Saturday, November 17, 2012

Teknik Power Pumping

Assalamualaikum,

Banyak mommies yang mempunyai masalah bila susu yang di pam makin berkurangan dari masa ke semasa apentah lagi bila baby minum lebih banyak dari amount yang mommies pump. Masa tu memang gabra habis.

Memanglah boleh dikatakan ramai mommies yang tahu betapa kita kena tekankan pam mengikut jadual iaitu  mengosongkan breast setiap 2-3 jam sekali untuk mengoptimumkan penghasilan susu tapi langit tak selalunya cerah kadang kadang bila bumps on the road stok susu kadang kadang boleh merudum.

Salah satu cara yang boleh membantu memperbanyakkan susu ialah power pumping. Teknik mengepam ini boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan set up mengepam yg biasa tetapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu khasnya untuk:

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu
2. Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Cara nak buat power pumping tidak sukar. Yang penting niat dan azam kena kuat baru boleh success. 

Untuk Single pump – pam kanan dahulu 10 minit, kemudian pam kiri 10 minit, tukar ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat/ berhenti pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam. Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni. Apepun ianya bergantung kepada keselesaan masing masing dan waktu yang sesuai yang penting ibu melakukannya dalam keadaan tenang dan terkawal.

.Dahulu saya selalu buat teknik power pumping on weekend. Sambil layan tengok Melodi dan pam di depan television. KAdang-kadang sampai tak perasan tiba-tiba je botol dah penuh dengan susu perahan. MEmang seronok habis time tu. Yeay!!!

Oleh kerana kekerapan masa mengepam sepanjang power pumping ini dijalankan, maka di antara waktu senggang itu peralatan pam bolehlah dimasukkan dalam fridge tanpa perlu dibasuh terlebih dahulu tapi jangan pulak dimasukkan dengan mesin pam sekali pulopssss ;)

Jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu dan sometimes lebih. Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan oleh-Nya.

Last but not least mesti set dalam kepala yang susu mesti cukup dan akan dapat banyak susu setiap kali mengepam. Nampak macam ntahapehapentah tapi percayalah wahai mommies sekalian itulah kuasa minda yang akan mempengaruhi pengeluaran susu. Stay positive dan tenangkan hati sewaktu mengepam sambil tengok baby kita. Insyallah susu akan keluar melimpah ruah.

To mommies out there, good luck and happy pumping. Yeay!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~