Sunday, September 16, 2012

Peranan Sebenar Mentua-Mentua Dalam Perkahwinan Anak

Assalamualaikum,

Untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni memang impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, harus diingat bahawa keharmonian rumahtangga turut membabitkan hubungan mesra dengan keluarga isteri atau suami, khususnya ibu dan bapa mentua.

Keserasian dan menjaga hubungan baik dengan mentua bukan saja penting untuk kebahagiaan, tetapi turut menjadi tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri dalam mengekalkan ikatan kasih sayang keluarga.

Tetapi biasanya konflik atau hubungan yang pada mulanya baik baik belaka akan menjadi tidak baik antara mentua dan menantu selalunya akan   terjadi apabila mereka tinggal serumah ataupun tinggal berdekatan contohnya selang tiga rumah. Meskipun hari ini jarang anak menantu dan mentua memilih  untuk tinggal serumah atau berdekatan, tapi ada juga suami yang lebih dikenali sebagai anak emak yang lebih selesa tinggal di bawah ketiak makbapaknya dalam erti kata lain tinggal berdekatan dengan keluarganya tanpa memikirkan perasaan pasangannya sama ada setuju ataupun tidak dan langsung tak diajak berbincang, dimana keluarga mentua pun memang sangat bersetuju dengan tindakan si suami iaitu anaknya itu yang akhirnya mengakibatkan konflik rumah tangga yang sangat teruk kerana campur tangan mentua sehingga mengakibatkan penceraian.

Kita juga pernah diingatkan dengan nasihat dan pandangan oleh bekas Pegawai Agama Istana NEgara, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz yang menyatakan:


“Dalam Islam, apabila anak sudah berkahwin, ibu bapa tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga anak-anak kerana dikhuatiri mendatangkan keburukan,”
“Perlu diingat mentua tidak boleh masuk campur urusan anak mereka melainkan untuk mendamaikan rumah tangga dan ke arah kebaikan,”

Memang ada kes mentua yang suka campur tangan rumah tangga menantu seperti menghasut, memandang kecil kepada menantu, terlalu mempercayai kata-kata anak dan menyalahkan menantu atas segala permasalahan yang timbul seperti menuduh menantunya nak enjoy saja bila ada hal yang perlu dilakukan juga sehingga sanggup mengunci pintu kerana tidak membenarkan menantu masuk rumah hanya kerana termakan dengan hasutan anak dan sebagainya. Sehinggakan, ada juga mentua yang hanya sayangkan cucu saja sedangkan menantu langsung tidak pandang.


"Jangan atas nama 'Bir Walidain' (Berbuat baik kepada ibubapa), kita menzalimi dan menyakiti hati isteri"


Konflik hubungan antara menantu dan mentua bukan saja berlaku pada zaman dulu, tetapi juga sekarang. Biasanya jika masing-masing mengetahui tanggungjawab masing-masing supaya tak perlu masuk campur tangan dalam hal rumah tangga anak-anak sebarang konflik rumah tangga yang boleh membawa kepada perceraian tidak akan timbul. Paling penting  jangan mendengar sebelah pihak saja kerana masing-masing ada kelemahan dan kesalahan sendiri. Benar, tiada manusia yang sempurna di dunia ini walaupun anak sendiri. Manusia sanggup melakukan apa saja walaupun menipu semata-mata untuk menyorokkan kesalahan. Apabila sering menipu untuk menutup kesalahan sendiri lama-kelamaan sikap menipu sudah menjadi kebiasaan sehingga tidak merasa bersalah langsung untuk menipu manusia lain demi untuk menutup kesalahan sendiri walaupun terpaksa menipu ibu bapa sendiri. 

Di zaman mutakhir ini sebahagian manusia sudah hilang rasa malu dengan orang sekeliling, disebabkan hilang perasaan malu pelbagai tingkah laku tidak senonoh ditonjolkan secara terbuka contohnya seperti hubungan intim di antara suami orang dan isteri orang bagaikan sudah menjadi perkara biasa. Mereka ini sepatutnya malu untuk melakukan perkara yang tidak senonoh dan maksiat. Malu adalah sebahagian dari iman. Sifat malu sangat penting dimiliki oleh setiap muslim. Diriwayatkan oleh Bukhari, RAsulullah lebih malu sifatnya dari seorang gadis. Itulah pentingnya memiliki sifat malu kerana jika ada perasaan malu, seseorang muslim dapat mencegah dari membuat perkara yang dilarang.

Tidak dapat dinafikan sebagai manusia, ibu juga tidak terlepas daripada kesilapan seperti bersikap memilih kasih sesama anaknya. MEskipun mentua selalu mengungkapkan kata-kata "mak tak pernah membeza-bezakan antara anak-anak dan menantu-menantu mak" tapi kadangkala apa yang selalu disebutkan hanya di lidah saja. Setiap anak yang dikandung semestinya istimewa dan mempunyai kelebihan masing-masing. Jika sudah biasa memberi tumpuan kepada anak sendiri, ibu juga apabila menjadi mentua hanya memberi perhatian lebih kepada anak dan sering mencari salah menantu saja apabila timbul sebarang masalah. Banyak konflik yang terjadi akibat sikap mentua terhadap menantu seperti suka adu dombakan keluarga termasuk ipar duai, menghasut anak sehingga menerbitkan perasaan serba salah kepada pasangan dan sentiasa mendahulukan orang lain dari mengutamakan menantu.


"Ketaatan kepada ibubapa memang sesuatu yang wajib, tetapi tidak dalam bermaksiat kepada Allah. Terlalu mengikut kehendak ibu bapa sehingga menzalimi isteri adalah jelas suatu perkara yang bercanggah dengan agama"


Banyak krisis yang berlaku dalam rumahtangga berpunca akibat gagalnya suami mengimbangkan tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang suami. Ada yang menganggap bahawa ketaatan kepada ibubapa adalah segala-galanya sehingga segala kehendak ibu bapa dituruti sehingga menyebabkan isteri terluka dan dipinggirkan. Kesilapan dan kekurangan boleh diperbaiki jika suami bijak mengendalikan masalah yang timbul. Suami perlu meletakkan perjalanan hidup berumah tangga pada landasan yang ditetapkan agama dan janganlah terlalu mendengar dan mengikut telunjuk orang lain sahaja. Justeru, dalam hal ini amat penting suami mempunyai pengetahuan agama yang mendalam. Memang banyak kes-kes penceraian berlaku akibat campurtangan keluarga. Kisahnya mungkin berbeza, tetapi puncanya dalah sama kerana si suami tiada ilmu dan tiada pendirian dalam rumahtangga.


Gagal mencari imbangan tanggungjawab antara isteri dan ibu sendiri.......

Lemah......

Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga...

baik sang suami baiklah rumahtangga. Buruk sang suami hancurlah rumahtangga....


Biasa tak dengar orang kata, lelaki ada 1 nafsu dan 9 akal manakala perempuan pula is the other way around. YEah you heard me perempuan ada 9 NAFSU DAN 1 AKAL. Kalau dibaca sekali imbas memang akan rasa pathetic gila orang perempuan. KAsihan perempuan itu kelihatan macam pandai, bijak, cerdik, terpelajar but actually ada 1 akal je. Hahaha! Sebab tu perempuan ni pendirian sangat tak tetap. Tak stabil macam jet ski yang dilambung ombak masa air pasang. HArini dia kata lain, the next day dia kata lain. Kalau tak terima pendapat mereka, perempuan akan marah. HAha cool bukan? Tak dengar cakap je marah heee itulah specialnya perempuan, we are allowed to marah marah like crazy once in a month without being scolded back. Ada juga perempuan yang mood swing marah-marah disebabkan sesuatu, lebih lebih lagi ketika mengandung. Suami perlulah mengambil tahu semua perkara ini dan peka dengan perubahan isteri.

Dalam kebanyakan masalah yang berlaku, keegoan suami sering menyebabkan isteri memendam rasa dan tidak merasakan dirinya juga manusia yang berhak untuk bersuara. Pendapat dan suara isteri selalunya tidak diendahkan oleh suami yang beranggapan sebagai ketua keluarga dia berhak melakukan apa saja yang diingini apentah lagi bila mentua yang tidak tahu cerita hujung pangkal masuk campur dan memburukkan lagi keadaan. Sikap terlalu banyak bersabar dan memendam rasa akhirnya menimbulkan konflik dalam jiwa isteri apatah lagi jika si isteri keseorangan tidak mempunyai teman, keluarga dan saudara mara berdekatan. Biasanya sikap isteri yang sudah terlalu banyak memendam rasa dan bersabar akan menimbulkan konflik dalam jiwa si isteri, Keadaan ini akan menyebabkan isteri memberontak dan membawa kepada keadaan yang tidak dikawal lagi. LAzimnya bila keadaan begini berlaku jika isteri tinggal berdekatan dengan mentua, si isteri tetap dipandang salah tanpa cuba dicari apa punca masalah sebenar ataupun diajak berbincang.



Kalau di pihak isteri semakin isteri bersabar semakin berlipat ganda pahalanya...

Kalau selalu mengalah mungkin ada rahmatnya.....

Tapi hidup berumahtangga ini untuk selamanya, bukan untuk sehari dua....

Mampukah kita bertahan.....


Isteri sebenarnya mempunyai hak untuk bersuara memberikan pendapat atau meminta apa-apa yang layak baginya sebagai seorang isteri seperti yang ditetapkan oleh syarak. Suami tidak sepatutnya bersifat autokratik atau ingin menggunakan kuasa sepenuhnya tanpa mendengar sedikit pun pendapat isteri dan hanya mengikut telunjuk keluarganya saja.

Kesimpulannya, tiada perselisihan yang tiada jalan penyelesaian. Setiap orang ada melakukan kesilapan, tetapi penyelesaian kepada masalah itu bergantung kepada setiap individu termasuklah konflik antara mentua dan menantu. Biasanya konflik rumahtangga bila melibatkan campur tangan dari mentua memang akan menjadi lebih teruk.

Tidak jatuh maruah suami jika mengaku kesalahan yang dilakukan. Itulah jalan sebaik-baiknya untuk mengekalkan kebahagiaan hidup berkeluarga. Mengaku kesalahan bertujuan untuk diambil tindakan memperbetulkan.

Tidak dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah SWT, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin tanpa mengikut tunjuk keluarga semata-semata. Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Yes, perempuan memang terlebih emosi kadang-kadang.

Ingatlah para suami, isteri kamu sanggup meninggalkan ibu bapa dan saudara-saudara mereka demi mengikut dan tinggal bersama kamu. Oleh itu janganlah sekali-kali kamu mempersia-siakan pengorbanan mereka. Kamulah yang akan mengisi kekosongan tanggungjawab ibu bapa dan saudara mereka. Mereka adalah insan yang lemah dan sering diselubungi emosi. Mereka amat memerlukan perlindunganmu yang dipenuhi dengan naungan kasih sayang, senyuman dan erti kepercayaan. Mereka juga memerlukan tunjuk ajar yang baik, nasihat yang berguna dan dakwah yang berhikmah. Ingatlah isteri kita adalah ibu kepada anak-anak kita. Ia juga adalah sekolah kepada anak-anak kita.

 

Apepun yang penting sekali yang harus ada pada setiap lelaki




  • Taat kepada Allah dan Rasul-Nya kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk memimpin keluarga.
  • Mempunyai ilmu pengetahuan agama.
  • Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  • Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
  • Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran.
  • Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan sunat.
  • Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.
  • Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.
  • Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.
  • Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.


  • Nauzubillah.




    Kadangkala apabila seseorang manusia ditimpa musibah syaitan sentiasa membisikkan kata-kata manis supaya manusia itu mengikut kata hati untuk bergembira dan berbuat sesuatu yang dilarang bagi melupakan masalah yang ada. Semoga dipelihara hati dari kemungkaran dan dijauhkan dari dosa dan titik hitam yang menyesatkan.

    Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang ditempuhi pasti akan digantikan dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1 hingga 8 yang antara lain maksudnya

    "Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan....."

    Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (al-Baqarah:45)

    Sekian.

    Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

     

    No comments:

    Post a Comment

    Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~