Monday, October 1, 2012

Haji Shariff's Cendol & Rojak Yang Super Duper Sedap!

Happy Monday blues,

Sempena dengan Monday yang tak berapa nak best ni kenalah bercerita pasal benda yang best. Apelagi tak lain tak bukan jom cerita pasal MAKAN lah. Yahooo!

Hasil perkenalan dengan rakan-rakan baru di Seremban yang mempunyai sifat dan keinginan makan yang luar biasa to the max, dalam sekelip mata je saya mampu mengenali tempat-tempat makan yang best kat Seremban dengan kadar yang cepat mengalahkan roket. Fulamak memang syok habislah. Bab makan siapa yang tak excited.

So untuk para pemakan yang tegar ini lagi satu tempat makan yang paling best. Jeng Jeng JEng.




Senang nak cari sebab ianya satu-satu kedai yang bewarna hijau. Dari jauh dah boleh nampak lagipun ianya terletak di tepi jalan je. Kedai ni pada awal-awal dulu bukanlah seperti yang ini. Ianya cuma gerai penjaja yang terletak berhampiran dengan A&W Seremban. Just imagine dengan hanya menjual cendol dan rojak boleh upgrade ke lot kedai dan maju seperti sekarang ni. Fuh siapa kata jual cendol tak boleh jadi kaya haaaaa.

Actually makanan yang dijual kat sini bukan banyak pun, cuma ada dua je cendol dan rojak. Rojak tu boleh pilih sama ada nak rojak mee ataupun rojak tapi memang sedaplah. Ada banyak pilihan cendol kat sini seperti cendol pulut, cendol jagung, cendol campur dan cendol bandung. Perghhh rasa cendolnya pula lebih lembut, santannya yang cukup lemak dan air gula yang tak terlalu manis. Kalau makan time lunch hour balik office mesti mengantuk giller mata macam digam guna gam gajah gara-gara pukulan santan yang pekat lagi hebat ;p Zzzzzzzzzzzzzz.



Jangan risau kedainya juga boleh tahan bersih la agak kemas. Lantai pun berkilat, susun atur pun kemas, meja semua di lap, lalat pun takde tau. So apelagi sesiapa yang tersesat kat bandar Seremban bolehlah singgah lepak di sini. Insyallah berbaloi dengan rasa dan harganya sekali.

Jom serbu Haji Shariff's Cendol and Catering Sdn Bhd yang terletak di No. 44, Jalan Yamtuan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan.

Tunggu entry pasal tempat makan yang best-best lagi teww. Banyak lagi ni bersusun kat draft tunggu masa nak publish je. Yeay!!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

2 comments:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~