Tuesday, October 16, 2012

Nafkah Anak-Anak Adalah Tanggungjawab Bapa

Anak-anak adalah kurniaan Allah SWT. Selain dari mendidik dan memberi kasih sayang kepada mereka dengan sempurna, terdapat satu lagi perkara yang sangat penting iaitu memberi nafkah. Kita semua tahu kewajipan memberi nafkah kepada anak-anak adalah tugas bapa dan berdosa jika tidak melunaskannya.


Islam mewajibkan nafkah anak meliputi makan, minum, pakaian, tempat tinggal, perubatan serta keperluan pendidikan anak-anaknya disediakan oleh bapa. Kewajipan membayar nafkah anak berdasarkan firman Allah SWT bermaksud "kemudian jika mereka menyusukan anak kamu, maka berikanlah pada mereka upahnya" ( Surah al-Talaq ayat 6)

Seorang bapa yang baik adalah bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya serta memandu anak-anaknya ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat bukan membawa ke lembah maksiat dan memberi contoh yang tidak baik. Dalam sesebuah perkahwinan juga, seorang suami itu bertanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada isteri dan anak. Walaupun suami isteri bekerja, ia tidaklah menjadi alasan untuk suami melepaskan diri daripada tanggungjawabnya menyediakan nafkah tersebut. Tidak kiralah gaji isteri lagi tinggi daripada gajinya sekalipun, tanggungjawab itu masih lagi perlu dilaksanakan.

KISAH bekas suami enggan membayar nafkah selepas bercerai bukan perkara luar biasa. Malah kes tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah juga semakin bertambah dari hari ke sehari malah ada yang tidak dapat diselesaikan semata-mata suami enggan bekerjasama hadir ketika perbicaraan. Seolah-olah menjadi perkara biasa apabila berlaku perceraian, maka semua tanggungjawab semuanya dibebankan di bahu wanita. Berdasarkan hadis jelas menetapkan bahawa anak pasangan yang bercerai lebih berhak berada di bawah jagaan ibunya berbanding ayahnya. Pertimbangannya adalah kerana tugas mendidik anak sesuai dengan sifat lahiriah ibu yang lebih penyayang, lebih tahu dan sabar mendidik dan mengasuh anaknya. 


“Sebaik saja berlaku perceraian, kepentingan anak-anak wajib diberikan keutamaan berbanding perkara lain. Pastikan nafkah mereka tidak terabai kerana anak-anak adalah generasi akan datang yang bakal mencorakkan arah negara ini. Kita tidak mahu mereka membesar dalam serba kekurangan dan tersepit dalam pertelingkahan orang dewasa terutama mereka yang tidak berhati perut".


Soalnya mengapa ada bapa sanggup melupakan tanggungjawab memberikan nafkah kepada darah daging sendiri walaupun di hadapan orang si bapa bukan lagi menunjukkan betapa dia terlalu menyayangi anak-anaknya? Sememangnya hubungan antara ayah dan anak umpama air yang dicincang tidak akan putus. Bercerai tidak membebaskan bapa daripada tanggungjawab memenuhi semua keperluan anak-anak. Walaupun perkara ini ditegaskan dalam al-Quran, sayangnya ada manusia masih tidak pernah takut dan ingkar perintah Allah. 


Kajian rambang pernah dijalankan oleh Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Prof Fatimah Daud di beberapa Mahkamah Syariah dan pemerhatian dalam masyarakat di Bukit Lanjan, Damansara, mendapati 90 peratus suami yang enggan membayar nafkah anak bertindak demikian kerana ingin membalas dendam dan demi mempertahankan ego masing-masing.


Apepun jelas nafkah anak tetap menjadi kewajipan bapa walau dalam apa jua keadan sekali pun. Jika bapa tidak memberi nafkah, ibu boleh mengambil harta bapa sekadar yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan anak-anaknya itu. Ini menunjukkan ibu boleh menuntut nafkah anak dengan menyeneraikan setiap keperluan bulanan anak itu ke mahkamah. Jika si bapa tidak mempunyai harta tapi mampu membuat kerja, wajib ke atasnya berusaha mencari kerja yang membolehkannya membayar nafkah anaknya. Dengan itu bapa yang tanam anggur atau pemalas bekerja dan mengharapkan si ibu saja membayar keperluan anak adalah lelaki yang berdosa dan tidak amanah mengabaikan tanggungjawabnya.


Apepun hukuman di dunia kegagalan membayar nafkah oleh bapa tadi sekiranya ada perintah dari Mahkamah Syariah bagi pembayaran nafkah boleh menyebabkan seorang bapa diambil tindakan perlaksanaan seperti penyitaan harta bagi memastikan perlaksanaan perintah terhadap anak-anaknya dapat dilaksanakan. Mahkamah juga boleh mengarahkan pihak yang ingkar membayar nafkah ke penjara sekiranya bapa gagal atau cuai membayar nafkah anak-anaknya.


Setiap amanah yang Allah berikan akan disoal di akhirat kelak. BArangsiapa memikulnya dengan penuh tanggungjawab akan mendapat balasan syurga dan barangsiapa yang tidak menunaikan tanggungjawab itu akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak. Wallahualam.



************************************



Setiap cebis kasih sayang yang kita berikan untuk anak anak, kita akan peroleh 10 pahala dan bayangkan kalau kita ikhlas menjaga mereka? Dan nescaya anak-anak ini mampu heret kita ke syurga kelak =) Satu 'pintu' akan terbuka jika seorang anak kita pelihara. Insyallah.


My dream always makes me stronger. Yeay!!



Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

2 comments:

  1. Perkara ni mmg dh selalu terjadi... Banyak2 bersabar yer... Smile always :)...

    -KOYAN-

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~