Friday, October 26, 2012

Masalah Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum,

Untuk mommies yang menyusukan baby terutamanya anak sulung biasanya mempunyai masalah dan kebanyakan penyebab masalah penyusuan ialah seperti berikut

* Lewat memulakan penyusuan

* Penyusuan yang tidak kerap dan terlalu berjadual.

* Mencampurkannya dengan susu formula, air atau jus

* Menggunakan puting kosong atau buaian elektrik
* Kedudukan menyusu dan cara hisapan yang tidak betul

* Bayi tidak diberi susu pada waktu malam. (Atau diberi susu formula atau susu ibu yang diperah)



PUTING SAKIT

Puting yang sakit ialah tanda-tanda hisapan bayi yang tidak betul. Bila bayi menyusu, bibirnya perlu berada di luar dan seluruh bahagian areola berada dalam mulutnya. Untuk memperbaiki keadaan ini, tarik dagu bayi ke bawah dengan perlahan dan keluarkan bibirnya jika mendapati bibirnya termasuk ke dalam ketika menghisap. Jangan gunakan pelapik baju dalam yang kalis air jika mendapati puting sakit. Setiap kali hendak penyusuan selesai, perah sedikit susu dan sapu pada puting. Cara ini boleh membantu mempercepatkan ibu sembuh. Insyallah.



KEKELIRUAN PUTING


Bagi sesetengah bayi, hisapan pada puting kosong atau puting botol akan menjejaskan hisapan pada payu dara. Ini kerana pola hisapan antara puting botol dan payu dara adalah berbeza. Bayi yang pernah diberi susu botol akan menghisap payu dara ibu dengan cara yang sama seperti menghisap puting botol. Oleh itu, puting ibu akan terasa sakit kerana hisapan pada puting botol juga tidak perlu terlalu kuat kerana susu mudah mengalir keluar dari botol. Apabila bayi menggunakan cara yang sama untuk menghisap puting payu dara ibu, susu ibu akan kurang mengalir keluar. Ini menyebabkan bayi tidak mendapat cukup susu manakala ibu menyangka susunya tidak cukup banyak untuk bayi. Dia terpaksa memberi susu botol. Ini menjadikan bayi lebih gemar susu botol dan akhirnya bayi kurang berminat dengan susu ibu. Lama kelamaan, bayi akan menyusu susu botol sepenuhnya. Ouch!!!!

Bagi mengelakkan kekeliruan ini, jangan beri susu botol terlalu awal. Jika dah tiada pilihan lain dan terpaksa mencampurkan susu ibu dengan susu formula, gunakan lah cawan kecil, sudu kecil, penyuntik ubat atau lain-lain peralatan untuk mengelakkan terjadinya nipple confuse.

BAYI ASYIK MENGANTUK NAK TIDUR JE

Jika berat badan bayi tidak meningkat dengan baik dan sentiasa sahaja tertidur ketika menyusu, bayi perlu dikejutkan dengan kerap. Untuk mengatasi masalah ini, jangan balut bayi dan pastikan kulitnya bersentuhan dengan kulit ibu ketika sedang menyusu ala-ala skin-to skin. Bagi mengatasi kesejukan, selimut bayi dengan kain selimut selepas meletakkan dia dengan betul di payu dara. Selain itu, urut kakinya bagi membuatkan dia terjaga.



SENDAWA


Sesetengah orang terutama dari generasi anda menyangka kita perlu membuatkan bayi sendawa selepas menyusu. Pendapat ini tidak tepat. Bayi tidak semestinya sendawa. Memang baik jika bayi sendawa selepas membuat beberapa percubaan untuk membolehkannya sendawa. Tetapi tidak mengapa jika dia tidak sendawa langsung setelah mencuba beberapa kali.

PEMAKANAN IBU DAN PENGAMBILAN AIR


Dalam kebanyakan kes, ibu menyusu perlu kira-kira 300-500 kalori lebih daripada biasa bagi mengekalkan berat badannya. Ibu menyusu perlu makan makanan seimbang dan makanan semulajadi. Elakkan makanan yang diproses. Jika bayi meragam, periksa samada ibu telah makan makanan yang tidak sesuai dan sensitif terhadap bayi. Minum lebih banyak air bagi menambah pengaliran susu. Tapi, jangan minum berlebihan. Minum sekadar untuk menghilangkan dahaga. Biasanya, ibu menyusu akan terlupa minum kerana sibuk menjaga anak. Terdapat juga kepercayaan lama bahawa ibu yang masih dalam pantang tidak boleh minum banyak air. Pendapat ini salah dan akan memberi kesan kepada pengaliran susu ibu.



ENGGAN MENERIMA BOTOL


Jika bayi enggan menerima susu ibu daripada botol ketika anak atau menantu anda bersedia untuk kembali ke tempat kerja, anda perlu latih baby anda itu secara perlahan-lahan. Beri susu melalui botol dengan cara memangkunya dan mendodoinya perlahan-lahan. Anda juga boleh memberi susu melalui botol ketika dia mengantuk. Adalah lebih baik jika anda atau ahli keluarga lain yang memberikannya botol, bukan ibunya sendiri.


BERHENTI MENYUSU BUAT SEMENTARA WAKTU

Ada ketika, mommies tidak dapat menyusu secara direct kerana kembali  bekerja tetapi masih mahu menyusu dan agar susu terus mengalir kerana hendak mempastikan yang bayi tetap mendapat khasiat susu ibu, mommies perlu memerah susunya dalam jangkamasa yang sama dengan penyusuan susu ibu yang dilakukannya sebelum ini iaitu setiap 2-3 jam. Cara perahan yang baik ialah menggunakan tangan. Caranya ialah seperti berikut :- Letak ibu jari di atas puting dan dua jari lain di bawah, agak jauh daripada areola. Tolak jari ke belakang sehingga ke dinding dada. Kemudian, tolak semula ke depan. Lakukan beberapa kali. Elakkan memicit puting. Jika mempunyai payu dara besar, ampu payu dara itu dengan tangan yang sebelah lagi.



BAGAIMANA MENGETAHUI BAYI MENDAPAT CUKUP SUSU?


Bagi bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, anda boleh mengetahuinya dengan cara :



Hisapan Bayi : Lihat cara bayi menghisap. Jika dia berhenti selepas setiap kali menghisap, ini bermakna dia mendapat susu yang banyak dan sedang menelan susu itu. Jika dia melakukan perkara ini berulang kali (hisap dan telan) selama beberapa minit, anda akan yakin bahawa dia sudah pun mendapat susu yang banyak.



Membuang Air Besar: Beberapa hari yang pertama, najis bayi berwarna hijau gelap dan melekit. Ini dipanggil "mekonium". Pada hari ketiga, najis akan menjadi lebih cair dan kekuningan. Bayi berusia di bawah enam minggu perlu membuang air besar sekurang-kurangnya 2-5 kali dalam tempoh 24 jam. Jika terlalu jarang membuang air, sistem penghadamannya mungkin sudah kukuh. Jika najis yang keluar setiap kali membuang air besar adalah sedikit jumlahnya, bayi akan lebih kerap membuang air besar, mungkin melebihi lima kali dalam tempoh 24 jam. Jika najis terlalu sedikit, berwarna hijau, kelihatan cair dan kerap pula membuang air kecil, ini mungkin menunjukkan bayi mengalami ketidakseimbangan antara susu pertama dan susu akhir. 



Mungkin juga bayi mengalami sindrom terlebih susu. Ini berpunca daripada kekerapan menukar payu dara setiap kali menyusu. Dengan cara ini, bayi hanya mendapat susu cair di peringkat awal penyusuan dan tidak mendapat susu yang pekat dan kaya dengan lemak yang hanya didapati di akhir penyusuan. Dalam kes ini, biarkan bayi menyusu pada sebelah payu dara sehingga payu dara menjadi lembut dan bayi berhenti menelan susu. Kemudian, baru lah menukar kepada payu dara lain. Jika mendapati pengaliran susu terlalu banyak, beri lah sebelah payu dara sahaja setiap kali menyusu. Keadaan ini mungkin bertentangan dengan amalan anda di suatu masa dahulu. Dahulu, anda dinasihatkan memberi susu menggunakan kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Amalan ini tidak semestinya diikut kerana penyusuan pada sebelah payu dara akan mempastikan bayi mendapat segala khasiat yang diperlukan. 


Ingat! Susu yang keluar di peringkat awal penyusuan ialah susu pertama (foremilk) yang kaya dengan protin dan air, manakala susu yang keluar di akhir penyusuan ialah susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan lemak. Biasanya, bayi yang berusia lebih dari tiga minggu, tidak lagi membuang air besar dengan kerap. Kadang kala, mereka tidak membuang air dalam tempoh beberapa hari, tanpa adanya tanda-tanda akan terkena sembelit. Jika bayi kelihatan sihat dan riang, perkara ini adalah normal.

Membuang Air Kecil : Bayi berusia di bawah enam minggu, sepatutnya membuang air sebanyak 7-8 kali sehari. Anda boleh mengetahuinya dengan mengira jumlah lampin yang basah. Jika memakai lampin pakai buang, jumlah lampin yang basah dan berat ialah antara 5-6. Jika memakai lampin kain, jumlahnya ialah 7-8 helai. Bagaimanapum, pada dua tiga hari selepas kelahiran, bayi hanya membuang air kecil sebanyak 2-3 kali sahaja kerana pada waktu itu, susu belum lagi dihasilkan sepenuhnya oleh payudara. Bayi yang lebih besar pula, kurang membuang air kerana pundi-pundi kencing mereka semakin matang. Bagaimanapun, air kencing mereka lebih banyak daripada bayi kecil. Air kencing bayi sepatutnya berwarna jernih dan sedikit berbau.

MENGENALPATI MASALAH


Segera dapatkan bantuan kesihatan jika mendapati :- · Bayi kurang membuang air kecil selepas hari ketiga kelahirannya; · Hisap bayi amat perlahan, lemah dan mengantuk setiap kali diletakkan di payu dara ; · Najis bayi masih berwarna hijau walaupun melepasi hari kelima kelahirannya; · Bayi tertidur di payudara sebelum menghisap susu dengan bersungguh-sungguh dengan segera dapatkan bantuan. Kebanyakan masalah boleh diselesaikan dengan mudah jika ada nasihat yang betul. Bagaimanapun, sesuatu masalah lebih mudah diatasi, jika bantuan dan nasihat diperolehi lebih awal.

Apepun penyusuan susu ibu mudah saja bukanlah susah sangat. Yang penting 6 bulan pertama pastikan baby exclusive breastfeed, tidak diberi apa-apa selain susu ibu sahaja air masak pun tak perlu bagi memastikan kesihatanyang lebih maximum dan optimum, sesungguhnya tiada yang lebih baik dari susu ibu. Lepas 6 bulan dah boleh start makan solid food. Makin besar dah boleh makan macam-macam seperti mereka ini *______*



Back to basic breastfeed: more demand = more supply, lagi kerap kosongkan breast, lebih banyak susu dihasilkan coz our brain is unique. It sends signal for breast to make milk according to demand. Kalau produce banyak susu pun tapi demand kurang, lama-lama brain akan signal kat breast untuk slowkan production susu. Sebab tu lama kelamaan kita akan dapati susu kita makin kurang dan kering.

Tahniah kepada semua mommies yang awesome.


Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H

Assalamualaikum,

Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan haji di Mekah dan bagi mereka yang berkemampuan maka bermulanya ibadah korban untuk dibahagi bahagikan kepada fakir miskin.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik dan juga wangi-wangian. PAda pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat yang kedua.

Pada kebiasaan solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmah dipercepatkan sedikit waktu sunat Aidiladha adalah bagi memberi banyak masa untuk penyembelihan korban dilakukan. Hukum mengerjakan solat sunat Aidiladha adalah sunat muakkad (solat sunat yang sangat dituntut) bagi lelaki dan perempuan, sama ada yang bermukim ataupun musafir.

Jom kita merenung kembali sejarah para nabi, perayaan ini lebih sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya Nabi Ismail a.s. di mana ia menjadi simbol kasih sayang yang kukuh antara nabi dengan tuhannya, seorang suami kepada isterinya serta kasih sayang ibu dengan anaknya.

Peristiwa iaitu ujian Allah SWT kepada Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, NAbi Ismail a.s yang berakhir dengan penyembelihan kambing biri biri  sebagai ganti kepada anaknya. Rentetan dari peristiwa itu, saban tahun ketika meraikan Hari Raya Aidiladha maka umat Islam yan mampu menyembelih binatang korban lalu mengagihkannya kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang ditimpa musibah dan lain lain.

Apepun ibadah korban hanya boleh dilakukan dalam masa empat hari iaitu bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhijjah  dan kemudian dilangsungkan dengan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10, 11,12 dan 13 Zulhijjah sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Korban ini jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah setiap tahun, iaitu bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Sudah lebih 1400 tahun NAbi SAW meninggalkan kita dan jangan pula ibadah raya haji ini ditokok tambah dengan adat atau budaya atau dikurangi dengan beberapa perkara penting. Wallahualam.



************************************************


Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua. Jeng jeng jeng......



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1433H

Daripada A’isyah, Rasulullah bersabda; Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ”
 (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)


Semoga kita lebih menghayati hari bersejarah ini dan mengambil pengajaran dan tauladan daripada sejarah para nabi. Insyallah.

Sekian

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Wednesday, October 24, 2012

Lawa Sungguh Wanita Itu Kalah Rozita Che Wan

Assalamualaikum,


**************************************************


Muhasabah sekejap.


GOD IS FAIR
WHAT MAKES YOU THINK YOU DESERVE BETTER

Cuba think about it everytime sebelum kita masuk tidur.Sometimes kita selalu rasa hidup ni susah gile, kita selalu fikir apa yang kita dapat ni semua serba tak kena, selalu serba tak cukup, tapi pernah ke kita fikir, apa yang kita dapat ni semua sama deserve ke dengan perlakuan kita kat dunia ni? Cukup baik ke kita untuk dapat sesuatu yang sangat baik? Selalu terfikir balik. Hmmm sempurna ker solat kita untuk kita mintak sesuatu yang sempurna kat dunia ni? Tidak pernah buat dosa ke kita untuk dapat sesuatu yang tidak membebankan kita? Baik sangat ke sifat kita untuk kita harap orang sekeliling kita untuk sentiasa buat baik dengan kita? Jom kita sama-sama fikir. Allah Maha Adil, apa yang buat kita terfikir kita deserve better? Nothing bebeh, nothing. Grrrrrr. 

Lastly, bersyukur tau dengan apa yang kita ada. Alhamdulillah. Jom g makan roti cicah milo panas. Chow
.
Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Sunday, October 21, 2012

Jom Sejukkan Tekak Di Cendol Karim, Senawang

Assalamualaikum,

Weekend adalah hari untuk bersukaria. Yeay!!!

Kiss sikit. Muahsss! Hamboi mulut masing-masing. Im sexy and I know it. 


Cuaca panas tidak terkata. Ape kata kita sejukkan anak tekak hari ini. Kami ke salah satu tempat jual cendol yang agak popular di Seremban. Actually kat Negeri Sembilan rasanya memang ada banyak menjual cendol yang boleh dikatakan sedap. Ok ketepikan cendol Leman Dawi yang sudah overrated, cendol HAji Sharif pun sedap, cendol dekat bus stand Kuala Pilah pun sedap dan kedai cendol yang kami singgah harini pun boleh tahan sedap iaitu cendol Cendol KArim in da house. Thumbs up.

Di sini juga ada jual mee rebus, pun sedap jugak. Arghh part makan memang takde yang tak sedaplah.

Cendol on sunny day. Lalalalala~ ;)



Sedap cendolnya. Lemak berkrim memang patutlah disukai ramai. Kalau tak caya tanye NAyli. Habis dia makan part mama punya. Takpelah sekali sekala kasi can lah. Abeh mama kempunan.Grrrrr. There's a few types of cendol available. Cendol with pulut, corn, red bean or everything in together.



Yang lelain sila tengok dan telan air liur aje macam mama jugak. Deng!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p


 

Saturday, October 20, 2012

Semua Mommies Mesti Nak Anak Sihat Walafiat Kan?

Assalamualaikum,

Next month budak paling comel dalam dunia, NAyli Dayana dah 3 tahun. Kuat minum susu makan pun kuat jugak. Sekuat minum susu dan sekerap makan, sekerap tu jugakla nak pegi toilet sebab nak ekhem ekhem je. Tengok badan lah. Pakai pampers pun dah size XL. NAsib pakai di malam hari je. Arghh mama malas nak bangun tengah malam bawa Nayli pergi toilet lah. Tidur lagi best. Krohh Krohh Zzzzzz. Ahak.

Hmmm terfikir jugak Nayli nak minum susu ni sampai umur berapa tahun? Patutkah saya suruh Nayli slow down or berhenti minum susu or gantikan dengan minuman lain. 

Dengan keterpaksaan saya cuba la cari  buku pasal nutrition, oo katanya susu (in general) is still the best source of calcium. Kalau sebelum umur 2 tahun kita bagi breast milk seeloknya diteruskan dengan any form of milk sama ada breastmilk or formula milk untuk dapatkan kalsium itu dan sampai ke tua pun sekurang-kurangnya kita kena minum susu 2 gelas sehari kan (rujuk iklan Anlene kan kan kan)

For women, after the age of 30, walau kita minum susu banyak mana pun storage kalsium kat tulang dah makin slow down, itu ajelah bekalan sampai ke tua. So kalau taknak osteoporasis cepat berlaku, kita kenalah ajar anak-anak kita consume milk on daily basis dari baby sampailah ke teenage sampailah ke adulthood, biasakan mereka minum susu. Bukanlah bermakna by 30 years old tu kita pun stop minum susu, cuma storage kalsium dalam tulang tu dah tak seeffective masa muda remaja.

Selain cerita pasal susu, ibubapa juga perlu memastikan bahawa anak-anak kecil tidak makan makanan ringan yang dijual di pasaran sebab makanan ringan mengandungi MSG dan bahan kimia yang boleh mempengaruhi dan membahayakan kesihatan kanak-kanak. Kena larang sama sekali anak-anak makan makanan ringan yang mengandungi banyak perisa dan pewarna tiruan kerana pewarna dan perisa tiruan ini sebenarnya hampir sama dengan alahan asma yang lain seperti debu haiwan, debunga dan minyak wangi. Ia menyebabkan badan terangsang untuk mengeluarkan lendir yang mana ia akan menyumbatkan salur pernafasan lantaran boleh menjadi penyebab kepada penyakit asma. 

Lagipun sememangnya makanan ringan boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih dan menyebabkan mereka tidak ada selera untuk makan. KAdangkala kita sebagai mummy memang dah sedaya upaya buat yang terbaik untuk anak-anak, tapi sampai kat tangan orang lain macam-macam makanan ringan pula yang diberi. Itulah bak kata orang nogori "tak dapek den nak nolong lah". Memang benci teww bila berhadapan dengan keadaan seperti itu.

Dan tiada bukti kukuh menunjukkan vitamin boleh mencegah lelah pada kanak-kanak, bagaimanapun pemakanan yang baik dapat meningkatkan sistem imun badan dan mengurangkan jangkitan virus dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kekerapan lelah.

Pada pendapat saya, i don't think beralih bulan or growth spurt boleh menyebabkan baby demam or sakit, kalau demam or sakit most probably disebabkan jangkitan. Tapi bab breastfeed baby sebanyak dan selama yang boleh memang saya sokong 110%. Natural defense towards kebanyakan penyakit.

Alhamdulillah, Nayli dan Zara sentiasa dipelihara dengan kesihatan yang baik. Semoga sampai-sampai bila dikurniakan dengan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah. Amin. Terima kasih Ya Allah.


I   LOVE    MAMA



Tahukah anda? Fakta tentang kesihatan kanak-kanak...

    Lebih ramai kanak-kanak berumur 3-14 tahun mati kerana KANSER berbanding penyakit lain. 

    Kanak-kanak kini lebih ramai yang menghidap diabetes.

    Kematian kanak2 5-15 tahun akibat asma meningkat dua kali ganda berbanding 10 tahun lepas

    1 daripada 3 kehamilan berakhir dengan keguguran.

    Obesiti di kalangan kanak-kanak meningkat lebih 54% sejak tahun 1964.

    75% daripada diet kanak-kanak dan remaja tidak memenuhi keperluan  yang sepatutnya.


    Bayi yang merangkak lebih terdedah kepada bahan kimia dari karpet, 4 kali teruk dari 4 batang rokok.


    Kanak-kanak zaman sekarang kurang minum air masak dan kurang makan makanan berkhasiat .

Happy sharing and thanks for reading.


Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Tuesday, October 16, 2012

Nafkah Anak-Anak Adalah Tanggungjawab Bapa

Anak-anak adalah kurniaan Allah SWT. Selain dari mendidik dan memberi kasih sayang kepada mereka dengan sempurna, terdapat satu lagi perkara yang sangat penting iaitu memberi nafkah. Kita semua tahu kewajipan memberi nafkah kepada anak-anak adalah tugas bapa dan berdosa jika tidak melunaskannya.


Islam mewajibkan nafkah anak meliputi makan, minum, pakaian, tempat tinggal, perubatan serta keperluan pendidikan anak-anaknya disediakan oleh bapa. Kewajipan membayar nafkah anak berdasarkan firman Allah SWT bermaksud "kemudian jika mereka menyusukan anak kamu, maka berikanlah pada mereka upahnya" ( Surah al-Talaq ayat 6)

Seorang bapa yang baik adalah bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya serta memandu anak-anaknya ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat bukan membawa ke lembah maksiat dan memberi contoh yang tidak baik. Dalam sesebuah perkahwinan juga, seorang suami itu bertanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada isteri dan anak. Walaupun suami isteri bekerja, ia tidaklah menjadi alasan untuk suami melepaskan diri daripada tanggungjawabnya menyediakan nafkah tersebut. Tidak kiralah gaji isteri lagi tinggi daripada gajinya sekalipun, tanggungjawab itu masih lagi perlu dilaksanakan.

KISAH bekas suami enggan membayar nafkah selepas bercerai bukan perkara luar biasa. Malah kes tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah juga semakin bertambah dari hari ke sehari malah ada yang tidak dapat diselesaikan semata-mata suami enggan bekerjasama hadir ketika perbicaraan. Seolah-olah menjadi perkara biasa apabila berlaku perceraian, maka semua tanggungjawab semuanya dibebankan di bahu wanita. Berdasarkan hadis jelas menetapkan bahawa anak pasangan yang bercerai lebih berhak berada di bawah jagaan ibunya berbanding ayahnya. Pertimbangannya adalah kerana tugas mendidik anak sesuai dengan sifat lahiriah ibu yang lebih penyayang, lebih tahu dan sabar mendidik dan mengasuh anaknya. 


“Sebaik saja berlaku perceraian, kepentingan anak-anak wajib diberikan keutamaan berbanding perkara lain. Pastikan nafkah mereka tidak terabai kerana anak-anak adalah generasi akan datang yang bakal mencorakkan arah negara ini. Kita tidak mahu mereka membesar dalam serba kekurangan dan tersepit dalam pertelingkahan orang dewasa terutama mereka yang tidak berhati perut".


Soalnya mengapa ada bapa sanggup melupakan tanggungjawab memberikan nafkah kepada darah daging sendiri walaupun di hadapan orang si bapa bukan lagi menunjukkan betapa dia terlalu menyayangi anak-anaknya? Sememangnya hubungan antara ayah dan anak umpama air yang dicincang tidak akan putus. Bercerai tidak membebaskan bapa daripada tanggungjawab memenuhi semua keperluan anak-anak. Walaupun perkara ini ditegaskan dalam al-Quran, sayangnya ada manusia masih tidak pernah takut dan ingkar perintah Allah. 


Kajian rambang pernah dijalankan oleh Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Prof Fatimah Daud di beberapa Mahkamah Syariah dan pemerhatian dalam masyarakat di Bukit Lanjan, Damansara, mendapati 90 peratus suami yang enggan membayar nafkah anak bertindak demikian kerana ingin membalas dendam dan demi mempertahankan ego masing-masing.


Apepun jelas nafkah anak tetap menjadi kewajipan bapa walau dalam apa jua keadan sekali pun. Jika bapa tidak memberi nafkah, ibu boleh mengambil harta bapa sekadar yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan anak-anaknya itu. Ini menunjukkan ibu boleh menuntut nafkah anak dengan menyeneraikan setiap keperluan bulanan anak itu ke mahkamah. Jika si bapa tidak mempunyai harta tapi mampu membuat kerja, wajib ke atasnya berusaha mencari kerja yang membolehkannya membayar nafkah anaknya. Dengan itu bapa yang tanam anggur atau pemalas bekerja dan mengharapkan si ibu saja membayar keperluan anak adalah lelaki yang berdosa dan tidak amanah mengabaikan tanggungjawabnya.


Apepun hukuman di dunia kegagalan membayar nafkah oleh bapa tadi sekiranya ada perintah dari Mahkamah Syariah bagi pembayaran nafkah boleh menyebabkan seorang bapa diambil tindakan perlaksanaan seperti penyitaan harta bagi memastikan perlaksanaan perintah terhadap anak-anaknya dapat dilaksanakan. Mahkamah juga boleh mengarahkan pihak yang ingkar membayar nafkah ke penjara sekiranya bapa gagal atau cuai membayar nafkah anak-anaknya.


Setiap amanah yang Allah berikan akan disoal di akhirat kelak. BArangsiapa memikulnya dengan penuh tanggungjawab akan mendapat balasan syurga dan barangsiapa yang tidak menunaikan tanggungjawab itu akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak. Wallahualam.



************************************



Setiap cebis kasih sayang yang kita berikan untuk anak anak, kita akan peroleh 10 pahala dan bayangkan kalau kita ikhlas menjaga mereka? Dan nescaya anak-anak ini mampu heret kita ke syurga kelak =) Satu 'pintu' akan terbuka jika seorang anak kita pelihara. Insyallah.


My dream always makes me stronger. Yeay!!



Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Monday, October 15, 2012

Mesti Kisah Sama Ada Exclusive Breastfeed Atau Campur Dengan Formula Milk

Assalamualaikum,

Pagi tadi tengah bersiaran secara online kat office sempat lagi tu!! tiba-tiba terbaca discussion kat satu group. Dan banyak jugaklah comment kat statement tu.


"Tak kisahlah sama ada exclusive breastfeed atau mixed feeding (campur formula milk), yang pentingnya kita dah berikan bayi haknya untuk menyusu".


Eh mama-mama yang awesome sekalian. Pada pendapat saya lah kita kena kisah especially kalau baby berumur 6 bulan ke bawah. Jangan ambil hati, ini pendapat sayalah. Memang kena kisah sangat-sangat.

Kenapa saya kata sedemikian.

Saya rasa mungkin ada juga mama yang masih keliru tentang keperluan penyusuan bayi. Mungkin pemikiran masyarakat telah terpesong sedikit dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, suratkhabar mahupun radio di mana bayi perlu minum susu formula dan akan kekurangan zat jika tidak mengambilnya.

Saya tahu memang ada mama yang exclusive breastfeed anaknya kemudian ntah apa yang berlaku diberikan juga formula milk. Mungkin pada fikiran mamanya "alaaa sehari jer minum formula milk atau sebotol je, tak kisahla..."

Wahai mommies yang awesome sekalian,
Usus baby yang baru lahir tidak matang sehingga berusia 180 hari sebab itu makanan pejal sepatutnya diberikan kepada bayi selepas 180 hari atau dalam erti kata lain ketika bayi berusia 6 bulan.
180 hari cuma anggaran je cepat atau lambat bergantung juga kepada bayi. Terdapat enzim dalam susu ibu yang berfungsi melindungi keseimbangan dalam usus bayi tetapi enzim keseimbangan ini tidak terdapat dalam formula milk. Justeru itu jika bayi yang berusia bawah 6 bulan yang diberikan formula milk ataupun makanan lain walaupun cuma seteguk atau sesuap, ianya akan menganggu keseimbangan dalam usus bayi ini. But dun worry be happy, keseimbangan ini boleh dikembalikan dengan menyusukan bayi secara ekslusif selama 2-3 minggu. Bukan dalam waktu yang pendek ye. JAdi sanggupkah anda mengambil masa selama 2-3 minggu untuk mengimbangkan semula susu bayi kerana sikap tak kisah berikan bayi apa-apa janji ada breastfeed?
Saya sering mendapati mommies yang sering mengatakan mereka tidak berjaya dengan penyusuan susu ibu ini selalunya mempunyai salah faham. Konsep sebenarnya mudah. Rezeki anak-anak telah ditentukan dan bukan rezeki aku nak buat macam mana. TApi betul ke kita sudah berusaha bersungguh sungguh dengan cara yang betul. Ada mommies yang salah faham dengan konsep penyusuan. Beria-ria makan suplement dan milk booster. Tapi jarang pam. Bila anak menangis selalu fikir sebab anak tak cukup susu. Instead of tambah masa direct feeding, mommies top up pulak dengan susu fomula. Ingat, penyusuan susu ibu adalah demand vs supply. Mesti ingat selalu tu.
Edison berjaya mencipta lampu setelah 1000 kali gagal cipta lampu. So adakah kita dah cuba 1000 kali?
Banyak salah faham tentang breastfeeding yang akan membawa pada kegagalan dalam penyusuan susu ibu. Alaa samalah macam bila kat 'u' belajar degree kena pergi sekolah bertahun-tahun, buat thesis itu ini, baca macam macam buku. Macam tu jugak nak jadi ibu dan nak menyusukan anak dilihat mudah tapi sebenarnya tak semudah yang disangka. Tapi takdela susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.

Last but not least niat ikhlas, doa dan tawakal. Mintaklah dengan Allah SWT kerana rezeki susu ibu itu datangnya dari Dia. Ikhlaskan hati menyusukan anak bukan kerana ikut ikutan dan ingin bersaing dengan kawan kawan dan seterusnya tawakal. BAnyakkan berzikir sewaktu megepam dan meyusukan anak. Sabar dengan usaha yang dilakukan dan jangan cepat mengalah bila hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Selamat maju jaya mommies sekalian.

****************************************************

Jeng Jeng Jeng it's Monday. BORINGGG. Jika tidak suka dengan job anda sekarang click click click saja pada Jobstreet. KAHKAHKAHKAH.

Mulut siapa yang paling cekciiiiii. Awwwww.



Nayli and Zara budak bijak. Anak manja intan payung mama!

Mana mungkin ada ibu yang tak sayang anak-anaknya kan? Hakikatnya apa pun panggilan untuk ibu golongan wanita inilah yang ditakdirkan oleh Allah SWT untuk mengandung selama 9 bulan, melahirkan, menjaga, mendidik, membesarkan zuriat kurnia yang paling istimewa dari-Nya. Sememangnya ibu mempunyai kekuatan luar biasa yang Allah anugerahkan dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Saturday, October 13, 2012

Girls Day Out Gitew dan Lasangna @ Delifrance Yang Sedap!

Assalamualaikum,

Hai, hai hai happy saturday to everyone.

Today kan girls day out giteww. Yeay!!!


Melepak sampai ke Jusco 2 Seremban. KAt sana ada playland untuk kanak-kanak ribena. Kasi mereka bergembira sakan hep hep hoorey hari ni.

Last but not least. It's Delifrance time. Yeay!!

Siapa suka lasagna angkat tangan. Eh ingat Delifrance ade jual roti je tapi lasagna pun ada ye. First time ni.  Bismillah...


My opinion lasagna kat Delifrance memang terbahek. Siapa yang tak berkesempatan baik pergilah makan cepat. Tak kedekut sangat macam kat Secret Recipe or Pizza Hut sebab separuh bekas je and sikit giller. I love it's creamy texture, rich in beef chunks and the layers of cheese and pasta are awesome bebeh.

Rasa pun tak boleh challenge Delifrance part creamy and yummy nya. And the best part of it, it is served hot making the dish PERFECT. Sedapnya!! Nayli suka, Zara suka, mama lagi terlebih suka. Tak cukup sepinggan teww. Awww

Siapa yang pernah makan rasa-rasa betul tak comment saya ni? Kan? KAn? Kan? Part makan memang kau no 1 kan akma. TROLOLOLOLOLOL.

Dah lepas ni kalau #GemukJanganNakBisingPulak. KAHKAHKAH. Eh senang hatilah.

Makan untuk hidup. Haihhh.

Happy weekend peeps!

***********************************************

Muhasabah for 5 minutes!

Dia berpakaian longgar dan menutup aurat belum tentu dia solehah

Wall facebooknya penuh dengan post islamic belum tentu dia mengamalkan semuanya

Sekurang-kurangnya dia berusaha menjadi lebih baik mengikut syariat Islam

Selagi termampu usah malu untuk berubah, Allah tahu niat seseorang ♥ ♥ 

Di mana ada angan-angan, di situ akan lahir 

secebis usaha

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p





                       


 

Thursday, October 11, 2012

Kerana Kerjalah Saya Sampai Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum,

Kalau tak sebab kerja takdelah sampai sini.



Melaka BAndaraya Bersejarah here I come bebeh! Excited giller padahal dulu kampung kat Bandar Hilir, Melaka je kotttttt.

Perghhh sempat layan cendol pulak lagi. Orang kata kalau singgah Melaka tak sah wajib try asam pedas melaka, mana mau carikkkkk? Help! Help!



Ohoii nak kerja ke nak makanggggg ke nak enjoyyyyy ni haaa? KAHKAHKAH.

Today dah Khamis esok dah Jumaat. Yeay!!! Lepas tu cooooootiiiiii!!

*********************************************


Muhasabah diri 5 minutes!!

Ada dua jenis manusia di dunia ini. Bila melihat seseorang , ada yang akan mencari silap dan kesilapan lampau mereka. Satu lagi akan mencari kehebatan, manafaat dan sangka baik pada semua orang. Siapa agaknya yang akan berjaya dunia akhirat. Setiap yang kita buat akan dikembalikan kepada kita semula.

Jom cerita pasal anak pulak. Setiap hari niat memberi kasih sayang pada anak anak dan sentiasa sebut bersyukur mempunyai anak yang baik dan beriman dan sebutkan ini pada mereka juga. Jika kita tidak beriman bagaimana anak anak akan beriman. Minta maaf pada anak anak atas kesalahan kita mendidik mereka jika mereka tidak menjadi seperti yang kita mahukan . Memang selalu touching asyik terfikir pasal anak-anak je sekarang ni. Apesal ntah.

Semoga saya mampu menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk anak-anak saya. Amin.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p


 

Wednesday, October 10, 2012

Breakfast Roti Tisu Plus Teh Tarik Memang Sangat Menyelerakan

Assalamualaikum,

Breakfast merupakan aktiviti yang penting untuk kesihatan terutamanya untuk sesiapa yang hendak menjaga berat badan. Chewah intro terlebih poyo. Deng!!!

Pagi ni kitorang budak office beramai-ramai mengadakan rombongan cik kiah ke kedai mamak berdekatan dengan tempat kami kerja. Konon nak breakfast beramai-ramailah ceh siap datang office awal lagi. Punyela bersemangat tapi memang setahun sekali je la saya akan membuat aktiviti seperti ini. Breakfast kat rumah dengan anak-anak lepas tu drive kereta ke office macam lipas kudung sebab dah terlambat keluar rumah lagi best. Ahakkkk! Aii kan memang suka something yang challenging. Awwwwww.

Menu wajib di sini. Must try.

Korang kenal tak roti tisu?


Sebenarnya roti tisu ni terdapat dalam pelbagai jenis bentuk. Ini semua bergantung bagaimana kreatifnya  mamak yang tebar roti tu lah. Pernah jugak jumpa roti tisu berbentuk lonjong.

Depa kata roti tisu kat kedai yang kami serbu ni adalah yang terbahek. Itu sebablah nak try-test-cuba ni. Perghh memang tak boleh ditandingi oleh kedai mamak yang lain beb. Special sikit.

Bagi saya pemakan yang tegar tolak batu dan kayu ni apa yang perlu ada pada roti tisu adalah teksturnya yang garing dari muncung sampailah ke bahagian bawah. Lepas tu gula tak payahla banyak sangat kalau takde pun takpe plus ada  butter dan kaya. Enjoice!!

Tapi makan roti tisu ni memang susah nak habis sebab rotinya besar gedabak. Tapi bagi pemakan yang tegar rasanya roti ni tak cukup mengenyangkan lah.

Last but not least..................... never complete with teh tarik. Tebaboooo!


Perghhhh. Pekat-likat-lemak berkrim disukai ramai. Perfecto.

Ini macam haaa pukul 9 am mata dah berair la jawabnya. Bos saya nak amik half day leave lah ada emergency case. KROHHH KROOOH KROOOH ZZZZzzzzzzzzzzz ;p

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Tuesday, October 9, 2012

Harapan Dari Seorang Insan Yang Bernama Mama

Assalamualaikum,

Sangat tertarik pada quote oleh Dr. Muhaya:

Anak yang kurang perhatian akan nakal. Mula beri perhatian dan lihat bagaimana mereka berubah. Untuk anak berubah kita harus berubah.


Moment yang paling indah sekali dalam dunia ialah bila dapat melihat anak membesar di depan mata. Sayang sangat kepada sesiapa yang tidak dapat melihat proses pembesaran anak-anak. Apepun ibu bapa harus salahkan diri sendiri kalau anak nakal. Anak-anak adalah amanah dari yang Maha Esa untuk kita corakkan menjadi kain putih atau hitam. Tepuk dada tanya selera. Kadangkala faktor persekitaran juga memainkan peranan. Bila ada unsur buruk yang mempengaruhi anak tarikannya adalah lebih kuat. Memang menakutkan.

Biasanya bila anak-anak nakal ibubapa akan gunakan kuasa veto untuk memarahi anak termasuklah saya juga. Rasa tak cukup nak menahan tahap kesabaran lagi-lagi dalam keadaan penat. Selalu juga berdoa supaya dilembutkan hati. Rasanya yang paling penting hentikan fokus pada perkara remeh temeh seperti apa orang kata dan berita mengenai orang lain sebaliknya fokus pada pembaikan diri dan anak-anak. Bayangkan jika kita tidak beriman bagaimana anak-anak akan beriman. Kan?

Semoga saya dapat menjadi ibu yang memahami dan sabar dalam membentuk akhlak anak-anak. Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini. Selalu nak cermin diri sendiri. Mampukah? Kah? Kah? Mudah-mudahan dapat menjadi ibu yang terbaik. Berdoa dan terus memberi kasih sayang. Semoga dipermudahkan. Amin.


2 year 11 month & 1 year 7 month

*****************************



I LOVE MUM EVER AND EVER

MAMA LOVES BOTH OF U EVER AND EVER TOO, NAYLI AND ZARA. MUAHSSS!

*****************************

Jom muhasabah diri untuk 5 minutes!

Hari ini mungkin dia tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas menutup auratnya.

HArini mungkin dia ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqamah melaksanakan Qiyamullail semasa kita semua lena.

Kita tidak tahu dan takkan tahu, tugas kita bukan me'neraka'kan orang, tetapi mengajak manusia ke jalan-Nya dan saling mendoakan antara satu sama lain.

Maka jangan hina permulaan seseorang kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhiranmya.

Jadi pemerhati diri kita bukan pemerhati orang lain.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p