Wednesday, January 25, 2012

Makan Besar Yee Sang Di CNY's Dinner

Backdated entry bebeh. Last week before CNY company ada buat makan-makan. Dulu kerja kat company omputeh biasa buat makan-makan time Merry Christmas. Sekarang kerja kat company chinese dapat makan-makan besar time Chinese New Year pulak. Yang paling best dapat ang pow lagi teww. Yeay!!!!

Haa dah tua-tua cenggini barulah saya tau. Alkisah pasal Tahun Baru Cina. Boss lah cerita. Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu dimana seekor makhluk ganas membuat huru hara di Tanah BEsar China. So semua manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan lalu mencari ikhtiar untuk menewaskan mahkluk itu. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk itu dengan melemparkan riben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Hooyeah!!!

Sebelum makan besar muka kena kasi touch up dulu. Hiks!



First time muka dimanjakan dengan Bobby Brown, Chanel & apelagi ntah. Saya lepak rumah member kat Palm Spring. Pakej datang sekali dengan make up free KahKahKah. Mujurlah walaupun almost 4 bulan di tempat kerja baru tapi saya sangat click dengan diorang semua. Orang kat sini semua friendly, sporting, hardworking, open minded, kutuk mengutuk belakang takde ar. Hahahaha!

Dinner kami dimulakan dengan upacara yee sang. Yee sang bermakna good life, colorful, success dan kesejahteraan dan lebih didominasikan dengan rasa manis untuk kesejahteraan. Sementara rasa pedas adalah lambang hidup susah so makanan yang pedas jarang disediakan semasa perayaan.

Kesemua bahan disusun rapi di atas pinggan bulat. Ada salmon, serbuk rempah, serbuk lada, hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah & lobak putih, biji bijan bakar, daun limau, kekacang yang ditumbuk, halia, buah pomelo, jus lemon, lima serbuk rempah, keropok rangup halia dan buat pala. Fuh banyaknya.



Sebelum proses menggaul yee sang, sos plum yang mempunai rasa masam dan manis dituangkan ke arah yee sang dan disusuli dengan tindakan memicit jus lemon ke arah salmon untuk mengurangkan bau dan menyedapkan rasa. Setelah sos dituangkan, kini tibalah detik yang dinanti-nanti iaitu proses menggaul yee sang. Dah tak sabar nak makan sebab dah kebulur yang teramat dah ni sebenarnya. KihKihKih.




Proses menggaul yee sang bukan main belasah je ok kena ada cara pulak tu. Semua intipati yee sang digaul secara agresif. Sebenarnya kena gunakan chopstick tapi kitorang semua terlebih advance fork & spoon pun  boleh main taram je lah. Semasa proses menggaul tu mereka yang berkumpul di meja digalakkan untuk menjerit perkataan 'lo hei' yang bermaksud menggaul dan 'hei' yang didefinasikan sebangai kebangkitan. Semakin tinggi yee sang di angkat, semakin banyaklah kemakmuran dan kesenangan yang bakal diperolehi. Style kitorang gaul yee sang nak tau macam mana?? Main taram sajalah. HikHikHik. 

TEngoklah tu sempat smile cheese lagi. Control hensem leww tewww.


Ermpssss. Saya tak berapa suka rasa yee sang sebab rasa buah pala nya sangat kuat. Mint semacam je dengan rasa halianya lagi. Erksssss.

Banyak sangat menu malam tu. Chinese dinner style, lepas settle satu pinggan, datang pula menu yang baru. Bergilir-gilir. Menu yang terawal memang habis licin. Menu yang hujung-hujung tu tak terusik sebab semuaorang dah kekenyangan. Burpsssss.









Ada lagi yang takde dalam piccas. Sirip ikan yu, nasi goreng seafood dan erkss apa lagi ye, lupa dah!

Cak !!! Saya dan officemates yang awesome.




Mujurlah anak-anak kat rumah duduk dengan papanyo yang mithali. Mamanyo chill la kejap. Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

1 comment:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~