Tuesday, March 6, 2012

Cara Nak Bawa Stok EBM Dari Kampung

Assalamualaikum WBT,


Biasanya time pantang selalunya mommies mesti pulun habis buat stok EBM kat kampung. Yelah time tu lah susu mencurah habis basah baju memang sayang nak dibuang begitu saja. Apelagi sila rajin-rajin perah buat stok takpun buat tandem nursing, sangatlah syiok. Bila dah penuh fridge kat kampung mulalah berkira-kira haiyaaa macam manalah nak bawa semua stok ni balik rumah. Kan kan kan.

Untuk pastikan EBM dalam keadaan beku dan boleh disimpan semula dalam fridge setibanya di rumah, anda memerlukan ice pack/brite ice/techni ice untuk melindungi ebm anda. Keluarkan stok EBM apabila anda telah bersiap sedia utk perjalanan, susun dengan elok segala jenis ice anda itu dan seeloknya bungkus dalam suratkabar atau kertas tebal sebelum pindahkan dalam bekas kedap insyaallah tak cair. Jika susu yang beku itu cair anda harus guna dalam tempoh 24jam dan tak bole dibekukan. Saya selalu pindahkan dari Seremban-KL, balut botol2 ebm tu suma pastu susunkan icepack..pastu letak brite ice ..pastu balut kertas tebal..lps tu towel..wallaaa...beku hingga ke destinasi....eh pastu msk dalam polisterin yang dibeli kat Giant.




Nak lagi syiok lapisan atas sekali tu cover dengan newspaper. Penebat haba yang baik kata orang.





Lepas dah settle semua, seal kan rapat-rapat bekas politerin tu.






Kalau takde ice pack atau seupamanya,cukupla sekadar buat ice ketul 1-2 hari sebelum travel dlm kuantiti yang banyak (agak-agakla EBM tu byk mana).



Pada hari saya nak travel tu, saya masukkan ice ketul atau ice pack lepas tu saya tabur garam kat dlm ice batu tu banyak-banyak. Tujuannya utk melambatkan ice tu mencair dengan cepat semasa dlm perjalanan. Ok ini fakta ye bukan auta. MEmang tahan dan alhamdulillah sampai KL, EBM sy masih beku lagi. Ada relevennya knp letak garam, tindak balas kimia garam dengan ais batu tu yg melambatkan ais drpd cair. Dlm bahasa kimianya saya tak tahu nak sebut...hehehheee...


Tips yang berguna:


- Uruskan perkara susu ini sebagai tugas yang terakhir sebelum masuk ke dalam kereta.
- Kalau boleh buat perjalanan di malam hari so takdela panas sangat.
- Jangan singgah banyak sangat tempat, so bolehla cepat sampai rumah. LAgi cepat sampai
  lagi bagus.
- Letak bekas polisterin yang berisi stok EBM dalam kereta, bukan bonet kereta dan kalau   
  perjalanan adalah di siang hari tindihkan dengan barang lain supaya bekas tak direct kena cahaya matahari.
- Sepanjang perjalanan, jangan buka-tutup-buka-tutup bekas polisterin untuk melihat  sejauh mana ketahanan EBM tu
- Berdoa dan tawakal semoga stok susu akan selamat dan tak rosak. Insyallah.


Penyusuan memerlukan sokongan dan bantuan orang sekeliling so mintalah sokongan suami untuk alihkan semua stok susu setibanya di rumah. Kalau nak lagi best, cuit-cuitla bahu suami suruh beli deep freezer, lagik banyak space nak simpan EBM dan susu juga akan tahan lebih lama sehingga 6 bulan.


Baru perasan dah ada kat Daisolah. Kalau dah kat Daiso sah-sah la harga semua RM5. Murah dan comel je. Banyak pilihan rambang bijik mata.



Nowaday sangat mudah nak cari keperluan menyusu. Mana-mana pun ada jual. Tu belum tengok cooler beg yang lagi ada macam-macam pilihan kat Daiso ni. Yeay!

Sekian.

Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p

1 comment:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~