Monday, July 30, 2012

Hello, Kota Kinabalu Sabah - Day 5

Assalamualaikum,

Yeah setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu jugaklah percutian ke Kota Kinabalu, Sabah ni. Ini adalah entry hari ke lima iaitu hari terakhir berada di Sabah. Sobssssssssssssssssssss!

Bangun lambat tak seperti hari-hari yang terdahulu. Enjin sudah pancit ok sebab badan dan kaki bekerja dari pagi ke malam tanpa rehat. Re-charge energy. Walaupun flte hari ni kami masih boleh berjalan sampai lebam sebab flite kami adalah pada awal pagi esok hari.

Menikmati breakfast di hotel ni saja. Tak larat nak jalan jauh.



Foodnye not bad sedap jugak. Saya punya of cousela spagethhi carbonara. All time paberet oh yeah. Tapi tak boleh terima harganya RM15. Alaa kalau masak kat rumah beli spagethhi, sos carbonara prego lepas tu boleh tambah hotdog, button mushroom baru berapa ringgit, boleh makan berpinggan-pinggan pulak tu. Memang tak boleh terima harga cekik darah mahal macamtu. KAHKAHKAH itu dia mood kedekut dah sampai.

Lepas breakfast kami membeli sedikit frozen food di Kota Kinabalu Wet Market. I planned to buy some fresh seafood to bring back. Prawns are my first priority. Yelah trademark Sabah apelagi, makanan lautnya yang murahlah.


Lepas dah habis sessi memborong untuk kali terakhir, kami lepak-lepak minum di sini. Makan pun lite-lite je. Simpan perut sebab jeng jeng jeng……… tonite ada lagi fiesta makan seafood sampai lebam. Yeyeyeyeyeeyyeye!



Yupe, saya memang hantu spagethi. This time spagethi bolognise pulekkk ;p



Malam yang ditunggu tunggu kami ke TAnjung Rhu Seafood. Tempat ni berdekatan dengan town je tak jauh sangat macam Gayang Seafood yang kami pergi tempohari.

Konsep kat sini sama jugak macam kat Gayang Seafood tu boleh pilih sama ada mahukan seafood fresh yang baru ditangkap dalam aquarium ataupun nak yang frozen punya.

Bismillahirahmanirahim ;)







Paling special mestilah siputnya. MAsa memula baru sampai macam OMG!! (Oh-MAk-Gayah!!) Menatang apeni macam siput ba alif ba yaa je. KAHKAHKAHKAH Huh teruk betul pemikiran cetek ku ini. Tapi ini adalah siput gong gong. Nak makan pun ada cara. Kena guna lidi kasi korek-korek ekornya bagi terkeluar sikit, lepas tu boleh terus tarik keluar isinya. Bahagian ekornya agak keras so perlu dibuang sebelum makan. Alaaa macam makan siput sedut.


MEmandangkan saya adalah die hard fan pemakan siput sedut masak lemak cili api pedas berapi so memang takde masalah sangat nak makan siput ni. Rasanya lebih kurang sama cuma lebih lemak berkrim disukai ramai. Percayalah walaupun saya pada mulanyaa berasa agak geli gelemen untuk memakan makanan exotic seperti ni sebab saiznya yang besar, tapi harus cuba sebab kat tempat lain tak jumpe punya so sila jangan lepaskan peluang keemasan, actually rasanya sedap weyhhh!. Nyum Nyum.

Menikmati makanan yang enak memang sangat mengujakan. Pasti akan ingat sampai bebila kenangan di sini especially part MAKAN.

Lama jugak kami menghabiskan masa di sana sebelum mengambil angin malam di sekitar town Kota Kinabalu untuk kali terakhir. Yelah nama pun flite awal pagi so memang kena menghabiskan masa selagi ada.

Conslusion:

1- Saya tak tau macam mana rate taxi, kereta sewa sebagaimana sebab sepanjang berada di Kota Kinabalu ni 100% kami menggunakan perkhidamatan driver tak berbayar. Terror jalan-jalan kat sini pulak tu. Thanks! ;)

2- Kalau anda ada kawan orang Sabah memang sangat patut membawanya teman anda shopping. Saya beli sehelai T shirt berharga RM25 tapi keesokannya beli T Shirt yang sama bersama seorang rakyat tempatan (member-punye-member-punye-member) dapat beli T shirt tu dengan harga RM18 jeww. HewHewHew kan dah rugi RM7  bayangkan kalau beli 10 pasang T shirt dah rugi bape)

3- Hotel yang saya tinggal iaitu Cititel Express Hotel memang terletak kat lokasi strategic tapi saiz biliknya ya rabbi, first time saya jumpa bilik hotel bersaiz kecil macamtu, memang kecil teramat.
Sob sob.

Babai Kota Kinabalu, Sabah.



Ada rezeki, ada masa boleh sampai di sini lagi. Sayonara bah! 

#SambilMembetulkanSeluarYangRasaDahTeramatKEtatPlusSempit


Ekhem ekhem ;p

Day 1

Day 2

Day 3

Thanks for reading.

Sekian.Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p









 

1 comment:

  1. Salam sis, saya nak tanya berhubung makanan seafood fresh udang yg sis beli tu kan awal sehari sebab flight balik keesokan hari, so sis frozen dulu ke udangnya? Saya pulak flight balik 9malam, lewat sgt takut klau frozen pun cair je nanti....

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~