Tuesday, August 2, 2011

Kakak Dah 21 Months, Adik Pulak Dah 5 Months

Untuk anak-anak mama, selamat ulang tahun. Si adik lahir 2hb, si kakak pulak lahir 5hb so awal bulan ni mama buat entry ulangtahun sekaligus la yeh.

Yahooo! Zara Amani dah 5 bulan. Alhamdulillah still exclusive breastfeed. Selain beberapa kali makan ubat sebab demam, batuk & selsema yang lain-lain tu semuanya membesar dengan khasiat susu ibu sahaja. Hooyeahhh!!!

Kakak Nayli pulak dah 1 tahun 9 bulan. Makin bijak dan macam-macam ragam. Kelakar tau  layan Nayli sekarang. Oh ye lagi sebulan baby Zara dah boleh makan. Kat kepala mama ni dah macam-macam idea nak buat fruit puree untuk baby Zara. YAng terbaik haruslah air tangan mama. Yeay!





Jika mama tiarap  baby Zara dengan muka pandang kat bawah, baby Zara akan meregangkan tangan dan kaki serta melengkungkan bahagian belakangnya. Apelagi mengesotla. KAlau nak tinggalkan sorang-sorang atas katil dah kena buat retaining wall guna bantal. HAha ayat tak boleh blah mentang2 dulu study building.  Very dangerous. Kena susun bantal kat sekeliling katil. Belum ada sejarah jatuh katil lagik la. Macam kak Nayli dulu masa kecik, 2x jatuh katil Ayoyoyo.

Play together.




Lepas tu kan. Hahaahahah! HAbis kena buli. Eh bukan adik yang kena buli. Tengokla tu. KAkak yang kena buli. Hiks!

*Korek mata kakak! YAhooooo dapat balas dendam.




Seronok tengok diorang membesar. Walaupun nama lain-lain, sorang Nayli Dayana, sorang lagi Zara Amani tapi perangai masa baby lebih kurang sama je kot.

*Tak boleh la nak letak kejap. Haishhhhh.

Senyum lebar-lebar. Say cheese !!!!!




Comelnya.

Sekian.



Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~