Tuesday, January 31, 2012

Hi, Pantai Teluk Kemang dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson

Hari tu bila pergi makan ramai-ramai di seafood BAgan LAlang tengok NAyli bersemangat habis tengok pantai. Siap nak bukak baju mandi. So keesokannya masa cuti CNY haritu kami ke PAntai Port Dickson untuk mandi-manda pulak. Yeay!!!!

Ramai giller orang. Dah 5 tahun agaknya tak pernah mandi pantai.




Pinjam tikar wan kejap nak berkelah tepi pantai. HiHi. NAsib cuaca baik-baik saja tak hujan. KAlau nak sewa khemah macam pic kat atas tu pun boleh jugak. Khemah with 4 kerusi kot tak silap, RM40.




Piccas masa mandi memang takde sebab mamanye pun teruja habis mandi macam tak pernah tengok pantai. Syiok nya walaupun orang sangat ramai bersesak-sesak la jugak.





Grrrrr kesejukan. Lama sangat berendam. Kecut habis kaki & tangan.

Ok jom sambung ke cerita yang lagi best ko bab makan memang excited habis kan. HikHik.

********************************************************************

Selesai mandi manda, kami meneruskan operasi  apelagi kalau tak JJCM. KAn ke misi utama 2012 untuk men'demox'kan badan. Opsssss.

Dulu takde, sekarang dah ada. Punyelah lama dah tak pergi Port Dickson dah macam-macam benda baru ada kat sini.

Kami singgah untuk makan di sini. Yeay!!!!


Terletak di bandar Port Dickson. Siapa yang nak pergi ikut je arah ke BAndar port Dickson or Lukut. Dekat dengan pelabuhan nelayan dan pelabuhan kastam.

MAsa kami sampai dah hampi senja dan pemandangan masa tu seriyes memang cantik sangat. Melihat matahari terbenam yang sangat mengkagumkan. Di sini terdapat dua kategori medan makan. Yang tidak menghadap laut harganya lebih flexible manakala yang menghadap 'sea view' iaitu D'Terapung  adalah lebih ekslusif kerana tempatnya dikelilingi air di mana lebih kosnya lebih tinggi.



NAsi lemak yang lemak dengan santan, ikan bakar segar dengan isi yang sangat lembut cicah pulak dengan air asam. TAk lupa udang goreng mentega. Fuh speechless. Makanan lautnya memang segar gua cakap sama lu. Thumbs up.






Burpsssss Alhamdulillah memang menyelerakan. Apasal lah semua tempat yang saya makan mesti rasanya sedap. Teringin juga nak review pasal tempat makan yang tak sedap. MAsalahnya semuanya sedap. Cemano tu??? Grrrrrrr.

Apepun highly recommended! Cuma service kat sini sangat-sangat slow. Tumbuh  janggutlah jugak nak tunggu nasib anak-anak tak meragam, lagipun pemandangan sekelilingnya cantik. So bolehla jalan-jalan di sekitar kawasan dulu tengok fish, tengok laut, tengok bird yang terbang pulang ke sarang. Apepun memang penat sangat malam tu. Anak-anak pun tak sempat sampai rumah dalam kereta dua-dua dah flat. Mamanyo jangan cakaplah awal-awal lagi memang dah gedebush Zzzzzz HiHi. Tinggal papanyo jelah yang drive sorang. Hiks cian papanyo!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, January 30, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Hello peeps happy Monday Blues,

Blues or tak blues belog mestila kena updatekan. HikHik!

Saya sebenarnya tetiba rasa ingin tahu sangat siapakah gerangan Ustaz Azhar Idrus bila dapati banyak member update pasal status beliau di Facebook. Seryes saya memang tak berapa tahu sebelum ni itulah hari-hari asyik baca murai.com je. HukHuk.


Setahu saya kalau dalam sejarah artis biasanya memang ada fenomena demam tsunami yang melanda masyarakat Malaysia seperti Mawi tapi kalau part Ustaz ni jarang sikit. Kalau ada pun yang pernah menjadi fenomena di kalangan Ustaz (atau ringkasnya ahli agama) seperti Dato' Haron Din, Ismail KAmus dan sebagainya tapi kadang-kadang cuma ada kelompok tertentu sahaja yang menyukai ceramah beliau.

Oh hasil pencarian di En Google saya dapati beliau adalah seorang Ustaz yang selalu berkuliah dimana setiap kali diadakan kuliah dari beliau konpem orang ramai melimpah ruah hadir kerana penyampaian beliau yang sangat bersahaja, mudah di fahami dan tidak menjemukan. Ustaz Azhar Idrus juga mencatatkan sejarah kerana pada sambutan Tahun Baru 2012 di mana biasanya dipenuhi dengan konsert nyanyian dari artis tempatan tetapi dengan kehadirannya berjaya menghimpunkan seramai lebih 80 ribu pengunjung di Dataran kemerdekaan Shah Alam. Wowww.

Saya pun dengan bersemangat tengah ingin nak tahu lebih lanjut teruslah search video syarahan Ustaz Azhar Idrus kat Youtube, wowwww memang terus tertarik dengan aura cara penyampaiannya.

Patutlah ceramah beliau sentiasa dipenuhi dengan orang. Contohnya macam kat bawah ni.

Masjid Bandar Baru Uda, Johor


Masjid NEgeri Kuantan, Pahang.


Fenomena yang sangat mengkagumkan.

Tak rugi belajar ilmu dari Ustaz. Insyallah pengetahuan kita semakin luas dan bertambah dan dapat beramal dengan lebih yakin dan tenang.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, January 29, 2012

Journey Penyusuan BAby Zara YAng Masuk 11 Bulan

Kalau bercakap mengenai kisah penyusuan baby yang kedua, Zara Amani  memang sangat awesome ohsem.

Ohsem dalam erti kata lain memang sangat-sangat menjimatkan merangkap of cozlah menggembirakan hati. Tak banyak modal selain kena keluarkan duit kerana menghantar servis pam spectra 3 tak sampai RM100 yang dibeli ketika zaman NAyli masa saya mengandungkan baby Zara 8 bulan dan membeli botol MAM untuk kegunaan baby Zara minum susu di nursery, seingat saya mungkin takdelah banyak sangat barang-barang penyusuan yang saya beli untuk baby Zara lagi.

Cuba kalau baby saya minum susu formula:

Enfagrow? Setin 1.7kg tu je dah RM96++.
Isomil Plus? Setin 900g tu je dah RM50++
Anmum? Setin  1.6kg tu je dah RM60++.

Phewww.

Correct me kalau harga di atas adalah salah sebab tak pernah beli susu di atas pun cuma agak-agak je teringat balik masa tengok price kat Giant hari tu.

Pam Spectra 3 dan semua botol EBM yang saya gunakan untuk menyimpan frozen stock adalah warisan turun temurun dari kakaknya, NAyli. Satu botol EBM pun saya tak beli kali ni sebab masa time NAyli dulu pun dah ada more than 100 bottles dan kesemua botol tersebut masih dalam keadaan baik. Untuk set up melakukan penyusuan susu ibu mungkin memerlukan modal yang agak besar kerana mommies perlu membeli pam, storage botol dan alatan penyusuan yang lain tetapi untuk long future anak ke dua sampai ke sepuluh  memang sangat-sangat saving.

Kalau sesiapa yang nak beli storage bottle saya suggest beli Bumblee Bee selain murah kualitinya juga terbaik sebab tulisan kat botol tak mudah tanggal. Saya survive dengan botol yang ada kalau bercerita pasal pam pula tak mungkin saya akan tukar dengan pam yang baru walaupun dulu saya sangat berangan-angan untuk memiliki Medela Freestyle kerana ianya sangat ohsem  sebab sekarang ni 100% saya perah menggunakan tangan sahaja. Pelik ke, janganlah pelik kerana jika anda mengetahui betapa umphhh nya memerah menggunakan Teknik MArmet aka pakai tangan pasti anda akan menyesal kerana tidak mempelajarinya sejak awal lagi. Betul, memang ohsem habis hasilnya juga lumayan.

Di usia baby Zara yang akan masuk 11 bulan pada minggu depan dengan meminum susu ibu sahaja, tanpa membeli setin pun susu formula sebenarnya adalah bukan perkara yang luar biasa. Percayalah cakap saya memang bukan sesuatu yang pelik dimana susu adalah sangat cukup untuk baby Zara, kalau saya boleh buat, kenapa tidak anda wahai mommies yang ohsem? Bukankah semua mommies dalam dunia ni melalui pengalaman yang hampir sama, mengandung  dan menjadi demox selama 9 bulan, menahan sakit ommemmjayy uwaaaaa ketika beranak, berpantang selama 44 hari, ya of coz anda juga mampu untuk menyusukan baby anda seperti saya juga. Kita serupa oo kita serupa……….. (nyanyi ikut rentak lagu Headwind)

Erti menjimatkan bukan sahaja dalam bab-bab berkaitan dengan susu, termasuklah sekali bab rawatan ketika baby Zara sakit. Seingat saya juga rasanya sekali dua je kami ke klinik membawa baby Zara sebab sakit. Bukan kerana baby Zara tak pernah demam, batuk or selsema tapi  tak selalu dan kalau sakit pun tak lama. Selalunya setiap bulan kami akan ke klinik kesihatan kerajaan untuk check up dan pada masa itu saya akan mintak ubat untuk keep stock free je pun . Bukanlah selalu kalau kami dapati ubat kat rumah dah habislah.  Ubat tu merangkumi batuk, demam & selsema. Ubat itulah yang akan saya bagi kat baby Zara ketika dia sakit. Biasanya sekali dua je saya bagi lepas tu Alhamdulillah dah sihat so saya akan simpan dalam fridge balik. KAlau sakit guna balik sampailah habis. Biasanya jarang habis paling lama saya dah check dengan doc boleh simpan ubat dalam fridge selama 6 bulan kalau tak habis jugak terpaksalah buang. GEdebusshhhhh dalam dustbin okbai.

Banyak memori 11 bulan ni. Di usia 11 bulan baby Zara juga teringat balik memori ketika Nayli di usia yang sama. Di usia NAyli 11 bulan dia telah mula minum susu formula di nursery sebab saya dah tak perah di office akibat beberapa factor kesihatan masa tu saya tengah preggy 3months ++. Saya sangat tak suka teringat balik moment ni sebab ianya sangat menyedihkan dan senap hokkay.  

Ingat lagi susu pertama yang kami beli ialah Nestle NAN malangnya susu tu tak ohsem langsung dan NAyli mengalami masalah sembelit yang teruk dan kami menukarkan dengan susu LActogen, syukur Alhamdulillah susu tu sesuai untuk Nayli  lebih serasi dengan susu yang lebih murah nampaknya yeay!!!!

Apapun sebelum menutup tirai  ingin saya bagitahu entry ini tidak langsung bertujuan untuk menyinggung hati mana-mana pihak terutamanya hati mommies yang tak breastfeed. Anda juga ohsem. Tetapi entry ini adalah nukilan peribadi dari sekeping hati saya chewaahhh sekala sekala berpuitis yang sangat happy kerana mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dari apa yang pernah saya buat dulu. Ya, saya cuma mampu fully breastfeed Nayli sampai 11 bulan sahaja tapi saya mampu melakukan lebih baik untuk baby kedua saya, Zara. Target saya untuk exclusive breastfeed selama 6 bulan telah tercapai, target untuk fully breastfeed sehingga umur baby zara 1 tahun Insyallah juga hampir tercapai dengan pertolongan-Nya juga.

Apepun yang paling ohsem dalam hal ini adalah baby Zara kerana dia tak pernah reject untuk direct breastfeed dengan mamanya. Itu yang paling-paling penting kerana jika tidak, tidak mungkin saya mampu pergi sejauh ini, fully breastfeed for 11 months, what a great moment yeay!!. Journey penyusuan yang sangat ohsem bagi saya.

Tersenyum simpul cik adik manis tengok stok EBM dia dalam fridge.


Happy breastfeeding untuk semua mommies yang ohsem.


Sekian.Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, January 27, 2012

Sessi Makan Sampai Lebam Di BAgan Lalang Seafood

MAsa long holiday CNY hari tu kami sekeluarga besar makan di Bagan Lalang Seafood. Akhirnya tercapai jugak niat nak makan kat sini. Ramai orang kata best, ramai orang kata murah, arghh mana boleh dengar orang cakap je kena rasa sendiri baru syiok habis. Hiks!

Kedai makan bebetul terletak dekat dengan pantai Bagan Lalang.



Dekat jugak dengan Hotel Sri MAlaysia dan dari sini boleh nampak Palm Spring REsort, hotel yang terapung atas laut tu. 


PAlm Spring REsort. Dicedok dari En. Google.

Sampai je kami lepak di pantai dulu bawa NAyli jalan-jalan. KAh KAh tengokla tu pijak pasir pantai macam pijak tahi lembu. Geli la konon. Eh seingat saya ini first time NAyli pergi pantai.




Ada beberapa kedai kat sini kami makan di Senandung Malam. Full house. Ramai sangat orang. Silap time kot datang sini almaklumlah cuti panjang ramai orang datang bawa family.




Laparnya!!! Berjanggut tunggu makanan sampai. NAk pilih ikan, udang, ketam pun kena beratur punyalah panjang. MEmang perut pun dah berkeriok keriok.




Memang syurga seafood kat sini. Ketam masak merah, ikan siakap kukus, pari bakar ermpss macam-macamlah kami order untuk 8 adults & 3 kiddos.











Yang tengah tu tu tu orang kuat tau. Dia lah yang telephone untuk booking, dialah yang arrange semua ni. TAnpa dia tak merasa la kot saya makan kat sini =P  YElah orang tu dah biasa sangat makan kat sini kannn.



Sejujurnya makanan kat sini sangat ok harga pun sangat reasonable tapi sebab orang terlalu ramai, kena tunggu lebih sejam baru masakan sampai memang buat spoiled mood sikit. BAby Zara pun meragam masa kami tengah makan sebab nak tidur & kepanasan so memang havoc la jugak mama makan pun main telan je tak sempat nak kunyah. Mungkin akan repeat lagi tapi tak nak pergi masa long holidaylah.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.









 Yeay!

Berjalan BErdua Dengan NAyli @ Ikea

Dating berdua kadang-kadang ok jugak. Sekarang ni kalau mama keluar berdua je dengan NAyli memang chillax je. NAyli adalah big baby yang suka window shopping macam mama jugak, suka jalan-jalan macam mama jugak, suka buat itu buat ini semua macam mama jugak. KAhKAhKAh apa tiru-tiru orang ni haaa.

KAmi berdua ke Ikea. MAma suruh jalan Nayli jalan. MAma suruh stop NAyli stop, mama cakap cheese NAyli pun siap sedia untuk bergambar. BAgus bertindak mengikut arahan. Sekarang ni kalau jalan-jalan tak payah susah-susah bawa kelengkapan nak buat susu. Cuma buat sekali je minum dalam kereta otw masa nak pergi, itu je.

Apelagi big baby NAyli buat Ikea tu macam rumah sendiri je.

Good morning peeps!!


Syoknya tempat tukar diapers ni, kenapa NAyli takde macam ni ye mama.


Breakfast dengan aik (eh kenapa adik NAyli muka lain pulak ni mama),



LEmbutnya tilam ni!!


HAmboi seryesnya.





Walaupun cakap pelat tapi NAyli memang banyak cakap sampai kadang-kadang saya suruh dia diam kejap. NAk itulah, nak inilah ape ingat mama cop duit ke. HukHuk.

Ikea memang best. Selain boleh dapat idea macammana nak decorate rumah kalau ada duit berkepuk, bertambah best sebab kita boleh buat macam rumah sendiri je. NAk lompat-lompat atas katil, nak duduk atas sofa, nak buat itu nak buat ini takde siapa yang marah tewwwww. 

Cuba teka mana saya???



HAaa kAlau nak tau itulah satu-satunya kasut yang NAyli suka pakai eventho ada kasut-kasut lain yang mama beli. So sekarang ni memang tak beli kasut lagi untuk dia sebab berapa banyak kasut pun at last kasut ni je jugak yang dia nak pakai. Crocs teww tapi crocs uptown je lah. Hiks~

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, January 25, 2012

Makan Besar Yee Sang Di CNY's Dinner

Backdated entry bebeh. Last week before CNY company ada buat makan-makan. Dulu kerja kat company omputeh biasa buat makan-makan time Merry Christmas. Sekarang kerja kat company chinese dapat makan-makan besar time Chinese New Year pulak. Yang paling best dapat ang pow lagi teww. Yeay!!!!

Haa dah tua-tua cenggini barulah saya tau. Alkisah pasal Tahun Baru Cina. Boss lah cerita. Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu dimana seekor makhluk ganas membuat huru hara di Tanah BEsar China. So semua manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan lalu mencari ikhtiar untuk menewaskan mahkluk itu. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk itu dengan melemparkan riben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Hooyeah!!!

Sebelum makan besar muka kena kasi touch up dulu. Hiks!



First time muka dimanjakan dengan Bobby Brown, Chanel & apelagi ntah. Saya lepak rumah member kat Palm Spring. Pakej datang sekali dengan make up free KahKahKah. Mujurlah walaupun almost 4 bulan di tempat kerja baru tapi saya sangat click dengan diorang semua. Orang kat sini semua friendly, sporting, hardworking, open minded, kutuk mengutuk belakang takde ar. Hahahaha!

Dinner kami dimulakan dengan upacara yee sang. Yee sang bermakna good life, colorful, success dan kesejahteraan dan lebih didominasikan dengan rasa manis untuk kesejahteraan. Sementara rasa pedas adalah lambang hidup susah so makanan yang pedas jarang disediakan semasa perayaan.

Kesemua bahan disusun rapi di atas pinggan bulat. Ada salmon, serbuk rempah, serbuk lada, hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah & lobak putih, biji bijan bakar, daun limau, kekacang yang ditumbuk, halia, buah pomelo, jus lemon, lima serbuk rempah, keropok rangup halia dan buat pala. Fuh banyaknya.



Sebelum proses menggaul yee sang, sos plum yang mempunai rasa masam dan manis dituangkan ke arah yee sang dan disusuli dengan tindakan memicit jus lemon ke arah salmon untuk mengurangkan bau dan menyedapkan rasa. Setelah sos dituangkan, kini tibalah detik yang dinanti-nanti iaitu proses menggaul yee sang. Dah tak sabar nak makan sebab dah kebulur yang teramat dah ni sebenarnya. KihKihKih.




Proses menggaul yee sang bukan main belasah je ok kena ada cara pulak tu. Semua intipati yee sang digaul secara agresif. Sebenarnya kena gunakan chopstick tapi kitorang semua terlebih advance fork & spoon pun  boleh main taram je lah. Semasa proses menggaul tu mereka yang berkumpul di meja digalakkan untuk menjerit perkataan 'lo hei' yang bermaksud menggaul dan 'hei' yang didefinasikan sebangai kebangkitan. Semakin tinggi yee sang di angkat, semakin banyaklah kemakmuran dan kesenangan yang bakal diperolehi. Style kitorang gaul yee sang nak tau macam mana?? Main taram sajalah. HikHikHik. 

TEngoklah tu sempat smile cheese lagi. Control hensem leww tewww.


Ermpssss. Saya tak berapa suka rasa yee sang sebab rasa buah pala nya sangat kuat. Mint semacam je dengan rasa halianya lagi. Erksssss.

Banyak sangat menu malam tu. Chinese dinner style, lepas settle satu pinggan, datang pula menu yang baru. Bergilir-gilir. Menu yang terawal memang habis licin. Menu yang hujung-hujung tu tak terusik sebab semuaorang dah kekenyangan. Burpsssss.









Ada lagi yang takde dalam piccas. Sirip ikan yu, nasi goreng seafood dan erkss apa lagi ye, lupa dah!

Cak !!! Saya dan officemates yang awesome.




Mujurlah anak-anak kat rumah duduk dengan papanyo yang mithali. Mamanyo chill la kejap. Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!