Wednesday, March 7, 2012

Sweet Like Candy Di Birthday Bash Zara Amani

Yabedabedu! 1st birthday bash Zara Amani telah dijalankan dengan jayanya. 


Kali ni saya buat kat tempat special lain dari yang lain sikit. Tak pernah terfikir nak sambut birthday anak di nursery tapi bila bulan lepas masa hadir di majlis sambutan kawan-kawan Nayli di nursery, terus rasa jatuh cinta melihat keakraban geng geng si cilik ni meraikan birthday rakan mereka secara beramai-ramai. Havoc u olls sampai takmo balik. Takdelah buat majlis mengalahkan kenduri kahwin pun sekadar sedikit jamuan makan lagipun haiyaaaa ini budak-budak kecik sangat bukan tau appreciate pun. Ok jugak sesekali dapat menjamu tenaga pekerja kat nursery yang setiap hari bertungkus lumus tolong jaga anak-anak saya. 

Yelah, ibu bapa hari ni memang lebih cenderung meraikan sambutan hari jadi anak. For me, saja-saja untuk kenangan. So this year I decided to throw a small party untuk kawan-kawan Zara & Nayli kat taska tu. Sambutan hari jadi yang pertama Zara Amani telah diadakan di Taska Pintar Comel, dimana adalah rumah kedua bagi Nayli & Zara sewaktu mama bekerja. Yelah Isnin hingga Jumaat 8am - 7pm mereka kan tinggal di sana. 11 jam sehari. Lama kan.

Allah selamatkan Zara Amani, Allah selamatkan Zara Amani, Allah selamatkan Zara Amani, Allah selamatkan Zara. Semoga dkurniakan akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan dan hidup yang di rahmati di dunia dan akhirat. Amin.




ZARA AMANI IS ALREADY I YEAR OLD. HOOREYY!!!!



Kalau bercerita pasal party untuk kanak-kanak, perkara pertama yang terlintas mestilah benda-benda ni especially belon. Belon merupakan antara elemen penting yang perlu ada dalam sesebuah majlis terutamanya meraikan sambutan hari jadi. Budak-budak memang suka sangat belon kan.

Setengah beli baru, setengah lagi balance dari birthday bash Nayli yang lepas. Sebenarnya rasa macam ehh baru je sambut birthday anak hari tu, eh tetiba birthday anak lagi. Yelah sorang lahir hujung tahun, sorang lagi lahir awal tahun. Kalau anak lahir pada bulan yang sama ok jugak kan boleh sambut 2 IN 1 terus. Jimat ooo jimat. Hihi.



Biasanya pagi-pagi lepas hantar anak ke nursery selalu singgah kat gerai makcik yang berhampiran tapau for breaskfast kat office.

So makcik ni lah juga yang berjasa dalam sambutan hari jadi kali ni. "Makcik, saya nak tempah satu bekas mee hun goreng ye untuk hari jadi anak saya"

Tak nak pedas. Sikit pedas pun tak nak tewww sebab nak bagi kat budak-budak makan lewww. Banyak songeh betul. Mengada.



Terima kasih makcik. Air tangannya memang sedap.

Datang sekali dengan pakej mee hun goreng makcik tu. Tak nyempat-nyempat mama dah tapau seketul dua bawa pergi office KAHKAHKAH.

Pagi pagi lagi dah bawa kesemua makanan ni ke nursery.




Satu satunya air tangan mama. Eh bukan satu tapi dua. Nugget & sosej goreng. Bersilat kat dapur macam ribut lepas Subuh. Nasib anak tak bangun lagi masa tengah buat misi khas ni.




Untuk memudahkan kakak kat nursery tu handle budak-budak ni nanti saya sediakan air kotak sebagai minuman. Tak sure total budak kat sana ada berapa. Cukup kot.




Untuk meminimumkan lagi tugas mereka.




Makanan manis dan tak berkhasiat yang tak sesuai diberikan untuk kanak-kanak. Erkss, takpelah setahun sekali. Grrrrrr.

Semua beli online. Termasuklah apam polkadot tu tadi. Zaman sekarang cukup mudah semua di hujung jari. Poket kosong takpe janji dalam bank ada duit. Sangat tertarik pada designnya yang sangat cute.







Lets Party! Party! Hooyeaah!!!!!

Last but not least. Souvenir untuk semua kanak-kanak ribena. Wah heaven betul la harini dapat makan best best.



Semua gambar makanan je dulu kasi semua orang lapar. Sambutan hari jadi di nursery memang sangat meriah. Bayangkanlah kesemuanya adalah kanak-kanak je. Semuanya keriangan yeyeeye tak henti-henti. Nak tengok rupa birthday girl Zara dan bagaimana happynya diorang semua ?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


See you in the next entry-lah. Yeay!!!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli;o ;p

2 comments:

  1. -salam perkenalan... vass sungguh sambutan bday TT niek.. ni saya nak tumpang iklan sikit ye TT-

    Salam to blogger sume ^___^

    mencari cari doorgift utk majlis kenduri kahwin mahupun jamuan keraian anda? cuba lawati blogspot Ananaifa di waffle-comel-ananaifa.blogspot.com dan sekiranya berminat dengan tawaran kami, bolehlah proceed for next action ya!

    //Jazakallah//

    ReplyDelete
  2. sy pun plan nak celebrate beday anak kat nursery.hehe

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~