Tuesday, November 6, 2012

Menyusukan Bayi Mampu Menurunkan Berat Badan


Demoxxxx?? Obesiti? Berat Badan Berlebihan?? Dagu Berlapis-Lapis Macam Kuih Lapis??? Baju tak muat???

Ooooooo TIDAK!!!!

Yes, masalah berat badan ini amat sensitif dalam kalangan wanita. Ada juga ramai wanita di luar sana yang mencuba pelbagai produk pelangsing yang ditawarkan dan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk masalah ini. Sudah menjadi lumrah, boleh dikatakan semua wanita berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang walaupun dah beranak pinak. Yang kurus nak gemuk dan yang gemuk pula nak kurus. KAHKAHKAH

Bukan tidak puas dengan apa yang dikurniakan, tapi nak menjadi yang lebih baik. Tapi maklum sahajalah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun lainlah kalau dah faktor genetik makan banyak manapun badan tetap kurus macam plywood.  Tambahan pula, bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh mengambil ubat pelangsing sebarangan tetapi nak berdiet berlebihan pun kurang digalakkan kerana dikhuatiri menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.


Kesabaran menurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang diberi kepada bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Wowww!! Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan.

Ada beberapa panduan yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan. Paling utama ibu tersebut perlu minum air secukupnya. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya hanya minum air setengah jam selepas makan. Ibu juga dinasihatkan untuk makan apabila perut berasa lapar. 

Mereka juga perlu ingat pada wasiat Rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang". Paling baik sekali adalah makan empat ke enam kali sehari dengan kuantiti yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur.

Makanan yang dimakan juga perlu dikunyah secara perlahan-lahan. Paling baik sekali jika makanan tersebut dikunyah 44 kali untuk mengurangkan beban penghadaman. Selain itu, otak akan menerima isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat. Kalau makan laju sangat, otak tidak sempat memberi isyarat yang kita dah terlebih kenyang. Kurangkan percakapan semasa makan untuk mengelakkan tidak perasan yang kita sudah terlebih makan.

Makanan yang diambil perlu seimbang. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim (enzim terbina daripada asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.

Kesimpulannya, makanan yang diambil perlu seimbang. Kurangkan pengambilan gula dan makanan rapu. Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Gula juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes mellitus apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan sahaja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal bahkan dikaitkan dengan risiko penyakit hipertensi (darah tinggi).

Banyakkan jua aktiviti fizikal. Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Walaupun tidak dapat meluangkan masa ke gimnasium atau senamrobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15 minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan.

Bagaimanapun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti menggunakan jalan lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan, berjalan sambil menghayunkan tangan, melakukan kerja rumah, aktiviti santai bersama anak-anak dan banyak menggunakan tangga daripada lif.

Yang paling penting hendaklah sentiasa berfikiran positif dan banyak bersabar kerana pengurangan berat badan ini adalah lebih kurang dua kilogram sahaja dalam masa sebulan. Teruskan dengan penyusuan kerana ada banyak lagi keistimewaan yang anda akan kecapi.


Apepun saya memang sangat bersetuju dengan statement menyusukan baby dapat menguruskan badan sebab saya  tak perlu berjogging, naik tangga turun tangga, berjalan kaki setiap hari, tak payah beli ubat kurus yang mahal-mahal, pakai Premium Beautiful wakakaaka tapi saya masih boleh memakai jeans sewaktu anak dara dulu. TROLOLOLOL. But i'm not motivator yang patut dijadikan panduan untuk sesiapa yang ada keinginan nak kurus. Saya cuma tulis ikut pengalaman je, kalau ada yang tak setuju pergi  tulis pengalaman ko kat blog ko jangan kondem pengalaman aku. KAHKAHKAH emo la pulak apa kes ni? Bhahahahaha.



Breastfeeding bukan saja bagus untuk bayi kerana tiada yang lebih baik dari susu ibu tetapi juga baik untuk mamanya yang nak kurus sebab sememangnya manusia terutamanya wanita selalu mempunyai keinginan untuk kelihatan cantik. Kan? Kan? Kan?


Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

1 comment:

  1. betol....setuju jugak dgn ayat..'menyusukan anak....berat lepas beranak cepat turun!!!" kerane kite mengalaminye...

    struggle 2weeks utk susukan Q dulu....berat turun 10kg dlm mase 2 weeks saje....64kg - 54kg...fuhhhh...

    rese time tuh..heibat!!!!

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~