Saturday, November 10, 2012

Cara Mendidik Anak-Anak Zaman Moden

Assalamualaikum semua,

Dulu saya tak begitu memahami kenapa mak dan abah agak menyekat kami adik beradik membesar dengan kemewahan meskipun mereka mempunyai harta yang lebih dan mencukupi untuk kami hidup dengan lebih selesa. Rupa-rupanya kepayahan dan sekatan yang diiringi dengan kasih sayang inilah yang banyak membentuk sikap semasa dewasa.

Saya membuat kesimpulan bahawa formula mendidik anak-anak dengan kemanjaan dan kasih sayang harus diaduni secukupnya dengan ketegasan dan susah payah agar mereka memiliki jati diri yang tinggi dan ketahanan jiwa untuk meredahi apa jua cabaran hidup di masa depan. Insyallah.

Tertarik dengan kata-kata sasterawan negara, anak-anak akan cacat dengan kemewahan. Susah dan payah perlu dirasai oleh anak-anak, terlampau selesa akan menjadikan mereka lemah.

Inilah anak-anak saya yang sangat ohsem Zara Amani dan Nayli Dayana.


Umur mereka rapat. Masa si kakak berusia 1 tahun 4 bulan dah dapat adik. Sekarang si kakak genap 3 tahun si adik dah 1 tahun 8 bulan. Yeay!!!

Tahun pertama membesarkan mereka berdua tersangat tough. Seryes. Mama yang bekerjaya dengan dua anak kecil memang sangat mengundang kesabaran. Letih tak payah cerita.

Itu cerita lama. Mereka berdua semakin membesar. Kini dah jadi kawan baik. Tak dapat bayangkan kalau si kakak masih seorang diri takde kawan untuk bermain, bergaduh dan juga gelak-gelak mesti asyik kacau mama je kan. Ermm Nayli tak suka main barbie doll baik yang comel berambut panjang mahupun doll murahan yang tak comel langsung berambut serabai. Waka waka. NAyli suka main dengan kawan. Ya, yang boleh diajak berlari satu rumah sampai berpeluh ketiak ;p

Sekarang ni mama adalah segalanya bagi mereka, yang selalu mendapat tempat di hati mereka. Mamalah yang paling cantik, mamalah yang paling baik, mamalah yang paling pandai.
.
Bila dah besar? Ntahlah. Hopefully mama tetap idola mereka sampai bila-bila seperti mana mama sentiasa jadikan kamu berdua idola mama sampai bila-bila.

Shopping is the best thraphy. Memang itu lah yang paling syok mestilah kita bertiga mama-nayli-zara kan girls power. Tak banyak kerenah sangat kalau teman mama beli gloceries.



Bestnye pergi Giant. Pantang nampak.




Hari ni mama malas nak masak so kami makan roti jewww. Lapar tau tak. KAHKAHKAH.




Kalau dah penat sangat tidur tegak dalam troli pun boleh. Zzzzzzzzzz.




Kalau ada masa bawa mereka pergi playground. Happy. Sebab kakak berat 15kg si adik pulak berat 10kg kalau main jongkang jongkit asyik si kakak je la yang kat bawah. Ahak tak balance langsung!!



Apa yang si kakak nak main pasti si adik pun nak main jugak begitulah sebaliknya. 

Yang sikit sama di rasa. Share sama-sama. Part makan kat luar pun oklah. Sometimes behave sometimes melompat dengan lebih tinggi terpelanting fork and spoon. Arghh itulah dia kanak-kanak nak membesar. Part makan mereka tak berapa ada masalah cuma sekarang ni mama sedaya upaya mengajar mereka makan pedas sebab mama adalah die hard fan masak lemak cili api no 1 ye. Arghh asal nampak kemerah-merahan je dah start geleng kepala cakap "podaihhhhhhhh" Aikk mana belajar bahasa nogori ni sayang? Orang nogori wajib belajar makan pedas. HewHewHew.

Mama borek anak mestilah kena rintik la. *mata pandang atas, tangan kat bahu. Oh La La~


Menurut pakar motivasi Dr Hassan Ali pula, jika inginkan kebahagiaan sehingga usia tua, jangan tingalkan ilmu agama. Didiklah anak dengan ilmu agama dan dunia sama rata kerana pada zaman ini ilmu agama lebih penting kerana cabaran dan dugaan persekitaran untuk anak-anak kita lebih mencabar. Insyallah hanya ilmu agama yang dapat selamatkan anak-anak kita.

Terdapat 40 kesilapan ibubapa biasanya dalam mendidik anak-anak:

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Memang teringin mendidik anak-anak hidup berdikari, tapi kadang-kadang tak sampai hati. Harap mereka tahu menghargai dan bersyukur. Apepun jangan lupa memeberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.



***************************************************


Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.                                                                      (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.


Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?

Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.

Lalu Rasulullah SAW berkata : Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.               (Maksud Al-Hadith )



Mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. Wallahualam semoga dijauhkan.

Thanks for reading.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

1 comment:

  1. Pasal kemewahan tu saya sgt setuju... tak boleh manjakan anak2 dgn kemewahan... mereka kena juga kena tahu mcm mana nak hidup dalam kesusahan...
    Comel gambar kakak dan adik naik jongkang jongkit... gambar tidur berdiri pun cute jugak :)

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~