Wednesday, August 3, 2011

Dugaan Exclusive Breastfeed Di Bulan puasa

Saya dah gantung beg sekolah pam. Dah basuh bersih-bersih dah dah simpan baik-baik dalam kotak takut kotor balik. Samalah dengan nasib cooler beg jugak.




Oh jangan lah salah faham. Saya masih exclusive breastfeed baby Zara. Insyallah sehingga titisan susu yang terakhir. Chewaaah.

Saya masih minum susu mama je-lah. Yahoooo!!!!



Ye! Saya adalah FTHW untuk sementara waktu. Kalau best sambung lagi. Saja nak berehat kejap lagi-lagi di bulan puasa ni. Penatlah. Penat dengan kerja dan juga orang sekeliling yang membosankan. Sebab tulah boleh bungkus beg pam tu jap. Everyday direct breastfeed je untuk baby Zara. Anyway saya rasa bulan puasa memang agak mencabar untuk ibu-ibu yang fully BF. Lagi-lagik yang bekerja dan pumping masa office hour. Letih. TAkpelah, itulah pengorbanan seorang ibu.

Alhamdulillah masih seperti dulu walaupun kakak dan adik kongsi sama-sama.



Memandangkan baby Zara sekarang 100% direct breastfeed, so everyday saya kena cairkan jugak frozen EBM ni dan bagi Nayli minum. YElah nanti expire pulak. Nasib baik kak Nayli tak reject fozen EBM ni. Saya pumping jugak, biasanya masa sahur & lepas waktu berbuka so hasil perahan saya pada hari ini akan saya gantikan semula untuk frozen EBM tadi. Tak laratlah nak pumping di siang-siang hari. Banyaknye alasan. Hiks!

Start je habis belajar dulu terus kerja. Actually tak dapat result exam final semester lagi tapi dah dapat kerja. Berkobar-kobar masa tu. Dululah. Tak sabar-sabar nak pegang duit sendiri. So ini adalah pertama kali rasa tak bekerja. Oh saya tak plan kot sampai bila-bila jadi FTHW. Ok jugak dapat tengok anak-anak membesar depan mata. Boleh lepak-lepak. TApi boring tu ada jugak. Eh seryes boringla duduk rumah je padahal baru duduk rumah tak sampai seminggu. Hiks! DAh tau dah movie ni pukul berapa, movie tu pukul berapa. Nak buat apa lagi? LAyan TV dengan anak-anak jelah. Lainlah kalau anak-anak dah besar memang saya angkut hari-hari makan meatballs kat IKEA. Hahahaha! Apapun terpulang pada masing-masing. Ada yang suka kerja, ada yang suka duduk rumah kan? Kalau nak cerita pasal letih rasanya mommies yang bekerja & mommies yang jaga anak kat rumah letih jugak. Sama je.

Happy je mama yang jaga.



Mama pun happy jugak.

Apapun saya ada baca satu rencana yang berguna untuk mommies yang breastfeed:

Satu kajian dilakukan ke atas wanita Afrika berkenaan hubungan puasa dan breastfeeding mendapati isipadu susu yang dihasilkan tidak terjejas sewaktu puasa. Dan sebanyak 90% wanita Afrika yang hamil dan menyusu akan berpuasa semasa Ramadan. Kajian dari Universiti Colorado juga menegaskan puasa tidak memberi kesan kepada penghasilan susu dari segi isipadu dan kepekatannya.

Manakala, kajian oleh Universiti Ankara di Turki merumuskan bahawa kekurangan penghasilan susu dan kesan-kesan lain semasa puasa lebih merupakan kepercayaan tersendiri si ibu. Bimbingan agama dan teknikal amat diperlukan untuk membantu golongan ini.


Syor mengikut rukhsah. Maka, dalam hal ini, rukhsah telah pun diberi. Tiada halangan untuk si ibu berbuka jika risau mudarat kepada dirinya dan bayinya. Jika dia berkeyakinan untuk terus berpuasa tanpa masalah, tiada halangan juga baginya. Isu ini sama seperti rukhsah yang diberikan kepada musafir yakni pemandu bas atau kereta. Tiada faedah baginya berpuasa andai puasa menyebabkannya letih sehingga membahayakan penumpang yang terdiri dari keluarganya yang tersayang.

Syor bagi ibu yang masih risaukan kesan menyusu tapi mahu berpuasa. Golongan ini boleh cuba kaedah breastpump pada sebelah malam dan menyimpan susu tersebut untuk keperluan bayi keesokan hari. Jika masih tidak mampu atau tidak mencukupi, berbuka puasa lebih baik untuknya.


Apapun badan kita unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya adalah konsep "permintaan dan penawaran" adalah amat penting. Oleh itu susukan bayi dengan kerap dan bagi bagi ibu yang bekerja ataupun yang berjauhan dengan bayi jangan lupa untuk mengepam susu setiap 2-3 jam sekali. Janganlah terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan meyebabkan kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stress yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

9 comments:

  1. dh berhenti kje ke??mak sy n makcik2 jiran majoriti surirumah..hari2 diorg cite psal tv,cite bella,encantadia,siri samarinda..eh,kalah org mude

    ReplyDelete
  2. akma berenti ke stop kejap? comeinya gambar nayli ngan zara tu..!

    ReplyDelete
  3. bykne susu..share dgn kaknye ye?umur kakaknye brape thn?

    ReplyDelete
  4. temporary FTHW je kotttt. hiks! umur kakak 1 tahun 9 bulan.....

    ReplyDelete
  5. selamat duduk di rumah ye..rajin2 masak tau..hehe....

    ReplyDelete
  6. waahhh kagum!!!
    sgt bnyk ok!! sekali pam berapa oz nih? blh share?
    sy masih bari dlm dunia bf nih ;)

    ReplyDelete
  7. sy tgk katak comel nih..terus sy follow sebb sy "like" hiiih.)

    ReplyDelete
  8. hai!saya pun baru seminggu gak jadi FTHW. tp anak huby antar p babysitter juga.dia minta saya rest kat rmh puas2. tapi nye kan...dok kat umah sorang2 pun boring!dlm sejam dah siap kemas rmh. keja asyik google resepi masakan n baking ja! sblum ni mkn kat kedai!huhuhu..since smlm, minta permission huby jgn antar anak..baru puas dapat tatap muka anak spjg masa... :))

    ReplyDelete
  9. elin, sekali pam buat double pumping bolehla penuh satu botol. katak ijo tu sebenarnya ramai org nyampah, sebab susah nak baca. tapi taatu mcm mana nak delete. hiks!

    liza, aah boring kan duk sorang2. yg bestnye senang nak keluarla. tapi jaga baby lagi best. seronoknye tgk anak happy depan mata.

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~