sebahagian sumber tenaga menunjukkan bahawa kuning telur  baik untuk bayi yang tidak mengalami masalah alahan. Putih telur tidak sepatutnya diperkenalkan untuk baby yang berusia bawah 1 tahun. Telur, terutama putih telur, adalah salah satu daripada 8 bahan pada kedudukan ranking teratas yang menyebabkan alahan.  

8 bahan tersebut adalah:
Susu 
telur 
kacang Peanut 
walnut, cashew
Ikan 
Kerang 
Soya
Gandum 

Banyak kajian yang telah dilakukan pada bayi yang mempunyai alahan pada telur mendapati bahawa jika diberi makan telur selepas usia 5 tahun, masalah alahan bayi pada telur adalah semakin kurang.. Ini adalah bagus sebab telur sangat berkhasiat dan merupakan bahagian yang penting untuk diet. .

Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi telur,  mungkin adalah lebih baik menunggu sehingga baby melepasi umur 12 bulan untuk memperkenalkan kuning telur. Walaupun makanan pejal tidak digalakkan diperkenalkan sebelum berusia 6 bulan, tidak ada bukti yang meyakinkan bahawa melewatkan memperkenalkan bayi pada telur mempunyai kesan perlindungan yang signifikan terhadap perkembangan penyakit atau alahan memandang jika bayi yang diberi susu formula protein lembu. Ini termasuk melewatkan pengenalan makanan yang dianggap sangat alergi, seperti ikan, telur, dan makanan yang mengandungi protein kacang 


Beberapa Makanan yang baik untuk Campur Dengan Telur 
Epal
Pear
Brokoli 
Kacang Lentil 
Kentang 
Kubis bunga 
Beras

Antara alahan yang disebab kan telur
Asma 
Cirit Birit
gatal-gatal (muncul di sekitar mulut, bibir dan tekak)
Mual 
Muntah 
Dan Lain LAin

So nampaknye mama tak berani bagi baby Nayli makan telur lagi. Nantila tunggu baby 8 bulan lebih ye. Tue pun boleh makan kuning telur je dulu. Biar mama je yang makan telur sorang2 jelah ye. Hiks 

Ape2 pun susu ibu ataupun susu formula adalah SUMBER NUTRISI YANG PALING PENTING untuk bayi anda hingga berusia 12 bulan. JANGAN menggantikan susu dengan makan pejal dan sebelum perkenalkan makanan pejal pertama pada bayi anda, periksa dengan doktor bayi anda dulu okay.

Sunday, June 20, 2010

Jom Mandi

Baby Nayli tergolong dalam golongan orang yang suke mandi la gak. Suke sangat main air. Sekarang nak mandikan baby Nayli agak susah sebab asyik melompat2 dan buat aksi stunt je, jatuh karang mama tak jamin okay. Ayokkkkk.

Saye memang dah lame sangat tak mandikan baby Nayli sebab tugas nie agak berat, chewaahh ye ke? so papa yang akan mandikan baby Nayli. Tapi itu pun on weekends je sebab semasa hari bekerja baby Nayli akan dimandikan oleh kakak kat nursery tue. Sebab pagi kami hantar baby Nayli around 8am dia tak mandi lagi masih dalam mood tido then ambil balik dalam pukul 6.30pm, baby Nayli dah mandi & wangi.

Ini adalah antara peralatan yang diperlukan semasa Baby Nayli mandi.


Sebenarnya itik tue ade 3 ekor anak yang cute mute tapi saye pun dah tak tau hilang ntah ke mane.

Anak itik tok we mandi dalam kolam....

Hiks teringat lagu zaman kecik2 dulu.

Oh saye dah jumpa satu.



Anak2 itik ini dah tak diperlukan lagi buat masa nie. Memandangkan baby Nayli sangat suke memasukkan semua jenis benda ke dalam mulut, so memang ade kebarangkalian baby Nayli boleh tertelan atau tercekik anak itik nie sebab saiznya yang sangat kecik.

Oh sangat bahaya.

Wah bestnye dia mandi swimming pool.




Alalalala comeynye.




ok jap.. papa nak cuci kat belakang tue. Cepat pusing. Tapi awas jangan lompat2 ye sayang nanti tergelincir pulak, licin tue.




Haaa mule laa nak buat aksi stunt tue.




Lepas mandi pakai pampers ok. Dia pakai brand ape2 pun ok je sebab dia tak mengalami masalah kulit sensitif sangat. Papa beli yang mane sempat je.



Kenkadang pakai yang ini.





Memandangkan baby Nayli dah tumbuh gigi nampak gayenye tak lame lagi baby Nayli dah kene start gosok gigi la ye. Hiks. Dah nak jadi macam orang dewasa dah baby Nayli ni. Kejap je kan.


Sekian.

Saturday, June 19, 2010

Bila baby Nayli Demam Panas

Baby Nayli demam panas sampai 3 hari. Kali nie memang boleh masuk Guiness book of Records sebab selama nie baby Nayli memang tak pernah demam seteruk nie. Saye panik la jugak sebab sangat jarang mengalami situasi seperti ini. Yelah, lagikpun demam panas pada baby nie kan agak bahaya kerana boleh membawa kesan buruk yang lain.

Saye tau baby Nayli demam pada petang Selasa, akak kat nursery to call cakap badan baby Nayli panas. So dia tolong tuam2 baby Nayli dulu. Petang mase saye ambil baby Nayli after balik kerja demam nye agak OK. Dah tak berapa panas lagik pulak

Keesokkan harinya demam dia panas balik. So mama mengambil tindakan bijak dengan mengambil cuti untuk menjaga sendiri baby Nayli dirumah, lagikpun nak bawa baby ke klinik. Papa pergi kerja ye. Small matter je, mama boleh handle.

Ok jap lagik kite pergi klinik ye. Standby tau sayang mama nak siap jap. Aik senyum je. Tak macam muke  orang sakit pun anak mama sorang nie. Baa baa Cakkkkk.


Yabedabedu~!


Alalalala senyum kat siapa nie?




Dalam perjalanan. Oh ini baru muke bebetul sakit. alahai ciannye dia. Lemah & monyok je nampak. Sabar ye jap lagik sampai. Baby Nayli duk diam2 ye. Mama tengah speed ala Michael Schumaccer F1 selaju yang mungkin nie.




Dah sampai, perjalanan mengambil mase tak sampai 10 minit. Dekat je dengan umah saye.



Rupenye tanpa disangka2 doc kate baby Nayli demam disebabkan nak tumbuh gigi.  Doc check suhu baby Nayli cuma 36'C, doc kate kalau 38'C baru teruk. Alhamdulillah takdela panas sgt ye. Doc check gusi baby Nayli dengan alat ape ntah name dia ade putih2 dah. Itu adalah gigi yang nak tumbuh okay.

Oh, punya la mama risau kenapala tetibe baby Nayli nie bleh demam panas lak. Saye pun tak terfikir langsung sebab nak tumbuh gigi ke ape. Eh, ape kene mengena demam  panas dengan gigi yang nak tumbuh ek??? Tapi saye memang selalu dengar orang cakap macam tue.


Doc bagi ubat demam.



Dan juga gel sapu kat gusi untuk mengurangkan rase sakit sebab gigi nak tumbuh gigi.


Lepas makan ubat baby Nayli terus tidur. Zzzzzzzzzzzz

Doc cakap kalau baby demam buka baju & buka kipas kuat2. Untuk membebaskan haba dari badan.



Benda ni memang stand by tepi katil je. Sapu air banyak2 kat kepala & badan baby Nayli.


Baby Nayli telah sihat pada hari yang ketiga iaitu pada hari Khamis. Alhamdulillah syukur.

Gambar gigi baby Nayli yang nak tumbuh tue kalau ade rezki saye upload ok sebab sampai skang susah betul nak tengok. Baby Nayli sangat marah kalau org nak bukak mulut dia. Mungkin sebab dia rase sakit tak selesa kot.

Selama baby Nayli demam panas dia langsung taknak makan dan akibatnya orang2 kat nursery tue sume cakap baby Nayli nampak sangat susut. Okay lepas nie sila makan banyak2 balik ye sayang, tapi jangan sampai jadi anak gajah obesiti.

Baby Nayli jangan demam2 lagik okay. Kesian mama dia. HikHiks.


Sekian

Friday, June 18, 2010

Umur berapa bayi sepatutnya makan ikan?


 Ikan? Baby bagus ke makan ikan. Ok meh saye cite.  Saye bace info kat sini:


 Ikan mengandungi keseluruhan daripada 9 amino protein, bermakna ikan adalah salah satu sumber yang mengandungi zat protein yang lengkap. Badan kita tidak menghasilkan amino asid, jadi kita perlu mendapatkan dari sumber makanan yang kite makan okay.

Pengenalan makanan laut untuk bayi adalah berbeza-beza. Ada sumber yang mencadangkan diperkenalkan makanan ini kepada bayi sehingga berumur 3 tahun. Oh itu lama sangat, mama Nayli dah tak sabar2 nak bagi baby Nayli makan ikan nie., hiksss! tapi itu adalah untuk makanan laut yang bercengkerang. TEapi ada juga sumber yang mengatakan boleh diperkenalkan kepada bayi pada usia 9-10 bulan adalah selamat.

Ikan boleh direbus, dipanggang atau bakar. Pembakaran akan membantu ikan itu mengekalkan lebih nutrien dan ianya adalah cara terbaik memasak ikan. Merenih ikan juga ialah satu cara yang bagus untuk menyediakan makanan untuk bayi.. Merenih juga mengekalkan rasa ikan supaya lebih sedap.

Simpan semua ikan dan kerang-kerangan dalam peti sejuk atau penyejuk beku. Bahan-bahan makanan ini sepatutnya disimpan di dalam bekas yang ada pengaliran udara. Jangan simpan di dalam air. Gunakan secepat
mungkin dan buang  mana-mana kulit kerang jika pecah.

Ikan sepatutnya mempunyai isi yang pejal dan berkilat. Isi yang lembik mungkin bermaksud ikan itu sudah lama. Ikan yang segar juga sepatutnya mempunyai insang merah dan bebas dari lendir.

Jika isi ikan tidak naik semula bila ditekan, ikan itu tidak segar. Ikan itu sepatutnya mempunyai bau yang segar dan sederhana, dan bukan berbau hanyir

 Sumber makanan yang sesuai dicampur dengan ikan:
Epal
Brokoli
Lobal merah
Kobis bunga
Kacang panjang
Kacang pea
Ubi keledek
Ubi kentang
Pasta
Nasi

Saye tak pernah bagi baby Nayli makan ikan lagi, tengokla bulan depan ke baru nak cuba bagi sebab ikan mengandungi merkuri tak digalakkan bagi terlalu awal pada bayi.. Biasenye untuk baby orang bagi makan ikan jenahak ataupun salmon kan kan kan...... Itupun offficemate saye yang bagitau, mane la saye tau jenis2 ikan, yang paling saye kenal pun ikan keli... sebab ikan tue lain sikit. Hiks Hikssss...

Sekian.

Peringkat penyusuan baby NAyli

Baby Nayli dah 7 bulan setengah, masih fully BF, tak pernah minum walau setitik pun susu formula dan dah start makan solid food iaitu bubur nasi, buah-buahan & sayur. Ayam & ikan belum start lagik. NExt month mase baby NAyli 8 bulan baru mama start bagi okay.


Selama saye menyusu baby NAyli, tak pernah saye buang frozen EBM sebab expired sebab saye akan rotate frozen EBM saye setiap hari. Frozen EBM boleh simpan selama 3 bulan di dalam  fridge belah atas okay. Dan yA, maknanya setiap hari baby NAyli akan dibekalkan kat  nursery:

2 bottles x 3 oz = frozen EBM
3 bottles x 3 0z = susu yang diperah semalam
1 bottle x 3 oz = susu yang diperah awal2 pagi sebelum pergi office.

Ini adalah disebabkan saye teramatlah sayang pada setiap titik2 susu yang saye perah, chewahhhhhh.. bukan ape production saye biase2 je bukanlah mewah sangat, so untuk tidak menimbulkan masalah di kemudian hari seperti tak cukup bekalan susu, walaupun saye tau beberapa sel antibodi frozen EBM telah musnah dan tidak sebaik fresh EBM, tapi ianya adalah 200% lebih baik dari susu formula, saye terpaksa buat begitu untuk mengelakkan ade masalah pulak nanti.

Berikut adalah peringkat penyusuan baby NAyli:

Baby Nayli 1 & 2 bulan:
Hanya direct BF sebab mase nie saye dalam pantang. Saye perkenalkan bottle kat baby NAyli seminggu sebelum masuk kerja semula sebab lepas nie baby Nayli akan di hantar ke nursery semasa mama bekerja.

Saye gune bottle ini untuk baby Nayli. Alhamdulillah, baby NAyli tidak mengalami masalah keliru puting.



Baby NAyli 3 bulan
3 oz x 5 bottles

Baby NAyli 4 & 5 bulan:

3 oz x 6 bottles

Baby Nayli 6 bulan:
3 oz x 7 bottles

mase nie baby NAyli baru start diperkenalkan dengan solid food, walaupun begitu dia tetap minum banyak susu so saye terpaksa upkan 1 lagi bottle untuk dia.

Growth Spurt ke????


Baby NAyli 7 bulan:


 3 oz x 6 bottles

Nampaknya sekarang dia agak kurang menyusu. So saye kurangkan balik 1 botol. Agak ok lah bagi saye sebab susu pun takdela mewah sangat. 


Botol2 yang saye bekal kat nursery ini adalah dari pukul 8am - 7pm baby Nayli duduk kat nursery. Jumlah botol2 ini adalah yang maximum baby NAyli minum tapi biasenye lebih 1-2 bottles yang tak minum lagi.

Semoga misi penyusuan untuk anak pertama saye sampai umur 2 tahun berjaya. Amin.


Wednesday, June 16, 2010

Kenduri Kahwin Sana Sini

Baby Nayli pakai gaun kembang setaman macam princess. Alaa mase kite kecik2 dulukan kalo tengok cartoon Cinderella semua princess dia pakai gaun macam nie kan. Ouh nak pergi mane baby NAyli nie. Yang penting dalam kete tidur. Baby NAyli memang suke tido dalam car seat bile masuk je dalam kete, maybe sebab selesa kot, sejuk je....



Nak pergi kat sini la sebenarnya... Yahoo dah sampai...



Ade wedding la, Fahmi anak Pak Ngah saye akan melangsungkan persandingan nya. Tema biru so kami semua pun blau, eh tue bahasa German, kami pun blue la jugak................

Biru di mana-mana. Papa & mama pakai baju same okay. Jangan tanye kami beli baju di mana. Susah tau nak cari. Tetttt. Hiks..



Kami sampai awal dalam pukul 11am, so ramai orang tak datang lagikla.. Tolong-tolong menyibuk ape yang patut.




Oh, baby Nayli jumpe atuk la, atuk pun biru jugak. Dapatla saye jumpe dengan family saye kat sini. Eh lame gak tak jumpe diorang sume ye, lame dah tak balik Seremban.



Wan baby Nayli pun adela, inilah mak saye...




My sis merangkap MAk Teh baby NAyli pun ade gak, wah jadik orang kuat rupenye MAk Teh nie. Tolong bagi cake kat para tetamu.




Pengantin tengah bersanding, cantik kan diorang. Serba serbi biru je.




Ohh oww baby Nayli dah tak boleh duduk diam, takmo mama pegang dah. Macam biase dia suke nak bergerak bebas so mama dah letakkan je baby NAyli atas meja. Haa pergi merangkak cepat tapi baik2 air jangan kasi tumpah ok.

Kelihatan tangan atuk sedang memantau pergerakan baby Nayli dari terjatuh meja, memasukkan benda-benda yang tak sepatutnya ke dalam mulut, menarik alas meja & menumpahkan air.

Time nie papa & mama tengah makan dengan khusuknya.




Dan ke kiri, ke kanan pulak... Semua benda ats meja nak capai..





Eh,anak siape tue. Tue la NAim sepupu baby NAyli. Aiyooo sorang2 je dia jalan sane sini. Tetibe dah kat atas pentas. Buat ape tue NAim...




Orang pun dah ramai, dewan pun dah penuh...



Yang paling best & senang dibawa ke majlis adalah Ajeem. Ajeem nie adik Naim. Tidur je. MEmang senangla di bawa ke mana2 majlis.



Dapat gak jemputan kahwin dari makcik. Wah jauhnye. Mcm mane nak pergi nie...



Saye pun dah lame sangat tak pergi Kedah, since habis belajar kat sane tahun 2005 tak pernah sampai sane lagi dah.


Selepas selesai semua,  perut pun dah kenyang, lauk pun dah tapau, dalam pukul 2pm kami pun bertolak balik.



Mujur la trafik bergerak lancar sebab mate pun dah layu. Sekian