Tuesday, December 4, 2012

Jom Survey Pre-School Untuk Budak 4 Tahun Bernama Nayli

Hello December,

Please be nice.

Bulan depan dah tahun baru 2013. Bermakna Nayli akan masuk 4 tahun maka pencarian tadika pun bermula. Yabedabedu!

Pftttt penatnye baru balik sekolah. Sekarang ni mereka ke sekolah olok-olok saja.


Dah bulan December baru lah mama terhegeh hegeh nak cari tadika. Sibuk sangatlah pergi kerja balik kerja sampai takde masa nak survey kiddy. Arghhh alasan kan kan kan. Zaman sekarang ni tak macam dulu umur 6 tahun baru terkedek kedek nak pergi tadika lepastu umur 7 tahun baru belajar membaca A B C. Hangus la jugak weekend mama dihabiskan survey kiddy je sampai tersesat masuk hutan mana ntah. Nasib baik tak kena kidnap.

Masa dulu lepas pantang sampailah umur 2 tahun Nayli tinggal kat nursery, ada ramai kawan-kawan. Kat situ ada seorang penjaga namanya Husna dan Nayli memang rapat dengan kakak tu. Sometimes saya nak test IQ Nayli so saya tanyalah "Nayli nak duduk rumah kat Husna tak? Mama nak work ni" Mesti dengan muka excited Nayli jawab "nakkkkkkkkkkkkkkkkk" Panjang sungguh jawapan nak menandakan memang dia gemar bersosial dengan kawan-kawan yang ramai. Eh.

Zaman sekarang amat mencabar kerana semuanya serba cepat dan demanding. Saya ni simple taknak pening dan fikir banyak sangat pasal nak pilih kiddy point utama nak pilih kiddy bagi saya mesti dekat dengan rumah sebab nanti bukan mama yang nak ambik Nayli hari-hari masa balik tapi atuk or wannya jugak. Harga pun penting jugak kalau mahal sangat memang #MataPandangAtasTanganKatBahu.

Bagi saya mana-mana kiddy lebih kurang sama je tak semestinya yang mahal tu terbaik yang penting kesungguhan dan minat anak untuk belajar disamping nak memberikan pendedahan awal kepada Nayli untuk melangkah ke pra-sekolah pulak nanti. Ala baru 4 tahun kalau tak bagus next year hantarlah ke kiddy lain pulopss. Biasanya kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4-6 tahun  yang dihantar ke tadika lebih berani memasuki Tahun Satu berbanding yang tidak mengikuti pra-sekolah. Kan?

Pernah juga terfikir nak masukkan NAyli ke tadika cina macam best pulak tengok budak kecik tahu cakap cina. Lagipun nowadays kalau ada 10 vacancy 6 darinya mesti tulis MANDARIN LANGUAGE REQUIRED. So paham paham ajelah ye tapi bila fikir part makan kat tadika tu terus cancel. Abaikan saja. Dengss!

Ok banyak pulak membebel benda lain. Kat area Lavender Height, Senawang tak banyak pilihan sangat kiddy yang glem glem macam Brainy Bunch Islamic Montessori, Genius Aulad tu semua  takde kalau ada pun mesti mahal giller dan lokasinya jauh nun kat Seremban 2. Kalau kat Panchor Jaya, Paroi Jaya dan lain kawasan tu banyak jugak kiddy tapi jauh sangat so abaikan je. Sesiapa yang nak survey kiddy area Lavender Height tak payah sesusah lagi sebab saya dah tolong survey dah ni. Meh belanja saya minum teh o ais.

Ini dia kiddy yang saya maksudkan tu.

1) Little Caliphs, Lavender Heights, Senawang.


Kawasannnya memang strategic sangat dekat dengan rumah tak sampai 5 minit dah boleh sampai menyenangkan atuk dan wan nak ambil Nayli dan terletak di single storey house. Kawasan dalamnya agak kecil dan kanak-kanak umur 4 tahun secara santai tanpa duduk di kerusi.

Bayarannya pula:
Registration: RM1075.00 (INCLUDED January 2013's fee)
Monthly: RM250.00
Masa: 8.00 - 12.00pm

Medium pembelajaran adalah English dan saya amat tertarik dengan uniformnya dimana kanak-kanak perempuan memakai jubah dan tudung kaler kuning. Cute sangat!!

Nak tengok betapa cutenya budak kecit pakai jubah dan tudung boleh click kat SINI.

2) Tadika Karisma, Lavender Heights, Senawang


Kawasan kiddy sangat menarik perhatian saya. Lokasinya di double storey house, kawasan luas berhadapan dengan playground. First impression tengok tadika ni rasa wowww sebab keadaannnya yang sangat cantik dan kawasan pun luas walaupun namanya takde la glem glem sangat. Rasa seronok tengok persekitarannya  yang besar so senanglah kanak-kanak nak bermain dan melakukan aktiviti dengan selesa. Ye tak?

Bayarannya pula:
Registration: RM930.00 (EXCLUDED January 2013's fee)
Monthly: RM250
Masa: 8.00am - 12.00pm

3) Children Islamic Centre (CIC), Taipan Senawang



Registration: RM800+++
Monthly: RM250 (3 hours pre-school)

Masa zaman dulu kala memang tak pernah jumpe kiddy kat shop lot tapi sekarang dah jadi macam trend. Kiddy ni terletak jauh sikit dari rumah kat area Taipan Senawang tapi orang kata CIC ni memang bagus. Oranglah kata. Terletak di shop lot tingkat 1. KAwasan kat sini agak sibuk nak parking kereta susah jugak.

First time pergi survey kiddy dengan wan Nayli nak tau wan cakap ape? "Alamak, nanti hari-hari kena exercise naik tangga la pulak nak amik NAyli masa balik sekolah" Hihihi.

Saya rasa agak janggal pulak bila tengok kiddy kat shop lot. Logik tak saya berkata demikian? GRrr.

4) Smart Reader, Lavender Heights, Senawang



Smart Reader siapa yang tak kenal. Orang kata memang bagus tapiiiiiiiii.................................

Terletak dekat jugak dengan rumah di shop lot 1st floor tapi kenapa ianya kelihatan sangat buruk dan uzur. Eh i ni suka judge book by it's cover tau. Kenapa buruk sangat haaaaa????? Apepun saya baru survey dari luar je tak pernah masuk dalam lagik. Mungkin dalamnya cantik kot. Mungkinlah.


Bayarannya pula:
Registration: RM1500++ (EXCLUDED January 2013's fee)
Monthly: RM270.00
Masa: 2 session - 8.00am - 11.00am OR 12.00pm - 3pm

Ok dah habis cerita. Ada 4 je. Yang jauh jauh tu memang tak nak kira.


**********************************************

So  habis sudah buat survey kat kiddy yang berhampiran rumah. Hopefully  nanti Nayli suka jumpe, belajar dan bermain kawan-kawan, nak nangis ke melalak ke itu mama no commentlah sebab tak tau lagi. Hopefully anak mama tu nanti chill and enjoy saja ikut macam mama masa 1st day di kiddy dulu KAHKAHKAH ye ke tu. Kiddy tersebut  masih ada kekosongan untuk intake January 2013 dan saya sedang buat kajian terakhir dari pelbagai sudut sambil bukak wallet kira baget nak pilih mana satu kiddy untuk Nayli.

Nayli anak yang bijak mama tahu nanti dia akan faham dengan keadaan sekeliling dimana dia tidak seperti kawan-kawannya yang lain. Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku. Bila ku berduka engkau hiburkan selalu. Lagik 2 tahun turn Zara pulak masuk kiddy. Alahai anak-anak omak dah besar nak masuk sekolah dah.

Apepun semua ibu dalam dunia ni mesti nak anak-anaknya bijak dan berjaya di dunia akhirat. Semoga anak-anak saya menjadi yang terbaik dan boleh menjaga mama di masa depan. Amin.




Last but not least faktor memilih kiddy bagi saya memang sangat terikat dengan jadual kerja, jarak perjalanan, kos yuran, masa dan lain lain sebab saya yang akan hantar nanti Nayli ke kiddy every morning sebelum pergi kerja dan atuk or wan akan amik masa NAyli balik sekolah. Bayangkan kalau kiddy Nayli belah utara tapi jalan nak ke office saya belah selatan memang tak dapek den nak nolong. Tu semua memang kena ambil kira apepun semua kiddy pasti ada silibus dan kanak-kanak akan belajar sesuatu setiap hari.

Apa yang penting pendidikan dari rumah dulu. Banyak kena fikir bila jadi ibu dan dalam masa yang sama jadi bapa.

To mommies out there, rasa-rasa anda tadika mahal dan ada nama tu lebih bagus ke? Tapi kadang-kadang tu rasa tadika yang memang dah ada nama dan tak berapa ada nama lebih kurang jugak fee nya kan kan kan. Alah tadika yang ada nama tu macam bagus sangat.

Tak percaya?

BACALAH SENDIRI KAT SINI ;)


******************************************************


Anak kecil mempunyai otak kanan yg kuat. Sebelum mereka bertanya kepada kita, otak kanan mereka telah pun memaklumkan jawapan itu kepada mereka. Contohnya.. "Mama, ada lagi tak kek dalam peti sejuk tu?" Jika ianya ada, tetapi kita menipu mereka, mereka akan jadi keliru dgn jawapan dari minda mereka sendiri. Dan belajar utk lain kali jangan percaya pada diri sendiri. 

Jika kita sentiasa bercakap jujur dgn anak2 dan mengatakan ia memang ada (jika ianya ada), mereka akan gembira dgn ketepatan otak mereka dan seterusnya percaya pada diri sendiri. Inilah salah satu cara mengasah otak kanan anak kita yg menjadi senjata mereka dimasa depan. Semua pemimpin hebat mempunyai otak kanan yg kuat. Ianya bermula dari cara si ibu mengasahnya dari kecil. Sebab itu Rasulullah berkata menipu pada anak sendiri itu juga adalah satu dosa.. -Islamic Parenting NetworkLike · ·


******************************************************


Agak-agak umur berapa tahun sesuai hantar anak ke tadika?

Kalau anda di tempat saya dalam keempat-empat kiddy kat atas anda pilih yang mana satu? Sharing is caring. OkBai!
Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

13 comments:

  1. akma pilih mana?? hehe.. pening kepala kan sekarang ni akma.. mahal bebeno fees diorang.. saya masuk UITM dulu pun xmacam tu..huhu.. adoi...

    ReplyDelete
  2. Salam knal nor akma..saye pun bru je pas survey2 tadika utk ank no 2 ni.thn dpn msuk umur 5thn...da jmpe pun..bru daftar ahad lepas kt Q-dees..sekolah ni bagus,sbb ada penguasaan 3 bahasa,iaitu bahasa inggeris,bahasa malaysia dan bahasa cina..so bdk2 leh pandai 3 bahasa.

    ReplyDelete
  3. yelah, yuran nak masuk kiddy pun bukan main mahal mengalahkan saya belajar kat u dulu. huhuhu. oo kat area sini tak jumpe pulak Q-Dees....

    ReplyDelete
  4. he3..bab yuran tu wat pejam mata je la...nak anak pandai sanggup kuar bajet lbh ckit...tp mmg berbaloi la,ank first dlu antar tadika cina,stat 5 smpai 6thn...mmg cemerlang..now da msuk skolah rendah..sye antar sekolah cina jgk..bab mkn tak yah risau..dr tadika smpai msuk sekolah rendah..saya masak pastu bg anak bwk bekal..lg selamat..he3..walaupun cikgu2 ckp makanan kt sekolah tu halal..tp..ragu2 ttp ade..

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan...eh akma duduk Lavender height ke? dkt la ngan kita...Taman Bandar Senawang.mmg susah nak cari tadika skang ni..anak kita sebaya tp bukan anak sulung, anak ke empat dan dia sibuk nak pegi skolah sbb kakak2 smua dah ke sekolah.Sebelum ni dia duk rumah bby sitter, agaknya dah boring kot...so demand nak pegi skolah. Saya masih belum survey pun lg. Akma pilih tadika mana? dah decide?

    ReplyDelete
  6. nak tau pilih kiddy yang mana???????????? heheheheheee/

    TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUU ;)

    ReplyDelete
  7. boleh tolongbagi phone number tak untuk kindy2 ni. Thank you

    ReplyDelete
  8. llittle calips tu mcm ok jer...

    ReplyDelete
  9. little caliphs x ramai sangat budak ke? karisma ok x? saya duduk betul2 opposite karisma, senangla nak hantar tapi nak tahu juga tempatnya, gurunya ok ke x. x nak yg belajar2 sangat ... anak saya 3 thn akhir thn ni, ikut thn, 2015 dah 4 thn la tapi sbb akhir thn rasa mcm kecil sgt je, tapi dia sibuk nak ke sekolah ...

    ReplyDelete
  10. Salam!

    Kalau tak keberatan bole tak akma suggest babysitter dlm lavender height..sorang umur 3y lagi sorang 1y7m..saya ingat nak start keje balik..yg 3 tahun tu next year dah bole pi sekolah..kindly advise...thanks in advance tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak I boleh babysitter..rumah kat taman seri paroi...
      Wsp me 017-6021 203 Luna

      Delete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~