Tuesday, January 1, 2013

Zon Elit Eksplorer Kindergarten (Z.E.E.K) Formerly known as Ria Karisma. - Survey Kiddy Part IV

Selamat Tahun Baru 2013.

Eh dah tahun baru dah. Pejam celik, pejam celik. Bermulanya 2013 bermakna bermulanya era baru alam hidup saya sebab anak sulung dah mula nak menjejakkan kaki ke sekolah, dup dap dup dap. Bunyi jantungku. Chewah.

Last entry cerita pasal survey kiddy. Takdela banyak sangat pun, dalam empat lima je kot. Masa sangat mencemburui saya. Eh. Memang ramai sangat orang cemburu kat saya teww kenape ntah. KAHKAHKAH.

Sangat awesome sebab terletak di rumah dua tingkat dimana kawasannya sangat luas. Satu kelebihan bagi kiddy ni sebab kawasannya yang lapang. Seronok saya tengok sebab kanak-kanak dapat beraktiviti beriadah dengan lebih selesa. Ceh tetiba imagine NAyli tengah lumba lari dengan kawan-kawan yang lain. Mesti Nayli menang. Nayli lari laju woo pecut habis ;p


Formerly known as......



Registration fee: RM930 (excluded January's fee)
Monthly: RM250
Time: 8am - 1.30pm

Masa saya datang survey kiddy ni tengah under renovation. Cat tukar baru. Sana tambah, sini tambah wahhh macam macam ada disini. Teacher pun tengah sibuk menghias kiddy. Yelah tak lama lagi sekolah dah nak bukak. Colorful dan sangat santai.

Oh damainya.



Kat sini kelas diasingkan mengikut umur. 4, 5 dan 6 tahun. Satu kelas dalam 12 orang.





Paling special sekali sbb ada mini pool. Ini first time saya jumpe kiddy ada pool. Once a week ada aktiviti mandi manda. Oh yes, fun. Part mandi manda memang Nayli suka. Sampai kecut kaki tangan berendam pun takpe. Lepas ni makin mejadi jadi la aktiviti berendam ye sayang. Nice!




Bagi kanak-kanak umur 4 tahun macam Nayli mereka lebih diajar montessori, lebih santai. Aktiviti menggunakan tangan. Banyak sangat aktiviti montessori yang ada di sini. Satu persatu teacher tunjukkan dan explain. #MamaNgangaOk! Nice.




Teacher cakap masing-masing ada mat so nanti letak tray and segala benda kat atas mat je. Tak boleh keluar kawasan. Tak boleh letak kat mat kawan lain. Tak boleh ambil mat orang lain, tak boleh curik mat orang lain. Nice!



Bila sneak time biasa pukul 10 pagi kanak-kanak akan diajar basuh tangan, ambil plate sendiri kat drawer yang dikhaskan, ambil kuih dan...................... makan. Lepas makan basuh pinggan sendiri. Eh takdelah basuh pinggan tu tipu je saya yang tambah hihi.

Dulu dining kat dalam tapi start 2013 dining kat sini. Still under construction tak letak kerusi meja lagi. Wah bestnye makan sambil menghirup udara segar dengan pokok yang menghijau lagi ;) Mesti Nayli makan banyak nanti hihi.



Siapa punye barang kemas dan simpan sendiri. Masing-masing ada locker. Nice!



Ini semua gambar tingkat bawah. Tingkat atas tengah buat major renovation so memang saya tak naik lah. Dulu masa first time datang sempat naik. Ada bilik music, dalam bilik tu ada piano besar. Once a week nanti ada cikgu datang main piano dan kanak-kanak pun boleh nyanyi dengan riang. Yang paling best toilet kat kiddy ni WC nye saiz kecik memang khas untuk kanak-kanak. First time saya tengok. Comel sangat!

Ini pun baru buat still under construction. Nak tau ini tempat apa. Beberapa kali dalam seminggu ada kelas sembahyang jemaah beramai-ramai. So diorang akan diajar sembahyang kat sinilah. Nice!


Zaman sekarang sayang anak bukan tinggal-tinggalkan dah. Siapa lambat ketinggalan. Sayang anak haruslah ke sekolah. Lepas ni nak plan pergi holiday pun kena check cuti sekolah dulu. Dengss! Bila survey kiddy dan tengok pembelajaran kanak-kanak zaman sekarang baru saya realize yang kanak-kanak sekarang dah advance. Sangat!!!

Jangan risau jika kita beranggapan kesian anak masuk sekolah terlalu awal, umur 4 tahun dah pergi sekolah tak macam kita dulu sebab tahap pembelajaran mereka sebenarnya bukanlah terlalu rumit. Ibubapa boleh rujuk dan bertanya sendiri dengan teacher untuk mendapat gambaran yang betul. Kalau saya bila survey kiddy memang tak kasi can kat teacher macam-macam saya tanya. Yelah alang-alang dah bayar dengan harga mahal mestilah nak berbaloi. 

Yang paling best masa saya survey kiddy ni teacher cakap registration free almost 1K harus settle before class start. So saya tanya balik macam mana kalau anak saya baru 2-3 hari  tetiba taknak pergi kiddy dah? Fee pulang pulang balik ke? Hehehe.

Wah macam-macam teacher jawab terus saya buat conclusion teacher kat sini educated & well experienced. Antaranya sebelum class start bawa anak datang kiddy sambil tunjukkan ini kiddy, nanti belajar kat sini, ramai kawan-kawan blablabla. Baru kanak-kanak excited. Sebenarnye ada jugak kiddy yang saya survey sebelum ni bila tanya registration fee included January's fee ke tapi itu pun ada teacher konpius tak boleh jawab. Belum tanya soalan lain lagi. Macam mano tu.........

Yabedabedu!!


Biasanya bila hujung tahun upacara penyampaian hadiah dan konsert diadakan di Allson Klana, Seremban atau Royal Bintang, Seremban.

Saya pasti Nayli  happy sebab ada ramai kawan dan boleh melakukan berbagai aktiviti bersama dari duduk bawah ketiak mamanyo je.


Berminat? 
Tadika Karisma, Lavender Heights, Senawang, Seremban
Puan Razana : 0173273899

Last but not least.


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Jom shopping kasut Nayli nak pergi kiddy nanti. Hitam itu menawan. Babai kasut Crocs seploh hengget ;p



Eh ada lagi. Ingat boleh beli satu ke? Adoyaiiiii.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ok yang merah tu untuk adik Zara. Okbai!


Nama pun mama mithali anak dua kan. Haruslah ;p

Kisah survey kiddy:

(i)  Little Caliphs, Lavender Height, Senawang, Seremban.

(ii) Smart Reader, Taipan Senawang, Seremban.

(iii) Children Islamic Centre, Taipan Senawang, Seremban.

Lepas dah visit semua kiddy rasanya sometimes kiddy yang tak berapa nak ada nama bagi saya is the best.  Betul tak? Eh. Mana satu kiddy pilihan mama NAyli? Tunggu............... ;p

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

2 comments:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~