Tuesday, December 27, 2011

Jom Layan Cerita Seram Di Tuesday Blues.

Waghhhh! lamanya cooooti Sabtu-Ahad-Isnin.

Today? Tuesday Blues.



Eh mari kita mulakan Tuesday Blues dengan kisah seram dulu.

CErita ni berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat 1 bilik dipanggil “Bilik Terakhir”.

Dibilik inilah seringnya Berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. 



Dinamakan “BILIK TERAKHIR” adalah krn dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung
sampai mati pada Keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorg diri & berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yg lalu. Mereka menjadi begitu krn dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yg telah diketahui mereka.


Menurut kata warden2 yg masih ada di Penjara Pudu bila proses pengosongan
Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara org menangis & bermacam2 lagi dari Bilik Terakhir tersebut. Tak kurang juga ada diantara warden yg terlihat seekor kambing hitam sering masuk Menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan Kambing keluar semula. Ramai bomoh & pawang yg dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yg sering kedengaran diwaktu mlm dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yg mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pd suatu mlm Jumaat ketika hujan renyai2 seorg warden
telah ditugaskan mengawal kawasan yg berhampiran dgn “Bilik Terakhir” itu.

Ketika sdg berkawal kira2 lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sdg berlari2 berhampiran bilik tersebut Dia cuba beranikan diri utk melihat apakah bendanya itu. Sedang dia mengamat-amati maka terlihatlah dlm kesamaran seekor kambing hitam sdg menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Dia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh krn ingin tahu dia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yg samar2 itu sambil meninjau2 didlmnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedlm gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dlmnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba2 hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yg mengerikan seraya berkata, 

"Heyyyyyy manusiaaa.
Jangan kau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa! Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa...! Ha Ha Ha Ha Ha “Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa…"


sudah tuuuuuuuuu…….. pi buat keja……! WARGHH WARGHH WARGHHH.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

1 comment:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~