Sunday, July 31, 2011

Persiapan MEnyambut Ramadhan Al-Mubarak

Pagi-pagi lagi dah bangun. Chill. Mama pun chill la jugak. Huwaaaarghhhh. Hello, its Sunday morning ok anak anak. Apakan daya. Sobssss.

Kak Nayli, adik Zara pinjam peha gebu jap ye. Nak baring-baring. Syiokk la tido atas ni. Macam tidur atas tilam Vono pulak.



Semakin boleh tolerate. YEah itulah kak Nayli. Sekarang nak tinggalkan mereka berdua pun dah boleh percaya. Kasih kakak dah makin nampak. Dah kurang buli adik. Dua-dua baru bangun. Dua-dua tak mandi lagi. LAyan cartoon dulu lah.Yeay!!!




KEmana hari ni???

Giant lah. MEmbeli belah barang dapur lah. KAn dah nak raya  puasa. Kurang 24 jam lagi umat Islam bakal menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Semoga keterujaan menyambut Ramadhan ini se'TERUJA' bershopping dan mengukur keluasan Jalan TAR dan SOGO untuk cari barang-barang raya. Hiks! Starting menyambut Ramadhan di sini sahaja Insyallah kalau takde aral melintang next week nak balik kampung di Seremban. Menyambut puasa di sana. KAmpung dekat je nak balik every week pun no problem. Aktiviti wajib nanti mestilah ke bazar Ramadhan. YEayyy!

Bila datangnya Ramadhan tersenyum jugak. Apataknya dua tahun berturut-turut 2009 & 2010 saya berpuasa penuh sebab preggy. This year? Insyallah penuh la jugak kot. Biasalah breastfeeding kan membantu.

Ayam. Ayam. Murah. Murah. Beli sekor je tu pun nampak gayanya kena marathon makan ayam la. Hari-hari kena makan. Fridge dah penuh dgn frozen EBM baby Zaralah. Lambat-lambat masak kang busuk pulak.

Senyum tengok ayam. Suka makan ayam. Muka pun dah macam ayam. Hahahaha!



Haishh. Belum bayar dah nak minum. Other than barang dapur, beli barang anak-anak sekali. Ingat barang untuk anak-anak sikit ke? Pheww.




Kesian. Siapa yang tengok mesti rasa kesian. Tengokla.




Kalau tak sendal dengan bantal kang senget pulak kepala. TErpaksa lah buat macamni. Hiks! Baik je duduk dalam stroller. NAsib baik.

Anyway di kesempatan ini saya memohon ampun & maaf jika ada terkasar bahasa dalam penulisan, walaupun kita cuma kenalan di alam maya, jauh di mata dan tak pernah berjumpa tapi sejujurnya saya senang sekali dengan anda semua. Eh yelah saya memang tak pernah langsung jumpa rakan blogger. 

Salam RAmadhan dari kami sekeluarga, moga amalan kami ini mendapat keberkatan dari-Nya. Dah ada anak dua ni agak-agak ada aktiviti macamni lagi ke ye? Hehehehehe. Toksah la berangan.

‎(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ selamat menyambut bulan ramadhan ♥♥ ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚
Seth Tan takde di bulan puasa ni. Jangan jadik setan sudahla.


Tema baju raya tahun ni? Ooooo mestilah ada. Dah siap pun. Yahoooo!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~