Friday, December 16, 2011

Sangat TAk Best Bila Rasa Stress

Jom cerita pasal stress. Eh hari Jumaat ada stress jugak ke? Biasanya Monday je sebab tu orang selalu cakap Monday Blues. yeay!

Stress ni memang tak elok sebab boleh buatkan muka aku buruk masam macam cuka. Selalunya bukan kita yang mintak stress ni tapi stress berada di mana-mana paling teruk kat tempat kerja sebab ada risiko besar terbawa-bawa pulak kat rumah. Nauzubillah. Eee memang buruklah kalau aku tengah buat muka stress kat office tak sampai 5mins mesti orang akan tegur. "Senyumla sikit. Senyumla senyumlah wahai cik mek molek" siap nyanyi lagi M Daud Kilau yang aku tak tahan tu. Apaa nak makan penampar? KahKahKah. Stress jugak kadang-kadang pasal kerja ni. LAgik stress kalau kena marah dengan boss eh tak pernah lagi akukan pekerja mithali. Chill-lah. Yeay!

Lagik bertambah-tambah stress kalau dapat kawan yang sengal kat office contohnya dia dah nampak aku tengah buat tender kaw kaw punya esok nak kena submit lepas tu boleh pulak dia tanya......

"ko tengah buat apa tu...?"

Dushhh!!! taklah aku tengah makan karipap ni haa.....

Banyak cara nak releasekan stress sebenarnya.

Selain tidur Zzzzzzz opsss yang ni aku tak suka. Aku tak suka kongsi dengan orang masalah aku. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang memang haram kejadah-lah.

Cara aku nak release stress senang je. Pergi shopping mall. YEay macam semalam pergi IKEA tapi kereta kena claim pulak. NAsib settle  tak payah bayar ape-ape.

Banyak lagi cara. Luahkan kat Tuhan. Dekatkan diri dengan Tuhan. Insyallah hati tenang.

Tapi janganlah luahkan stress guna Twitter or Facebook. Nanti orang menyampes. Bhahahahaha.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

1 comment:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~