Sunday, January 29, 2012

Journey Penyusuan BAby Zara YAng Masuk 11 Bulan

Kalau bercakap mengenai kisah penyusuan baby yang kedua, Zara Amani  memang sangat awesome ohsem.

Ohsem dalam erti kata lain memang sangat-sangat menjimatkan merangkap of cozlah menggembirakan hati. Tak banyak modal selain kena keluarkan duit kerana menghantar servis pam spectra 3 tak sampai RM100 yang dibeli ketika zaman NAyli masa saya mengandungkan baby Zara 8 bulan dan membeli botol MAM untuk kegunaan baby Zara minum susu di nursery, seingat saya mungkin takdelah banyak sangat barang-barang penyusuan yang saya beli untuk baby Zara lagi.

Cuba kalau baby saya minum susu formula:

Enfagrow? Setin 1.7kg tu je dah RM96++.
Isomil Plus? Setin 900g tu je dah RM50++
Anmum? Setin  1.6kg tu je dah RM60++.

Phewww.

Correct me kalau harga di atas adalah salah sebab tak pernah beli susu di atas pun cuma agak-agak je teringat balik masa tengok price kat Giant hari tu.

Pam Spectra 3 dan semua botol EBM yang saya gunakan untuk menyimpan frozen stock adalah warisan turun temurun dari kakaknya, NAyli. Satu botol EBM pun saya tak beli kali ni sebab masa time NAyli dulu pun dah ada more than 100 bottles dan kesemua botol tersebut masih dalam keadaan baik. Untuk set up melakukan penyusuan susu ibu mungkin memerlukan modal yang agak besar kerana mommies perlu membeli pam, storage botol dan alatan penyusuan yang lain tetapi untuk long future anak ke dua sampai ke sepuluh  memang sangat-sangat saving.

Kalau sesiapa yang nak beli storage bottle saya suggest beli Bumblee Bee selain murah kualitinya juga terbaik sebab tulisan kat botol tak mudah tanggal. Saya survive dengan botol yang ada kalau bercerita pasal pam pula tak mungkin saya akan tukar dengan pam yang baru walaupun dulu saya sangat berangan-angan untuk memiliki Medela Freestyle kerana ianya sangat ohsem  sebab sekarang ni 100% saya perah menggunakan tangan sahaja. Pelik ke, janganlah pelik kerana jika anda mengetahui betapa umphhh nya memerah menggunakan Teknik MArmet aka pakai tangan pasti anda akan menyesal kerana tidak mempelajarinya sejak awal lagi. Betul, memang ohsem habis hasilnya juga lumayan.

Di usia baby Zara yang akan masuk 11 bulan pada minggu depan dengan meminum susu ibu sahaja, tanpa membeli setin pun susu formula sebenarnya adalah bukan perkara yang luar biasa. Percayalah cakap saya memang bukan sesuatu yang pelik dimana susu adalah sangat cukup untuk baby Zara, kalau saya boleh buat, kenapa tidak anda wahai mommies yang ohsem? Bukankah semua mommies dalam dunia ni melalui pengalaman yang hampir sama, mengandung  dan menjadi demox selama 9 bulan, menahan sakit ommemmjayy uwaaaaa ketika beranak, berpantang selama 44 hari, ya of coz anda juga mampu untuk menyusukan baby anda seperti saya juga. Kita serupa oo kita serupa……….. (nyanyi ikut rentak lagu Headwind)

Erti menjimatkan bukan sahaja dalam bab-bab berkaitan dengan susu, termasuklah sekali bab rawatan ketika baby Zara sakit. Seingat saya juga rasanya sekali dua je kami ke klinik membawa baby Zara sebab sakit. Bukan kerana baby Zara tak pernah demam, batuk or selsema tapi  tak selalu dan kalau sakit pun tak lama. Selalunya setiap bulan kami akan ke klinik kesihatan kerajaan untuk check up dan pada masa itu saya akan mintak ubat untuk keep stock free je pun . Bukanlah selalu kalau kami dapati ubat kat rumah dah habislah.  Ubat tu merangkumi batuk, demam & selsema. Ubat itulah yang akan saya bagi kat baby Zara ketika dia sakit. Biasanya sekali dua je saya bagi lepas tu Alhamdulillah dah sihat so saya akan simpan dalam fridge balik. KAlau sakit guna balik sampailah habis. Biasanya jarang habis paling lama saya dah check dengan doc boleh simpan ubat dalam fridge selama 6 bulan kalau tak habis jugak terpaksalah buang. GEdebusshhhhh dalam dustbin okbai.

Banyak memori 11 bulan ni. Di usia 11 bulan baby Zara juga teringat balik memori ketika Nayli di usia yang sama. Di usia NAyli 11 bulan dia telah mula minum susu formula di nursery sebab saya dah tak perah di office akibat beberapa factor kesihatan masa tu saya tengah preggy 3months ++. Saya sangat tak suka teringat balik moment ni sebab ianya sangat menyedihkan dan senap hokkay.  

Ingat lagi susu pertama yang kami beli ialah Nestle NAN malangnya susu tu tak ohsem langsung dan NAyli mengalami masalah sembelit yang teruk dan kami menukarkan dengan susu LActogen, syukur Alhamdulillah susu tu sesuai untuk Nayli  lebih serasi dengan susu yang lebih murah nampaknya yeay!!!!

Apapun sebelum menutup tirai  ingin saya bagitahu entry ini tidak langsung bertujuan untuk menyinggung hati mana-mana pihak terutamanya hati mommies yang tak breastfeed. Anda juga ohsem. Tetapi entry ini adalah nukilan peribadi dari sekeping hati saya chewaahhh sekala sekala berpuitis yang sangat happy kerana mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dari apa yang pernah saya buat dulu. Ya, saya cuma mampu fully breastfeed Nayli sampai 11 bulan sahaja tapi saya mampu melakukan lebih baik untuk baby kedua saya, Zara. Target saya untuk exclusive breastfeed selama 6 bulan telah tercapai, target untuk fully breastfeed sehingga umur baby zara 1 tahun Insyallah juga hampir tercapai dengan pertolongan-Nya juga.

Apepun yang paling ohsem dalam hal ini adalah baby Zara kerana dia tak pernah reject untuk direct breastfeed dengan mamanya. Itu yang paling-paling penting kerana jika tidak, tidak mungkin saya mampu pergi sejauh ini, fully breastfeed for 11 months, what a great moment yeay!!. Journey penyusuan yang sangat ohsem bagi saya.

Tersenyum simpul cik adik manis tengok stok EBM dia dalam fridge.


Happy breastfeeding untuk semua mommies yang ohsem.


Sekian.Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

  1. Dasatnya...kagum dgn ibu2 yg mampu mengeluarkan susu yg byk mcm ni..

    ReplyDelete
  2. tahniah..seronok dgr cerita momies2 yg dpt fully BFkan bby.. bertuah si anak..dan bertuah si ibu sbb susu banyak dan baby nak je minum susu ibu semata2.. moga2 sampai usia 2 tahun bb dpt fully BF..enjoy n happy Bf k.. ^_^

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~