Tuesday, December 27, 2011

Teknologi Yang Merosakkan Nilai Kekeluargaan

Hello Tuesday Blues,


Yelah aku ni tak habis-habis Tuesday Blues dari tadi HikHikHik. Nak story sikit. Semalam kan cuti. Malam tu kami makan luar kat Kentucky Fried Chicken. Eh memang aku ni addicted betul dengan KFC. Apsal ntah. 

Laa bukan nak cerita pasal Kentucky. Pasal ni haa. Kitorang duduk satu table. Sebelah tu ada satu family. Pak, mak, anak laki 2 orang, anak perempuan sorang. Semua kecik-kecik je. Baget antara Standard 4 hingga Form 3.

Si paknya aku tengok tengah pegang Blackberry. Tengah berBBM la kot. Maknya aku tengok duk termenung je, buta IT kot. Yang si anak sorang layan i-pad2, sorang layan I-phone sorang lagi layan Ipod touch. Tengah sms sambil tersenyum-senyum mungkin tengah sms dengan pakwe & makwe diorang la kot.

apple i-pad2 da boom! Kitew adew satu tew menang lucky draw hari tu.

Terbayang aku masa kecik-kecik dulu. Time makan, semua kena makan sekali. Tak kisahlah makan petang or malam. Tak payah la nak buat alasan dah kenyang ke, tengah diet ke mesti kena marah dengan ayah. 

Ayah, ayah memang garang. Sangat pentingkan komunikasi antara kitorang. Time tu mesti tanya soalan yang aku mencikkk nak jawab

"Bila exam?"

Dah prepare belum?"

"Belajar, jangan banyak main je"

HewHewHew.

Tapi sekarang nampaknya time makan dah lain. Sorang ngadap selatan, sorang ngadap utara. Tapi jangan praktikkan depan ayah saya. Giller kena marah punya. Yelah time makan semua buat hal masung-masing baik tak payah makan ramai-ramai satu keluarga.

Thank you ayah, walaupun ayah garang tapi ayah banyak ajar nilai-nilai kemanusiaan dalam keluarga. Banyak lagi cara ayah yang aku salute, jarang aku tengok ada kat orang lain. Nak ikut style ayah jugak la nanti. Yeay!

Peringatan untuk diri aku jugak. Aku ni pun kadang-kadang jadi mangsa teknologi jugak, sibuk berfacebook sampai tak perasaan muka anak comot dengan nasi. KihKih.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

  1. memang berbeza betulkan bila penggunaan teknologi sebegitu semakin meluas digunakan...

    ReplyDelete
  2. salam kenal dear..
    huhu.. memangla zaman dah berubah. saya dulu pun sama.. waktu makan hanya makan sahaja.. jangan nak mengadap perkara lain.. no handphone.. tapi skang, lainkan?

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~