Sunday, November 4, 2012

Jom Masak Lemak Cili Api Daging Salai Nogori Style

Assalamualaikum,

Alhamdulillah rezeki murah sempena Hari Raya Korban haritu. Ada lagi daging korban yang tinggal.

Jom kita salai daging ni yeay lepas tu masak lemak cili api yang memang dah begitu sinonim dengan orang Negeri Sembilan.



Lepas dah siap salai daging ni macam ni cara nak masak pulak. Senang je.

Daging dipotong nipis nipis
2 biji kentang dipotong sederhana (taknak letak pun takpe)
2 batang serai (dititik)
20-25 batang cili padi (lagi pedas lagi umpphh) 1 cawan santan + 1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup yang ditumbuk
sedikit garam

PERHATIAN:
Masakan lemak cli api original from nogori memang tidak memerlukan bawang putih atau bawang merah. Memang mudah.

Cara Masak Pulak:
1- Kisar halus atau tumbuk cili padi bersama kunyit hingga lumat kemudian masukkan dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik. Masak sebentar.
2- Selepas itu masukkan satu cawan santan dan satu cawan air, masak dengan api yang perlahan dan kacau selalu. Setelah kuah agak mendidih masukkan kentang dan setelah kentang empuk baru masukkan asam gelugor dan daging salai. Sesuaikan rasa masukkan garam dan kacau selalu.
4- Masak sehingga kuah pecah minyak, angkat dan sedia dihidangkan dengan nasi panas.

Sungguh menyelerakan! Cuba jangan tak cuba ok. Yeay!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~