Thursday, August 4, 2011

Adik Beradik Yang Kamceng

Saya ada dua orang anak yang sangat comel lote? Tak percaya mereka comel?





Describe in 3 words. Comel, macam-macam ragam & menghiburkan.

Nany in the making. Betul tak kalau saya kata kanak-kanak yang ada adik nampak lebih matang dari usianya? Ntahla tapi saya rasa macamtu kat Nayli.

Sekarang dah boleh tinggalkan mereka berdua. Dah tak buli adik. Boleh main sama-sama. Pandai layan adik. Kadang-kadang gurauan Nayli boleh buatkan adik Zara ketawa berdekah-dekah. Bukan buat apapun, Nayli cuma angkat-angkat perutnya. Takpun juih-juihkan bibirnya. Agaknya kanak-kanak lebih mengetahui apa yang baby suka kot.

Nayli. Sangat obses pada pencil or pen.







Bukan setakat buku or kertas, dinding pun dia nak conteng.

Zara pulak. Sangat obses pada bunyi-bunyian.




Kalau tengah menangis bagi music toy confirm senyapla.

Memandangkan sekarang ni tengah berpuasa so everyday masak kan NAyli bubur nasi je, so boleh la letak macam-macam dalam tu. Senang sikit. KAdang-kadang nak makan, kadang-kadang taknak, tengok moodlah. Kalau tak nak makan mama buat-buat merajuk tak nak kawan mesti dia makan jugak.

Nak cepat besar tak? Kenalah makan. Ini ayat biasa mama pada NAyli kalau susah nak makan.

Satu yang saya noticed bila tak hantar anak ke nursery ialah anak dah tak sakit. Kalau tak kejap-kejap batuk, baik minggu depan batuk balik. Lepas tu selsema, baik kang 2 minggu lagi selsema balik. Cuma demam je jarang kena. YElah kanak-kanak ramai, senang kena jangkitan penyakit kot.

Seronok jugak.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~